Anda di halaman 1dari 11

Apa itu Porositas?

Porositas adalah salah satu sifat batuan yang menyatakan ketersediaan ruang bagi
hidrokarbon dalam suatu batuan. Dalam bahasa matematis, porositas dinyatakan dalam
persen perbadingan antara volume pori dibanding dengan volume batuan. Porositas ini
sangat penting di dunia perminyakan karena secara tidak langsung menyatakan
cadangan hidrokarbon yang terkandung dalam sebuah reservoir.

Berdasarkan sumber dari buku Amyx, porositas terbagi menjadi dua kategori. Ada yang
disebut dengan “Original Porosity” dan “Induced Porosity”. Original porosity (atau
primary porosity) diartikan sebagai porositas yang terbentuk saat pembentukan batuan
tersebut berlangsung. Sedangkan Induced porosity (atau secondary porosity) diartikan
sebagai porositas yang terbentuk setelah batuan tersebut terbentuk.

Contoh induced porosity adalah rekahan (fracture) yang bisa terbentuk karena proses
tektonik. Kemudian ada juga vugs (gerowong) yang terbentuk pada batuan karbonat
karena larut oleh air/asam.

Soalan Tema 3: Sistem Atmosfera


Soalan 1

a) Maksud imbangan bahangan


-Merujuk keseimbangan yang berlaku antara jumlah bahangan matahari yang masuk ke
sistem bumi-atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke
angkasa.Apabila dibandingkan antaran sinaran matahari yang masuk dengan sinaran bumi
yang keluar maka wujud imbangan haba.Bahangan matahari masuk ke sistem bumi melalui
gelombang pendek pada waktu siang manakala bahangan bumi dibebaskan ke angkasa pada
waktu malam dalam bentuk gelombang panjang.

b) Maksud bajet haba.

-Bajet haba ialah jumlah haba yang diterima oleh permukaan bumi daripada bahangan
matahari berbanding dengan jumlah haba yang dikeluarkan semula oleh bahangan
bumi.Sebelum diterima oleh permukaan bumi, bahangan matahari ini melalui pelbagai
proses seperti serapan,serakan,balikan oleh pelbagai lapisan dan komponen dalam
atmosfera.

-Dalam keadaan semula jadi bahangan matahari dalam bentuk gelombang pendek yang
diterima oleh permukaan bumi adalah seimbang dengan bahangan bumi yang dibebaskan
semula ke angkasa dalam bentuk gelombang panjang.Namun begitu bajet haba ini boleh
menjadi tidak seimbang apabila berlakunya perubahan di dalam sistem atmosfera bumi.

c) Ketidakseimbangan bajet haba disebabkan:

>Tebal/nipisnya litupan awan-yang boleh menyekat,menyerak,membalik dan memantulkan


semula bahangan matahari.
>Fenomena penipisan lapisan ozon atau kebocoran ozon oleh aktiviti manusia-bahangan
matahari(sinar lembayung) boleh memasuki ruang atmosfera bumi dengan banyak.
>Fenomena kesan rumah hijau-kewujudan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan
karbon monoksida yang boleh menyerap dan menyimpan haba dan menghalang pembalikan
bahangan bumi ke angkasa.
>Fenomena jerebu yang boleh mengurangkan penerimaan bahangan matahari kerana
komponen-komponen jerebu seperti PM10 boleh bertindak menyerakkan bahangan
matahari yang dikenali sebagai Serakan Mie.
>Albedo bumi.Bergantung kepada permukaan bumi sama ada gelap atau cerah.Gelap
menyerap haba manakala cerah membalikkan haba.

Soalan 2

a) Takrifan sejatan.

- Sejatan ialah proses perubahan fizikal air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap air
yang berlaku pada permukaan air.

b) Lima faktor mempengaruhi sejatan.

>Suhu udara atau air.


>Tenaga haba.
>Tekanan wap.
>Tiupan angin.
>Kandungan lembapan tanih.
>Kawasan sejatan.
>Kandungan air.

c) Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.

>Pertanian.
>Perlancongan.
>Perdagangan.
>Perikanan.
>Pengangkutan.
>Perindustrian.
>Pembalakan.
d) Jenis-jenis gangguan atmosfera.

>Ribut taufan
>Ribut petir
>Lekukan Tropika
>Gelombang timuran.

Soalan 3

a) Definisi awan.

Awan adalah titisan air/hablur ais yang amat halus yang terapung di ruang atmosfera yang
wujud akibat proses pemeluwapan pada aras yang tinggi serta mempunyai warna yang
berbeza.

b) Tiga jenis awan peringkat rendah.

>Awan sratokumulus- berbentuk sfera besar, tersusun tetap, bewarna kelabu, menunjukkan
cuaca baik atau cerah

>Awan stratus- padat, bewarna kelabu tua, awan seragam yang rendah, kelihatan seperti
kabus >Awan nimbostratus- awan tumpat, tebal, tiada bentuk tertentu, bewarna gelap,
mempunyai lapisan yang jelas, membawa hujan berterusan.

c) Dua fenomena cuaca dan iklim yang dipengaruhi oleh awan.

>Banjir-awan tebal menyebabkan hujan lebat dalam jangka masa yang lama.
>Kemarau-ketiadaan awan menyebabkan tiada hujan.

d) Empat kesan ketiadaan awan terhadap aktiviti manusia ialah-Ketiadaan awan


menyebabkan tiada hujan dan menjejaskan aktiviti manusia.

>Pertanian-tanaman sperti padi musnah.


>Pelancongan-susana panas dan tidak selesa.
>Perindustrian-perindustrian berasaskan air terjejas.
>Akuakultur
>Penternakan

Soalan 4

a) Makna ‘Kerpasan Efektif’.

Merujuk kepada jumlah hujan yang diserap/disusupkan oleh tanah-tanih yang dapat
digunakan oleh tumbuh-tumbuhan atau tanaman bagi tujuan pembesarannya. Tidak semua
air hujan akan diguna oleh tumbuh-tumbuhan,ada yang mengalir sebagai aliran permukaan,
aliran dalam alur serta aliran bawah tanah menuju ke sungai.Aliran-aliran ini tidak dikira
sebagai kerpasan efektif. Kerpasan efektif ialah air hujan yang dilarut resapkan ke dalam
tanah dan boleh/tersedia untuk digunakan oleh tumbuh-tumbuhan dan tanaman sahaja.

b) Faktor yang menentukan kerpasan efektif.

>Intensiti hujan (kelebatan curahan hujan mengikut masa).

Bagi hujan yang renyai dan sedikit jumlahnya, menjadikan tanah tidak dapat menyerap air
dengan banyak. Oleh itu, nilai kerpasan efektif tentulah sedikit dan mungkin tidak
mencukupi bagi pembesaran tumbuh-tmbuhan dan tanaman seperti di gurun panas. Jika
hujan turun lebat dan banyak jumlahnya tanah akan cukup basah dengan air dan nilai
kerpasan efektifnya tinggi seperti di kawasan khatulistiwa. Hal ini akan membekalkan air
yang cukup kepada pembesaran tanaman dan tumbuhan. Namun begitu, kerpasan efektif ini
ada hadnya. Jika curahan hujan terlalu lebat, tanih sudah tepu air maka nilai kerpasan
efektif dikatakan mencapai tahap maksima. Hujan seterusnya tidak lagi boleh meresap ke
dalam tanah dan mengalir sebagai aliran permukaan dan mungkin mewujudkan banjir.

>Tempoh musim hujan.

Tempoh curahan hujan/ bilangan hari hujan adalah tidak sekata di sepanjang tahun. Pada
musim hujan, (musim tengkujuh) bilangan hari hujan dalam senulan adalah lebih lama dan
lebat curahannya berbanding dengan musim kemarau/musim kering. Oleh itu, dalam
tempoh musim hujan/tengkujuh ini, nilai kerpasan efektifnya adalah tinggi dan tumbuhan
dapat membesar dengan sempurna. Hal ini dapat dibuktikan di kawasan monsun tropika
yang mempunyai satu musim hujan dan satu musim kering yang nyata setiap tahun.
Sebaliknya di kawasan Khatulistiwa, hujan lebat turun sepanjang tahun, maka nilai kerpasan
efektifnya sentiasa tinggi sepanjang tahun.

>Faktor kecerunan muka bumi.

Di cerun curam, nilai kerpasan efektifnya adalah rendah kerana air hujan lebih banyak
mengalir di permukaan dengan laju dan tidak sempat meresap ke dalam tanah. Di cerun
landai/ kawasan muka bumi yang hampir rata, halaju larian air permukaan adalah perlahan.
Ini memberikan peluang dan ruang kepada setiap titisan hujan untuk meresap masuk ke
dalam tanah,nilai kerpasan efektifnya adalah tinggi. Di cerun landai, larian air permukaan
berlaku setelah semua liang-liang pori tanih dipenuhi air (tepu).

>Ciri geologi sesuatu kawasan.

Nilai kerpasan efektif juga berbeza bergantung kepada ciri-ciri geologi yang mendasari
sesuatu kawasan. Batuan yang poros (membenarkan air melaluinya) seperti batu kapur dan
pasir(kuartza) walaupun banyak meresapkan air,tetapi nilai kerpasan efektifnya rendah.
Hal ini kerana air tidak boleh tersimpan lebih lama untuk digunakan tumbuhan, sebaliknya
air teresap terus mengalir sebagai aliran air bawah tanah. Begitu juga dengan geologi yang
keras dan tidak poros (tidak membenarkan air melaluinya), tidak mempunyai nilai kerpasan
efektif yang tinggi kerana sifatnya yang tidak membenarkan air meresap masuk ke dalam
liang porinya. Nilai kerpasan efektif tinggi di kawasan geologi seperti di kawasan tanah
laterit daripada batuan riolit, kawasan tanah aluvium dan tanah lava bes kerana
membenarkan air meresap dan menyimpan air tersebut.

>Tumbuhan litupan.

Ketebalan tumbuhan litupan mempengaruhi nilai kerpasan efektif. Tumbuhan litupan amat
membantu kadar susupan air ke dalam tanah. Di hutan berkanopi tebal dan berlapis seperti
di hutan hujan khatulistiwa, titisan air hujan akan turun dengan perlahan akibat proses
cegatan silara tumbuhan berkenaan. Titisan hujan yang turun dengan perlahan mempunyai
peluang dan masa yang banyak untuk meresap masuk ke dalam tanah. Di samping itu,
halangan daripada sistem akar yang timbul di permukaan bumi ke atas pergerakan larian air
permukaan sekali lagi memberikan peluang kepada air hujan untuk meresap masuk ke
dalam tanah. Justeru itu, nilai kerpasan efektif di kawasan yang gondol atau tiada tumbuhan
litupan adalah kecil sahaja.

>Faktor suhu.

Suhu yang tinggi amat mempengaruhi kadar sejatan permukaan. Di kawasan suhu
tinggi/panas, nilai kerpasan efektifnya adalah rendah seperti di kawasan gurun panas. Hal
ini kerana kadar sejatan yang begitu cepat tidak memberikan peluang untuk air meresap
masuk ke dalam tanah dengan baik walaupun hujan cepat dihilangkan melalui sejatan
permukaan. Di kawasan suhu sejuk pula nilai kerpasan efektif mungkin tiada kerana semua
kerpasan yang turun adalah berbentuk salji dan membeku di permukaan. Cairan salji boleh
diresapkan masuk ke dalam tanah apabila tiba musim panas di mana suhunya menjadi
tinggi dan akan cair.

Soalam 5

a) Perbezaan konsep penipisan lapisan ozon dengan Kesan Rumah Hijau

Penipisan lapisan ozon

Kesan Rumah Hijau


Ruang-berlaku di ruangan stratosfera.(50 km dari permukaan bumi/dikenali sebagai
ozonsfera)
Ruang-berlaku di ruang atmosfera.
Punca-akibat serangan CFC dan halon ke atas ikatan 0³
Punca-akibat pengumpulan karbon dioksida di udara.
Mekanisme-sinaran UV memutuskan ikatan CFC dan atom klorin yang bebas memutuskan
pula ikatan oksigen dalam ozo-ozon menipis,lebihan tenaga suria memasuki atmosfera
menyebabkan pemanasan global.
Mekanisme-karbon dioksida bertindak sebagai lapisan penebat atmosfera,membenarkan
bahangan suria masuk tetapi menghalang pembalikan bahangan bumi.Haba
terperangkap/pulau haba dan pemanasan global.

b) Sebab-sebab berlakunya kedua-dua fenomena itu

>Perindustrian.
Industri yang membebaskan cloroflorokarbon (CFCs) dan halon seperti industri pendingin
udara,industri keluaran foam,industri aerosol dan industri kimia. CFCs dan halon
dikeluarkan pada peringkat penyelenggaraan,penggunaan,pembuangan dan kebocoran.
Industri ini menyebabkan penipisan lapisan ozon apabila CFCs menyerang dan memutuskan
ikatan kovalen3 atom oksigen yang ada dalam ozon. Manakala industri yang menggunakan
bahan api fosil sebagai bahan bakarnya iaitu industri petrokimia yang membebaskan banyak
karbon dioksida dan karbon monoksida ke udara. Pengumpulan bahan-bahan ini
membentuk satu lapisan penebat yang boleh memerangkap haba matahari yang
menyumbang kepada Kesan Rumah Hijau.

>Ujian nuklear.

Pelancaran peluru berpandu oleh USA dan Rusia telah mewujudkan lubang ozon di benua
Antartika. Kini, saiznya adalah dua kali ganda benua Eropah.

>Penggunaan kenderaan yang menggunakan petrol sebagai bahan bakarnya khususnya


petrol tanpa plumbum telah banyak membebaskan karbon dioksida dan karbon monoksida.
Berlaku Kesan Rumah Hijau terutama di bandar-bandar besar.

>Penebangan hutan secara berleluasa telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen


dengan karbon dioksida di udara tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan
berlakulah Kesan Rumah Hijau.

>Lain-lain seperti kebakaran hutan, pembakaran terbuka, pembakaran di kawasan


pelupusan sampah menyebabkan Kesan Rumah Hijau. Penggunaan aerosol dalam semburan
racun serangga, semburan pewangi dan penyemburan cat boleh membebaskan CFCs serta
penggunaan alat pencegah kebakaran dalam latihan, pengujian atau semasa kebakaran yang
mengeluarkan halon menipiskan ozon.

c) Kesan-kesan akibat kedua-dua fenomena tersebut terhadap sistem atmosfera.

> Peningkatan suhu secara global (pemanasan global) dan pada skala mikro seperti kawasan
bandar, peningkatan suhu setempat mewujudkan fenomena Pulau Haba. Pemanasan global
terjadi apabila sebahagian besar bahang matahari boleh menembusi atmosfera bumi tanpa
mengalami proses-proses serakan, serapan dan balikan oleh ozon. Manakala Pulau Haba
terjadi apabila karbon dioksida memerangkap bahangan bumi di atmosfera menyebabkan
ruang bandar menjadi panas relatif dengan kawasan sekitarnya.

>Mengurangkan kelembapan udara. Kekeringan sumber air permukaan bumi/kemarau


menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang
tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan,udara menjadi kering dan
persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering jerebu/partikulat-partikulat
terampai mudah terbentuk.

>Mendorong meningkatkan fenomena El-Nino. Pemanasan global akibat penipisan lapisan


ozon dan Kesan Rumah Hijau boleh meningkatkan suhu Lautan Pasifik. Keadaan ini
mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat.
Kesannya angin kering bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembap
pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan ribut dan banjir.Fenomena ini dinamakan
kekacauan atmosfera.

Soalan 6

a) Mekanisme kejadian kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

>Kesan Rumah Hijau (Green House Effect). Terjadi apabila bahan-bahan pencemar
terutamanya karbon dioksida, metana dan hidrokarbon-hidrokarbon yang membentuk satu
kubah/lapisan yang menyelimuti atmosfera. Lapisan bahan pencemar tersebut bertindak
membenarkan bahangan matahari masuk menembusinya tetapi menghalang ia bebas
keluar.
Kesannya tenaga haba terperangkap dan berkitar pada ruang udara yang sama. Situasi ini
meningkatkan suhu sekitar. Bahan pencemar dibebaskan oleh sumber industri, kenderaan,
pembakaran secara terbuka (hutan dan lain-lain).

>Penipisan lapisan ozon. Berlaku di ruang stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan


kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon oleh kloroflorokarbon (CFC) dan
halon yang juga dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas
dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida(CLO). Ikatan konvalen CLO
akan putus apabila menerima sinar lembayung( UV) matahari dan akan membebaskan atom
klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses secara berterusan akan
menyebabkan lapisan ozon menipis dan meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke
ruang atmosfera bumi.

b) Kesan kedua-dua fenomena di atas ke atas iklim dan manusia.

IKLIM:
>Peningkatan suhu dunia(pemanasan global). Dunia menjadi semakin panas apabila
terpaksa menerima bahangan matahari yang berlebihan.Bajet haba bumi menjadi tidak
seimbang (input haba melebihi output haba) Pada skala kecil seperti di kawasan bandar
berlakunya Pulau Haba.
>Mengubah unsur-unsur lain seperti tiupan angin lazim dan hujan. Boleh dikaitkan dengan
kesan El-Nino. Apabila arus lautan menjadi panas,tiupan angin akan berubah dan regim
hujan juga berubah. Kemarau dan banjir berlaku pada masa dan kawasan yang tidak
sepatutnya pada satu-satu tempoh tertentu.

>Peningkatan kadar sejatan berbanding kerpasan(imbangan air negatif). Peratus


kelembapan udara menjadi rendah dan keadaan udara kering(dry air) akibat suhu semakain
panas.Ini memudahkan terbentuknya jerebu.

MANUSIA:
>Gangguan kesihatan seperti strok haba,penyakit kulit, mudah demam, katarak mata, dan
kehilangan air dalam badan(dehidrasi).
>Menjejaskan bekalan air kepada penduduk. Cuaca panas melampau/kemarau
menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik serta empangan terjejas
seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk turut terjejas.
>Penyakit cepat merebak seperti taun dan malaria yang berbahaya kepada manusia dan
boleh membawa maut.
>Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti aktiviti riadah kerana cuaca terlalu
panas.
>Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang mungkin menjadi
petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat.

c)
>Penggunaan gas CFC secara berlebihan.
>Gas CFC naik ke atmosfera bertindak balas dengan sinaran ultra ungu lalu terurai menjadi
atom klorin.
>Atom-atom klorin bertindak balas dengan molekul-molekul ozon,menyebabkan molekul
ozon terurai membentuk molekul oksigen dan atom oksigen.
>Atom oksigen bertindak balas dengan atom klorin menghasilkan klorin monoksida.
>Pengurangan molekul ozon berlaku.

Soalan 7

a) Maksud gas rumah hijau


-Gas rumah hijau (green house gases) merujuk gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh
manusia ke atmosfera, ia mampu memerangkap bahangan bumi daripada dilepaskan ke
angkasa khususnya pada waktu malam. Sifat kumpulan gas ini membenarkan bahangan
haba masuk menembusinya. Kesannya bumi menjadi semakin panas. Contoh gas rumah
hijau ialaah karbon dioksida,karbon monoksida, kloroflorokarbon(CFC), metana,dan
nitrogen oksida.

b) Pertambahan gas rumah hijau boleh menyebabkan pemanasan global.


>Lebih banyak kadar pemerangkapan haba bumi berlaku di ruang atmosfera menghalang
pembebasan tenaga daripada bumi.Haba terpaksa berkitar dalam ruang atmosfera, lama
kelamaan suhu bumi terus meningkat.
>Lapisan ozon semakin nipis melalui tindak balas atom klorin dan bromin.
Penipisan/kebocoran lapisan ozon menyebabkan sinar lembayung matahari menembusi
atmosfera bumi dangan banyak. Sistem bumi terpaksa menerima tenaga haba tinggi yang
akhirnya boleh meningkatkan suhu dunia.

c) Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan fenomena Kesan Rumah


Hijau.
>Mengurangkan penggunaan/pembakaran bahan api fosil dalam sektor industri,
pengangkutan, domestik dan beralih kepada penggunaan tenaga yang mesra alam seperti
tenaga hidro, tenaga solar, dan biomass. Peralihan kepada penggunaan tenaga pengganti ini
menggurangkan kadar pembebasan gas-gas Rumah Hijau ke atmosfera. Dengan itu,
kesannya boleh dikurangkan.
>Mengurangkan aktiviti penyahutanan atau melaksanakan program penghutanan
semula/penghijauan bumi supaya lebihan karbon dioksida dalam atmosfera boleh
dikurangkan.Tumbuh-tumbuhan amat penting sebagai penyimpan semula jadi karbon
dioksida melalui proses fotosintesis-respirasi. Oleh itu, imbangan karbon dioksida dengan
oksigen di atmosfera akan dapat dikekalkan.
>Langkah perundangan yang lebih tegas kepada industri-industri yang melepaskan bahan
pencemar tanpa kawalan/tidak mengikut piawai yang ditetapkan. Antara langkah yang boleh
diambil ialah meningkatkan denda/kompaun, menarik balik lesen operasi sesebuah kilang,
menyitar premis dan lain-lain yang boleh dilakukan melalui mahkamah.
>Kerjasama antarabangsa. Persefahaman antara negara dalam mengurangkan pengeluaran
gas rumah hijau seperti yang termaktub dalam Sidang Puncak Bumi di Rio de Janerio.
Negara-negara utara khususnya Amerika Syarikat tidak seharusnya menyalahkan negara-
negara selatan. Sebaliknya, kesan fenomena Rumah Hijau boleh dikurangkan melalui
perkongsian teknologi pintar dan perkongsian untuk membaik-pulih alam sekitar global.
>Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada masyarakat pengguna seperti
menggunakan peralatan yang tidak mengeluarkan CFC/mesra alam, mencegah pembakaran
terbuka agar konsentrasi gas-gas Rumah Hijau dalam atmosfera dapat dikurangkan.

Soalan 8

a) Maksud El-Nino

-Satu fenomena cuaca luar biasa yang berlaku pada arus lautan.Arus lautan menjadi panas
melebihi keadaan biasanya sehingga boleh mengubah pola tiupan angin lazim. Hal ini
mengganggu cuaca dunia sehingga menyebabkan sesetengah bahagian di dunia mengalami
panas dan kemarau manakala sesetengah bahagian pula mengalami ribut dan banjir. Contoh
pada 1997, berlaku El-Nino di kawasan lautan Pasifik Khatulistiwa.

-Kejadiannya:
>Tumpuan tenaga matahari di Lautan Pasifik(bahagian khatulistiwa) menyebabkan
pemanasan permukaan laut secara luar biasa.Arus Lautan Pasifik panas melebihi 5°C.
>Arus lautan yang panas bergerak ke arah timur telah mengubah pola tiupan angin timuran
yang membawa hujan lebat khususnya ke kawasan Asia Tenggara. Suhu tinggi dan tekanan
udara menjadi rendah telah melemah,berhenti,dan mengubah pola tiupan angin timuran
menyebabkan cuaca di kawasan timur pasifik(Asia Tenggara) menjadi panas.
>Berlaku perubahan kepada lapisan termoklin di lautan menyebabkan proses pembuakan di
lautan(upwelling) tidak terjadi.Air laut berterusan panas.

b)Fenomena El-Nino mempengaruhi keadaan jerebu di negara-negara Asia Tenggara.


>El-Nino menyebabkan cuaca panas/kemarau berpanjangan-udara menjadi kering(dry air)
yang menjadi syarat penting untuk partikel-partikel terampai(PM10) berada lebih lama
dalam udara seterusnya menghasilkan jerebu.
>Menyebabkan kekurangan hujan/ketiadaan hujan yang berterusan-partikel-partikel
terampai sukar dihapuskan/dihilangkan dalam atmosfera sebaliknya terus berkitar dalam
udara kering. Hujan amat penting untuk menghilangkan jerebu.
>El-Nino turut menyebabkan cuaca panas-cenderung berlakunya kebakaran hutan secaara
semulajadi atau dibakar oleh manusia sehingga cepat merebak seperti yang berlaku di
Kalimantan dan Sumatera, Indonesia pada tempoh El-Nino pada tahun1997. Kebakaran
hutan menjadi penyumbang terbesar kepada PM10 yang menghasilkan komponen jerebu.

c) Cadangan mengatasi masalah jerebu di bandar industri utama Asia Tenggara.


>Langkah perundangan seperti kawalan pembakaran terbuka dan mengawal pelepasan asap
daripada kilang dan kenderaan menerusi Akta Kualiti Sekitar 1974 dan enakmen-
enakmennya.
>Kawalan mekanikal seperti menyediakan sistem penapisan asap dan meninggikan
cerobong asap kilang.
>Penghijauan persekitaran bandar/menanam pokok-pokok peneduh yang boleh berfungsi
sebagai penapis dan perangkap bahan pencemar/jerebu.
>Mewujudkan hujan tiruan/pembenihan awan untuk menjernihkan udara sekitar dan
jerebu atau meningkatkan kelembapan udara dengan pancutan air.
>Beralih kepada bahan-bahan bakar yang mesra alam dan tidak terlalu bergantung kepada
penggunaan bahan api fosil seperti menggunakan tenaga hidroelektrik, tenaga solar, petrol
tanpa plumbum dan lain-lain.
>Kempen dan pendidikan alam sekitar khususnya kepada masyarakat pengguna dalam
bandar-ke arah udara yang bersih dan berkualiti untuk menjamin hidup yang sihat.

Soalan 9

A) Maksud pemanasan global.

-Peningkatan suhu dunia yang diakibatkan oleh kesan rumah hijau dan penipisan ozon-
ketidakseimbangan bajet haba iaitu input haba yang diterima oleh sistem bumi melebihi
output dari bumi.

b) Penerangan tentang kegiatan ekonomi yang menyebabkan pemanasan global.


>Kegiatan perindustrian-membebaskan gas rumah hijau yang berpunca daripada
pembebasan gas karbon dioksida,contohnya Revolusi Perindustrian di Eropah sebanyak
4000 000 billion tan karbon dioksida dibebaskan ke atmotsfera, pada masa kini hampir 5.5
billion tan molekul karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera setiap tahun. Gas CFCs yang
dibebaskan oleh perindustrian pembuatan peti sejuk dan aerosol, serta gas CO²(karbon
dioksida) dan N²0(nitrus oksida) yang dibebaskan loji tenaga dan bahan bakar dari kilang
akan bergabung dengan karbon dioksida yang membentuk bumbung atmosfera buatan
manusia dan berfungsi memerangkap haba bumi.
>Kegiatan pengangkutan-kenderaan menggunakan bahan api fosil akan membebaskan asap
yang mengandungi karbon monoksida seterusnya menyumbang kepada gas rumah hijau.
>Kegiatan pembalakan dan penyahutanan-menyebabkan lebihan karbon dioksida dalam
udara,menjejaskan imbangan gas.
>Kegiatan pembakaran terbuka-seperti pelupusan sampah,pembakaran sisa
pertanian,menyebabkan hutan yang terbakar membebaskan karbon dioksida.

c) Tiga kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal.


>Mempercepatkan fenomena penggurunan-luluhawa fizikal dan layangan angin menjadi
giat,saiz gurun bertambah.
>Pencairan litupan ais benua dan pergunungan tinggi-isi padu laut meningkat-kawasan
rendah akan tenggelam.
>Menggalakkan kejadian El-Nino-suhu laut cepat naik, tekanan udara rendah menyebabkan
tiupan angin timuran berubah, lemah dan berhenti- hujan kurang di Asia Tenggara, cuaca
panas.
>Menggalakkan kebakaran hutan secara semulajadi-berlakunya jerebu.
>Gangguan ke atas kitar hidrologi-sejatan terlalu cepat, simpanan air bawah tanah
berkurang, paras mata air dalam tanah menurun dan sistem akuifer kekurangan sumber air.
>Gangguan sistem ekologi-pemanasan global mengancam, mengganggu dan merosakkan
kitaran ekosistem pelbagai flora dan fauna.

d) Hurai tiga langkah mengurangkan masalah pemanasan global.


>Mewujudkan kawasan hijau di bandar.
>Pengekalan tumbuhan melalui hutan simpan, taman negara, penanaman semula hutan.
>Mengurangkan pembakaran hutan dan pembakaran terbuka.
>Kempen kesedaran-pendidikan formal dan informal.
>Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar.
>Memasang penapis asap-merawat asap sebelum dilepaskan ke udara.
>Menggunakan tenaga alternatif-mesra alam.

Anda mungkin juga menyukai