Anda di halaman 1dari 3

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH.

Arkitek

ARKITEK
Bidang seni bina berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia. Reka bentuk dan pembinaan bangunan yang sesuai dengan kehendak dan kehidupan manusia n-terupakan aspek yang penting di dalam seni bina. Seni bina adalah seni dan sains sebuah bangunan. Individu yang dilatih di bidang mi dipanggil arkitek. Seorang arkitek itu dilatih secara khusus untuk menimba pengetahuan di dalam unsur-unsur seni dan mengintegrasikannya dengan unsur-unsur sains. Melalui integrasi mi seorang arkitek itu bukan sahaja dapat memenuhi keperluan manusia untuk mendapatkan tempat perlindungan, bahkan dapat juga mencipta tamadun kemanusiaan yang akan kekal untuk dinikmati, dinilai dan menjadi warisan generasi akan datang. Tugas seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undangundang dan akta perancangan setempat. Seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan rnengawas pelaksanaan sesuatu projek bangunan dan mula hingga ke akhir penyiapartnya. Tugas seorang arkitek bermula apabila beliau diminta menasihati atau menjadi tempat merujuk mengenai proses pembinaan sebuah bangunan yang boleh dibahagikan kepada tiga peringkat: Peringkat Satu: Mereka Bentuk Bangunan Menganalisis keperluan pelanggan dan lokasi yang dicadangkan sebelum menyediakan lukisan-lukisan lakaran ke arah konsep reka bentuk bangunan yang sesuai. Peringkat Kedua: Merancang/Pengeluaran Menyediakan pelan-pelan terperinci untuk kelulusan pihakpihak berkuasa tertentu dan seterusnya membuat lukisanIukisan kerja untuk memudahkan pembinaan. Pemilihan kontraktor untuk melaksanakan pembinaan boleh dibuat melalui tender atau secara rundingan. Peringkat Ketiga: Mengurus Projek Mengawasi dan menyelia keija semasa pembinaan. Arkitek akan bertindak sebagai ketua kumpulan dan menyelaras tugas pakar-pakar yang terlibat dan kontraktor-kontraktor. Di samping itu, seorang arkitek merupakan orang tengah di dalam perkara-perkara yang melibatkan empunya bangunan dengan kontraktor seperti spesifikasi, mutu kerja, sijil pembayaran dan perkara lain yang berkaitan. Pada keseluruhannya, seorang arkitek harus dapat memberi khidmat yang bermutu di dalam reka bentuk bangunan serta menentukan bahawa kerja pembinaannya bermutu dan dapat disiapkan mengikut jangka masa, kualiti dan kos yang telah dirancang. Buat masa ini peluang kerjaya di bidang mi amat cerah sama ada di sektor kerajaan atau swasta terutama di sektor pembinaan. Selain itu terdapat banyak peluang di dalam bidang pendidikan dan penyelidikan sebagai pensyarah di institusi pengajian tinggi seperti universiti dan politeknik. Seorang siswazah arkitek biasanya akan bekerja dengan firma-firma arkitek/jabatan

Manmohan Singh /06/08/2013

muka surat1/3

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH.

Arkitek

kerajaan dan badan-badan berkanun. Kebelakangan mi akibat kepesatan pembangunan khususnya di bandar-bandar besar dan kemunculan bandarbandar baru ramai arkitek yang berkhidmat dengan pihak pemaju, kontraktor, pembekal bahan binaan serta syarikatsyarikat yang terlibat dalam industri bangunan. Manakala bagi mereka yang berpengalaman boleh membuka firma sendiri. Di sektor kerajaan, kerjaya ini mampu menawarkan gaji melebihi RM1,400 serta beberapa imbuhan lain, manakala sektor swasta mampu menawarkan sekali ganda gaji sektor kerajaan kepada seorang arkitek. Sementara itu, pemegang Diploma Seni Bina boleh memegang jawatan pembantu teknik di jabatan kerajaan/ badan-badan berkanun dan sebagai pembantu arkitek di firma-firma swasta. Semasa pengajian pelajar akan diajar tentang seni bina, kejuruteraan bangunan, perancangan, ekonomi bangunan dan pengurusan serta teknologi seni reka. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan latihan di bidang teknikal, pengurusan, pentadbiran pembangunan yang bertujuan memberi peluang kepada pelajar menerapkan pengetahuan yang lebih luas. Mereka juga akan menjalani latihan praktikal di pejabat atau firma arkitek bagi menimba ilmu. CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Mempunyai minat yang mendalam terhadap profesion Mempunyai pengetahuan dalam bidang matematik dan lukisan Memiliki daya imaginasi yang tinggi Memiliki kreativiti Mampu menyiapkan tugas mengikut masa yang ditetapkan Mahir menggunakan komputer Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI Sekiranya berminat untuk memilih bidang mi sebagai keijaya, seseorang itu perlu lulus Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf. Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah. TEMPAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN Kursus seni bina boleh diikuti sama ada di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara IPT awam tempatan yang menawarkan kursus mi ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Selain itu, kursus mi juga boleh diikuti di beberapa universiti luar negara seperti di Australia, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syanikat. SYARAT-SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang mi: Cara pertama: Untuk melanjutkan pengajian di bawah program integrasi seni bina di UTM,

Manmohan Singh /06/08/2013

muka surat2/3

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH.

Arkitek

pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan di benarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun. Cara kedua : Kementerian Pendidikan menawarkan program matrikulasi sains selama satu setengah tahun sebelum pelajar ditawarkan, untuk megikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina diUSM,UM, dan UIAM. Program ini memerlukan calon peperiksaan peperiksaan SPM/SPMV serta mendapat kepujian bahasa Melayu, matematik serta serta tiga mata pelajaran yang lain. Cara Ketiga : USM juga mengambil calon-calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda (Perumahan, bangunan dan Perancangan) selama tiga tahun sebelum meneruskan pengajian selama setahun bagi program sarjana muda seni bina. Cara ini memerlukan calon lulus SPM dan kepujian bahasa melayu. Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik khususnya dalam pelajaran matematik, fizik, ekonomi dan geografi. Cara keempat : USM dan UTM juga membuka peluang kepada lulusan sijil /diploma dari UPM, UTM, UiTM dan politeknik di bidang seni bina, perancangan, ukur bahan, penilaian atau bangunan untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda. Cara Kelima: Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan UIAM, calon perlu lulus SPM dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahasa Melayu. Calon juga perlu lulis STPM dengan mendapat prinsipal yang baik khususnya dalam mata pelajran matematik dan fizik. Cara Keenam : Calon perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, matematik atau matematik tambahan, lukisan atau lukisan geometri dan bangunan untuk membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke UiTM di peringkat diploma dan seterusnya ke peringkat sarjana muda. Cara Ketujuh : Untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah di UiTM, calon perlu lulus sekurang-kurangnya dua prinsipal termasuk pengajian am dan dia subsidiari termasuk lukisan di peringkat SPM. Selain itu harus lulus bahasa Melayu dan Inggeris dan kepujian Matematik di peringkat SPM/SPMV. Syarat tambahan: Calon hendaklah lulus ujian melukis yang dikendalikan oleh pihak fakulti. Cara Kelapan : Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian seni bina ini di luar negara, calon pelu lulus peperiksaan SPM/SPMV dengan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Inggeris, matematik, matematik tambahan dan fizik. Program di luar negara mengambil masa selama lima atau enam tahun bergantung kepada institusi yang menawarkan.

Manmohan Singh /06/08/2013

muka surat3/3

Anda mungkin juga menyukai