Anda di halaman 1dari 6

BIDANG SENI LUKIS DAN

SENI REKA

CABARAN

Seni lukis dan seni reka memainkan peranan penting dalam masyarakat
kita,terutama peranannya yang semakin berkembang dalam dunia komersil di mana
bidang kreatif menjadi semakin mencabar.

Pembangunan dalam industri seni lukis dan seni reka seperti grafik, seni
reka dalaman dan fesyen dipandu oleh industri dan, seharusnya, boleh terangkum
dalam konteks sosial, ekonomi dan budaya.

Pereka dan pelukis berhadapan dengan perubahan keperluan dari persekitaran


pasaran dan teknologi maklumat.

Pereka dan pelukis hari ini dan masa depan perlu berkemampuan menjana idea
kreatif dan inovatif untuk memenuhi permintaan masyarakat.

Memandangkan teknologi dan media berkembang secara berterusan, graduan seni


lukis dan seni reka perlu dilengkapkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang seni lukis dan seni reka untuk lebih cekap dalam tugasan mereka.

Oleh itu, pendidikan seni lukis dan seni reka perlu memasukkan pelbagai aspek
pengkhususan di samping menekankan ekspresi kemahiran seni reka dan
berkomunikasi.

Telah menjadi matlamat kursus pengajian ini untuk melengkapi graduan seni lukis
dan seni reka dengan kemahiran kritikal, analitikal dan kreatif bagi menghadapi cabaran
dunia yang pesat berubah.

Amalan seni lukis dan seni reka dalam makna yang lebih luas turut memerlukan
lulusan memaksimumkan potensi mereka dan membangunkan kekuatan individu
sepenuhnya.

MATLAMAT PENDIDIKAN / OBJEKTIF AM KURSUS PENGAJIAN SENI LUKIS DAN


SENI REKA

Untuk melahirkan pelukis dan pereka yang kreatif, inovatif dan analitikal.
Objektif-objektif pendidikan bagi pelbagai tahap pengajian dalam bidang seni lukis dan
seni reka digambarkan seperti yang berikut:

Sijil

1. Untuk menyediakan pelajar dengan asas-asas seni lukis dan seni reka serta kursus
pengajian yang berorientasikan vokasional;

2. Untuk memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran teknikal yang


bersesuaian dengan disiplin tertentu;

3. Untuk menggalakkan kepekaan estetik dan visual.

Diploma

1. Untuk memenuhi keperluan pelajar melalui kursus pengajian berasaskan studio


dalam seni lukis dan seni reka yang membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan
dan kefahaman khusus;

2. Untuk membangunkan kemahiran kreatif dalam ekspresi visual dan komunikasi,

3. Untuk membolehkan pelajar membina kemahiran penyelesaian masalah yang


berkesan dalam situasi pembelajaran yang berbeza,

4. Untuk menyediakan persekitaran yang menggalakkan visualisasi, analisis, eksplorasi


kreatif idea-idea dan pemerolehan kemahiran penilaian;

5. Untuk memupuk keupayaan cekap bekerja dan menggunakan pembelajaran pada


tahap yang sesuai dalam konteks vokasional, selaras dengan corak pekerjaan yang
luas dalam industri seni lukis, seni reka dan yang berkaitan;

6. Untuk membolehkan pelajar menghayati isu-isu dalam konteks yang luas dan
kaitannya dengan aktiviti-aktiviti profesional seperti keupayaan melaksana
pembangunan konsep;

7. Untuk membangunkan keupayaan pelajar dan membentuk sikap yakin dan kreatif
dalam kemahiran khusus dan juga pengalaman kerja yang umum.

Ijazah Sarjana Muda

1. Untuk menyediakan kursus pengajian seni lukis dan seni reka yang membantu
membangunkan kemahiran personal dan profesional serta keupayaan kognitif yang
perlu untuk kerjaya yang dipilih;
2. Untuk menyediakan peluang untuk memudahkan pembangunan pengetahuan
pemikiran seni reka, membina pertimbangan yang kukuh, kritikal, dan pemahaman
kontekstual bersesuaian dengan amalan profesional;

3. Untuk melengkapkan pelajar dengan strategi penyelidikan dan pembelajaran kendiri


untuk pembangunan akademik dan profesional yang berterusan.

HASIL PEMBELAJARAN / OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir setiap tahap lulusan akan berupaya untuk:

Sijil

1. menunjukkan tahap penguasaan kemahiran khusus yang relevan dengan


kerja praktikal;

2. melaksanakan tugas di bawah penyeliaan dengan rasa tanggungjawab;

3. bertindak dalam garis peraturan dan undang-undang keselamatan, kesihatan dan


bahaya.

Diploma
Selepas menamatkan kursus pengajian ini, lulusan seharusnya telah menambah dan
mengukuhkan kompetensi mereka daya cara:

1. menggunakan prinsip, teknik dan kemahiran kreatif yang perlu untuk seseorang
pelukis atau / dan pereka, serta dapat menggunakan bahan-bahan dan
peralatan dengan berkesan;

2. membantu dalam melaksanakan penghasilan seni reka;

3. menggunakan kemahiran komunikasi yang wajar secara berkesan.

Ijazah Sarjana Muda

Selepas berjaya menamatkan kursus pengajian, pelajar dapat memperlihatkan:

1. kebolehan untuk mengambil satu-satu kursus pengajian seni lukis dan seni reka yang
progresif melalui menggambarkan, mencadangkan, merundingkan, melaksanakan dan
menilai dalam konteks pengalaman pembelajaran;
2. kebolehan untuk menggunakan kemahiran kreatif praktikal dan profesional yang
diperoleh dalam penzahiran dan pembentangan hasil kreatif;
3. kemampuan untuk pemahaman dan refleksi secara kritikal dalam seni lukis dan seni
reka yang diperoleh dengan pembelajaran kritikal dan konstektual;

4. kemampuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan hubungan teori


dan praktikal;

5. kemampuan untuk berkomunikasi dan menyampaikan idea reka bentuk mereka dan
membuat penilaian estetik berkaitan amalan mereka dan orang lain;

6. kemampuan untuk menjadualkan kerja dengan kesedaran dan integriti social yang
mematuhi kod profesional danetika seni reka.

REKA BENTUK KURSUS PENGAJIAN

Kurikulum mesti meliputi:

1. Asas seni lukis dan seni reka;


2. Komunikasi visual / ekspressi / reka Bentuk
3. Pengajian kontekstual;
4. Kemahiran generik;
5. Pengetahuan praktik profesional.
Tempoh pengajian:

1. Sijil : Minimum 3 semester;


2. Diploma : 6 9 semester;
3. Ijazah : 6 10 semester.
Reka bentuk komponen bagi beberapa kursus pengajian terpilih adalah seperti yang
terdapat dalam Jadual 1a, 1b, & 1c.

KELULUSAN SENI LUKIS DAN SENI REKA

Kelulusan dalam bidang seni lukis dan seni reka adalah seperti yang berikut:

Sijil : Sijil Seni Lukis & Seni Reka;


Sijil Seramik;
Sijil Tembikar;
Diploma: Diploma Seni Reka Grafik;
Diploma Seni Reka Fesyen;
Diploma Ilustrasi;
Diploma Seni Reka Hiasan
Dalaman;
Diploma Seni Reka Industri;
Diploma Seni Halus, dll.
Pra-universiti atau Foundation :
Sijil Seni Lukis & Seni Reka
(Pengajian Asas / Prauniversiti
/ Foundation )
Sarjana Muda*: Bacelor Seni Reka Grafik;
Bacelor Seni Reka Fesyen;
Bacelor Seni Reka Tekstil;
Bacelor Seni Reka / BDes
(Seni Reka Industri);
Bacelor Seni Lukis Halus
/BFA (Seramik)
(* Semua ijazah adalah dengan kepujian
Sarjana : MFA (Seramik)
PhD.
Laluan pembelajaran dijelaskan dalam Jadual 2.

KAEDAH PENGAJARANPEMBELAJARAN

(1) Kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang
berikut:
Kuliah
Demonstrasi dan pengajaran
Tutorial
Pembentangan
Kritik dan perbincangan kumpulan dan
/ atau individu
Maklum balas: Maklum balas lisan berformat ke atas perkembangan projek dan
maklum balas bertulis apabila siap sebahagian atau keseluruhan projek atau / dan
modul atau / dan penilaian.

(2) Pelajar perlu menghasilkan satu disertasi yang berasaskan penyelidikan atau
mengikuti modul yang setara pada tahun akhir kursus pengajian;

(3) Sangkutan industri / penempatan pekerjaan merupakan satu pilihan dan boleh
dibenarkan sebagai sebahagian daripada unsur elektif tertakluk kepada persetujuan
antara institusi penempatan dengan cadangan pelajar.

PENILAIAN PELAJAR

Penilaian hendaklah berdasarkan kepada prestasi atau kemahiran. Penilaian boleh


termasuk peperiksaan dan kerja kursus seperti portfolio, pelaksanaan projek, kaedah
pembentangan, komunikasi secara lisan atau bertulis dan penyertaan.

PEMILIHAN PELAJAR
Kriteria minimum kelayakan masuk* bagi semua tahap pengajian: (Kredit dalam Lukisan
di peringkat SPM diperlukan; jika tiada, reka cipta atau semakan portfolio ialah satu
pilihan)

Sijil : SPM atau yang setara;


Diploma : SPM atau yang setara;
RPL (Portfolio review);
Pra-universiti atau Foundation :
SPM atau yang setara Sarjana muda : SPM dan Foundation ;
SPM dan RPL (Portfolio Review) STPM atau yang setara.
* RPL - Pembelajaran terdahulu yang diiktiraf

STAF AKADEMIK

Nisbah staf akademik kepada pelajar ialah:


Sijil : 1 : 30 orang pelajar
Diploma : 1 : 25 orang pelajar
Sarjana muda : 1 : 15 orang pelajar
Peratusan staf akademik dengan PhD (bagi institusi yang menawarkan kursus
pengajian pascaijazah) adalah seperti berikut:

(a) Bagi institusi yang berorientasikan pengajaran : 10 - 50%.

(b) Bagi institusi yang berorientasikan penyelidikan : 50 - 75%.


Bilangan staf akademik sepenuh masa hendaklah melebihi 60% daripada jumlah staf
akademik. Kelulusan minimum staf akademik ialah:
Sijil : Ijazah Sarjana Muda
Diploma : Ijazah Sarjana Muda
Ijazah : Ijazah Sarjana

SUMBER PENDIDIKAN
Kemudahan fizikal

Bilik kuliah / Seminar: maksimum muatan 50 pelajar

Studio.

Makmal / Bengkel

Perpustakaan yang mengandungi buku dan bahan rujukan yang sesuai dengan

kursus pengajian

Anda mungkin juga menyukai