Anda di halaman 1dari 26

COCU 2 : BATIK TERAP

KOD DAN NAMA


PROGRAM SS-100-3:2013 BATIK PRODUCTION OPERATION

TAHAP / LEVEL LEVEL 3 SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA


NO. DAN TAJUK
C02 BATIK STAMP PRODUCTION
UNIT KOMPETENSI

WORK LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP


TAJUK
ACTIVITIES 06

Kertas penerangan ini akan menerangkan tentang spesifikasi dan prosedur yang diperlukan dalam kerja
akhir dalam aktiviti mematikan warna, rebusan, cucian, keringkan, lipatan dan simpan kain menggunakan
TUJUAN peralatan, bahan dan pelembut fabrik supaya kain bersih dan warna tidak luntur mengikut standard yang
ditetapkan.
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

KERJA AKHIR
(FINISHING)

Kerja akhir ialah menyiapkan produk


sehingga lengkap untuk dipamerkan dan Proses kerja akhir
Mematikan warna
dipasarkan.
Menanggalkan lilin
Mencuci dan membilas
Pengeringan
Menggosok dan melipat
Pembungkusan
Simpan
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

CARTA ALIR
PROSES AKHIR BATIK TERAP

Mula

1. Proses mematikan Warna

2. Proses menanggalkan Lilin

3. Proses mencuci & membilaskain

4. Proses pengeringan

5. Proses menggosok kain

6. Pembungkusan

7. Proses simpan fabrik batik terap

Tamat
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

1.0 MEMATIKAN WARNA


Proses mematikan warna adalah penting bagi memastikan warna pada kain dapat dikekalkan. Tanpa langkah ini, warna pada
kain batik akan luntur bila terkena air.
Bahan yang digunakan untuk mematikan warna adalah Larutan Sodium Silicate. Larutan ini akan dituangkan ke dalam satu
besin besar/palong dan kain yang telah siap diwarnakan akan direndamkan dengan larutan tersebut supaya warna tidak luntur.
Carta Alir 1 menunjukkan proses mematikan warna.

Mula
Catatan :

Jemurkan kain di bawah kawasan terlindung cahaya matahari.


Jemur kain

Pastikan ia telah sebati.


Sediakan
Pastikan kepekatan adalah bersesuaian.
Larutan Sodium Silicate

Pastikan ia diratakan pada keseluruhan bahagian kain.


Masukkan kain ke dalam Larutan Sodium
Silicate

Rendam kain Kain direndam di dalam palong/ gantungkan kain pada palang besi.
selama 8 hingga 12 jam

Tamat
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

1.1 BAHAN DAN PERALATAN MEMATIKAN WARNA


i. Kain (yang telah siap diwarnakan)
ii. Sodium silicate (cc 140 )
iii. Tempat takungan/palong
iv. Sarung tangan
v. Kasut getah
vi. Apron

1.2 BANCUHAN LARUTAN SODIUM SILICATE


i. Larutan sodium silicate merupakan bahan cecair yang berwarna jernih pekat.
ii. Keperluan bahan ini adalah bergantung kepada kuantiti kain yang akan melalui proses mematikan warna.
iii. Lebihan larutan ini yang dibiarkan di dalam palong akan menjadi semakin pekat. Namun ia masih boleh
digunakan. Larutan tersebut perlulah dicampur sebatikan dengan sedikit air.
Larutan yang terlalu pekat akan menyukarkan proses meratakan ke seluruh permukaan kain.
Larutan yang terlalu cair pula akan menyebabkan warna agak luntur.
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

1.3 KAEDAH MEMATIKAN WARNA

Gambar 1 : Proses mematikan warna

i. Jemurkan kain seketika untuk memastikan ia telah kering sepenuhnya.


ii. Masukkan larutan sodium silicate ke dalam palong dan kacau sebati.
iii. Asingkan kain mengikut jenis warna atau terang gelap warna kain tersebut.
iv. Masukkan kain ke dalam larutan tersebut dan pastikan ia diratakan pada keseluruhan bahagian kain.
v. Rendam di dalam palong atau gantungkan kain pada palang besi. Biarkan selama lapan (8) hingga dua belas (12)
jam.
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

1.4 TEKNIK MEMATIKAN WARNA

Terbahagi kepada 2 teknik :

i. Teknik sapuan berus.


ii. Teknik rendaman.

1.5 LANGKAH-LANGKAH KERJA MEMATIKAN WARNA


i. Campuran air dan sodium silicate sebati antara satu sama lain.
ii. Sodium silicate tidak terlalu cair.
iii. Tidak terlalu sedikit berbanding dengan kain yang hendak direndam.
iv. Tiada kotoran di dalam Sodium Silicate seperti batu, pasir, kayu dan sebagainya.
v. Tidak terlalu hampir dengan pili air
vi. Mempunyai takungan sodium silicate yang besar dan licin ditepinya dan tidak berkarat.
vii. Hendaklah ditutup bekas takungan sodium silicate dan kain yang direndam bila hari hujan.
viii. Gred bagi sodium silicate yang digunakan untuk proses ini ialah CC 140.
ix. Sukatan air dan silicate yang digunakan untuk proses ini ialah mengikut jenis kain.
x. Langkah Keselamatan

Elakan sodium silicate dari terkena mata (Jika terkena mata segeralah cuci dengan air bersih yang banyak)
Jangan lakukan celupan jika tangan terluka.
Gunakan sarung tangan getah.
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

2.0 MENANGGALKAN LILIN

Proses menanggalkan lilin adalah cara untuk membersihkan kesan lilin yang dicanting di permukaan kain selepas kerja
mematikan warna telah dilaksanakan. Terdapat langkah kerja menanggalkan lilin iaitu rendam dan cuci dan rebus kain.Rendam
terlebih dahulu kain tersebut dengan air bersih sehingga kesan sodium silicate hilang dan bersih. Kemudian kain tersebut
direndam dalam rebusan air panas bagi menanggalkan liilin pula.

2.1 Rendaman

Kain yang telah dimatikan warna terlebih dahulu dicuci dengan air sejuk berulang kali sehingga bersih kemudian
seterusnya kerja merebus dilakukan untuk menanggalkan kesan lilin pula.

2.2 Merebus
Kain yang telah dicuci tadi, dimasukkan ke dalam bekas/palong yang berisi larutan soda ash untuk direbus sehingga
mendidih. Langkah ini adalah untuk menanggalkan lilin dan lebihan pewarna yang terdapat di kain batik.

a) Sukatan Soda Ash :

BAHAN AIR
300 Gram 1 Baldi (Sederhana)
100 Gram 10 Gelen
20 Gram 1 Liter

Jadual 1 : Formula sukatan soda ash dan air


WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

b) Peralatan dan bahan merebus


i. Air
ii. Kain yang telah dimatikan warna
iii. Set Dapur
iv. Kawah
v. Soda Ash (bahan untuk menanggalkan kesan lilin)
vi. Sebatang kayu panjang (permukaan bulat)
vii. Kasut getah
viii. Apron
ix. Sarung tangan
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

Bil. Jenis Alatan Kegunaan


1. Air Bahan yang digunakan untuk membasuh dan membersihkan kotoran

2. Kain Kain yang telah dimatikan warna

3. Dapur Alat memasak dan merebus air

4. Kawah Alat yang digunakan untuk merebus kain

5. Serbuk soda ash Bahan yang digunakan untuk menanggalkan lilin dengan cepat.

6. Rod Kayu Alat yang digunakan untuk mengacau dan mengetoskan kain yang
direbus
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

7. Kasut Getah Alat perlindungan anggota kaki.

8 Apron Alat perlindungan diri.

9 Sarung Tangan Getah Alat perlindungan tangan.

Gambarajah 1 : Senarai Peralatan Dan Bahan Merebus Kain


WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

3.3 PROSES MEREBUS KAIN


i. Sediakan peralatan dan bahan merebus.
ii. Air dimasukkan ke dalam kawah.
(pastikan tiada bendasing seperti batu atau pasir di dalam kawah)
iii. Air dipanaskan.
iv. Serbuk soda ash dimasukkan ke dalam air dan dikacau sehingga sebati.

v. Air dibiarkan mendidih.


vi. Kain dimasukkan ke dalam air mendidih secara perlahan-lahan.
vii. Kain diangkat dan dialih-alihkan dengan menggunakan kayu bulat supaya keseluruhan kain terkena air panas.

Gambar 2 : Kain Dialih-Alihkan dan toskan Dengan Menggunakan


Kayu Bulat.
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

viii. Langkah-langkah untuk memastikan kain yang direbus tidak rosak :


Jangan guna soda ash berlebihan kerana ia boleh memudarkan warna batik.
Pastikan alat (kayu pengangkat kain) itu bulat dan licin hujungnya.
Semasa proses merebus, kain tersebut hendaklah sentiasa dialih-alihkan supaya keseluruhan kain akan
terkena air panas dan lilin yang melekat pada kain akan cair serta tanggal daripada kain tersebut

Mula Catatan :

Pastikan ia bersih daripada Larutan Sodium


Rendam Silicate.

Pastikan air untuk merebus telah cukup didih.


Rebus Kain Pastikan lilin telah hilang dari permukaan
kain.

Pastikan ia bersih dari sisa lilin dan sisa


Cuci warna.

Tamat

Carta Alir 3 : Carta Alir Proses Menanggalkan Lilin


WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

4.0 CUCI KAIN


Proses membasuh pada peringkat ini adalah untuk memastikan kain telah bersih daripada Larutan sodium silicate.

4.1 Proses Cuci & Bilas


i. Kain yang telah dimatikan warna akan dicuci dengan air biasa.
(kain dicuci mengikut jenis warna atau terang gelap warna kain tersebut)
ii. Bilas berulang kali untuk pastikan ianya bersih.
iii. Kain perlu diasingkan mengikut warna untuk menggelakkan warna berjangkit.
iv. Kain direndam ke dalam takungan air bersih yang pertama.
v. Keluarkan kain yang direndam dan bilas dengan air bersih.
vi. Masukkan ke dalam takungan air bersih yang kedua.
vii. Jangan sekali-kali angkat kain yang dicuci kerana warna yang ada masih hidup dan kemungkinan ia akan
berjangkit pada tompokan kain yang lain.
viii. Bilas sekali lagi.
ix. Periksa dan pastikan sisa lilin dan warna tanggal daripada permukaan kain.
x. Sekiranya masih terdapat sisa lilin dan warna, lakukan berulang kali sehingga bersih.
xi. Rendam ke dalam bahan pewangi.
xii. Toskan kain.
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

Kain Kain
direndam direndam
Bilas Bilas
dalam dalam Periksa
takungan 1 takungan 1

OK

Ulangi langkah
merendam dan membilas
sekiranya masih terdapat Direndam
sisa lilin dan sisa warna dalam
bahan
pewangi

Toskan

Carta alir 4 : Carta Alir Proses Mencuci Kain


WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

4.2 Bahan-bahan Mencuci Kain


i. Kain
ii. Air bersih
iii. Tempat mencuci (kolah/besen)
iv. Apron
v. Kasut getah
vi. Sarung tangan getah
vii. Bahan pewangi
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

Bil. Jenis Alatan Kegunaan

1. Kolah Tempat menakung dan membasuh kain.

2. Pewangi Bahan cecair melembut dan mewangikan kain.

Gambarajah 2 : Senarai Peralatan Dan Bahan Merebus Kain


WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

5 PROSES PENGERINGAN :
Langkah yang terakhir dalam memproses batik adalah pengeringan. Proses pengeringan boleh dilakukan dengan dua cara iaitu
pengeringan semula jadi atau menggunakan alat elektrik.
Namun, proses pengeringan semulajadi (natural drying) adalah kaedah yang lebih elok untuk mengeringkan kain batik.

5.1 Peralatan dan Perkakas untuk Proses Pengeringan :


Berikut adalah peralatan dan perkakas yang diperlukan untuk proses pengeringan kain batik :
i. Kain yang telah siap dicuci.
ii. Troli ampaian.
iii. Penyepit kain.
iv. Peralatan pengering elektrik
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

Bil. Jenis Alatan Kegunaan


1. Troli Ampaian Tempat menyangkut dan menjemur kain

2. Penyepit kain Alat menyepit kain di ampaian.

Kipas Angin Alat pengeringan kain menggunakan kuasa elektrik.

Gambarajah 3 : Peralatan keringkan kain


WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

5.2 Kaedah pengeringan :

a) Pengeringan Semulajadi (Natural Drying) :


i. Kain akan dikeringkan bergantung kepada jenis kain yang digunakan.
ii. Terdapat dua cara pengeringan semulajadi iaitu :
kain dijemur di tempat yang redup dengan aliran angin yang panas dan kering.
Kain dijemur di bawah cahaya matahari.
iii. Kain sutera tidak boleh dijemur secara terus di bawah terik matahari bagi mengelakkannya cepat rosak.

KAIN SUTERA Dijemur ditempat yang


redup dan berangin

KAIN KAPAS Dijemur di bawah


cahaya matahari

Gambarajah 2 : Cara kaedah pengeringan secara semula jadi


WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

b) Menggunakan Alat Elektrik :


Alatan elektrik untuk mengering kain digunakan supaya kain kering dengan cepat terutamanya bila cuaca
mendung atau hujan. Contoh alatan mengering yang sesuai adalah kipas angin, kipas syiling, dan hot air dryer.

Gambar 1 : Gambar alat penggering elektrik (hot air dryer)

5.3 Proses kerja mengeringkan kain:


i. Kenalpasti kaedah pengeringan yang bersesuaian.
ii. Sediakan peralatan dan bahan yang betul.
iii. Pastikan alat/kelengkapan mengering dalam keadaan baik dan selamat. (kaedah moden-sekiranya hari hujan)
iv. Kenalpasti tempat yang sesuai untuk mengeringkan kain. (mengikut jenis kain dan kaedah pengeringan)
v. Sidai kain pada ampaian dengan cara yan betul, iaitu kain direnggangkan. (Pastikan kain tidak terlipat)
vi. Sepit kain dengan menggunakan penyepit untuk mengelakkan kain daripada jatuh ditiup angin.
vii. Angkatkan kain dari jemuran.
viii. Proses kerja menggosok dan melipat kain.
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

5.4 Proses Menggosok Dan Simpan Kain

i. Simpan kain adalah salah satu proses yang penting dalam batik terap. Proses ini amat penting untuk memastikan
ruang dan tempat menyimpan kain yang selamat dan bersih. Ia dapat mengenal pasti kaedah mengendalikan kain
yang telah dikeringkan mengikut jenis kain.
ii. Kain yang dikeringkan terlebih dahulu sama ada menggunakan kaedah natural drying, alat kitaran udara atau
alatan pengering kain mengikut jenis kain.
iii. Kain dilipat dengan cermat dan kemas.
iv. Kain perlu disusun dengan rapi dan baik di dalam beg plastik yang bersih dan di simpan dengan cermat dan
selamat di dalam kabinet kain.
v. Kemudian letakkan ubat gegat di dalam kabinet kain dari menggelakkan dari dirosakkan oleh serangga.

5.5 Panduan Mengosok

i. Elakkan menggosok batik sutera pada suhu yang tinggi.


ii. Gosok Batik Sutera dengan suhu sederhana @ pilih 'silk' pada iron anda. Semburkan dgn air untuk memudahkan
lagi menggosok Batik Sutera.
iii. Anda boleh juga Seterika dengan suhu rendah sebelum kain betul-betul kering.Kedutan pada batik sutera lebih
mudah digosok
iv. Yang terbaik Semasa mengosok, pastikan anda guna seterika yang ada wap/stim bagi memudahkan kerja anda
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

5.6 Panduan Penyimpanan

1. Elakkan daripada melipat batik sutera, ini bagi mengelakkan kesan lipatan jika terlalu lama disimpan.
2. Gunakan penyangkut baju bagi mengurangkan terjadinya kedutan

6.0 KEKEMASAN DAN PERSEMBAHAN

i. Garisan lilin yang kemas dan tidak putus-putus.


ii. Aliran corak yang seimbang dan berharmoni.
iii. Sambungan garisan tidak ketara.
iv. Warna yang tidak bertelar-telar.
v. Tidak ada kesan lilin.
vi. Corak dan warna motif bersesuaian dengan warna terang dan lut sinar.

7.0 PEMELIHARAAN DAN PENJAGAAN

i. Tidak boleh direndam terlalu lama semasa membasuh.


ii. Tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari yang terik khusus jenis kain sutera.
iii. Di simpan di tempat yang selamat dan dibungkus dengan kemas dan terjamin.
06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

8.0 CIRI-CIRI KHAS BATIK TERAP

i. Warna yang segar dan eksklusif serta motif yang dihasilkan adalah bebas atau disusun.
ii. Setiap helaian batik adalah ciptaan eksklusif.
iii. Setiap hasilan memaparkan unsur-unsur tradisional, moden dan etnik yang unik.
iv. Harganya tinggi kerana kain dan bahan pewarnanya mahal serta mempunyai corak yang tersendiri mengikut kaedah,
teknik dan jenis kain yang digunakan.

SIKAP
i. Teliti dalam melaksanakan aktiviti batik terap.

KESELAMATAN
i. Berhati-hati menggunakan peralatan dan bahan dalam aktiviti batik terap.
ii. Mematuhi keselamatan dan kebersiahan di tempat kerja.
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

SOALAN / QUESTION :

1. Senaraikan tiga (3) langkah-langkah proses akhir dalam penghasilan produk batik terap.
i. _____________________________________________
ii. _____________________________________________
iii. _____________________________________________

2. Apakah nama bahan kimia yang digunakan untuk mematikan warna batik terap.
______________________________________________________________

3. Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk mematikan warna?


_______________________________________________________________

4. Nyatakan dua (2) kaedah pengeringan kain batik terap.


i. ___________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________

5. Bagaimanakah langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja akhir penghasilan batik terap? Nyatakan dua (2) langkah
tersebut.
i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
WORK AKTIVITY 06 - LAKUKAN PROSES AKHIR BATIK TERAP

RUJUKAN / REFERENCE :

1. Batik Lukis Sistem Pengeluaran dan Teknik teknik Pembuatan.

2. Mohamad Nazri Ahmad.(2000). Batik dan Seni Ukir Keris. Percetakan CS, Kuala Lumpur.

3. Siri Kedua : Batik Tulis - Sistem Pengeluaran Dan Teknik-Teknik Pembuatan. Ampang Press Sdn.Bhd.,Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai