Anda di halaman 1dari 1

KARNIVAL KOKURIKULUM SEKOLAH-SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2015 PADA 27-29

APRIL 2015 DI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PAMERAN

1. Pameran bermula pada 27 April 2015 sehingga 30 April 2015 ( 8.30 Pagi 5.00 Petang )
2. Peruntukan lot pameran dan lokasi adalah ditawarkan secara first come first serve iaitu peserta berhak
berunding dengan pihak penganjur untuk mendapatkan lokasi tersebut setelah membuat pendaftaran.
3. Bagaimanapun penganjur berhak sepenuhnya jika terdapat perubahan di dalam pelan lokasi asal dan akan
memberitahu peserta pada kadar yang segera berkaitan dengan perubahan lokasi tersebut.
4. Peserta perlu sentiasa berwaspada ke atas keselamatan barang dan produk masing-masing sepanjang
pameran berlangsung. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan, kecurian atau
sebarang kerosakan semasa dan selepas pameran berlangsung
5. Peserta pameran bertanggungjawab memastikan kebersihan tapak pameran sebelum, semasa dan juga
selepas program.
6. Peserta perlu memastikan peralatan, perkakas serta kemudahan yang akan disediakan oleh pihak
penganjur dalam keadaan yang baik. Jika berlaku sebarang kerosakan terhadap mana-mana peralatan,
perkakas serta kemudahan yang disediakan, pihak peserta pameran boleh dikenakan tindakan ganti rugi.
7. Peserta pameran bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan pengunjung serta pembantu semasa
ianya berlangsung. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecelakaan atau
kecederaan. Ia diletakkan sebagai kecuaian pihak peserta pameran.
8. Semua bentuk hiasan dan aktiviti promosi hendaklah dijalankan di kawasan lot pameran yang disediakan
sahaja. Penganjur berhak untuk tidak membenarkan sebarang hiasan atau terdapat struktur yang didapati
menghalang pandangan lot pameran yang lain atau menghalang laluan.
9. Peserta tidak dibanarkan sama sekali mengubah, menambah struktur atau kedudukan segala kemudahan
yang disediakan di tapak pameran..
10. Pemasangan dan penyambungan peralatan elektrik hanya boleh dipasang oleh kontraktor yang dilantik
penganjur sahaja.
11. Segala urusan jual beli produk keluaran peserta dibawah tanggungjawab dan kelolaan peserta. Sila
pamerkan tanda harga pada produk yang hendak dijual.
12. Jadual penggiliran pegawai bertugas sepanjang pameran berlangsung dibawah tanggungjawab peserta.
13. Sebarang pertanyaan mengenai pameran boleh dirujuk dengan pihak penganjur atau urusetia program

Anda mungkin juga menyukai