Semasa pengajian, pelajar akan mengikuti mata pelajaran berkaitan bidang mi termasuk sejarah seni lukis dan seni bina, reka bentuk dalaman; teori reka bentuk; grafik binaan; bahan dan binaan bangunan; seni reka perabot; landskap; sains persekitaran dan kemudahan bangunan serta spesifikasi. Selepas menamatkan pengajian di bidang ini, pelajar berpeluang berkhidmat di syarikat pengiklanan, pembinaan, perunding reka bentuk dalaman, berniaga sendiri atau menjadi tenaga pengajar. SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN Untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di bidang ini khususnya UiTM, pelajar perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV. Lulus bahasa Melayu dan Inggeris serta sekurangkurangnya empat kepujian lain. Dengan kata lain, pelajar perlu mendapat kepujian dalam salah satu mata pelajaran dan kumpulan matematik, kepujian dalam salah satu mata pelajaran dan kumpulan sains atau sastera. Selain itu, anda perlu lulus kepujian sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dan kumpulan lukisan, binaan, teknologi vokasional, pengajian kejuruteraan atau seni perusahaan. Di peringkat sanjana muda, calon penlu lulus STPM/setaraf dengan mendapat sekurangkurangnya dua prinsipal termasuk pengajian am dan dua subsidiari daripada mata pelajaran matematik, ekonomi/sejarah/geografi, fizik/kimia/biologi dan lukisan. Selain itu, calon-calon yang memilih bidang ini di peringkat diploma dan sarjana muda sebagai pilihan pertama, akan dipanggil untuk menduduki ujian lukisan sebelum ditawarkan mengikuti kunsus ini.