Anda di halaman 1dari 4

Assalammualaikum selamat sejahtera saya ucapkan

Saya Arishah Huda binti Hasim dari tingkatan 3. Pada hari ini, saya
ingin menceritakan atau berkongsi serba sedikit tentang kerjaya
Arkitek.

Saya suka berkongsi minat saya tentang kerjaya ini. Bagi saya
kerjaya ini sangat mencabar kreativiti saya dalam berkarya.

Arkitek adalah seseorang yang mereka-bentuk ruang atau


bangunan dan juga merancang serta menyelia pembinaan
sesebuah bangunan tersebut. Maka, untuk menjadi seorang arkitek
yang bertauliah di Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)
menjadi badan yang menyelia kelayakan dan atribut yang
diperlukan untuk seseorang bekerja dalam bidang seni bina di
Malaysia.

Latar belakang
Secara umumnya Arkitek adalah perkerjaan yang melibatkan
bidang seni bina. Seni bina melibatkan dua bidang yang utama iaitu
seni dan sains. Arkitek ini juga bukanlah rekaan bangunan atau
fantasi sahaja .la juga memerlukan idea kreativiti untuk
mendapatkan hasil yang memuaskan. Sebagai contoh, sekiranya
terdapat perancangan untuk mendirikan sesebuah bangunan. idea
tersebut didrafkan dan dilukis dengan menggunakan lukisan
tangan atau pada hari ini teknologi semakin berkembang.
Penghasilan draf lukisan boleh dihasilkan menggunakan software
yang tersendiri. .Ia kemudiannya akan dilakukan dalam bentuk
pelan bangunan dengan mengambil kira ukuran dan saiz yang
dimahukan. Setelah pelan tersebut dibuat , la akan menjalani
proses pembinan sehinggalah ia menjadi sebuah bangunan yang
siap & boleh digunakan. Kemajuan teknologi ini banyak membantu
urusan kerja arkitek semakain mudah dan tepat

Hasil idea dan kreativiti yang dilakar dan diimpikan dapat


direalisasikan dengan terbinanya sebuah bangunan. Ini adalah satu
kepuasan yang luar biasa yang saya ingin cipta suatu masa akan
datang bersama dunia arkitek.

Lapangan kerjaya arkitek menarik minat saya untuk menceburi


bidang ini kerana sebelum melukis sesuatu pelan, arkitek akan
melawat ke tapak pembinaan. Peluang ini memberi gambaran
sebenar kepada arkitek untuk mecari idea di luar pejabat. Arkitek
akan menganalisis keperluan pelanggan untuk memastikan bentuk
bangunan yang dikehendaki. Kemudian proses merancang
rekaletak, menyediakan lakaran, lukisan mengikut skel, menulis
spesifikasi serta menyelia pembinaan di tapak binaan. Oleh itu
arkitek juga bertanggungjawab untuk menyediakan bahan-bahan
yang berkualiti yang akan digunakan di dalam proses pembinaan
mengikut prodesur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa
tempatan.

Menariknya kerjaya ini, pada saya adalah dalam proses


perancangan rekaletak bangunan, arkitek akan meneliti dan
mengkaji kesesuaian struktur tanah di Kawasan di mana bangunan
akan didirikan. Ini untuk memastikan bangunan yang akan dibina
selamat daripada kejadian tanah runtuh.

Laluan pendidikan
Sebelum menjadi arkitek , kita perlu mewujudkan minat dan rasa
ingin tahu terhadap arkiteks upaya kita lagi bersemangat untuk
belajar mengenai arkitek.Cara untuk menjadi arkitek bukanlah
mudah seperti yang kita sangkakan kita perlu belajar dan
mendapatkan sijil pelajaran malaysia (SPM) di sekolah menengah.

Dalam hal ini, pelajar aliran sains dan aliran kemanusiaan boleh
memohon untuk menceburi bidang Arkitek dengan syarat
mendapat keputusan sekurang-kurangnya B dalam Matematik /
Matematik Tambahan, B bagi Fizik / Kimia / Sains Tambahan / Sains
dan B dalam Reka Cipta / Perniagaan / Ekonomi / Grafik Komunikasi
Teknikal / Geografi / Sejarah / Pendidikan Seni Visual / Lukisan
Kejuruteraan

Jadi untuk meneruskan laluan arkitek, selepas SPM pelajar boleh


memilih untuk mengikuti
1. Matrikulasi Sains / Kejuruteraan / Perakauan ( setahun )
2. STPM aliran Sains / Kemanusiaan (keutamaan seni visual )
3. Asasi / Foundation di universiti awam / swsata seperti asasi
senibina di UIA
4. Diploma di Politeknik dan Tvet MARA – 3 tahun

Kemudian diteruskan dengan degree selama 3 tahun di IPTA atau


IPTS
Antara Univeristi awam yang menawarkan ijazah sarjana muda seni
bina adalah
UKM, UIA, UPM, UITM, UM, USM DAN USIM
Manakala di IPTS pula adalah Taylor’s Universiti, UCSI Univeristy,
IUKL, Sunway Universiti, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR),
HELP Universitiy

Selepas tamat pengajian, lulusan arkitek ini perlu melengkapkan


fasa pertama Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Selepas melepasi
fasa pertama ini, secara rasminya boleh menjadi pembantu
arkitek. Sekiranya tidak melepasi bahagian pertama LAM kita
boleh menduduki semula peperiksaan.

Selepas itu, peluang terbuka untuk melanjutkan Pelajaran ke


peringkat master selama 2 tahun dan Institusi pengjian awam atau
swasta. Seterusnya lepasan master ini perlu melengkapkan LAM
yang ke-2 bagi melayakkan untuk jawatan arkitek yang diiktiraf
oleh LAM.

Selepas 2 tahun berkerja arkitek ini berpeluang untuk menduduki


peperiksaan LAM yang ke-3, bagi melayakkan diri mereka
mendapat pengiktirafan arkitek professional daripada LAM.

Prospek dan masa depan

Graduan seni bina berpeluang bekerja di sektor awam dan swasta


seperti di Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran, institute
pengajian tinggi, Booty & Edwards, Hijjas Kasturi Associates sdn
bhd.

Arkitek berpeluang untukl menjadi Juruukur bangunan, pemeriksa


bangunan, pensyarah dan perancang bandar.

Tawaran gaji
Merujuk kepada sumber Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA )
Malaysia gaji bagi Arkitek gred J41 bermula RM 2529 – RM 9643.00

Personality

Jika merujuk kepada kod Mata Holland individu yang ingin


menceburi bidang ini perlu memiliki AIR : Artistik , Investigatif,
Realistik. Bidang ini memerlukan individu yang berkebolehan
artistic dan inovatif. Individu yang cenderung kearah memerhati,
menyelidik dan menganalisis dengan kemahiran elektik atau
mekanikal.

Kemahiran yang diperlukan oleh seorang arkitek adalah :


1. Kemahiran dalam mereka dan melukis - Arkitek perlu dapat
menghasilkan pelan bangunan dan reka bentuk secara manual
atau menggunakan perisian komputer.
2. Kemahiran teknikal - Arkitek perlu memahami konsep dan
prinsip kejuruteraan, termasuk keperluan struktur, elektrikal,
mekanikal dan kerosakan bangunan.
3. Kemahiran analitikal - Arkitek perlu dapat menganalisis masalah
dan mencari penyelesaian yang sesuai, termasuk mengambil
kira faktor seperti kos, keselamatan dan kebolehgunaan.
4. Kemahiran kreatif - Arkitek perlu mempunyai daya imaginasi dan
kreativiti untuk mereka bangunan yang inovatif dan estetik.

Rumusan
Arkitek masa kini, harus bersedia melihat secara global untuk
bersaing dengan kemajuan negara luar. Banyak perubahan akan
mewarnai landskap profesion arkitek di masa hadapan yang
memerlukan kita berfikir secara kristis dan menyediakan
pendekatan yang menyeluruh seiring dengan konsep malaysia
madani. Oleh yang demikian, para arkitek harus bersedia untuk
melakukan perubahan besar untuk kekal relevan dan berdaya
saing. Secara tradisi arkitek masih terkongkong dengan limitasi praktis senibina di dalam
negara dan beranggapan khidmat keluar negara hanya mampu ditawarkan oleh firma-firma
yang besar. Ini bukan sekadar dengan menyertai pertandingan senibina antarabangsa,
bahkan kita juga boleh terlibat dalam projek yang benar-benar dapat dilaksanakan. DI
sebalik reka bentuk bangunan yang unik dan memukau sehingga ada dijadikan mercu tanda suatu
lokasi, sumbangan arkitek merupakan antara tulang belakang penghasilan seni bina unggul itu.

Anda mungkin juga menyukai