Anda di halaman 1dari 32

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

Diterbitkan oleh: Unit Penerbitan SaifulSham.com Email: iklanberkesan@saifulsham.com Web: http://www.SaifulSham.com Hak Cipta 2005 oleh Unit Penerbitan SaifulSham.com Cetakan Pertama 2005 Ilustrasi Kulit Syamim Typography/Reka Bentuk Unit Penerbitan SaifulSham.com Hakcipta terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini, dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik , rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit. Perpustakaan Negara Malaysia Data Mengkatalog dalam Penerbitan SaifulSham.com Petua Pengiklanan Berkesan/ SaifulSham.com ISBN 111-222-333-444-5555-0 1.Malay Non Fiction 2.Business Entreprise 3. Internet Advertising 222.333 Percuma Buku ini Bukan Untuk Dijual Dicetak oleh Adobe Acrobat Professional 7.0 Buku ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan atau konsultansi profesional. Strategi yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Pengarang serta penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku ini, secara langsung ataupun tidak langsung.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

Buku ini kami dedikasikan buat keluarga, guru-guru, rakan-rakan serta insan-insan istimewa dalam hidup kami yang tidak jemu-jemu menjadi inspirasi dan memberi dorongan untuk memperjuangkan apa yang kami percaya. Kami percaya bahawa kami mampu untuk merubah atau pun setidak-tidaknya memulakan perubahan dlm landskap keusahawanan di Malaysia dan seterusnya di dunia. Terima Kasih Semua -Wan Mohd Syazwan & Sabri

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

SEKALI IMBAS

Dalam buku ini anda akan membaca mengenai:


18 PETUA MENGHASILKAN JUALAN DARI IKLAN ANDA PENGUNAAN SAIZ DAN WARNA YANG MENINGKATKAN RESPONS MENGAPA IKLAN ANDA GAGAL MENJUAL BAGAIMANA MEMBUAT BAKAL PELANGGAN MEMBERI PERHATIAN PADA IKLAN ANDA.BIAR MEREKA BACA SEMUA IKLAN ANDA! ELEMEN-ELEMEN YANG MAMPU MEMBUATKAN BERTINDAK MENGIKUT KEMAHUAN ANDA! PEMBACA

Sedikit tips, usah habiskan membaca buku ini secepat yang anda boleh. Sebaiknya jika anda kurang selesa menghadap komputer, cetak buku ini menggunakan printer, cari tempat yang selesa dan mula membaca. Jangan berpindah ke petua berikutnya sebelum anda benar-benar faham petua sebelumnya, dan sudah mempunyai idea-idea kasar untuk mengaplikasi ke dalam aktiviti bisnes anda. Jika perlu, berhenti rehat! TAMBAHAN: Jangan lupa! Kami juga menyediakan platform untuk anda mengasah dan mempraktikkan kebolehan anda menulis iklan. Silalah ke SaifulSham.com Classified (http://iklaneka.saifulsham.com/) untuk anda menyiarkan iklan-iklan secara percuma.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

KANDUNGAN
Kata Pengantar6 Pengenalan..7 Petua 1..9 Petua 2.10 Petua 3.11 Petua 4.12 Petua 5.13 Petua 6.14 Rehat (Lawak Jenaka)...15 Petua 7..16 Petua 8..17 Petua 9..18 Petua 1019 Petua 1120 Petua 1221 Petua 1322 Petua 1423 Petua 1524 Petua 1625 Petua 1726 Petua 1828 Jalan Pintas..29 Pesanan Penaja..30 Biodata Penulis....32

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

Kata Pengantar
Pengguna hari ini adalah pengguna yang bermaklumat. Terutamanya pengguna di alam maya. Segala maklumat mengenai kehebatan dan kecacatan sesuatu produk berada di hujung jari mereka. Brand memainkan peranan penting, namun tidak sepenting 10 tahun dahulu. Pengguna sekarang lebih bijak menggunakan segala kemudahan maklumat yang ada untuk kepentingan mereka sendiri. Namun sebagai usahawan, kita tidak boleh menyerahkan periuk nasi kita secara bulat-bulat kepada pembeli. Usahawan harus pintar merebut peluang dan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk menarik pelanggan. Apakah yang bakal pelanggan cari? Bagaimana untuk meyakinkan mereka? Semua ini akan dilupas secara terperinci dalam buku ini. Tips-tips di dalam buku ini, adalah melalui pemerhatian kami melalui iklan-iklan yang berjaya, dan juga iklan-iklan yang kurang berjaya di SaifulSham.com Classified. Selama mentakrif iklan-iklan tersebut, kami mendapati iklan yang berkesan mempunyai sekian ciri-ciri yang berbeza dibandingkan dengan iklaniklan yang kurang berjaya. Oh ya, dalam buku ini, penekanan diberikan kepada iklan-iklan online samaada untuk digunakan di laman-lama web mahupun di laman-laman bidaan. Namun, kami percaya, prinsip-prinsip petua yang diberikan masih relevan dalam pengiklanan menggunakan medium berbeza. Diharapkan, kita sama-sama dapat memanfaatkan panduan-panduan di dalam buku ini untuk memantapkan lagi bisnes kita.

Benih Di Semai, Hasil Di Tuai,

Wan Mohd Syazwan b. Wan Sukri, Sabri Hassan Assaari


Penulis Petua Pengiklanan Berkesan, Pengasas SaifulSham.com

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

PETUA MENINGKATKAN JUALAN DARIPADA IKLAN


Segala jenis iklan sebenarnya BOLEH DIPERBAIKI.Begitu juga promosi, ia BOLEH MENGHASILKAN JUALAN YANG LEBIH BAIK . Melihat pernyataan di atas, umumnya kita mengetahui, soal bagaimana ia harus dilakukan adalah kunci kepada persoalan di atas. Ia sudah tentu persoalan yang paling sukar. Jadi, apakah kaedah sebenar bagi menambahbaik iklan dan promosi agar ia boleh ditukarkan kepada nilai ringgit?... Tidak diragui lagi, anda harus melakukannya.anda harus meningkatkan jualan anda kerana: 99.9 peratus kejayaan bergantung kepada keupayaan anda untuk menjual produk atau perkhidmatan anda Seperti kata Donald Trump, pengendali rancangan reality tv Apprentice: popular, The

Dalam dunia bisnes, tidak ada gunanya jika anda mempunyai produk terbaik di dunia, atau anda memikirkan semua orang memerlukan produk anda. Walau apa jua pun pemikiran anda, jika anda gagal menjual, anda tetap seorang yang gagal. Baiklah, jika anda adalah golongan yang gagal (saya harapkan tidak begitu;)), mari merubah situasi itu! Jika diteliti, semua iklan dan pemasaran yang berjaya bergantung kepada beberapa kaedah. Ia berfungsi menurut syarat-syarat asas dan bukannya peluang. Kaedah dan syarat ini dihasilkan selepas Claude Hopkin menghabiskan masa 36 tahun mencuba dan mengkaji kempen pemasaran ke atas lebih ratusan jenis produk berlainan. Beliau menganalisa keputusan dari ribuan iklan, tajuk utama (headlines), cetakan(copy), dan kaedah-kaedah menjual(selling methods). Dan 17 dari 18 kaedah hebat dari buku ini adalah jawapan dari percubaan, kajian, dan analisa beliau.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

18 Petua Pengiklanan Berkesan


Gunakan ia sebaik mungkin dalam bisnes anda dan lihatlah kesan pada bisnes anda! Kami pasti ia mampu memberikan pulangan yang positif. 1) Lebih banyak penerangan, lebih peluang untuk dijual. Secara ringkasnya ia bermaksud, lebih banyak maklumat yang diberikan kepada pelanggan anda, lebih cerah peluang anda menghasilkan jualan. Anda perlu menceritakan kepada mereka segala-galanya. Beritahu mereka apa yang dapat dimanfaatkan jika membeli produk anda. Beritahu mengapa mereka perlu membeli daripada anda. Yang lebih penting, mengapa mereka perlu membayar anda!
Berikan keseluruhan informasi

Anda harus memastikan anda memberikan keseluruhan informasi setiap kali iklan anda disiarkan.Tetapi, harus diingat, bakal pelanggan tidak akan membaca iklan anda seperti mereka membaca buku! Dan mereka juga tidak akan menanti akan kemunculan iklan anda yang bersiri!Sama sekali mereka tidak akan mempedulikan iklan bersiri. Selepas anda berjaya mendapatkan perhatian pembaca iklan anda, anda mesti memberikan segala sebab musabab mengapa mereka perlu membeli produk atau perkhidmatan anda pada waktu itu juga! Tidak pada masa akan datang kerana bakal pelanggan yang membaca iklan anda pada waktu itu melalui kajiannya 95 peratus daripada mereka tidak akan menjumpai iklan anda untuk tempoh yang lama, mungkin berbulan atau bertahun atau selama-lamanya! Secara analoginya. anda tidak akan menghantar jurujual terbaik anda kepada bakal pelanggan anda dan beritahu mereka Ingat nama bisnes kami, slogan yang hebat kami, dan hubungi kami. Apakah begitu matlamat utamanya? Sudah tentu tidak. Yang pasti, sudah tentu anda mahukan mereka membeli dari anda maka anda perlu berikan mereka segala sebab musabab perlunya mereka membeli dari anda. Dan begitulah juga fungsinya iklan, berikan mereka segala-galanya. Ingat perkara ini, iklan anda merupakan jurujual anda. Segala iklan diibaratkan sebagai seorang jurujual dalam bentuk cetakan atau apa jua medium pengiklanan yang anda pasarkan contohnya: tv, radio, internet.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

2) Gunakan tajuk utama untuk menarik bakal pelanggan sasaran. Anda boleh meningkatkan kadar iklan anda dibaca sebanyak 19 kali dengan menggunakan tajuk utama/ kepala tajuk yang tepat. Tajuk utama/ kepala tajuk adalah iklan sebenar kepada iklan anda! Ia mampu menarik perhatian pembaca untuk membaca keseluruhan iklan anda. Realitinya, lebih 80 peratus kejayaan iklan bergantung kepada tajuk utama/ kepala tajuk yang anda siarkan. Contoh yang mudah adalah anda sendiri akan membaca berita didalam akhbar yang mempunyai tajuk utama/ kepala tajuk yang menarik?Bukankah begitu. Kajian mendapati kadar pembaca membaca tajuk utama/kepala tajuk adalah 5 kali lebih daripada membaca keseluruhan teks. Jadi, gunakan peluang ini untuk menarik bakal pelanggan sasaran anda dengan tajuk utama/kepala tajuk yang membunuh!(buat mereka baca seluruh iklan anda) Gunakan berbagai-bagai jenis tajuk utama/kepala tajuk dan akhirnya anda menemui tajuk yang paling hebat ibarat seorang jurujual terbaik anda. Tajuk utama/ kepala tajuk itu dikatakan hebat apabila bakal pelanggan anda memberikan respond an menyatakan minat mereka. Jadi gunakan ia seperi anak panah yang mengenai sasarannya- gunakan kepada sasaran pelanggan anda. Baiklah, mari kita lihat 2 contoh tajuk utama/ kepala tajuk untuk iklan sebuah kamera: Nikmati kemeriahan hari perkahwinan anda. Kami abadikan kenangannya selama- lamanya. Tangkaplah gambar yang jelas dengan cepat dan senang setiap masa!!

Baiklah, jelas sekali tajuk utama/kepala tajuk pertama langsung tidak menarik perhatian seseorang yang berminat dalam bidang fotografi. Tajuk utama/kepala tajuk kedua lebih menarik perhatian bakal pelanggan anda! Kesimpulannya, gunakan tajuk utama/ kepala tajuk yang tepat dalam iklan anda. Saya jamin anda akan meraih sesuatu yang positif.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

3) Jual faedah bukan isi kandungan.


Isi kandungan adalah perkara yang terdapat dalam produk anda. Faedah pula adalah perkara yang menawarkan sesuatu berguna kepada bakal pelanggan anda. Contohnya: Proton Gen.2 mempunyai kendalian berteknologi Lotus. Faedahnya ialah teknologi Lotus menawarkan pemanduan yang lancar. Sekarang anda tahu apakah perbezannya! Anda perlu menekankan iklan anda pada faedah produk anda dan bukanlah isi kandungannya. Bagaimanapun jika anda masih merasakan isi kandungan juga sesuatu yang tidak harus dipinggirkan, pastikan ia sentiasa diikuti oleh faedahnya. Contohnya: Proton Gen.2 mempunyai pemanduan yang paling lancar dalam kelasnya, terima kasih pada kendalian berteknologi Lotus yang terdapat padanya. Jika ini anda inginkan cara ini, anda perlu mengiklankan faedah dahulu barulah pada isi kandungannya. Ini kerana, bakal pelanggan hanya berminat kepada manfaat yang diperolehi mereka. Mereka ingin mengetahui, Apakah produk ini mampu beri pada mereka. Mereka tidak melayan sebarang cerita indah ciptaan anda kecuali ia membawa makna kepada mereka dahulu. Saya pernah menerima iklan di peti surat yang menyatakan seseorang telah mula membuka kedai cermin mata di kawasan saya. Iklan tersebut menceritakan kejayaan orang berkenaan berjaya membuka cawangan yang kesepuluh dikawasan saya dan dinyatakan lokasinya. Diakhir perenggan barulah dinyatakan diskaun 50 peratus yang ditawarkan. Siapa peduli? Sememangnya saya tidak berminat sama sekali akan iklan tersebut. Dan saya juga yakin, majoriti dari anda hanya akan membuang iklan tersebut. Sudah tentu anda tidak akan membaca sehinggalah perenggan akhir untuk mencari-cari apakah faedah yang diberikan pemilik kedai tersebut. Sentiasa ingat perkara ini: Faedah mampu menjual sedangkan isi kandungan tidak sama sekali.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

Jika anda masih sukar mencari faedah pada produk anda, lakukan perkara mudah ini. Senaraikan segala isi kandungan pada produk anda pada sehelai kertas dan anda sendiri mencari jawapannya dengan bertanya pada setiap isi kandungan: Apakah yang dapat ditawarkan pada anda, apa yang anda dapat, apa yang ia boleh bantu?. Jawab lagi soalan ini: Apakah kegunaannya pada anda? Jawapan anda sudah tentu faedahnya! Maka, oleh itu anda dengan mudahnya dapat menyiarkan faedah pada iklan anda!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

4) Jual penawar bukan pencegahan


Sebenarnya, ramai orang tidak akan melakukan apa-apa untuk mencegah masalah mereka berlaku, bermaknanya mereka tidak bersedia langsung. Tetapi mereka ini akan berusaha sedaya upaya untuk mencari penawar apabila masalah melanda mereka. Contoh yang mudah adalah diri kita sendiri. Adakah kita akan mengambil vitamin atau ubat atau pergi menemui sendiri doktor jika kita sihat walafiat? Tidak bukan! Tetapi apabila kita ditimpa sakit, dengan pantasnya kita akan menemui doktor dan mencari segala penawar yang ada. Haha, sememangnya begitulah lumrah diri kita. Apabila kita tidak mempunyai sebarang masalah, kita tidak akan berbuat apaapa untuk mengelak masalah itu berlaku. Tetapi sebaik sahaja masalah itu melanda, kita segera mencari penawarnya. Ibarat kata pepatah sudah terhantuk baru hendak terngadah. Begitulah juga pada strategi pemasaran anda. Ia perlu .. Tetapkan masalah pelanggan Contohnya: Jual pencuci menghilangkan karat adalah lebih baik dari menjual pencuci mencegah karat! Atau jualkan ubat menghilangkan kedutan adalah lebih baik dari ubat mencegah kedutan. Atau tawarkan khidmat sebagai kaunseling penceraian rumah tangga adalah lebih baik dari kauseling menjaga hubungan rumah tangga.(Orang selalunya mendapatkan kaunseling ketika diambang penceraian dan jarang apabila masih berumahtangga!) Sudahkah anda mendapat ideanya? Saya pasti anda tentu mendapatnya. Yang pentingnya, anda harus mencuba dan selesaikan segala permasalahan pelanggan anda. Tidak mengapa jika mereka risau atau tidak akan masalah mereka, tetapi iklan yang anda siarkan mestilah menyelesaikan masalah mereka. Sebenarnya, secara tidak langsung mereka akan sentiasa tahu akan permasalahan yang mungkin dihadapi dan mereka tahu dimana mencari penyelesaianya nanti. Sudah tentu anda penyelesaiannya!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

5) Gunakan fakta sebenar bukannya fakta umum. Untuk mengatakan akan bertahan lama atau digunakan oleh lebih 900 orang atau lebih 500 untuk dipilih dari atau servis hebat atau hamper 500,000 terjual atau mencuci lebih baik sebenarnya tidak memberi sebarang kesan kepada bakal pelanggan anda. Kerana mereka tidak akan mempercayai anda! Ikhlas saya katakana, perkara-perkara diatas adalah sesuatu yang umum. Bakal pelanggan tidak mahu sesuatu yang umum, mereka mahukan fakta sebenar atau gambaran sebenar. Selalunya, mereka beranggapan sesuatu yang umum selalunya rekaan tetapi jika ianya fakta sebenar ianya adalah benar. Berikan bakal pelanggan anda fakta dan keputusan sebenar dan mereka akan lebih mempercayai anda. Jadi, jika sedemikian, anda mampu menghasilkan lebih jualan. Berikan fakta sebenar dari memberi fakta umum. Contohnya Kami menawarkan pilihan 1392 warna atau Kami mempunyai 163 stail untuk dipilih daripada atau Ia berfungsi 32.6 peratus lebih baik dari produk X atau Ia tahan 27.3 peratus lebih lama atau 4875 sudah terjual atau selepas 68 kali basuhan ia tidak mempunyai sebarang kesan. Harus diingat, apabila anda memberikan fakta yang spesifik, bakal pelanggan akan mempercayai anda. Mereka akan berfikir anda sememangnya mengira jumlah warna atau anda telah melakukan perbandingan ujian untuk mengira berapa lama ketahanan produk anda! Apabila anda melakukan perbandingan, pastikan anda menyatakan apa yang anda bandingkan. Ini kerana jika anda mengatakan 46 peratus lebih baik sahaja bakal pelanggan akan bertanya Lebih baik dari apa? Mungkin lebih baik dari tidak menggunakan apa-apa produk. Jadi, berikan fakta sebenar dan gambaran. Hidupkan iklan anda jadikan ia lebih dipercayai. Saya pasti anda mampu membuat jualan.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

6) Iklankan perkara positif sahaja


Jangan sekali-kali anda mengiklankan perkara negatif pada produk anda, walaupun ia mungkin hanya satu kelemahan. Ibarat anda mengambil tali gantung dan diikat pada leher sendiri. Anda hanya perlu mengiklankan perkara yang positif sahaja. Itu sahaja. Tunjukkan kepada bakal pelanggan anda keputusan positif hasil pengunaan produk anda atau servis. Lihatlah mana-mana iklan profesional sekalipun, tidak seinci pun mereka menceritakan perkara-perkara negatif akan produk mereka. Contoh; Lihat contoh kebiasaan iklan kereta. Ia memaparkan sebuah keluarga yang bahagia keluar bersiar-siar, kelihatan anak-anak kecil bermain-main pada kerusi belakang yang menggambarkan suasana selamat. Kedua ibu-bapa yang berada dihadapan pula gembira melihat telatah anak mereka. Ia menunjukkan seolah-olah jika anda memiliki kereta tersebut, hidup anda sekeluarga penuh ceria. Tidak pernah sekali-kali mereka memaparkan hidup sehari tanpa kereta jika ia sedang diservis! Ataupun kos penyelenggaraan yang tinggi, atau kereta tersebut menggunakan minyak seperti air mengalir atau kekecewaan semasa terperangkap dalam kesesakan lalulintas! Anda perlu balik kepada lumrah alam, manusia ini secara asasnya mahukan dirinya popular, cantik, kaya, sihat dan selamat. Jadi, anda perlu menunjukkan kepada mereka bagaimana mereka boleh memperoleh apa yang diinginkan melalui produk atau perkhidmatan anda. Berikan gambaran yang baik bukannya gambaran yang tidak elok. Jika anda menjual peralatan kesihatan, anda akan menggambarkan kesan badan seseorang yang berotot dan sihat bukannya lemah longlai tidak bermaya! Jika anda menjual pencuci muka, anda akan menggambarkan wajah seseorang bertukar menjadi berseri-seri ibarat seorang puteri kayangan bukannya wajah yang bertompok-tompok hitam walaupun sebanyak 0.01 peratus! Bagaimana? Sudahkah anda mempunyai idea? Bagus! Ingat! Iklankan perkara positif sahaja, jangan sekali-kali menambah perkara negatif!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

Rehat 5 Minit Santaikan Minda Anda


Hooking Up and Business: A Comparison 1)You see a beautiful girl at a party. You go up to her and say, "I'm a great lover." That's Direct Marketing. 2)You're at a party with a bunch of friends and see a beautiful girl. One of your friends goes up to her and, pointing at you, says, "He is a great lover." That's Advertising. 3)You see a beautiful girl at a party. You go up to her and get her telephone number. The next day you call and say, "I'm a great lover." That's Telemarketing. 4)You're at a party and see a beautiful girl. You get up and straighten your tie. You walk up to her and pour her a drink. You say "May I?" and reach up to her hair, brushing your hand lightly against her arm, and then say, "By the way, I'm a great lover." That's Public Relations. 5)You're at a party and see a beautiful girl. She walks up to you and says, "I hear you're a great lover." That's Brand Name Recognition. 6)You're at a party and see a beautiful girl. You talk her into going home with your friend. That's a Sales Rep. 7)Your friend can't satisfy her so he calls you. That's Tech Support. 8)You're on your way to a party when you realize that there could be beautiful girls in all these houses you're passing. So you climb onto the roof of one situated toward the center and shout out at the top of your lungs, "I'm a great lover." That's SPAM!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

7) Kupon dan talian bebas tol


Kajian menunjukkan apabila kupon disertakan pada iklan anda, respon pada sesuatu iklan akan meningkat. Ini kerana bakal pelanggan selalunya menangguhkan tindakan mereka ke atas tawaran yang anda berikan kerana merasakan tidak terlalu memerlukannya. Mereka akan lupa kemudiannya dan besar kemungkinan mereka tidak akan menemui anda lagi. Tetapi dengan adanya kupon. Mereka akan menyimpan kupon tersebut dan dibawa bersama mereka ke mana-mana mereka pergi. Apabila mereka terjumpa lagi iklan anda, dan mereka menginginkan produk anda, mereka akan teringat kembali pada kupon tersebut dan ada kemungkinan mereka membeli dari anda. Selain itu, dengan pengunaan kupon, anda boleh memantau respon ke atas iklan anda. Dengan mengadakan tawaran hanya jika seseorang itu mempunyai kupon, anda mampu mengira dengan tepat berapakah jualan yang terhasil dengan mengira jumlah kupon yang diterima kembali. Talian bebas tol pula akan meningkatkan rangsangan bakal pembeli untuk menghubungi anda kerana ianya percuma bagi mereka (cara ini jika anda berkemampuan sahaja)

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

8) Gunakan saiz normal: 8,10, atau 12


Kebanyakan pembacaan kita adalah daripada akhbar atau buku dan selalunya ia dicetak dalam saiz 8, 10 atau 12. Jadi,iklan anda juga harus begitu! Jika anda menambah saiz teks iklan anda, ia hanya menambah kos pengiklanan anda. Mempunyai saiz yang besar tidak membuat bakal pembeli membacanya. Berikan mereka saiz yang menjadi kebiasaan bagi mereka. Jika mereka hendak membacanya, mereka akan membacanya dan ianya menarik perhatian mereka bukan kerana saiz cetakannya yang besar. Baiklah, jika anda mempunyai keraguan akan cara ini, cubalah iklankan produk anda dalam 2 versi, satu dalam saiz biasa dan satu lagi dalam saiz yang besar. Anda hanya akan mendapati.. Saiz yang besar tidak meningkatkan jualan tetapi meningkatkan kos

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

9) Elakkan menggunakan HURUF BESAR


Kebanyakan pembacaan normal kita adalah kombinasi dalam huruf kecil dan besar. Itulah yang kita lihat dan baca hampir setiap hari dan apa yang kita biasa gunakan dalam penulisan kita sendiri. Adakah anda menulis surat cinta dalam huruf besar? jika ya, sedih sama sekali. MENAIP SESUATU KESEMUANYA DALAM HURUF BESAR MENYUKARKAN PEMBACAAN.lihatlah contoh yang ditunjukkan ini. AKAN

Jika anda menaip dengan huruf besar, anda tidak akan mendapat banyak pembaca pada iklan anda, ini bermakna jualan anda akan berkurang. Dalam iklan anda tidak perlu menjadi hero, anda hendak mengetengahkan sesuatu yang baru tetapi anda sendiri tahu anda melanggar cara hidup normal.Ikutilah sahaja cara pengiklanan normal. Berikan bakal pelanggan anda apa yang mereka sudah biasa, iaitu kombinasi huruf besar dan kecil.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

10)

Elakkan menaip tulisan putih berlatarbelakang kehitaman.

Adalah diakui tulisan putih yang berlatarbelakang kehitaman masih boleh dibaca tetapi ianya sudah tentu lebih sukar. Ini hanya mendatangkan risiko pada anda, anda akan kehilangan pembaca kerana kesukaran yang anda timbulkan sendiri pada iklan anda. Ingatlah, anda perlu membuat bakal pelanggan merasa selesa dan senang untuk membaca iklan anda, jadi taiplah sahaja dalam hitam berlatarbelakangkan keputihan, elakkan pengunaan semua huruf besar dan hanya gunakan saiz yang normal! Bakal pelanggan tidak sesekali membaca iklan yang menyusahkan mereka. Jadi jika mereka tidak membacanya, peluang anda menghasilkan jualan sudah tidak ada sama sekali. Berbalik pada kata Donald Trump:

Dalam dunia bisnes, jikalau anda gagal menghasilkan jualan, anda adalah seseorang yang gagal!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

11)

Gambar tidak semestinya membantu meningkatkan jualan

Bergantung pada produk anda, anda mungkin menghasilkan jualan yang lebih baik tanpa meletakkan gambar. Ini kerana dalam kebanyakan kes, iklan anda hanya memakan kos yang lebih besar jika diletakkan gambar. Samalah kesnya dengan menambah saiz iklan.Selalunya ia tidak meningkatkan jualan sebaliknya kosnya lebih besar dari jualan yang dijana. Tetapi, dalam beberapa kes, gambar mampu mendatangkan jualan yang lebih baik. Tetapi saya lebih untuk mengatakan ianya hanya dalam kes-kes tertentu. Seperti biasa, satu-satunya kaedah berkesan untuk mengetahui sama ada iklan bergambar lebih baik atau sebaliknya adalah dengan mencuba kedua-duanya. Anda akan mendapati yang mana mendatangkan lebih jualan untuk anda.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

12)

Berikan sampel secara PERCUMA!

Kadangkala, ia adalah sesuatu yang sukar menjual produk anda terutamanya dalam cetakan. Ini kerana semua orang tidak akan membayar kepada sesuatu yang tidak seperti mereka ingini dan fikirkan. Jika anda mahu berjaya dalam bisnes anda, lakukan sedikit pengorbanan berikan sampel produk atau servis anda secara percuma kepada bakal prospek anda. Ini memberikan mereka peluang untuk merasai dan menggunakan produk anda. Biarkan mereka merasai sendiri bagaimana produk anda mampu memberikan sesuatu yang mereka ingini. Jika anda menjual produk yang rendah kosnya seperti makanan dan minuman atau produk-produk lain dan mempunyai kadar ulangan jualan yang tinggi, berikan bakal pelanggan anda sampel percuma! Tetapi jika anda mempunyai produk yang tinggi kosnya dan kadar ulangan jualan yang rendah, berikan bakal pelanggan anda tempoh penggunaan secara percuma. Memberikan sampel percuma akan membina perniagaan anda dengan cepat dan murah, dan anda juga menghasilkan jualan yang tinggi daripada iklan anda.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

13)

Berikan lebih dari jangkaan, jangan sesekali dibawah nilai.

Dibawah nilai bermaksud produk atau servis yang anda tawarkan tidak seperti yang anda iklankan. Lebih nilai pula bermaksud memberikan produk atau servis lebih dari apa yang anda tawarkan daripada iklan anda. Pelanggan anda akan berasa gembira dan mereka akan kembali lagi membeli daripada anda jika anda memberikan lebih dari jangkaan mereka! Peringatan: Jika anda memberi kurang dari apa yang anda tawarkan, anda sengaja menempah masalah besar bagi anda, bukan hanya dari pelanggan anda tetapi juga undang-undang. Anda mungkin dikenakan saman atau denda kerana menipu pelanggan, dan yang lebih menyedihkan, anda sudah pasti kehilangan pelanggan untuk selama-lamaanya kerana publisiti buruk yang anda terima. Begitupun, saya yakin ANDA seorag yang bijak dan mempunyai etika bisnes yang baik. Pemilik perniagaan seperti ANDA tidak sesekali menggunakan taktik yang menyalahi undang-undang. Bukankah begitu!;) Hanya mereka yang tidak tahu etika bisnes sahaja yang sanggup melakukan perkara yang menjejaskan reputasi mereka sendiri.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

14)

Tambah nilai jualan (add-on)

Menambah nilai jualan (add-on) adalah kaedah yang paling mudah untuk membuatkan bakal pelanggan anda membeli lebih dari apa yang dirancang mereka. Sedar atau tidak, kita selalu melihat kaedah ini digunakan di kaunter bayaran terutamanya di restoran-restoran makanan segera. Saya sendiri pernah mengalaminya, ketika mengunjungi restoran Mc Donald, saya suka menempah hidangan McValue Big Mac bersaiz biasa. Dan selalunya jurujual kaunter akan bertanyakan Anda mahukan yang besar atau biasa, kalau yang besar anda Cuma tambah 50 sen sahaja!. Tidak sampai 5 saat, saya terus menukarkan pilihan kepada Mc Value Big Mac yang besar! Anda mungkin tidak membeli apa yang mereka cadangkan tetapi sesetengah orang ya! Lihat seperti saya yang sememangnya fanatik Big Mac!. Begitupun harus diingat, bakal pelanggan tidak akan membeli sesuatu yang lebih kecuali mereka ditanya. Kelebihan tambah nilai jualan( add-on). Anda tidak perlu mengeluarkan sesen pun kerana soalan yang ditanya tidak memerlukan sebarang kos. Yang lebih membahagiakan, anda mungkin menambah nilai jualan! Produk yang selalu dijadikan tambah nilai( add-on) adalah produk yang sesuai dengan produk yang dibeli pelanggan anda. Contohnya: Kedai kasut seharusnya juga menjual stokin. Kedai cat seharusnya juga menjual berus. Kedai bunga seharusnya juga menjual pasu dan baja. Senarai diatas akan terus berkembang dan berkembang. Apa yang perlu anda lakukan untuk mencari produk tambah nilai (add-on) adalah anda perlu duduk berfikir dan bertanya diri anda sendiri Apakah lagi yang diperlukan dengan produk ini? Jawapannya adalah anda berjaya memperolehi produk tambah nilai (add-on). Kaedah ini bukan sahaja boleh dipraktikkan di kedai, anda boleh mempraktikannya di talian atau dalam kotak e-mel. Apabila seseorang menempah produk anda, mengapa tidak cadangkan mereka produk tambah nilai? Ianya mudah dan tidak langsung membebankan anda! Jadi, jika anda masih tidak menggunakan kaedah ini, apa kata anda mencubanya. Anda mungkin menambah jualan tanpa sebarang kos tambahan!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

15)

Up-sell menambah keuntungan

Kaedah ini hampir sama dengan kaedah tambah nilai (add-on) tetapi anda membuatkan pelanggan membeli sesuatu yang lebih mahal. Kaedah ini adalah gabungan dari kaedah tambah nilai( add-on). Jurujual computer adalah antara yang hebat dengan kaedah ini. Contohnya, anda membeli computer dengan ciri-ciri asas dan anda menambah CD ROM, skrin yang lebih besar, RAM yang lebih, motherboard yang lebih laju dan beberapa program tambahan. Selepas anda menambah, tunggu! Mereka akan datangkan anda dengan komputer yang berkuasa tinggi dalam satu pakej. Mereka berjaya membuat up-sell dan anda menambah RM1000 lebih dari apa yang dirancang pada awalnya. Begitu juga dengan penjual kereta, anda membeli model kereta asas tetapi mereka akan menyakinkan anda untuk menambah beg udara, penahan cahaya matahari, sistem abs dan sebagainya. Anda tentu berbangga memiliki kereta yang lengkap cirinya bukan! Kehebatan kaedah ini adalah pelanggan sanggup membayar lebih untuk produk yang lebih hebat pada pandangan mereka. Ini bermakna, anda membuat keuntungan yang lebih pada produk yang mahal. Sekali lagi. Membuat pelanggan membayar lebih untuk kaedah ini tidak langsung mendatangkan kos kerana bertanya tidak memerlukan nilai ringgit! Kaedah ini juga boleh dilakukan bukan sahaja di kedai, tetapi di talian, atau kotak e-mel. Kaedah ini telah terbukti berkesan terutama jika anda mempunyai perniagaan sendiri. Jual produk yang mahal memberikan lebih kentungan kepada anda.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

16)

Mencuba segala-galanya.

Anda mesti mecuba segala-galanya untuk mengetahui yang mana satu kaedahkah yang memberi respon terbaik di pasaran. Anda mungkin mendapati kesemua kaedah yang dinyatakan diatas mampu menarik perhatian bakal pelanggan anda untuk membaca iklan anda, yang akhirnya memberikan lebih jualan kepada anda. Tetapi anda tidak akan tahu yang mana satukah yang benar-benar memberi pulangan yang lebih lumayan sehinggalah anda mencuba dengan berbagaibagai cara. Contohnya: Iklan bergambar dengan tidak bergambar , tajuk utama/kepala tajuk bersaiz besar atau normal, dan kesemua yang telah dibincangkan di atas. Cuba kesemua contoh diatas kerana dengan sedikit perubahan pada iklan anda ia sebenarnya memberikan kesan yang besar pada jualan dan keuntungan anda!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

17)

Tiada yang terbaik

Anda harus menyedari, tiada satupun penetapan pada iklan seperti manakah yang terbaik. Iklan yang mendatangkan pulangan lumayan pada hari ini mungkin tidak mendatangkan pulangan pada tahun hadapan. Iklan juga berubah mengikut masa. Apa yang tidak berubah adalah sifat-sifat kemanusian. Oleh kerana ia tidak berubah, kaedah dan syarat juga tidak berubah. Perkara-perkara asas akan sentiasa kekal sama. Kerana tiada penetapan yang manakah terbaik, anda perlu mencuba segalagalanya. Cuba segala-galanya, perhatikan dan analisa keputusannya. Biarkan pasaran memberitahu yang mana satukah terbaik untuk iklan anda Jangan sesekali mengandaikan anda tahu apa yang pasaran mahukan, iklan manakah yang terbaik! Lebih baik jika mencuba dan mendapat kepastian sendiri. Mencuba adalah satu-satunya cara menentukan yang manakah iklan yang terbaik dan yang kurang baik. Baiklah, jika anda masih beranggapan anda tahu yang manakah yang terbaik dan mencuba hanya membuang masa anda, bacalah ini: Sebuah panel pakar pengiklanan dipilih untuk mengundi beberapa siri iklan yang ditulis oleh sekumpulan pakar pengiklanan yang lain. Mereka harus memilih iklan terbaik sahaja. Dalam banyak siri iklan tersebut, hanya satu sahaja iklan yang memberikan pulangan lumayan dan yang lainnya adalah sama. Selepas undian dilakukan, sebanyak 50 peratus dari panel pakar pengiklanan ini memberikan jawapan yang salah! Jika panel yang pakar pun salah, adakah anda masih mengatakan anda tahu iklan manakah yang terbaik?

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

Baiklah, Cuba anda mencuba sendiri teka-teki ini, jangan melihat pada jawapannya dahulu ;).( dari setiap soalan pilih jawapan Sama ada A atau B) 1) A: Untuk semua wanita yang meminati karier pereka hiasan dalaman. B: Bolehkah anda membezakan 7 kesilapan hiasan? 2) A: Bagaimana menukar pemanduan berhemah anda kepada wang ringgit. B: Insurans kereta yang rendah jika anda pemandu yang cermat. 3) A: Iklan ini dibatalkan 3 bulan lepas kerana kami kehabisan stok. B: Beg kulit hanya RM30. Iklan yang terdahulu kami kehabisan stok dalam 24 jam. 4) A: Bagaimana membuat puding coklat dalam 6 minit. B: Sediakan hidangan malam ini dengan puding coklat. 5) A: Apakah nasib si dia jika sesuatu berlaku pada anda. B: Pelan pendapatan persaraan. 6) A: Kot hujan berfesyen klasik pada harga yang juga klasik! B: Tidak boleh hilangkan kot hujan ini kerana ada nama padanya. 7) A: Gadis.Mahukan kecantikan sejati? B: Masihkah teman lelaki anda berkata. Anda seorang yang cantik? Inilah keputusannya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. B ( 250 % lebih baik) B ( 1200 % lebih baik) A (300 % lebih baik) B (66 % lebih baik) B ( 500 % lebih baik) B ( 74 % lebih baik) A (220 % lebih baik)

Jadi, dimanakah anda berada? Saya rasa ianya mencukupi untuk mengetahui yang manakah iklan terbaik. Yang penting, cuba, perhati dan analisa dapatkan iklan manakah yang berfungsi dengan baik, dan anda akan melihat bisnes anda berkembang. Lakukannya!

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

18) Hubungi kami! Kaedah kelapan belas dan terakhir untuk menghasilkan jualan daripada iklan, hubungi kami! Petua ke 18 adalah Rahsia Besar! Hanya dengan satu petua ini sahaja, anda mampu merubah perniagaan anda kearah keuntungan yang berlipat kali ganda! Mahu Tahu? Hubungi kami untuk petua yang terakhir! Kami akan memberikan khidmat nasihat secara percuma selagi iklan anda tidak mendatangkan jualan! Kami tidak mengenakan caj walau sesen pun jika anda gagal menghasilkan sebarang jualan dari iklan anda. Tetapi sebelum anda menghubungi kami, ada sesuatu yang perlu anda tahu, anda perlu bersungguh-sungguh melakukannya. Kami tidak menjalankan bisnes dengan seseorang yang hanya berangan atau hanya suka-suka. iklanberkesan@saifulsham.com

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

JALAN PINTAS

Cabar Kami!
Baiklah, sekarang ilmu di tangan anda, kami percaya anda akan menggunakannya untuk memperbaiki status hidup diri anda sendiri. Kami di sini tidak rugi apa-apa jika anda sendiri tidak mencuba. Oh ya, jalan pintas untuk anda menguji petua-petua yang kami perturunkan, setelah anda berlatih di SaifulSham.com Classified, mengapa tidak anda pergi ke Lelong.com.my dan Ebay.com.my. Cuba anda menjual apa-apa produk yang mempunyai audien sendiri (jangan jual produk lapuk!), letakkan harga yang berpatutan, dan buat 2 penyenaraian. Satu penyenaraian, descriptionnya menggunakan segala petua yang kami beri dan satu penyenaraian lagi descriptionnya di buat sesedap hati sahaja. Mengikut pengalaman kami, di sini la terletaknya perbezaan antara sales pitch (iklan) yang berkesan dan tidak. Produk yang mempunyai penerangan dan description yang mantap akan lebih mudah menarik pembeli! Ya, mari kita tengok, produk mana yang akan lebih mendapat sambutan! Anda rasa? Sekian saja dari kami, Selamat Berjaya! Kami mengalu-ngalukan maklumbalas anda semua. Anda boleh emailkan segala respons anda ke alamat iklanberkesan@saifulsham.com

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

PESANAN PENAJA
RAKAMAN AUDIO
Tempahan: Jika anda memerlukan rakaman audio, Keusahawanan Berkesan di mana kami menerangkan dengan lebih terperinci, satu persatu petua di dalam buku ini, anda juga boleh memesannya dari kami. Sila email kami dengan subjek Pesanan untuk Rakaman Audio
Format email: To: iklanberkesan@saifulsham.com
Subject: Pesanan untuk Rakaman Audio

Rakaman tersebut adalah dalam bentuk mp3, dan boleh di dengar menggunakan semua pemain mp3, komputer, pemain cd, vcd dan dvd yang menyokong format ini. Penghantaran: -Jika dihantar secara digital (email/download) ia berharga RM 10 -Jika dihantar di dalam bentuk CD ke rumah anda menggunakan POSLaju ia berharga RM25 Cara Bayaran: -Bank In Maybank & BCB (digalakkan) -Wang Pos/Kiriman Wang Sila emel kami terlebih dahulu untuk mendapatkan arahan lengkap, alamat dan juga no akaun bank kami. Dengan rakaman ini, anda bukan sahaja boleh mendengar secara berulangulang petua-petua di dalam buku ini, tetapi juga dapat mendengar setiap penjelasan, contoh kes dengan lebih terperinci lagi.

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

PESANAN PENAJA
E-Kursus Berbahasa Melayu Pertama di Dunia!
Daftar segera di SaifulSham.com!

Jika anda telah mendapat sedikit-sebanyak ilmu daripada buku ini, mengapa tidak anda mendaftarkan diri anda untuk kursus-kursus singkat SaifulSham.com pula? Kami telah menyediakan beberapa kursus pendek yang boleh diikuti secara elektronik oleh sesiapa sahaja yang ingin mendalami bidang tersebut. Tidak ada peperiksaan, tidak ada homework, tidak ada assignment juga! Jika anda ingin maju, maka anda sendiri yang perlu memanfaatkan segala ilmu yang dicurahkan. Semuanya di sediakan PERCUMA! Yang mudahya, anda boleh belajar mengikut kemampuan anda sendiri! Pantas atau perlahan, anda lah yang menentukannya. Sebelum kami terlupa, sukacitanya kami mengingatkan bahawa, kursus-kursus kami dihasilkan bukan sahaja untuk dipelajari oleh seorang professional yang baru bergraduasi, bahkan juga sesuai untuk seorang pesara berumur 65 tahun! Oleh itu, anda akan mendapati sesetengah topik adalah mudah untuk difahami, manakala sesetengah lagi lebih sukar. Namun, kami percaya anda semua pasti mendapat sesuatu yang berharga. Unutk mendaftar, sila klik link di bawah untuk ke laman web pendaftaran KURSUS PEMASARAN INTERNET http://www.saifulsham.com/pemasaraninternet.html KURSUS PENGIKLANAN BERKESAN http://www.saifulsham.com/pengiklananberkesan.html KURSUS KEUSAHAWANAN TERBILANG http://www.saifulsham.com/keusahawananterbilang.html

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat.

BIODATA PENULIS

Wan Mohd Syazwan b. Wan Sukri mendapat pendidikan di merata Malaysia. Sedang ditaja oleh Petronas, menuntut di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di UTP. Menjadikan beberapa tokoh korporat sebagai idola, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Sudah didedahkan dengan keusahawanan sejak kecil, Beliau menerajui unit R&D rangkaian SaifulSham.com. Kini, di samping menguruskan beberapa perniagaan internet miliknya beliau turut bertanggungjawab menyelia aktivitiaktiviti keusahawanan rangkaian SaifulSham.com Opportunity is a game of statistic. Numbers never lies menurutnya.

Sabri b. Hassan Assaari merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik tajaan Petronas di Universiti Teknologi Petronas. Beliau bertanggungjawab memantau dan memastikan aspek-aspek teknikal operasi rangkaian SaifulSham.com bergerak lancar. Walaupun tidak mendapat pendidikan secara formal dalam bidang teknologi, beliau memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan dalam operasi secara hands-on. Namun, sejak akhir-akhir ini beliau banyak meluangkan masa untuk membantu usahausaha promosi dan pemasaran rangkaian perniagaan SaifulSham.com secara teknikal di Internet. Katanya, Dont panic if you are clueless. In this modern world, its not how much you know that matter, what you do with the little that you know that count. The more failures you have, the closer you are to success

Untuk pelbagai info keusahawanan yang lebih mantap, sila lawati www.saifulsham.com

Anda mungkin juga menyukai