Anda di halaman 1dari 1

1. Surah al-Fatihah Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna.

Anda boleh
melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu.
Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan
syaitan.
2. Al-Muawwizat tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada
Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda
tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari
gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
3. Ayat Kursi amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai
pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda
mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.

Bacaan untuk menolak gangguan jin dan syaitan:


Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh
orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari
langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar
daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang
datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan yang baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih

Anda mungkin juga menyukai