Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Kesimpulannya, setiap individu perlu memainkan peranan penting dalam memelihara dan
memulihara organisma hidup . Kita hendaklah menyokong dan menyertai aktiviti yang dijalanlan
oleh kerajaan atau bukan kerajaan bagi tujuan ini. Jika interaksi antara organisma hidup dengan
persekitaran dan kitar oksigen dengan karbon dioksida terpelihara , sudah tentu sistem ekologi
akan berada dalam keadaan yang seimbang.
Selanjutnya, kebaikan kawalan biologi dalam pertanian akan mewujudkan alam sekitar tanpa
tercemar dan semua organisma serta perosak akan terus berkekalan. Selain itu, keburukannya
pula akan menyebabkan sesetengah pemangsa semakin banyak dan bilangan tanpa kawalan
boleh membahayakan nyawa manusia seperti pekebun.
Peranan fotosintesis amat penting dalam mengekalkan ekosistem yang seimbang. Di samping
dapat meningkatkan kandungan oksigen ,juga dapat menghilangkan karbon dioksida dari
atmosfera.
Semoga semua pihak saling membantu menyelamatkan alam sekitar kita daripada sebarang
unsur pencemaran. Alam sekitar yang terpelihara sudah tentu menjadi warisan penting dari
generasi demi generasi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai