Anda di halaman 1dari 4

•Kata seru adalah kata yang menyatakan

perasaan seseorang seperti sakit, marah,


terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut,
terperanjat, hiba, dan sebagainya.

• Cara penggunaannya disesuaikan dengan


intonasi pengucapan iaitu dengan nada
meninggi atau menurun.

• Kata seru digunakan untuk membentuk


ayat seruan.
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh

aduh untuk menyatakan 1. Aduh, sakitnya tanganku!


perasaan sakit dan 2. Aduh, besarnya rumahmu!
kagum

aduhai untuk menyatakan Aduhai, malang sungguh nasibku!


perasaan sedih

ah untuk menyatakan 1. Ah, saya tetap tidak mengaku


tidak setuju atau bersalah!
menolak sesuatu 2. Ah, alasan itu tidak dapat
kuterima!
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh

amboi/wah untuk menyatakan 1. Amboi, mahal betul kereta itu!


perasaan hairan atau 2. Wah, berani betul budak itu!
kagum

cis/cih untuk menyatakan 1. Cis, berani dia menentangku!


perasaan marah dan 2. Cih, mereka tidak kenal siapa
benci aku !

eh untuk menyatakan 1. Eh, kamu sudah sampai!


perasaan hairan atau 2. Eh, tadi dia ada di sini!
terkejut

hai untuk menegur 1. Hai, diamlah sikit!


seseorang atau menarik 2. Hai, sudah lama kita tidak
perhatian bertemu!

Anda mungkin juga menyukai