Anda di halaman 1dari 11

Nama________________________________ Tarikh____________________

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN / 40 markah


Pemahaman

Masa: lima puluh minit

A. Bundarkan jawapan yang betul.

1. Kamal berenang di dalam arus ____________________________ yang


deras.ms 56
A. tasik B. kolam
C. sungai D. perigi

2. Penduduk kampung mencari tahi kelawar di dalam________ yang


gelap.ms 56
A. bukit B. gua
C. kebun D. khemah

3.” Nama awak _____________?” tanya Lim kepada murid baharu itu.ms 48
A. siapa B. apa
C.bila D. mana
Soalan 4 dan 5 berdasarkan gambar

Brif: seorang murid terjatuh di tepi kebun kelapa


sawit kerana tersepak batu.

4. ___________________kah itu murid terjatuh di tepi kebun kelapa sawit? Ms


48
A. bila B. berapa
C. apa D. mengapa

5.Marzuki diumumkan sebagai olahraga_____________ kerana berjaya


memecahkan rekod lumba lari 100 meter. Ms 53
A. juru B. wan
C. maha D. pra

6.Murid______sekolah berbaris untuk masuk ke kelas selepas loceng


berbunyi. Ms. 107
A. pra B. pasca
C. wati D. juru
1

7.Penternak itu berjaya menjinakkan kerbau yang liar itu


kerana________________.ms 150

A. alah membeli menang memakai B. ringan sama dijinjing


C. melentur buluh biar dari rebungnya D. alah bisa tegal dek biasa

Soalan 8dan 9 berdasarkan gambar.


Brif : tiga orang murid sedang membeli aiskrim.
Seorang murid lagi telah makan setengah batang
aiskrim. Ada pelbagai aiskrim pada tong yang
dijual.

8. _____________orang budak sedang membeli aiskrim daripada penjual


itu.ms 164

A. dua B. lima
C. tiga D. empat

9. Azmin telah makan separuh daripada sebatang aiskrimnya. ms 164

A. separuh B. semua
C. suku D. satu perempat

10. Azian ___________ untuk memakai sari kerana tidak pernah memakai
pakaian tradisional itu. ms 67
A. murah hati B. ambil masa
C. langkah kanan D. ambil hati

11.Pak Cik Harun mencari tapak niaga yang sesuai untuk menjual hasil
tani. Ms. 158.

A. pesta jualan B. balai raya

C. padang sasar D. tapak niaga

2
12. Tukang kayu yang terkenal itu memaku papan yang tebal
dengan______ yang besar. Ms68.

A. tukul besi B. kuku kambing

C. pita ukur D. ketam kayu

13. Mangsa banjir membersihkan rumah mereka sehari suntuk. Ms 29

A. segera B. baharu
C. suntuk D. lama

14. Tan ____________ riang kerana teringat pujian yang diberikan oleh
penduduk kampung semasa program kayuhan amal. Ms 72

A. terlena B. terbaring
C. tersungkur D. tersenyum

15. “ _______ ucapkan syabas atas kejayaan kamu memenangi


pertandingan masakan tradisional,” titah raja muda. Ms 163
A. hamba B. beta
C. patik D. tuanku

16.Para pengunjung menjauhi diri dari kedai________ kotor itu. ms 36


A. yang B. untuk
C. bahawa D. dengan

17.” Pilihlah__________ pergerakan tarian yang kamu suka,” kata cikgu


Anati kepada murid kelas 5k. ms 82
A. rakan-rakan B. siapa-siapa
C. lekak-lekuk D. mana-mana

18.”_______silalah duduk,” kata pegawai itu kepada isteri Tan sri Devid. Ms
80

A. Datin Sri B. Tan Sri


C. Puan Sri D. Toh Puan

19. Pastikan ____________ kita jauh daripada tempat terbakar supaya tidak
mengganggu tugas bomba. Ms 523
A. berkedudukan B. kedudukan
C. didudukan D. mendudukkan

20.pilih cakap pindah yang betul. Ms 168


“ Duit perlulah ditabungkan agar kita tidak susah apabila dewasa ,” kata
pegawai bank itu kepada Farah.

A. Pegawai bank meminta farah menggunakan duit apabila dewasa.


B. Pegawai bank menyatakan bahawa duit perlulah ditabungkan agar kita
tidak susah apabila dewasa.
C. Pegawai bank memberitahu bahawa duit itu dapat digunakan agar kita
senang.
D. Pegawai bank itu berkata bahawa simpanan adalah perkara yang
penting semasa dewasa.

Baca petikan kemudian jawab soalan dengan menulis jawapan


selengkapnya.

Apabila kita menyebut kota raya Kuala Lumpur, gambaran yang kita peroleh ialah suasana yang sibuk.
Selain itu pencemaran juga berluasa. Fikiran kita terbayang kota batu yang kurang pokok.

Lantaran itu, pelbagai usaha telah diadakan bagi mengatasi masalah ini. Pada hari Ahad, minggu
pertama,setiap bulan, kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kota pada awal pagi. Jalan menjadi legang.
Pencemaran daripada kenderaan berjaya dikurangkan. Orang ramai dapat berjoging tanpa menghidu
karbon monoksida.

Seterus, banyak pokok ditanam di sekitar kota raya. Pokok ini dapat mengindahkan kawasan. Selain itu,
kota batu ini dapat diimbangi dengan kota rimba.

Di samping itu, pelbagai kempen dilakukan oleh pihak kerajaan agar dapat memberikan kesedaran
tentang kebersihan kepada pengunjung kota raya. Kini, kota raya kuala Lumpur makin menghijau dengan
tumbuhan .

/10 markah

4
1.Apakah gambaran kita tentang kota raya Kuala Lumpur?
Gambaran yang kita peroleh ialah suasana yang sibuk, pencemaran juga berluasa dan kota
batu yang kurang pokok.

2.Bilakah hari tanpa kenderaan dilaksanakan oleh pihak kerajaan di kota raya Kuala Lumpur?

Pada hari Ahad, minggu pertama,setiap bulan.

3.Nyatakan kesan apabila kerajaan melaksanakan hari tanpa kenderaan?

Jalan menjadi legang. Pencemaran daripada kenderaan Berjaya dikurangkan. Orang ramai
dapat berjoging tanpa menghidu karbon monoksida.

4. Bagaimanakah kita dapat merimbakan kota raya dengan pokok?. berikan cadangan
berdasarkan idea kamu sendiri.( KBAT)

Kita boleh bergotong royong untuk menanam pokok di kota raya dan kurangkan pembinaan
bangunan pencakar langit.

5. Jenis pokok apakah yang sesuai ditanam di kota raya? Mengapa? (KBAT)

Jenis pokok yang sesuai ditanam di kota raya ialah pokok yang mempunyai akar tunjang agar
tidak mudah tumbang apabila angin kencang.

Nama____________________________ Tarikh_________________

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN


PENULISAN Masa: satu jam lima belas minit
/ 10markah

A. Lihat gambar kemudian jawab soalan dengan berdasarkan gambar.

Brif: Seorang lelaki Apakah yang dilakukan oleh lelaki itu? ms 115
sedang memakai kaki
palsu di ruang tamu.
Seorang lelaki sedang memakai kaki palsu di ruang tamu.

Brif: Seorang Mengapakah perempuan itu melihat GPS? ms 113


perempuan sedang
melihat GPS untuk
Seorang perempuan sedang melihat GPS untuk menuju ke arah Kuala
menuju ke arah Kuala
Lumpur.
Lumpur. Gps tunjukan
arah ke Kuala Lumpur.

Ke manakah murid itu pergi? Ms 98


Brif: Sekumpulan murid
turun dari bas menuju ke
Muzium Datuk Sim Mow
Yu. Sekumpulan murid turun dari bas menuju ke Muzium
Datuk Sim Mow Yu.

Di manakah beberapa orang sedang berlatih silat? Ms 86


Brif: Beberapa orang
sedang berlatih silat di
sebuah gelanggang silat.
Beberapa orang sedang berlatih silat di sebuah
gelanggang silat.

Jika kamu menjadi budak itu, apakah tindakan kamu? Ms 60 KBAT


Brif: Seorang murid
ternampak sarang
Melaporkan kepada bomba./ beritahu kepada ibu bapa/ beritahu kepada
tebuan berhampiran
penjaga
Dahulu, kita sering terlihat pekerja tokong/
membaiki jalan di lebuh raya dan jalan bandaran. Beberapa orang
tokong.
pekerja akan berdiri di atas jalan sambil menggoyang-goyang bendera merah agar pemandu berhati-hati .
Mereka akan memakai pakaian keselamatan yang dapat dilihat dari jarak jauh untuk memudahkan
6
pemandu dapat melihat mereka.

Kini, dalam era teknologi yang canggih ini, kita jarang melihat orang mengawal lalu lintas semasa kerja
B. Baca
membaiki jalanteks kemudian
dijalankan. buat ulasan.
Patung pengawal Ms 119
telah dicipta. Pantung ini menggantikan tempat pekerja yang
/10 markah
mengawal lalulintas . Patung ini digerakan dengan menggunakan elektrik atau tenaga solar. Patung ini dapat
memberi isyarat berhati-hati Siang dan malam. Patung ini juga dipakaikan pakaian keselamatan.

Patung pengawal hampir berfungsi seperti orang yang mengawal isyarat berhati-hati semasa jalan dibaiki.

7
Ulaskan persamaan pekerja yang menjadi
pengawal dijalan dengan patung pengawal.

Persamaan persamaan pekerja yang menjadi pengawal dijalan dengan patung pengawal dari segi fungsi iaitu
meminta pemandu berhati-hati. Pemandu akan nampak dari jauh lagi kerana pekerja akan memakai pakaian
keselamatan dan patung ini juga dipakaikan pakaian keselamatan.

Pada pendapat kamu apakah keburukan antara pekerja pengawal KBAT


dengan patung pengawal.

Pada pendapat saya keburukan pekerja sebagai pekerja pengawal jalan dari segi tumpuan. Pekerja akan berasa
letih kerana berdiri terlalu lama. Mereka akan leka dan terlupa mengibarkan bendera merah dan tidak nampak
oleh pemandu. Mereka juga mungkin akan dilanggar oleh pengguna jalan raya semasa hujan atau kabus .

Keburukan patung pengawal ialah tidak dapat berfikir seperti manusia. Jika rosak, kemungkinan pekerja yang
membaiki jalan raya tidak menyedarinya. Mungkin pemandu akan terlanggar pekerja kerana tidak mendapat
isyarat yang jelas.

C. Pilih satu tajuk kemudian tulis karangan yang lengkap.

1. Tulis satu karangan yang bertajuk “ Pak Abu nelayan persisiran pantai “ ms 142

atau

2. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu melawat ke
tempat yang menarik. Ms 126

atau

3. Kamu dan kawan-kawan kamu telah melakukan aktiviti amal di satu tempat. Tuliskan karangan
tentang aktiviti yang kamu dan kawan-kawan kamu lakukan. Ms 72

8
jawapan C.1
Pak Abu tinggal bersama-sama isteri dan dua orang anaknya di persisiran pantai
Cahaya Bulan. Beliau menjadi nelayan persisiran pantai sejak usianya belasan
tahun lagi.
Pak Abu akan membuat persiapan pada waktu malam. Menjelang pukul 2.00
pagi , isteri pak Abu menyediakan bekal seperti air kopi dan nasi lemak untuk
Pak Abu. Selepas itu, Pak Abu menuju ke jeti untuk turun ke laut.

Pak Abu mendayung sampannya di persisiran pantai. Beliau melepaskan


pukat ke dalam laut. Selepas sejam pak Abu menarik pukat ke dalam sampan.
Ikan-ikan seperti tamban dan kembung yang tersangkut pada pukatnya akan
dimasukkan ke dalam tong.

Seterusnya,pak Abu menurunkan pukatnya semula. Beliau menunggu di


dalam sampannya sambil bersarapan. Air kopi yang panas itu dapat
memanaskan badan apabila angin pantai bertiup ke arahnya.

Menjelang subuh pak Abu mendayung sampan menuju ke jeti. Ah sang,


peraih ikan tetap Pak Abu sedang menunggu Pak Abu. Ah Sang membeli semua
ikan yang diperoleh Pak Abu.

Selepas Pak Abu menerima wang daripada Ah Sang, beliau memikul


pendayung dan pukatnya pulang ke rumah. Beliau membawa sekilo ikan
tamban dan sekilo ikan kembung untuk isterinya. Pak Abu dan isterinya
bersyukur kerana mereka dapat hidup dengan bahagia walaupun Pak Abu
hidup sebagai nelayan .

Jawapan C. 2
Pada cuti sekolah yang lalu, ibu bapa saya membawa saya ke negeri di bawah
bayu, Sabah . Awal-awal pagi, saya telah mengemas pakaian untuk dibawa ke
sana. Kami menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pada pukul 9.00 pagi, kami sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu sabah.
Kami disambut oleh kenalan bapa saya, Encik Atoi. Kami menaiki kereta beliau
menuju ke Kundasang.

Apabila saya sampai di Kundasang, saya berasa amat teruja dengan


kecantikan dan kedamaian tempat itu. Tempat ini sejuk. Udaranya nyaman
kerana kawasan ini bebas daripada pencemaran.

Pada malam itu, kami bermalam di sebuah chalet kepunyaan Encik Atoi.
Chalet itu diperbuat daripada kayu dan papan yang bermutu tinggi. Malam itu
juga saya dapat bermesra dengan penduduk di situ. Masyarakat di situ sangat
mesra sekali.

Keesokan paginya saya bangun awal. Saya dapat melihat kawasan yang indah
nian. Kawasan itu penuh dengan tanaman sayur-mayur oleh penduduk
kampung. Kawasan tinggi di situ juga dihijaukan dengan sayur seperti kubis,
bayam dan cili.

Saya mengambil kesempatan menangkap gambar di kawasan yang sungguh


cantik itu. Saya juga membeli benih sayur-sayuran di situ. Saya ingin membawa
benih itu pulang ke semenanjung. Pada hari ketiga kami pulang ke Selangor.
Saya berasa amat bertuah dapat melawat ke Kundasang.

Jawapan C. 3

Pada 26 Ogos, saya dan kawan-kawan telah mengadakan lawatan ke rumah


Orang-orang Tua Kuala Kubu Bahru. Kami pergi dengan menunggang basikal.
Saya membawa alatan seperti penyapu, kain buruk, sabun cecair dan
berus. Saya juga membawa radio. Kamal dan kamalia membawa pakaian
terpakai tetapi masih baharu. Rosli dan Wong membawa cat. Semua alatan itu
diikat pada pelantar basikal masing-masing.
Setelah kami sampai, penyelia rumah orang-orang tua di situ menyambut
kami. Beliau memberikan taklimat kepada kami. Selepas itu, kami diberi
peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
Seterusnya, kami mengadakan aktiviti senaman bersama-sama orang-
orang tua di situ. Kami memasang muzik sambil bersenam. Suasana amat
meriah.
Tidak lama kemudian, kami membersihkan asrama penghuni di situ. Oang-
orang tua di situ membantu kami. Mereka gembira apabila melihat kami ringan
tulang.
Wong yang pakar dalam bidang cat telah mengecat dinding bilik yang
catnya telah luntur. Saya dan kawan-kawan membantu Wong. Oleh itu, semua
kerja dapat disiapkan dengan cepat.
Akhir sekali, kami berkumpul di dewan. Kami memberikan sedikit
sumbangan kepada penyelia rumah orang-orang tua itu. Kami juga
memberikan pakaian kepada penghuni di situ. Mereka menerima sumbangan
kami dengan linangan air mata kegembiraan.
Kami pulang kerumah selepas selesai semua aktiviti. Aktiviti ini akan kami
teruskan lagi pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai