Anda di halaman 1dari 8

Oleh:Nazeri b. Mohammad, IPG Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Masa Cetak: 4:23

BAB 1

PENDAHULUAN.

1.1 Pengenalan.

Dalam era komunikasi dan teknologi maklumat hari ini, cabaran utama dalam
dunia pendidikan ialah menyalurkan pengalaman pembelajaran agar selaras
dengan perkembangan pengetahuan. Pada abad 21 ini, penguasaan
pengetahuan adalah kunci kepada ‘kuasa’ dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial. Menjelang tahun 2020 dijangkakan pengetahuan akan berkembang
sekaliganda setiap 73 hari (Tran Vui, 1999). Seiring dengan kepesatan
perkembangan ini, maka kerajaan telah mengambil keputusan yang penting
dengan melakukan reformasi pendidikan dalam penggunaan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengajaran matematik dan sains di semua peringkat sekolah
bermulanya peringkat tahun 1 dan tingkatan 1 pada tahun 2003.
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran bagi
matapelajaran matematik dan sains telah diperkenalkan oleh kerajaan setelah
mengambil kira perkembangan pengetahuan dalam ilmu matematik dan sains
yang begitu pesat sejak kebelakangan ini. Ini bermakna penguasaan Bahasa
Inggeris menjadi satu perkara yang amat penting bagi membolehkan
seseorang pelajar mendapatkan keputusan yang baik dalam matapelajaran
matematik di semua peringkat, sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah
menengah.
Perlaksanaan pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris
yang dikenali sebagai ‘eTems’ telah menyebabkan berlakunya jurang
pemahaman isi kandungan matematik di kalangan pelajar yang boleh
menguasai Bahasa Inggeris dan pelajar yang tidak dapat menguasai Bahasa
Inggeris sejak di peringkat rendah lagi. Malahan masalah ini akan bertambah
rumit lagi dengan bebanan isi kandungan subjek matematik di sekolah
menengah. Jurang perbezaan pencapaian matematik antara pelajar yang
berstatus sosial-ekonomi tinggi dengan rendah akan semakin melebar. Ini
bermakna kegagalan menguasai perkara-perkara asas dalam Bahasa
Inggeris akan memberikan kesan yang negatif kepada pencapaian dalam
matematik di peringkat rendah dan menengah. Oleh itu masalah penguasaan
matematik perlu ditangani dari peringkat akar umbi.

1.2 Pernyataan Masalah

Pencapaian matematik di kalangan pelajar perlu di beri perhatian yang serius


kerana matematik merupakan matapelajaran teras di peringkat menengah
sama ada PMR atau SPM. Penguasaan mata pelajaran di kalangan pelajar
sekolah boleh dikaitkan dengan latar belakang pendidikan semasa di sekolah
rendah, latar belakang keluarga, budaya dan tempat tinggal serta sikap yang
wujud dalam diri seseorang.
Kajian ini akan mengkaji adakah pencapaian matematik sekolah
rendah mempengaruhi pencapaian matematik di tingkatan dua (2) sekolah
menengah dan sejauhmana pencapaian Bahasa Inggeris memberikan
kelebihan di kalangan pelajar. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan

Kursus Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Pensyarah – Pensyarah IPG 2007 di Regency Hotel, Port Dickson,
Negeri Sembilan., 27 November – 30 November 2007
Oleh:Nazeri b. Mohammad, IPG Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Masa Cetak: 4:23

untuk mengetahui adakah taraf pendidikan ibubapa atau penjaga mempunyai


hubungan dengan pencapaian matematik tingkatan 2.

1.3 Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian adalah untuk mengetahui apakah faktor yang dominan
dalam menentukan pencapaian matematik pelajar tingkatan 2? Di samping itu
hubungan di antara pencapaian matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat
UPSR dalam menentukan kemantapan asas matematik di tingkatan 2 turut
dikaji juga. Kajian ini juga cuba mengenalpasti adakah terdapat hubungan di
antara taraf pendidikan ibubapa, pencapaian Bahasa Inggeris dan matematik
UPSR, tanggapan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dalam
kelas, asas penguasaan matematik dan kemampuan menyelesaikan masalah
matematik tingkatan 2 dalam mempengaruhi pencapaian matematik pelajar di
tingkatan 2.

1.4 Model Kajian

Kajian hubungan antara pencapaian matematik UPSR, taraf pendidikan


ibubapa, tanggapan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran guru
dalam kelas dan kemampuan menyelesaikan masalah matematik tingkatan 2.
Model kajian ini boleh diringkaskan seperti rajah di sebelah.

Pencapaian Tanggapan
Bahasa Inggeris pelajar terhadap
UPSR. pengajaran guru
Matematik

Peringkat Pencapaian
Pendidikan Asas Matematik
Ibubapa atau Matematik dalam
penjaga. peperiksaan
lalu.
( V 35 )
Pencapaian Kemampuan
Matematik menyelesaikan
UPSR. masalah
Matematik

Rajah 1.1 : Rangka Konseptual

Kursus Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Pensyarah – Pensyarah IPG 2007 di Regency Hotel, Port Dickson,
Negeri Sembilan., 27 November – 30 November 2007
Oleh:Nazeri b. Mohammad, IPG Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Masa Cetak: 4:23

Hujah dan Andaian :

 Keputusan gred pencapaian matematik UPSR mempengaruhi keputusan


matematik tingkatan 2. Dengan ini diandaikan pelajar yang mencapai
keputusan yang baik dalam UPSR akan juga mendapat keputusan
pencapaian yang baik dalam matematik tingkatan 2 berbanding dengan
pelajar yang lemah.
 Taraf pendidikan ibubapa atau penjaga mempengaruhi gred pencapaian
matematik pelajar tingkatan 2. Andaiannya pelajar yang mempunyai ibubapa
yang berpendidikan mempunyai persepsi dan keyakinan yang tinggi terhadap
kebolehan mereka untuk menguasai matematik dalam Bahasa Inggeris dan
mendapat gred yang lebih baik.
 Penguasaan asas matematik mempengaruhi keputusan gred matematik
tingkatan 2. Andaiannya ialah pelajar-pelajar yang menguasai Bahasa
Inggeris dan matematik diperingkat sekolah rendah dengan baik gred akan
memperolehi keputusan yang lebih baik dalam keputusan peperiksaan
matematik tingkatan 2.
 Tanggapan pelajar terhadap pengajaran guru matematik tingkatan 2
mempengaruhi keputusan gred matematik tingkatan 2. Andaiannya ialah
pelajar yang selalu jelas pada tanggapan mereka akan mendapat keputusan
yang baik berbanding pelajar yang tidak jelas tentang pengajaran guru.
 Kemampuan menyelesaikan masalah matematik dalam Bahasa Inggeris
mempengaruhi keputusan gred pencapaian matematik tingkatan 2.
Andaiannya ialah pelajar yang boleh menyelesaikan masalah matematik
dalam soalselidik boleh mempengaruhi pencapaian matematik tingkatan 2.

1.5 Kepentingan Kajian.

Kajian ini amat penting untuk saya mendalami kaedah penyelidikan ‘survey’
dalam pendidikan. Melalui kajian ini saya juga dapat mendalami lagi cara-cara
dan teknik penulisan ilmiah dalam format yang betul dan tersusun. Latihan ini
adalah amat penting untuk saya memulakan penyelidikan untuk memenuhi
keperluan disertasi program sarjana. Dapatan ini juga penting untuk
memberikan maklumabalas kepada saya dan rakan-rakan sebagai pendidik di
sekolah pada semua peringkat bagi membaiki kaedah pengajaran dan
pembelajaran serta perkaitannya dengan prestasi pencapaian pelajar.

1.6 Batasan Kajian.

Kajian ini hanya melibatkan 1227 sampel pelajar tingkatan 2 dari 60 buah
sekolah. Oleh itu, hasil kajian yang didapati tidak dapat dirumuskan kepada
semua pelajar di Malaysia kerana sampelnya kecil dan tidak menyeluruh dari
setiap negeri di Malaysia. Kajian ini juga hanya melihat beberapa variabel
dalam soalselidik dan sebagai latihan untuk kaedah penyelidikan ‘survey’
sahaja.

Kursus Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Pensyarah – Pensyarah IPG 2007 di Regency Hotel, Port Dickson,
Negeri Sembilan., 27 November – 30 November 2007
Oleh:Nazeri b. Mohammad, IPG Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Masa Cetak: 4:23

BAB 2

TINJAUAN KAJIAN LAMPAU

2.1 Pengenalan.

Bab ini akan membincangkan beberapa aspek kajian lampau yang


mempunyai kaitan dengan kajian ini. Kajian ini akan menumpukan kepada
pencapaian dalam matematik di peringkat UPSR mempengaruhi pencapaian
matematik semasa di tingkatan 2.

2.2 Kepentingan Matematik.

Secara umumnya, taraf pencapaian pelajar-pelajar kita terhadap matematik


adalah rendah. Pengenalan Bahasa Inggeris pula dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik merupakan satu masalah besar kepada pelajar di
luar bandar yang rata-ratanya lemah dalam Bahasa Inggeris.
Matapelajaran matematik merupakan jentera atau penggerak kepada
pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2002). Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan
sebuah negara yang berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan,
kemahiran penyelidikan dan pembangunan dalam bidang matematik perlu
dibina dari peringkat rendah dan menengah rendah khususnya tingkatan 2.
Matematik juga merupakan ilmu yang melatih minda pelajar supaya
berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Penyediaan pelajar dengan secara demikian akan
membolehkan pelajar untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi
dan inovasi dalam menghadapi atau menangani perubahan dan cabaran
masa depan. Menurut Simson & Thomson (1997), terdapat lima bidang yang
penting dalam kurikulum untuk memenuhi cabaran era ledakan maklumat
iaitu; penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal, kemahiran menggunakan
maklumat, kesedaran global, kemahiran teknologi dan kebolehan
bekerjasama dan bergaul dalam kumpulan.

Menurut Hajah Naemah Haji Ali (1993) terdapat beberapa masalah


yang menghalang pencapaian dalam matematik yang dibentangkan di dalam
‘Seminar Nasional ke-3’, antaranya :
a) Pengajaran guru yang tidak menarik dan tidak mendedahkan
kepentingan matematik.
b) Persekitaran sekolah yang kurang penyeliaan dan penggunaan Pusat
Sumber Sekolah yang tidak efesian.
c) Murid yang beranggapan bahawa matematik adalah sukar.
d) Latar belakang pendidikan ibubapa.

Semua pelajar tanpa mengira kaum atau jenis sekolah, dikehendaki


mempelajari matematik yang sama di setiap peringkat persekolahan. Selaras
dengan matlamat ini, matematik telah dijadikan matapelajaran teras di semua
peringkat persekolahan.

Kursus Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Pensyarah – Pensyarah IPG 2007 di Regency Hotel, Port Dickson,
Negeri Sembilan., 27 November – 30 November 2007
Oleh:Nazeri b. Mohammad, IPG Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Masa Cetak: 4:23

2.3 Kesimpulan

Pencapaian pelajar dalam matematik di tingkatan 2 amatlah dipengaruhi oleh


taraf pendidikan ibubapa, pencapaian Bahasa Inggeris UPSR, pencapaian
Matematik UPSR, tanggapan pelajar terhadap pengajaran guru matematik
dan kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Untuk
mempertingkatkan penguasaan matematik di kalangan pelajar tingkatan 2,
adalah perlu kita mengkaji perkaitan antara faktor di atas dalam menentukan
kekuatan pengaruhnya terhadap pencapaian matematik pelajar supaya kita
dapat menyelesaikan masalah pada faktor yang tepat demi mendapatkan
kesan yang maksimum.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian.

Kajian ini adalah untuk menentukan perkaitan di antara tahap pencapaian


Bahasa Inggeris dan Matematik UPSR dengan pencapaian matematik
tingkatan 2. Kajian ini juga turut mengkaji sama ada taraf pendidikan ibu bapa
atau penjaga, tanggapan pelajar terhadap pengajaran guru matematik dan
kemampuan menyelesaikan masalah matematik mempengaruhi pencapaian
matematik di tingkatan 2.
Kaedah soal selidik digunakan bagi membolehkan penyelidik mengkaji
sejumlah sampel iaitu 1227 orang pelajar tingkatan 2. Data yang diperolehi
daripada kajian ini dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan statistik
dekriptif dan statistik inferensi.

3.2 Instrumentasi.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang
telah di reka oleh Profesor Ameritus Dato’ Isahak Bin Haron. Borang soal
selidik ini terdiri dari dua bahagian yang utama; bahagian satu, mempunyai 22
item yang dikelaskan kepada 49 variable. Item dalam bahagian ini
mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan aspek minat pelajar,
budaya pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan latar belakang
responden. Item-item dalam bahagian ini merupakan soalan tertutup yang
dihadkan pilihan jawapannya, di samping terdapat bentuk terbuka yang
memerlukan pelajar menulis jawapannya. Semua kenyataan soalan yang
dikemukakan adalah dalam bentuk positif.
Variabel asas matematik telah diwujudkan dengan proses
meng‘compute’kan variabel 41 (gred Bahasa Inggeris UPSR) dan 43 (gred
Matematik UPSR). Asas matematik dalam tingkatan 2 mempunyai kaitan
dengan penguasaan Bahasa Inggeris kerana dalam pengajaran dan

Kursus Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Pensyarah – Pensyarah IPG 2007 di Regency Hotel, Port Dickson,
Negeri Sembilan., 27 November – 30 November 2007
Oleh:Nazeri b. Mohammad, IPG Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Masa Cetak: 4:23

pembelajaran matematik di tingkatan 2 telah dijalankan dalam Bahasa


Inggeris di samping pencapaian matematik di masa lampau.
Bahagian dua pula mempunyai soalan penyelesaian masalah
matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahagian ini dikelaskan
kepada 18 variable. Item-item dalam bahagian ini merupakan soalan terbuka
yang memerlukan pelajar mengira dan menulis jawapannya. Setiap jawapan
diberikan markah seperti 0 markah untuk yang salah dan tidak jawab, 1
markah untuk kurang tepat serta 2 markah untuk yang jawapannya tepat.
Variabel ‘kemampuan menyelesaikan masalah matematik’ diwujudkan
hasil ‘compute’ markah yang diperolehi daripada variabel 50 hingga variabel
55 dalam item bahagian 2. Hasilnya dikelaskan kepada 3 tahap iaitu lemah
yang mendapat markah antara 0-4, sederhana mendapat markah 5-8 dan
cemerlang mendapat markah 9-12.

3.3 Persampelan.

Sampel kajian ini terdiri daripada 1227 orang pelajar tingkatan 2 dari 60 buah
sekolah menengah di negara Malaysia yang terdiri daripada 41.6 % pelajar
lelaki dan 58.4 % pelajar perempuan. Setiap orang guru dikehendaki
mendapatkan 15 sampel di sekolah masing-masing yang terdiri daripada 5
pelajar cemerlang, 5 pelajar sederhana dan 5 pelajar lemah.

3.4 Analisis Data.

Data yang dikumpulkan oleh penyelidik dianalisis dengan menggunakan


perisian ‘Statistical Package For Social Science (SPSS), version 11.5 for
Windows’. Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk mentafsir
data daripada soal selidik. Tahap signifikan 0.5 (p < 0.5) digunakan dalam
kajian ini.

Analisis data untuk kajian ini boleh dibahagikan kepada tiga


pendekatan, iaitu:
Statistik deskriptif = ringkasan data dan maklumat yang boleh
menerangkan data dengan jelas dan mudah dalam
bentuk jadual frenkuensi dan peratus
Crossta dan Ujian = untuk melihat hubungan dan perbezaan yang
Khi Kuasa dua signifikan antara dua variable. Nilai Somers’d juga
digunakan untuk melihat korelasi antara dua variable.
Regression = untuk melihat perkaitan antara variable-variable
yang hendak dikaji.

Untuk membolehkan analisis dibuat, data-data mentah yang diperolehi


telah dikodkan semula mengikut soalan kajian. Di samping itu, nilai-nilai yang
salah atau tidak releven dalam data yang diperolehi telah dibuang (missing
system). Senarai kod lama dan kod baru (rekode) bagi variabel yang telah
dikodkan semula dalam kajian ini adalah seperti di sebelah :

Kursus Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Pensyarah – Pensyarah IPG 2007 di Regency Hotel, Port Dickson,
Negeri Sembilan., 27 November – 30 November 2007
Oleh:Nazeri b. Mohammad, IPG Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Masa Cetak: 4:23

Jadual 3.1 : Senarai item yang asal dan baru yang digunapakai dalam kajian ini.
ITEM PERKARA KOD ASAL KOD BARU
Item 11 Anda ialah seorang 1 – Lelaki Tiada perubahan
(Var 24) 2 – Perempuan 99 sebagai ‘missing
99 – Tak tanda system’
Item 13 Tandakan peringkat 1 – Tak bersekolah Dikodkan semula
(Var 26) pelajaran tertinggi bapa 2 – Sekolah rendah kepada 3 taraf
atau penjaga anda 3 – Sekolah agama pendidikan.
4 – Tingkatan 1-3
5 – SRP/LCE 1 – sekolah rendah
6 – MCE /SPM / SPMV 2 – sekolah menengah
7 – Tingkatan 6/ STPM / 3 – Universiti
HSC / Politeknik 99 – sebagai ‘missing
8 – Universiti system’
99 – Tak tanda
Item 15 Tandakan gred yang anda 4 – Cemerlang Tiada perubahan
(Var 35) perolehi bagi matapelajaran 3 – Kepujian 99 sebagai ‘missing
berikut dalam peperiksaan 2 – Lulus system’
yang lalu’ 1 – Gagal.
99 – Tak tanda
Item 19 Apakah gred yang anda A–4 Tiada perubahan
perolehi untuk B–3 99 sebagai ‘missing
matapelajaran berikut C–2 system’
dalam UPSR? (Tuliskan D–1
gred A, B, C, D atau E), E–0
99 – Tak tanda
(Var 41) Bahasa Inggeris

(Var 43) Matematik

Var ‘Asas Hasil ‘compute’ dua Purata gred UPSR


matematik’ variabel, iaitu Var 41 dan dikodkan semula
Var 43 seperti berikut :
0.5 – 1.5 – Tidak
mantap
2.0 – 3.0 – Sederhana
mantap
4.0 – 3.5 – Mantap
Item 22 Apakah pandangan anda A – gred A Tiada perubahan
(Var 43) tentang kejelasan B – gred B 99 sebagai ‘missing
pengajaran guru anda bagi C – gred C system’
mata pelajaran berikut? D – gred D
E – gred E
99 – Tak tanda

Var 50 Item ujian matematik telah 1 – kurang tepat Dikodkan semula


hingga Var di‘compute’kan 2 – tepat kepada :
55 0 - salah 0 – 4 – Lemah
5 – 8 – Sederhana
9 – 12 – cemerlang

BIBLOGRAFI

Kursus Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Pensyarah – Pensyarah IPG 2007 di Regency Hotel, Port Dickson,
Negeri Sembilan., 27 November – 30 November 2007
Oleh:Nazeri b. Mohammad, IPG Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Masa Cetak: 4:23

1. Ary, D., Jacobs, L. C. & Razavieh, A. (2002) (6th). Introduction To Research In


Education. USA : Wadsworth.
2. Jonhson, B. & Christenen, L. (2000) Educational Research. Person
Educational Company.
3. Coakes, S. J & Steed, L. G. (2003) SPSS : Analysis Without Anguish Version
11.0 for Windows. Australia : John Wiley & Sons Ltd.
4. Cohan, L. & Manion, L (1985). Research Method In Education. London :
Croom-Helm.
5. Hajah Naemah Haji Ali (1993) Ke Arah Peningkatan Pengukuhan Kemahiran
Matematik Tahap 2 di Sekolah Rendah Kebangsaan (Perempuan)
Methodist, Pahang Darul Makmur. Dalam Prosiding Seminar Nasional
Ke-3 Pengurusan Pendidikan “Senario Masa Kini, Gerak Tuju Masa
Hadapan” (ms 66-85). Institut Aminuddin Baki.
6. Majid Konting, A. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
7. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) Huraian Sukatan KBSM Matematik
Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
8. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) Sukatan KBSM Matematik Tingkatan
2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
9. Simson & Thomson (1997) dalam Alias Baba & Abdul Rashid Johar (2000)
Penggunaan Teknologi Komputer Dalam Pendidikan Sanis. Dalam
Prosiding Kolokium Pendidikan ke-7 (ms 33-59). Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
10. Tran Vui (1999). Using Technology-based Mathematics Investigations to
Enhance Student’s Thinking in Geometry. Dalam International
Conference and Exhibition on Education Super Highway 1999 (ms 104
– 113). Penang, Malaysia : SEAMEO RECSAM

Kursus Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Pensyarah – Pensyarah IPG 2007 di Regency Hotel, Port Dickson,
Negeri Sembilan., 27 November – 30 November 2007

Anda mungkin juga menyukai