Anda di halaman 1dari 6

PENJAGAAN ORANG SAKIT DI

RUMAH
BILIK SAKIT
Tempatkan pesakit di tempat yang sesuai, luas dan selesa untuk
meletakkan sebuah katil bujang, sebuah meja dan dua buah kerusi.
Pastikan bilik mempunyai pengudaraan yang baik mempunyai tingkap
dan kipas angin
Letakkan tilam yang sederhana, tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal
dan pastikan cadar, sarung bantal dan selimut dalam keadaan bersih.
Elakkan meletakkan katil mengadap tingkap kerana ini akan menyilaukan
pesakit.
Posisi katil diletakkan sesuai dengan pintu masuk untuk membolehkan
pesakit tidak kerap menoleh untuk melihat orang yang masuk melalui
pintu.
Sebolehnya bilik pesakit adalah jauh dari ruang yang bising dan jauhkan
juga dari dapur agar pesakit tidak terhidu bau masakan yang kuat.
Bilik pesakit haruslah berdekatan dengan bilik air untuk memudahkan
pergerakan pesakit untuk mandi atau membuang air.

PENJAGAAN
Jika pesakit terlalu tenat, lap badan pesakit menggunakan span dengan air dan
sabun, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali setiap hari dan syampukan
rambut pesakit beberpa kali dalam seminggu.
Tukarkan pakaian pesakit setiap hari dengan pakaian yang bersih, selesa dan
longgar.
Pesakit mungkin menggunakan bekas khas untuk membuang air di katil, bersihkan
bekas dengan bersih selepas digunakan.
Tukarkan cadar, sarung bantal dan selimut pesakit dua atau tiga hari sekal. Jika
pesakit tidak dapat bangun, pesakit perlulah dicempung dan baringkan sementara
di bawah berlaskan tilam yang lain. Selepas cadar, sarung bantal dan selimut
digantikan, angkat pesakit perlahan-lahan di atas katil semula.
Jika pesakit langsung tidak boleh digerakkan, cara untuk menukar cadar adalah
dengan menggolekkan pesakit sehingga mengiring kemudian gulungkan cadar dan
perosokkan di bawah badah pesakit. Mengiringkan pesakit dikedua-dua belah kiri
dan kanan sehingga selesai menukar cadar.
Galakkan pesakit untuk membuat senama ringan setiap hari.
PENJAGAAN
Jika pesakit terlantar terlalu lama di atas katil,
pesakit mungkin mengalami bed sores atau
kudis katil. Istilah ini merujuk keadaan kulit
pesakit seakan-akan berkudis atau berlubang
akibat tertekan terlalu lama dan mengakibatkan
gangguan peredaran darah. Walau bagaimanapun
keadaan ini tidak menyakitkan.
Jika ini berlaku rawatlah seperti rawatan kudis
biasa dan golekkan pesakit 2 jam setiap kali agar
tiada badan pesakit yang tertekan terlalu lama.
PEMAKANAN DAN UBAT UBATAN
Pastikan makanan yang dihidang adalah
makanan seimbang dan makan secara teratur.
Suapkan makanan untuk pesakit yang tidak
berdaya.
Berikan pesakit ubat mengikut arahan doktor.
PEMERIKSAAN
Pesakit boleh diperiksa kadar nadi,
pernafasan, suhu badan dan tekanan darah di
rumah dengan menggunakan alatan yang
sesuai yang boleh didapati di farmasi.

Anda mungkin juga menyukai