Anda di halaman 1dari 5

Pembinaan ujian subjektif

Definisi


Item subjektif merupakan satu pernyataan
bersifat pertanyaan dalam instrumen
pentaksiran untuk menguji pengetahuan,
pengalaman, kemahiran serta tahap
kebolehan kognitif pelajar calon melalui
respon secara tulisan.

Kata Tugas


Kata tugas atau kosa kata ini bermaksud arahan
yang terdapat di dalam tugasan yang diberikan
untuk pelajar memberi respon. Kegagalan
menggunakan kata tugas yang sesuai
menyebabkan pelajar gagal memberi respon yang
dikehendaki oleh tugasan dan seterusnya
mengganggu proses penilaian guru.

Bil Kata Tugas Respon Yang Diharapkan
1. Apakah Memberi maklumat yang khusus.
2. Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan jangkaan.
3. Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang sesuatu aspek atau perkara.
4. Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih item.
5. Bincangkan Perkongsian bersama mengenai sesuatu perkara.
6. Bezakan Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.
7. Berikan Justifikasi Membuat rumusan setelah semua pertimbangan diambil kira.


Panduan Membina Item jenis terbuka.


Pastikan perkara yang hendak ditaksir, peringkat mana perkara itu
akan ditaksir ,
aras kesukaran yang ditetapkan dan aspek penting dalam kurikulum
diberikan perhatian .Untuk memastikan kesahan, soalan hendaklah
meliputi tajuk yang luas dan pelbagai aras kemahiran.
Ungkapan Huraikan, Terangkan, Bincangkan, Bezakan,
Bandingkan, Nilaikan, Rancangkan, Tunjukkan
menunjukkkan soalan tersebut pada aras sukar dan terbuka.
Untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan item, peraturan
permarkahan hendaklah disediakan.Tugasan dalam soalan perlu
jelas, masa ditetapkan masa, pemberatan markah setiap soalan
turut dicadangkan manakala untuk mengelakkansalah faham dan
kekeliruan, istilah dan bahasa yang digunakan dalam soalan
hendaklah spesifik.

Anda mungkin juga menyukai