Anda di halaman 1dari 2

Kertas Kerja Cadangan Kursus Pertolongan Cemas Peringkat Negeri

CADANGAN TEMPAT

SEKOLAH KEBANGSAAN LASAH, PERAK

CADANGAN TARIKH

27-29/4/2018
Jumaat , Sabtu dan Ahad

RASIONAL

Misi Pergerakan Pengakap yang telah diperbadankan di bawah Akta Parlimen No


38 Tahun 1968 dengan pindaan No 143 Tahun 1974 dan No 409 Tahun 1989, adalah
untuk memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui
sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap manakala
matlamatnya adalah untuk melatih dan mengasuh generasi muda bagi melahirkan
individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan
kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat
antarabangsa. Kesukarelaan dan kesinambungan pergerakan pengakap amat
berkaliber, berinovatif, proaktif dan sentiasa berinisiatif bagi membangunkan muda -
remaja- belia menjadi pewaris bangsa dan negara yang mendorong nilai-nilai
murni dan wadah pembangunan modal insane kelas pertama Negara.

MATLAMAT

Program ini bertujuan menanamkan semangat kerjasama berpasukan para pengakap


remaja dan dewasa yang giat aktif. Semangat ini dapat disemaikan supaya mencapai
tahap tertinggi dalam kemahiran pengakap yang boleh dibanggakan sebagai tanda
kebolehan pengakap Malaysia dan mewujudkan satu imej yang baik dalam kalangan
masyarakat supaya kepengakapan dapat disokong penuh oleh masyarakat Malaysia.
Dengan ini, kepengakapan dapat dimantapkan lagi kemahiran dan kebolehannya. Ini
dapat membantu perkembangan dan peningkatan kualiti dan kuantiti berpengakap.

TUJUAN
Meningkatkan tahap kemahiran pertolongan cemas pemimpin pengakap dan
pengakap remaja terhadap tindakan kecemasan semasa aktiviti pengakap.
Terutamanya kegiatan luar ataupun berkhemah. Juga melahirkan ahli
pertolongan cemas yang kompeten dalam pergerakan pengakap.

1
SASARAN

1) Dihadkan 50 peserta sahaja.

2) Untuk Pemimpin Pengakap, Pengakap Kelana dan Pengakap Remaja / Muda sahaja.

3) Setiap daerah sekurang-kurangnya 2 Pemimpin Pengakap dan 2 Pengakap Kelana


atau Pengakap Remaja.

SYARAT PENYERTAAN

1) Berdaftar sebagai ahli pengakap PPM dan sihat tubuh badan; tiada penyakit.

2) Yuran: RM 85.00
(Termasuk minum pagi dan petang, Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari dan
Makan Malam, penginapan di sekolah, alatan / kelengakapan pertolongan cemas,
sijil asas pertolongan cemas sah laku 3 tahun, kos ujian dan buku pertolongan cemas)

MAKLUMAT AWAL

1) Kursus dan Ujian dikendalikan oleh jurulatih pertolongan cemas St.John


Ambulans Malaysia.

2) Sijil Kelulusan Asas Pertolongan Cemas dikeluarkan oleh Ibu Pejabat St. John
Ambulans Malaysia.

3) Sijil Kelulusan Asas Pertolongan Cemas ini sah laku untuk 3 tahun dan sesiapa
yang lulus adalah diiktiraf sebagai ahli pertolongan cemas asas yang kompeten.

4) Sukatan perlajaran kursus ini adalah berdasarkan Buku Panduan Pertolongan


Cemas Piawai SJA/SAA yang di selaraskan oleh badan gabungan Ambulans dan
Perubatan Sedunia.

5) 27-28/4/2018: Kursus Teori dan Praktikal.

29 April 2018: Ujian Bertulis dan Ujian Praktikal.

Anda mungkin juga menyukai