Anda di halaman 1dari 4

Anjakan isu #3

30 Jun 2013



ISU #3, 30 JUN 2013
Dalam isu ini:
1. Sekapur sirih: YBhg. Datuk Dr. Madinah Mohamad
2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia:
11 Anjakan
3. Sekitar lawatan KSU ke Pejabat PADU


Sekapur Sirih: YBhg. Datuk Dr. Madinah Mohamad


Assalamualaikum
Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas di
atas penerbitan Buletin Anjakan Bilangan Ketiga
ini. Buletin ini merupakan wadah utama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
menyalurkan dan menyampaikan pelbagai
maklumat kepada masyarakat berkaitan dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

2013-2025 terutamanya dari segi kemajuan dan pencapaian dari semasa
ke semasa. KPM merupakan sebuah Kementerian yang penting dalam
pembangunan negara terutamanya dalam membina modal insan yang
berkualiti sebagai tunggak kejayaan. Dalam hal ini, saya amat bersyukur,
Kementerian telah menetapkan hala tuju yang jelas dan mempunyai
perancangan yang rapi serta komprehensif ke arah memastikan
pencapaian cemerlang khususnya di peringkat persekolahan. Selain
daripada itu, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) juga akan
disempurnakan dalam masa terdekat. Dengan adanya kedua-dua pelan
ini, KPM akan menjadi lebih teguh untuk terus memacu agenda negara ke
arah mencapai kemakmuran dan kesejahteraan.
PPPM 2013-2025 telah memasuki tempoh enam bulan pertama
pelaksanaannya dan KPM sedang melaksanakan penilaian pertengahan
tahun PPPM. Perkara ini amat penting untuk menilai status pelaksanaan
dan merangka pelan penambahbaikan bagi memastikan semua inisiatif
yang ditetapkan berjaya mencapai sasaran. Sehubungan dengan itu, saya
menyeru kepada semua warga Kementerian khususnya para pendidik
agar dapat memberikan komitmen sepenuhnya bagi kita sama-sama
menggembeling tenaga dan usaha dalam memastikan kejayaan PPPM
2013-2025 ini.
Sekian, terima kasih.
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Lawatan KPPM ke Paris

10 Jun - Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Tan Sri Abd Ghafar bin
Mahmud, telah menyertai Program Joint
OECD and UNESCO Information Session
untuk perwakilan UNESCO berkaitan
dengan dasar pendidikan. Dalam siri
lawatan tersebut, Tan Sri Abd Ghafar bin
Mahmud telah berkesempatan bertemu
dengan Sir Michael Barber (Head of the
Prime Ministers Delivery Unit) yang
pernah menjadi panel antarabangsa
penyediaan PPPM 2013-2025.
Pertemuan kedua-dua tokoh ini telah
membincangkan asas pelaksanaan
transformasi pendidikan. Antara
perbincangan tersebut menyentuh
tentang cara kejayaan transformasi boleh
dicapai khususnya peranan guru.
Tan Sri KPPM melahirkan rasa bangga
kerana PPPM 2013-2025 telah mendapat
perhatian daripada pelbagai negara yang
menghadir program tersebut.
Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia
PPPM mendapat
perhatian
antarabangsa
Anjakan isu #3
30 Jun 2013
Memahami kandungan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia: 11 Anjakan
Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia telah menetapkan 11 anjakan
yang perlu dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan bagi mencapai
aspirasi yang diharapkan. Penetapan 11
anjakan ini telah dirancang dengan
mengambil kira pandangan daripada
pelbagai pihak berkepentingan dan
permasalahan utama yang ditimbulkan
oleh masyarakat awam melalui Dialog
Nasional yang telah dianjurkan.
Dapatan daripada makmal pendidikan
dan pandangan panel penilai dalam dan
luar negara juga dihimpunkan bagi
memperhalusi 11 anjakan yang telah ditetapkan.
Beberapa pertimbangan utama bagi menentukan kandungan 11 anjakan ini
telah dilakukan. Antaranya ialah:
1. Setiap anjakan yang ditentukan perlu menjurus kepada pencapaian
aspirasi sistem dan murid;
2. Terdapat bukti antarabangsa bagi mengenal pasti faktor yang
menyumbang kepada pencapaian keberhasilan murid dan sistem;
3. Anjakan yang ditentukan adalah relevan dan mengikut kemampuan
kerajaan; dan
4. Pelaksanaan cadangan anjakan serta inisiatif memberi pulangan
yang besar.

Anjakan dalam PPPM ini merupakan suatu perubahan dari segi strategi dan
amalan. Sebagai contoh, dalam usaha mencapai keberhasilan murid untuk
mencapai hasrat dasar 60:40, perubahan dari segi strategi perlu dilakukan
dengan meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan,
dan Matematik (STEM), seperti yang digariskan dalam Anjakan 1. Manakala
seperti dalam anjakan 7, iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran, merupakan perubahan dari segi amalan dan pelaksanaan
khususnya melibatkan para guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam PPPM, 11 anjakan disusun atur merentasi empat Bab, iaitu Bab 4
menyentuh anjakan 1,2,3 dan 6; Bab 5 membincangkan anjakan 4 dan 5; Bab
6 untuk anjakan 6,7,8,10 manakala Bab 7 merangkumi anjakan 1 dan 9. Bagi
setiap anjakan ini, inisiatif tertentu untuk mencapai aspirasi telah
dibincangkan dan pelan tindakan turut digariskan.


Laporan Awal Pelan Pembangunan boleh dimuat turun di:
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf

Emelkan 1Impian 1Agenda peribadi anda dan
kami akan menerbitkan yang terbaik setiap
bulan.
Menilai Pencapaian Pertengahan
Tahun 2013 (PPPM) 2013-2025
Kementerian Pendidikan akan
melaksanakan penilaian pertengahan
tahun 2013 bagi 25 inisiatf utama di
bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada 2 dan 3
Julai 2013 di Genting Highland.
Antara matlamat utama penilaian ini
adalah untuk mengenal pasti status
kemajuan 25 inisiatif; mengenal pasti isu-
isu pelaksanaan; dan mencadangkan jalan
penyelesaian bagi memastikan semua
inisiatif mencapai sasaran menjelang akhir
2013.
YAB Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pendidikan sudi
meluangkan masa untuk mendengar
taklimat daripada Pengurus Program
inisiatif dalam satu sidang gallery walk
yang akan diadakan.
KPM dalam berita
PBS lebih menyeluruh
Berita Harian, Jun 2013
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
merupakan penilaian yang lebih menyeluruh
kerana prestasi murid dinilai sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. PBS telah
diperkenalkan pada 2011 membabitkan murid
Tahun Satu dan pada 2012 bagi murid
Tingkatan Satu.
Melalui PBS, murid akan dinilai melalui empat
komponen iaitu pentaksiran sekolah,
pentaksiran pusat, pentaksiran jasmani, sukan
dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik.
Prestasi murid dinilai mengikut band, iaitu band
satu hingga band enam. Penanda aras ini
menentukan kedudukan setiap murid bermula
dengan band awal hingga kepada band enam
iaitu pada tahap cemerlang.
Lembaga Peperiksaan (LP), KPM
dipertanggungjawabkan untuk memantau
standard kertas soalan PBS. Bagi tujuan yang
sama, setiap sekolah membentuk
Jawatankuasa PBS. Di samping itu, penilaian
pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah, Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti serta Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (BIPG) turut dilaksanakan.




Anjakan isu #3
30 Jun 2013
Lawatan KSU ke PADU
Pegawai di Pejabat Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) amat
berbangga dan berbesar hati kerana telah dikunjungi Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr Madinah Mohamad pada
12 Jun 2013. Lawatan ini juga telah disertai oleh Ketua Setiausaha II, YBhg.
Dato Seri Ir Zaini Ujang. Turut serta dalam lawatan ini ialah Timbalan-
Timbalan Ketua Setiausaha termasuk Timbalan Ketua Setiausaha
Pembangunan Pengajian Tinggi dan Pengarah-Pengarah Bahagian
Kementerian Pendidikan.

Satu taklimat ringkas berkaitan dengan peranan PADU khususnya dalam
melaksanakan pemantauan 100 inisaitf telah disampaikan. Antara
perhatian utama yang diberikan oleh YBhg. KSU ialah berkaitan dengan
penyediaan PPPM, pegawai dan staf PADU, status pencapaian inisiatif, dan
bajet pelaksanaan PPPM. Beliau berharap agar semua inisiatif dapat
dilaksanakan dan setiap isu yang timbul perlu diselesaikan secepat mungkin.




Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari http://omrel-
relai.blogspot.com atau http://lensasmkttj.blogspot.com
Inisiatif Bulan Ini
Kesemua sekolah mempunyai
infrastruktur asas yang berada
dalam keadaan baik menjelang 2015
Satu daripada inisiatif berkaitan
penambahbaikan kualiti pengajaran
pembelajaran ialah melengkapkan
infrastruktur asas di sekolah menjelang
2015. Bahagian Pembangunan serta
Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
bertanggungjawab memastikan inisiatif ini
berjaya. Sasaran utama bagi 2013 ialah
memastikan 1,608 projek pembangunan
di bawah PRK (Projek Rancangan Khas)
2012 dilaksanakan.
Di bawah projek ini, sebanyak 387 projek
yang memerlukan pembaikan struktur dan
penggantian/naik taraf blok daif
dilaksanakan, 205 projek melibatkan
pendawaian semula dan 1,016 projek
pembangunan melibatkan pembaikan
bukan struktur. Pelaksanaan projek ini
dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.
Sehingga Jun 2013, sebanyak 990
daripada 1,608 projek (61.6%) telah
berjaya disempurnakan. Bahagian
Pembangunan adalah bertanggungjawab
menyelaras semua projek di bawah PRK.
Sembang Pendidik


YBhg.Datuk Dr. Madinah
disambut oleh YBhg.
Dato Prof. Dr. Rujihan

Taklimat ringkas
oleh Dr Habibah
Abdul Rahim
Anjakan isu #3
30 Jun 2013

Bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025, kita memerlukan 11 anjakan utama
Cetakan ini diterbitkan oleh PADU, unit prestasi pelaksanaan pendidikan kepada KPM yang bersifat praktikal dan
berorientasikan tindakan. Peranan PADU adalah untuk merancang, memantau, menyelesaikan masalah dan
menyelaras penyampaian inisiatif 1Agenda, sementara bahagian-bahagian lain di Kementerian bertanggungjawab
untuk melaksanakannya. PADU ialah unit kecil terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang kukuh
dalam pengurusan projek dan penyampaian hasil. Individu-individu ini mempunyai latar belakang berbeza yang
mengandungi unsur pengurusan dan profesional, dari dalam dan luar Kementerian.
Sila hubungi kami jika ada sebarang komen atau maklum balas mengenai Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia,
pelaksanaan Pelan, atau cetakan ini.
Emel: padu.maklumbalas@moe.gov.my
Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605

Anda mungkin juga menyukai