Bahasa adalah satu sistem yang di gunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. ( WILIAM L HEWARD DAN MICHAEL) A code whereby ideas about the would are expressed through conventional system of arbitary for communication. (LAHEY 1988)
MASALAH BAHASA
Masalah bahasa adalah merujuk kepada masalah membaca seperti disleksia audiotori (dengar), disleksia visual(lihat), disleksia fonoligikal (sebutan), disleksia pusat (pelbagai), disleksia emosional (emosi), dan pegagik. Bagi yang mengalami masalah bahasa ialah kesukaran untuk menguasai menyebut atau membunyi sesuatu perkataan dan kesukara untuk berkomunikasi dengan orang lain .
DEFINISI PERTUTURAN
Pertuturan merupaka suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan perasaan atau rasa hati. Tanpanya kita akan kehilangan daya komunikasi yang paling penting untuk berkomunikasi bersama keluarga, rakan-rakan dan alam sekelilng. Ia juga melibatkan perpaduan bunyi dengan perkataan, mencantum perkataan kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang mempunyai makna. Oleh itu, ia dapat di didefinisikan sebagai simbol-simbol yang di wakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal yang bertujuan untuk pertukaran idea. (KIRK 1972) Pertuturan yang normal juga membolehkan pertukaran bahasa melalui mulut, berlafaz dengan baik dan mempunyai kualiti yang semula jadi , normal pada rentak dan kadar yang baik dan bebas dari cebekan muka. Ia juga memerlukan
perbedaharaan kata yang lengkap sesuai mengikut umur dan pertuturan di terima secara logik dan teratur. (KIRK DAN GALENGER, 1979)
MASALAH PERTUTURAN
Masalah pertuturan di fahamkan sebagai pertuturan yang menunjukkan ketidaksempurnaan sama ada dari segi bunyi, penguasaan bahasa mengikut umur atau gangguan semasa bertutur. (KIRK,1972) SEJARAH MASALAH BAHASA DAN PERTUTURAN Bermula pada tahun1985 iaitu timbul keinginan awal untuk membentuk sebuah persatuan bahasa dan pertuturan.sejarahnya bermula dengan perjumpaan di antara enam orang patologis peraturan bahasa dan audiologis iaitu dua orang warganegara Malaysia dan empat orang ekspatriat. Masalah bahasa dan petuturan perkhidmatannya masih lagi berkurangan berbanding dengan masalah penglihatan dan pendengaran. Masalah pertuturan yang di sebabkan oleh kekurangan pendengaran sahaja di berikan perkhidmatan tertentu. 1.DEFINISI DAN KONSEP Kehilangan salah salah satu pancaindera, boleh mengubah keadaan hidup manusia sehingga mereka berasa terumbang-ambing, rendah diri dan akhirnya kecewa. Pertuturan merupakan suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan perasaan atau rasa hati.Tanpanya kita akan kehilangan daya komunikasi yang paling penting untuk berinteraksi bersama keluarga, rakan rakan dan alam sekeliling. Pertuturan melibatkan perpaduan bunyi dan perkataan mencantum perkataan kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang mempunyai makna.Oleh itu,dapat didefinisikan sebagai simbol -simbol yang di wakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal dan bertujuan untuk pertuturan. (Kirk, 1972) Pertuturan yang normal membolehkan pertukaran bahasa melalui mulut, berlafaz baik , mempunyai kualiti yang semulajadi normal pada rentak dan kadar yang baik dan bebas dari cebekan muka. Ia juga memerlukan perbendaharaan kata yang lengkap sesuai mengikut umur dan pertuturan diterima logik dan teratur.
(Kirk dan Galeher.1979) .Proses Pertuturan ,bertutur bukanlah semudah yang disangkakan kerana pertuturan akan memerlukan 40 bunyi petuturan yan berbeza.Biasanya .setiap lima saat pertuturan, sebanyak lima suku kata , mengenali bunyi yang dikeluarkan dalam bentuk perkataan, menterjemah semula perkataan kepada kepada pemikiran.Semasa bertuturseseorang individu itu akan menarik nafas dengan lebih mendalam dan mengunakan 12 set otot secara langsung dan lima otot secara langsung dan lima otot lagi secara tidak langsung. Bunyi dikeluarkan melalui pengawalan dan pengeluaran udara secara perlahan.
MASALAH BAHASA
Masalah bahasa terbahagi beberapa aspek utama iaitu: Tanpa bahasa Peolehan bahasa yang lambat Telah memperolehi bahasa tetapi kemudianya hilang (gangguan) Kandungan bahasa yang tidak tepat (tidak kualiti) Tanpa bahasa adalah disebabkan oleh: Masalah pendengaran Kerencatan akal yang teruk Autisme Kecederaan otak yang serius Psykosis Perolehan Bahasa yang lambat adalah di sebabkan oleh : Kerencatan akal Persekitaran yang terkongkong Masalah pendengaran
Kerosakan di otak atau saraf ke otak ( kemalangan atau virus ) Kehilangan pendengaran. Kandungan bahasa yang tidak tepat di sebabkan oleh : Autistik Masalah emosi yang teruk Kerencatan akal yang teruk Masalah pendengaran Masalah pembelajaran.
MASALAH PERTUTURAN
Tanpa pertuturan Masalah sebutan Masalah suara Masalah Kelancaran
boleh
2.Gangguan bunyi 3.Gagap 4.Kecatatan pertuturan yang berkaitan dengan sumbing. 5.Kecatatan pertuturan oleh kelompok otak 6.Kecatatan yang berkaitan dengan pendengaran yang tidak sempurna 7.Kecatatan yang berkaitan dengan kerencatan perkembangan pertuturan.
,akhir atau ketiga-tiga kedudukan perkataan. sebutanidung untuk hidung dan tingga untuk telinga. Penggubalan bunyi banyak berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih besar dan telah dapat menyebut sesuatu perkataan sebenar. Hal ini lebih mudah diperbaiki
Misalnya,
berbanding dengan masalah penggantian dan penghilangan bunyi perkataan. Pengubalan bunyi perkataan banyak berlaku kepada pertuturan kanak kanak pekak. Penambahan bunyi tertentu dalam perkataan yang dituturkan menyebabkan pertuturan sukar difahami.
remaja. Oleh itu, masalah ini hanya diketahui jika perubahan suara yang masih berlaku kepada seseorang individu apabila ia dewasa . Masalah nada suara boleh dipastikan melalui pemeriksaan dan boleh dipulihkan melalui latihan pengeluaran dan pengeluaran suara semasa bertutur.
Masalah ini juga berkait dengan kerencatan otak yang tidak menerima bunyi dengan sempurna. Sesuatu perkataan yang disebut juga mengikut apa yang didengari menyebabkan suara menjadi sengau, berbisik, atau kasar keadaan yang sama berlaku apabila kanak-kanak yang sedang dalam proses pembelajaran meniru pertuturan sengau, berbisik dan seumpanya yang disangkakan sebagai pertuturan yang betul. Ia juga boleh berlaku kerana jangkitan di saluran udara, terkejut dan rasa takut .
2.9 Gagap
Seseorang itu dikatakan gagap apabila penyebutan sesuatu perkataan didapati berulang ulang, terhenti henti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan tulang dada. Ia disebabkan oleh gangguan pernafasan yang berpunca dari penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap menyebabkan penuturnya seperti tergamam untuk mengeluarkan sesuatu perkataan dan sering diikuti perkataan yang tergantung. Gagap belaku secara berselang-seli antara pertuturan normal dan mengikut ketegangan dan kelonggaran otot pertuturan. Gagap akan berlaku kepada setiap kanak-kanak yang berumur di antara dua hingga empat tahun. Masalah ini akan berkurangan apabila kanakkanak mendapat penyesuaian yang lebih baik sama ada di dalam rumah atau di sekelilingnya dan meningkat semula apabila kanak-kanak berasa di alam persekolahan yang mempunyai alam sekeliling yang lebih luas. Apabila dewasa, tahap masalah gagap di tentukan oleh kawalan emosi, sosial dan fizikal penutur itu sendiri. West (1958) telah merumuskan beberapa faktor yang didapati berkaitan dengan masalah gagap: Gagap ialah sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak kanak. Kaum lelaki lebih ramai gagap daripada perempuan Gagap boleh diturunkan melalui keluarga Individu yang gagap tidak mempunyai sebarang ciri-ciri fizikal yang berbeza dengan individu yang normal. Walau bagaimanapun menurut Webbster dan Brutten (1974) individu yang gagap akan mempunyai ciri seperti berikut; Mempunyai ulangan dan perpanjangan satu satu huruf yang sama Gagal untuk mengaitkan pertuturan dengan emosi
Menggunakan cara- cara tertentu untuk melindungi masalah gagap mengulang perkatan atau rangkai kata yang di sebut. Gagap berpunca dari : Keadaan fizikal dan mental seperti lembam Saraf dan otot saraf Peniruan pertuturan yang salah semasa proses pembelajaran Psikologi dan emosi neurois Kecacatan dan keadaan kesihatan yang tidak sempurna boleh menimbulkan tanda- tanda gagap. Ia di sebabkan ketidakseimbangan daya agresif dan sensitif. Agresif yang melampau akan menyebabkan kanak kanak berasa tegang, cemas dan terlampau aktif . Keadaan ini akan menimbulkan pertuturan yang gagap, terutamanya apabila pengaliran idea yang terlalu cepat untuk disamakan dengan mekanisma pertuturan. Selain itu, kanak-kanak terencat mental pula akan menjadi gagap kerana tidak berupaya membentuk konsep bahasa. Oleh itu, kanak- kanak ini sukar untuk mengeluarkan idea atau konsep untuk bertutur dengan baik . Gagap juga boleh disebabkan oleh otot saraf yang tidak selaras dengan korteks otak- otak di saraf motor. Oleh itu, jika seseorang yang mahir dengan penggunaan tangan kiri, boleh menjadi gagap jika dipaksa menggunakantangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja menggunakan tangan kanan.Gagap juga berpunca dari peniruan pertuturan-pertuturan yang salah semasa dalam proses pembelajaran. Jika tanda-tanda dapat dikenali dengan segera masalah ini boleh diatasi dengan latihan pertuturan yang betul. Kanak-kanak yang pemalu atau rasa terasing daripada keluarga sukar bergaul dengan kanak kanak lain. Mereka akan lebih sensitif atau gugup bertutur dan keadaan ini akan membentuk rasa rendah diri kanak-kanak itusendiri. Dengan itu , sesetengah gagap yang timbul ialah akibat daripada tidak mempunyai keyakinan untuk bertutur dengan baik, terutamanyan bertutur dengan orang asing baginya, tetapi kanak-kanak ini dapat pula bertutur dengan orang yang rapat yang dengannya.
Bangss (1968) mendefinisikan kelewatan bertutur sebagai perkembangan pertuturan yang berlaku pada kadar yang lambat dari normal dan kebolehan bertutur tidak sesuai dengan umur sebenar .Oleh itu kanak-kanak yang mengalami kelewatan bertutur ialah kanak- kanak yang mempunyai pencapaian pertuturan yang rendah daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya. Oleh itu, kanak-kanak yang mengalami kelewatan bertutur sering dianggap sebagai keanak-anakan, mereka sering dihalang untuk bergaul dengan kawan-kawan sebaya . Keadaan ini akan, menyebabkan kanak-kanak ini terus ketinggalan bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga dari segi sosiol dan kemahiran fizikal. Pada peringkat persekolahan pula, kemungkinan pada peringkat akademik kanak-kanak ini seperti ketinggalan dan tidak berkebolehan untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya .Secara tidak langsung kanak-kanak itu berasa rendah diri dan rasa benci untuk ke sekolah. Ia boleh mempengaruhinya dalam bidang akademik.
MASALAH BAHASA
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah bahasa dikalangan kanak-kanak seperti kurang pendengaran, kerencatan mental, ,ketidakseimbangan kelenjar, kesilapan dalam fungsi otak dan alam sekeliling.
Kanak-kanak yang tidak dapat meluahkan idea melalui perkataan. Kanak-kanak yang gagal untuk memahami simbol dan bahasa. Kanak-kanak yang tidak berupaya menggunakan simbol atau perkataan kerana masalah kelupaan.
2.1 Sumbing
Kecacatan ini adalah disebabkan oleh kegagalan di antara tulang dan tisu lelangit janin untuk bercantum selepas 13 minggu dalam kandungan. Sumbing boleh berlaku samada di bahagian bibir atau lelangit. Kekerapannya berlaku sumbing di kalangan kanak-kanak ialah 1: 750 bagi setiap kelahiran yang hidup dan ia kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki daripada perempuan.
bahasa
yang
berkait
dengan
Masalah bahasa yang disebabkan oleh kerencatan mental dapat dikenali melalui kelewatan bertutur dan mengalami perkembangan bahasa yang lambat. Beberapa ciri kanak-kanak cacat pertuturan yang disebabkan oleh kerencatan otak: Pencapaian bertutur secara asasnya sama seperti kanak-kanak lembam Kanak-kanak ini mempunyai pencapaian bahasa yang rendah jika dibandingkan dengan umur kronologikal. Kelambatan untuk untuk mengingat. memahami atau mengeluarkanbahasa kerana sukar
Kanak-kanak ini tidak dapat membentuk tatabahasa di dalam pertuturannya seperti kanak-kanak normal.
Fizikal
o Secara umumnya, adalah pergerakan lokomotor dan masalah koordinasi motor halus.
Kognitif
o Daya ingatan, perhatian dan kefahaman. o Daya bertindak. o Daya taakulan. o Keupayaan mental berlebihan
Sosial
o Adalah perhubungan antara individu dengan individu dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
MASALAH PERTUTURAN
CIRI-CIRI FIZIKAL :
BULAN / UMUR
PERINGKAT
Pada
Perkembangan Pra-fonologi
0-6 minggu pertama 6 minggu- 4 bulan 5-7 bulan
Ketawa
6-10 bulan
bunyi- ibu, orang lain Mengulangi dan kerap bemain dengan vokal / konsonan.
Mula
9-12 bulan
bermakna.
Bunyi Cuba
mendengar bunyi yang didengar Mula menghasilkan bunyi yang rendah yang bermakna.
Mula
menunjukkan ciri-ciri yang tersendiri dari segi : yang dihasilkan menggunakan perkataan
Bunyi
Cubaan
(Sebutan
sering tidak lengkap dan melakukan kesilapan fonetik / fonologi) Menggabungklan dua perkataan: mama @ papa
Mula Mula
Perlahan-lahan
fonologi berkembang
7 tahun ke atas
sebutan masih tidak lengkap, tidak menggunakan konsonan, sebutan tidak lengkap dll. Kemahiran fonologi dalam menggunakan sebutan ayat yang lengkap dan komplek
Perubahan
Perkembangan pertuturan dipengaruhi oleh kematangan alat pertuturan,perkembangan intelek, mental,umur kanak kanak dan alam sekitarnya.Menurut Hurlock(1978),perkembangan pertuturan yang normal mengikut umur ialah seperti berikut;-
Umur
1-3 bulan 4-6 bulan
Bil perkataan
-
Menangis,merengek dan mengeluarkan bunyi secara rawak Merepek dan mengeluarkan bunyi untuk membalas pertuturan orang lain Lidah bergerak mengikut suara, 7mengeluarkan rangkaian bunyi perkataan 11bulan secara berulang ulanng 12 bulan Mula mengeluarkan perkataan pertuturan Ayat mengandungi satu perkataan,istilah 18 bulan istilah ditentukan seperti mama papa Ayat yang terdiri daripada dua perkataan 2 Tahun yang ,dianggap sempurna kerana mengandungi nama am dan perbuatan 2.5 Ayat yang terdiri daripada tiga perkataan tahun ;pertuturan telegrafik Penggunaan ayat aktif ringkas yang difahami 3 tahun untuk bercerita kepada orang lain Pembentukan tatabahasa yang meluas, 3.5tahun meluahkan konsep dengan perkataan dan ayat yang mengandungi 4-5 perkataan Penggunaan pertuturan mulut yang 4 Tahun berlebihan ; pertuturan dari imiginasi Mempunyai sinteks yang sempurna dan 5 tahun komplek; penggunaan pertuturan yang komplek bercerita Pertuturan yang sofisikated;mahir 6 tahun menggunakan pertuturan tatabasa untuk berlajar dan membaca
1500 1800
2000
CIRI-CIRI KOGNITIF
1. Keadaan Mental dan Fizikal seperti Lembam
Masalah Pertuturan juga mempengaruhi keadaan mental iaitu lembam. Masalah ini disebabkan ia berkait-rapat dengan keupayaan pemikiran seseorang itu meluahkan sesuatu sama ada secara rasional ataupun ada masalah tertentu. Di samping itu, lembam mempunyai IQ antara 75-90 . Keadaan ini berlaku antara lingkungan normal dan moron. Seseorang itu tidak akan mengikuti pembelajaran dan mempunyai cara-cara tertentu serta sukar bagi menyesuaikan diri di sekolah.
2. Kekurangan Rangsangan
Kekurangan rangsangan sama ada daripada ahli keluarga, ibu bapa, sanaksaudara juga akan menyebabkan seseorang itu terasa dirinya terasing dan rendah diri. Dengan cara sedemikian, mereka menjadi kurang bercakap dan keupayaan serta perkembangan untuk bertutur secara lancar menjadi semakin rendah.
CIRI-CIRI SOSIAL
2. Kecelaruan Suara
Kecelaruan dalam bersuara berkait-rapat dengan patologi dan alat vokal organ. Ciri-cirinya seperti garau (hearsness), sempat (brathiness), sengau (hypernesality) dan ketidaksesuaian suara sama ada terlalu lembut atau terlalu kuat. Oleh hal demikian, komunikasi akan terjejas dan tidak stabil.
Kelambatan yang nyata dalam perbendaharaan kata, nahu yang perlu untuk diperkembang. Oleh kerana, perbendaharaan kata tidak dapat diperkembang, maka ini akan menyempitkan kemahiran berkomunikasi sekaligus melambatkan proses untuk berkomunikasi dengan baik.
MASALAH BAHASA
Ciri-ciri Fizikal Dalam menyentuh ciri-ciri fizikal masalah bahasa, kami membuat kesimpulan bahawa ia seakan-akan sama dengan Masalah Pertuturan. Dengan demikian, kami merasakan ia tidak mempuyai banyak perbezaan.
Ciri-ciri Kognitif
Fungsi bahasa sebagai alat berkomunikasi memainkan peranan yang sangat penting kepada manusia. Perolehan dan penguasaan bahasa bermula pada peringkat kanak-kanak lagi. Jika berlaku kegagalan menguasai pembelajaran bahasa yang disebabkan masalah-masalah kerencatan sama ada kerencatan akal, masalah
pendengaran, masalah penglihatan dan sebagainya secara berterusan, ini akan menjejaskan pencapaian seseoarang pelajar tersebut. Antara ciri-ciri kognitif ialah ;
Ciri-ciri Sosial
1. Sukar Mengawal Emosi
Kanak-kanak keperluan khas selalunya mempunyai emosi yang tidak stabil. Ini memberikan masalah apabila seseoarang itu menjalinkan persahabatan dan bergaul.Contohnya, adakalanya mereka menjadi periang dan kadang-kadang menjadi seorang yang agresif. Selalunya, ia terjadi kepada kanak-kanak Autisme
yang selalunya gagal mengawal tindakan dalam satu-satu masa tertentu.Kanakkanak seperti ini sukar sesuatu konsep dan kesukaran dalam dalam membuat perbezaan yang tepat terhadap sesuatu yang memerlukan pengamatan. Mereka juga tidak boleh menghubungkan satu hal dengan satu hal yang lain.
2. Malu Berkomunikasi
Mereka juga malu untuk berkomunikasi kerana bahasa yang tidak sempurna. Dengan demikian, mereka akan mengasingkan diri dan tidak mahu berkomunikasi dan bersahbat.
4. LANGKAH PENCEGAHAN
Merujuk kepada masalah bahasa dan pertuturan dan bahasa, terdapat pelbagai punca-punca yang menyebabkan kanak-kanak akan mengalami masalah ini. Justeru, pelbagai pendekatan dan pencegahan perlu dilakukan bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan. Antaranya ialah: Tempatkan murid hampir dengan guru Guru perlu menarik perhatian murid sebelum mulakan pengajaran Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas Guru perlu mengulang arahan yang agak sukar difahami oleh murid Murid digalakkan untuk bercakap Jangan memaksa murid menghafal Guna pendekatan komunikatif iaitu peranan guru menjadi kurang manakala murid banyak berinteraksi Teknik pemusatan pembelajaran murid Teknik peniruan Teknik modelling Latih tubi Pendekatan mainan Guru tidak boleh tekankan murid dengan perkataan yang sukar
Guru memberi penerangan kepada ibu bapa supaya sentiasa gunakan perkataan yang betul dan mudah. Pengulangan bacaan Menggunakan peluang persekitaran untuk menggalakkan pertuturan Pastikan masa dan keadaan yang sesuai untuk perbualan yang panjang dan spontan.
aktiviti modeling iaitu guru memerlukan seorang pembantu untuk membantunya sebagai model. Di sini model menunjukkan gambar kepada kanak-kanak manakala murid-murid mendengar apa yang dipertuturkan oleh model tersebut. Di sini murid-murid akan mendengar dan mula berbahasa dan bertutur dengan baik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga, penggunaan bahasa yang sukar perlu ditukar kepada bahasa yang mudah untuk difahami, Murid-murid yang mengalami masalah akan dapat berbahasa dengan baik apabila guru mula menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami.
Untuk mendapatkan perkhimatan pendidikan yang formal pula, kanak-kanak ini akan ditempatkan di sekolah khas, kanak-kanak bisu dan pekak atau kelas pencantuman iaitu sekolah biasa yang mempunyi kelas dan guru khas yang boleh mengajar kanak-kanak ini seperti kanak-kanak lain.
4.6 Doktor
Lazimnya, doktor bedah akan membetulkan bibir sumbing dalam lingkungan usia tiga bulan dan akan melakukan pembedahan rekonstruktif terhadap rabit lelangit apabila bayi meningkat usia sembilan bulan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat di antara pakar -pakar bedah tentang masa yang paling sesuai untuk melakukan pembedahan, dalam keadaan -keadaan tertentu seperti sindrom pierrerobin misalnya, pembedahan rekonstuktif ke atas rabit lelangit mungkin dilakukan lebih lewat daripada itu. Dalam keadaan ini, bahagian dagu sianak terbentuk terlalau kecil sehingga kerap menyekat saluran pernafasannya. Dia juga mengalami masalah sukar untuk bernafas dan sukar menyusu. Keadaan ini sering memerlukan rawatan intensif dari peringkat awal kelahiran bayi. Pertuturan si anak lazimnya akan kedengaran sengau. Rabit lelangit juga menjejaskan fungsi tiub eustachio yang menghubungkan bahagian mulut dengan bahagian telinga. Akibatnya, cecair mudah bertakung di belakang dinding telinganya. Ini akan menjejaskan pendengarannya. Dia perlu dirawat dengan ubat -ubat tertentu atau melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair tersebut. Pakar kanak -kanak khususnya perlulah menjalankan penilaian yang menyeluruh supaya kecacatan -kecacatan lain, jika ada, dapat dikesan. Daripada penilaian ini, dapatlah program -program yang komprehensif dijalankan bagi kanak -kanak ini. Khidmat pakar gigi juga penting dalam melatih kanak -kanak itu bercakap tanpa nada sengau. Pakar telinga, hidung dan tekak pula adakalanya perlu memberi rawatan kepada anak -anak ini jika pendengaran mereka kurang baik akibat takungan cecair pekat dalam dinding telinga.
RUMUSAN
Sebagai rumusannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pertuturan dan bahasa merupakan kanan-kanak yang bermasalah dalam pengeluaran suara. Walau bagaimanapun, mereka boleh dibantu dari pelbagai aspek. Kehilangan suara atau penyebutan perkataan akan tidak seimbang jika rawatan yang hendak diberikan terlalu lambat atau kanak-kanak telah menjangkau umur yang matang. Oleh kerana negara kita mempunyai banyak tenaga-tenaga pakar yang berkaliber, maka kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang mempunyai masalah dalam pertuturan dan bahasa akan memperolehi rawatan yang sewajarnya atau pelbagai kaedah untuk merawat. Terutamanya kepada kanak-kanak supaya mereka
tidak ketinggalan jauh ke belakang dalam pelajaran. Contoh pakar-pakar yang membantu adalah seperti doktor, patologis pertuturan, guru khas, pihak Kebajikan Masyarakat dan sebagainya. Dengan demikian, kanak-kanak yang bermasalah sebegini tidak seharusnya dibebani dengan permasalahan mereka. Ini kerana, kita boleh mencari pelbagai alternatif untuk membantu mereka. Ini sekaligus mewujudkan masyarakat yang penyayang dan menyemai rasa bertanggungjawab sesama kita walaupun pelbagai bangsa dan keturunan.
BIBLIOGRAFI
Heddle,W.G.;Brigance,W.N.;dan powell,V.M.1973,Patterns in Communication;A Guide To Speech and Critical Listening.New York ; J.B.Lippincott Company. Hurlock.E,B.1978.(ed. 6)Child Development.U.S.A.;.Mc Graw Hill International Book Company. Kirk,S.A. Galeher, J.J.1979.(ed .3) Educating Exceptional Child. Boston:Hougton Mifflin Company. Kirk.S,A,1962.U.S.A (ed.2).Educating Exceptional Child .Boston Hougton Mifflin Company.
Rehabilition of the Handicapped in Malaya;A report of Social Survey conducted by the The Federal Department of Social ofWellfare in Oktober 1958. Oleh Baharudin Dan Shaharudin Haron ,Situation of Chidren and and Youth inWest Malaysia 1970. Shanker,U.1976.Exceptional Children.New Delhi.India :Sterling Pbublisher Private Limited.
http://yaaan33.blogspot.com/2009/08/definisi-bahasa-bahasa-adalah-satu.html