Anda di halaman 1dari 22

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM

SAHSIAH UNGGUL MURID


(SUMUR)

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CYBERJAYA

2017

0
KATA ALU-ALUAN
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat serta keizinan-Nya telah
memungkinkan usaha bagi pelaksanaan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di
sekolah-sekolah KPM. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah
bersungguh-sungguh dalam usaha menjayakan pelaksanaan program ini. Semoga segala
usaha tersebut diberi ganjaran sebaik-baiknya di sisi Allah SWT.

Sesungguhnya, usaha membangun Modal Insan melalui kaedah mendidik, mengajar,


membentuk dan membimbing pelajar di sekolah merupakan tanggungjawab Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Berteraskan kepada prinsip ini, Bahagian Pendidikan Islam KPM
telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan satu program khusus ke arah pembentukan
sahsiah pelajar dari semasa ke semasa.

Hasilnya, program SUMUR ini dilaksanakan di semua SMKA dan SABK seluruh negara sejak
tahun 2010 dan matlamat pelaksanaannya dilihat sejajar dengan anjakan ketiga dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 yang memberi penekanan
untuk “Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai”.

Hari ini, Program SUMUR melalui suatu lagi fasa baru apabila ianya diperluaskan ke Sekolah
Menengah Kebangsaan KPM mulai Ogos 2016 dengan pengenalan kepada program rintis. Ini
selari dengan kehendak kepimpinan tertinggi KPM ke arah melahirkan golongan pelajar yang
mempunyai sahsiah terpuji sejajar dengan tagline yang diperkenalkan oleh Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, “Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak”.

Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa agar segala usaha kita ini akan mendapat
keredhaan Allah SWT.

Sekian, terima kasih

DR HJ AZHAR BIN AHMAD

1
LATAR BELAKANG

1. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB Dato’


Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia yang menerajui
Kementerian Pelajaran Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2009. Hasrat ini
telah disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian
Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid
Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.

2. Objektif utama program SUMUR ini diperkenalkan adalah untuk; menilai tahap
peningkatan akhlak, kelakuan dan sahsiah murid, disamping untuk;
mengenalpasti kecenderungan murid terhadap amalan bagi peningkatan
akhlak, kelakuan dan sahsiah mereka.

3. Matlamat program ini adalah untuk; melahirkan murid yang memiliki personaliti
terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain; sentiasa memburu ilmu untuk
kebahagiaan di dunia dan akhirat; mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan
yang cemerlang dalam kehidupan seharian; mempunyai ketahanan diri dalam
menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan
dan bersemangat patriotisma.

4. 6 aspirasi murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM) 2013-2025 bukan sahaja menekankan kepentingan
pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif; kemahiran memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris; sahsiah dan nilai, serta semangat identiti nasional yang kuat.

5. Melalui anjakan ketiga PPPM iaitu ‘Melahirkan Rakyat Malaysia Yang


Menghayati Nilai’ mensasarkan kepada Pengukuhan Pendidikan Agama Islam
dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan diberikan kepada perpaduan dan
memupuk persefahaman yang erat antara murid.

6. Program SUMUR telah dilancarkan oleh YB Dato’ Noh bin Omar, Timbalan
Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama
Menengah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor.

7. Sepuluh buah sekolah rintis telah dipilih bagi melaksanakannya pada tahun
2010 iaitu; SMKA Maahad Muar, Johor; SMKA Sultan Muhammad, Melaka;
SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang; SMKA Naim Lil-Banat, Kelantan; SMKA
Sheikh Hj Othman Wahab, Sarawak; SABK Imtiaz Dungun, Terengganu; SABK
SAM Tanjung Karang, Selangor; SABK Maahad Al-Aziz, Parit Perak; SABK
SMA Al-Maarif, Kuantan Pahang dan SABK SMA Al-Nahdah, Yan Kedah.

2
8. Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kali ke-91 Bil.21/2013
bertarikh 25 November 2013 memutuskan agar Pengurusan Dakwah dan Syiar
Islam (PDSI) BPI KPM menyediakan kerangka konsep inisiatif tambahan PPPM
hasil cetusan pandangan yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia (TKPPM), Dato’ Hj. Sufa’at bin Tumin.

9. Pada tahun 2013, PDSI BPI KPM telah memperkenalkan Borang Penilaian
Murid untuk penyeragaman bagi mengemaskini data pelaksanaan Program
SUMUR di SMKA dan SABK. Borang ini telah digunapakai oleh semua SMKA
dan SABK iaitu sebanyak 197 buah sekolah pada tahun 2013, 224 buah
sekolah pada tahun 2014, 234 buah sekolah pada tahun 2015 dan buah
sekolah pada tahun 2016.

10. Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2014 memutuskan agar pihak KPM
membina indeks pengukuran yang bersesuaian untuk mengukur pencapaian
murid. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
yang bertanggungjawab untuk membangunkan Indeks Kemenjadian Murid
(IKM) telah mendapati bahawa Modul SUMUR bersesuaian dengan konsep
pengukuran bagi dimensi Rohani dalam indeks tersebut.

11. Memo Antara Bahagian Bil. KPMSP.600-3/1/30(86) bertarikh 1 Jun 2016


dihantar oleh pihak BPPDP ke BPI bagi mewujudkan kerjasama antara kedua
Bahagian KPM tersebut. Memo Bil. KPMSP.600-3/1/30(87) bertarikh 9 Jun
2016 telah dihantar oleh BPI ke BPPDP bagi menyatakan persetujuan dan
menyambut baik kerjasama tersebut bagi Pelaksanaan Program SUMUR di
Sekolah Menengah/Sekolah Menengah Kebangsaan seluruh negara.

12. Rintis Pelaksanaan Program SUMUR SM/SMK dilaksanakan di 80 buah


sekolah SM/SMK seluruh negara (5 buah SM/SMK bagi satu negeri) bermula
bulan Ogos 2016 dan melibatkan semua guru serta murid di sekolah
berkenaan.

3
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SUMUR

1. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) ini berada di bawah Guru Penolong Kanan,
Hal Ehwal Murid (HEM) dan merangkumi semua aktiviti sekolah.

2. Program SUMUR meliputi empat (4) modul utama iaitu modul Berbudi Bahasa, modul
Jati Diri, modul Penampilan Diri dan modul Cara Hidup Islam (Mutadayyin).

3. Proses penilaian bagi setiap modul adalah berdasarkan kumpulan-kumpulan kecil


murid atau usrah bagi meringankan tugas guru. Guru atau murabbi perlu
mengesahkan penilaian berdasarkan Borang Penilaian Individu/Kumpulan yang telah
disediakan.

4. Aktiviti usrah perlu dilaksanakan pada kadar minimum sekali sebulan di semua
sekolah sama ada di sekolah yang mempunyai asrama atau tiada asrama.

5. Murid beragama Islam akan dinilai berdasarkan keempat-empat modul Program


SUMUR, manakala murid bukan Islam dinilai pada tiga modul selain daripada modul
Cara Hidup Islam (Mutadayyin). Penilaian dibuat menggunakan Borang Penilaian
Individu.

6. Untuk modul Berbudi Bahasa, modul Jati Diri dan modul Penampilan Diri, proses
penilaian murid hendaklah dibuat sebanyak tiga (3) kali iaitu sebulan sekali bagi
tempoh tiga bulan setiap modul itu berlangsung. Manakala untuk modul Cara Hidup
Islam (Mutadayyin) yang hanya dinilai pada murid beragama Islam sahaja, proses
penilaian dilakukan sebanyak dua (2) kali iaitu pada hari ke-10 dan hari ke-20 bulan
Ramadhan tahun semasa.

7. Pelaporan untuk modul Berbudi Bahasa, modul Jati Diri dan modul Penampilan Diri
perlu dihantar sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan April, Julai dan Oktober.
Manakala pelaporan untuk modul Cara Hidup Islam (Mutadayyin) pula perlu dihantar
pada hari ke-22 bulan Ramadhan tahun semasa. Proses pelaporan menggunakan
Borang Pelaporan Keseluruhan yang dijana dalam MS Excel.

8. Borang Penilaian Individu bagi murid Tingkatan Lima perlu dihantar kepada urusetia di
BPI bersama laporan pelaksanaan setiap modul. Manakala untuk murid ditahap lain
perlu disimpan di sekolah sebagai rujukan pemantau di kalangan pegawai-pegawai
daripada SPI JPN atau BPI KPM.

9. Laporan keseluruhan bagi pelaksanaan program SUMUR dalam bentuk ‘hard copy’
pula perlu dihantar kepada penyelaras Program SUMUR di SPI JPN untuk
dipanjangkan ke BPI KPM pada bulan November bagi tahun semasa.

10. Seorang penyelaras perlu dilantik di kalangan guru dan bertanggungjawab untuk
memastikan program SUMUR dilaksanakan mengikut panduan pelaksanaan yang
diedarkan oleh pihak BPI KPM.

4
11. Bagi tujuan pengurusan fail, pihak sekolah perlu menyediakan enam (6) fail utama
merangkumi :

a) Fail Panduan Pelaksanaan Program SUMUR


b) Fail Induk
c) Fail Aktiviti
d) Fail BADAR/BDK
e) Fail Penilaian Pelajar
f) Fail Pemantauan

12. Sebarang kesulitan bagi pelaksanaan program SUMUR ini hendaklah dirujuk kepada
penyelaras program SUMUR di BPI KPM.

5
0
PERINCIAN MODUL A : BERBUDI BAHASA

1
PERINCIAN MODUL B : JATI DIRI

2
PERINCIAN MODUL C : PENAMPILAN DIRI

3
PERINCIAN MODUL D : CARA HIDUP ISLAM (MUTADAYYIN)

4
SKOR MARKAH DAN RUBRIK

AMALAN ASAS
1
Pengetahuan pada perkara yang dinilai/masih dibimbing untuk mengamalkan/
Amalkan tanpa tahu sebab

AMALAN MEMUASKAN
2
Pengetahuan tentang perkara yang dinilai/
Amalkan dengan sendiri secara tidak konsisten

AMALAN BAIK
3
Amalkan perkara yang dinilai secara konsisten berdasarkan ilmu/
Mampu jelaskan kelebihan amalan itu

AMALAN CEMERLANG
4
Amalkan perkara yang dinilai sebagai rutin seharian/
Jadi role model yang membimbing orang lain

5
CONTOH BORANG PENILAIAN (INDIVIDU)

6
CONTOH BORANG PENILAIAN (KUMPULAN)

7
CONTOH BORANG PELAPORAN

8
CONTOH BORANG PEMANTAUAN

9
PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN
(MODUL BERBUDI BAHASA, JATI DIRI & PENAMPILAN DIRI)
JAN FEB MAR APR
BIL AKTIVITI
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Surat Siaran Pelaksanaan Program
1 SUMUR dari BPI KPM kepada SPI JPN
untuk dipanjangkan ke sekolah
Mesyuarat Jawatankuasa SUMUR,
2 perancangan Takwim SUMUR dan
pelantikan AJK SUMUR dan BADAR
Pelancaran Program SUMUR dan Modul
3 Berbudi Bahasa peringkat sekolah
Pelaksanaan Modul Berbudi Bahasa
4 peringkat sekolah
Penilaian Modul Berbudi Bahasa oleh Ketua
5 Usrah (pelajar)
(Borang Penilaian Individu/ Kumpulan)
Mesyuarat Penyelarasan Penilaian
6 (Ketua Usrah dengan Guru Pembimbing)
Pelaporan Modul Berbudi Bahasa ke SPI
7 JPN dan BPI KPM (Borang Pelaporan)

10
MEI JUN JUL
BIL AKTIVITI
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

8 Pelancaran Modul Jati Diri peringkat sekolah

9 Pelaksanaan Modul Jati Diri peringkat sekolah

Penilaian Modul Jati Diri oleh Ketua Usrah


10 (pelajar)
(Borang Penilaian Individu/ Kumpulan)
Mesyuarat Penyelarasan Penilaian
11
(Ketua Usrah dengan Guru Pembimbing)

Pelaporan Modul Jati Diri ke SPI JPN dan BPI


12
KPM (Borang Pelaporan)

11
OGOS SEPT OKT
BIL AKTIVITI
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Pelancaran Modul Penampilan Diri peringkat


13
sekolah

Pelaksanaan Modul Penampilan Diri peringkat


14
sekolah
Penilaian Modul Penampilan Diri oleh Ketua
15 Usrah (pelajar)
(Borang Penilaian Individu/ Kumpulan)
Mesyuarat Penyelarasan Penilaian
16
(Ketua Usrah dengan Guru Pembimbing)

Pelaporan Modul Penampilan Diri ke SPI JPN


17
dan BPI KPM (Borang Pelaporan)

12
NOV DIS
BIL AKTIVITI
1 2 3 4 1 2 3 4

Pihak sekolah menyiapkan dokumentasi pelaporan


18 Program SUMUR sepanjang tahun semasa dalam
bentuk ‘hard copy’ untuk dihantar kepada SPI JPN

Penghantaran dokumentasi ‘hard copy’ pelaporan


19
program SUMUR sepanjang tahun ke SPI JPN

Pihak SPI JPN menghantar dokumentasi ’hard copy’


20
pelaporan ke BPI KPM

Penyelaras Program SUMUR di BPI KPM menganalisa


data dalam MS Excel dan dokumentasi ’hard copy’
pelaporan yang dihantar bagi tujuan pemarkahan untuk
21 dipanjangkan kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM untuk
dimuatkan dalam Indeks Kemenjadian Murid KPM bagi
tahun semasa.

13
PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN
MODUL CARA HIDUP ISLAM (MUTADAYYIN)
MURID ISLAM SAHAJA
BULAN RAMADHAN
BIL AKTIVITI (HARI PERSEKOLAHAN SAHAJA)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Pelancaran Modul Cara
1 Hidup Islam (Mutadayyin)
peringkat sekolah
Pelaksanaan Modul Cara
2 Hidup Islam (Mutadayyin)
peringkat sekolah
Penilaian Modul oleh Ketua
Usrah (pelajar) (Borang
3
Penilaian Individu/
Kumpulan)
Mesyuarat Penyelarasan
4 Penilaian (Ketua Usrah
dengan Guru Pembimbing)
Pelaporan Modul Cara Hidup
Islam (Mutadayyin) ke SPI
5
JPN dan BPI KPM (Borang
Pelaporan)
14
15

Anda mungkin juga menyukai