Anda di halaman 1dari 5

Tugasan 1 : Esei

Untuk melahirkan generasi yang seimbang dari pelbagai segi seperti emosi, rohani,
intelek, jasmani, sosial dan juga dapat menghadapi cabaran adab ke-21.Oleh itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambahbaikan pendidikan Malaysia.KPM telah
melancarkan kajian semula sistem pendidikan secara menyeluruh bagi membangunkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu pada Oktober 2011.Kajian ini telah
mengambil selama 15 bulan iaitu dari Oktober 2011 hingga Disember 2012.Laporan
penyelidikan ini yang Kementerian dapat adalah dijalankan oleh pakar pendidikan daripada
UNESCO,Bank Dunia,OECD dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam.Kajian ini telah
melibatkan guru,ibu bapa, pemimpin sekolah,murid dan orang ramai di seluruh negara.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasilnya yang berdasarkan
penyelidikan yang dijalankan.Pelan ini akan melahirkan generasi yang berupaya untuk
menghadapi cabaran dan merealisasikan aspirasi negara iaitu wawasan negara 2020.Pelan
ini menjelaskan 11 anjakan strategik dan operasi yang akan dijalankan bagi memastikan
anjakan-anjakan yang dicadangkan dapat dijalankan sepenuhnya. (Ringkasan Eksekutif-
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 daripada http://www.moe.gov.my/cms/upload
files/articlefile/2013/arti clefile_file_file003113.pdf , akses tarikh 17/3/2015)

Menurut kamus dewan edisi keeempat, keguruan bermaksud hal yang berkaitan
dengan ilmu menjadi guru atau tugas dan tanggungjawab ( kerjayaan ) sebagai guru.
Sementara itu, menurut kamus dewan edisi keempat, profesion bermaksud pekerjaan yang
memerlukan didikan yang tinggi dan latihan yang khusus seperti dalalm bidang perubatan
dan seni bina.(Kamus Dewan Edisi Empat Online , daripada http://prpm.dbp.gov.
my/Default.aspx, akses tarikh 17/3/2015) Berdasarkan penjeleasan di atas, profesion
keguruan merupakan guru yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas juga
bertanggungjawab malah telah menerima latihan iktisas yang cukup bermutu, tamsilnya
latihan yang dijalankan dalalm maktab perguruan dan mematuhi kod etika yang telah
ditetapkan oleh oraganisasi.KPM memperkenalkan “Transformasi Keguruan Sebagai
Profesion Pilihan” dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) adalah
tujuan untuk meningkatkan kualiti seseorang guru.

Antara salah satu cara untuk memastikan anjakan keempat dapat direalisasikan
ialah KPM perlu mengetatkan syarat lantikan guru.(Seminar Pendidikan Prasekolah,
daripada https://www.academia.edu/3718739/Anjakan_4_dalam_PIPP, akses tarikh
17/3/2015). Kerajaan telah memulakan mengetatkan syarat kelayakan kemasukan pelajar
ke IPG untuk dilantik sebagai guru pada tahun 2013 supaya guru yang dilantik adalah dalam
kalangan 30 peratus graduan yang terbaik.Contohnya,syarat kelayakkan untuk masuk ke
IPG adalah pelajar merupakan warganegara Malaysia ; tubuh badan yang sihat ; umur tidak
melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu pada atau selepas 30 Jun 1996; lulus dalam Sijil
Pelajaran Malaysia(SPM) dengan memperoleh gred cemerlang iaitu sekurang-kurangnya
mendapat 5 mata pelajaran dalam gred A-,A dan A+; mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah perlu memperoleh gred kepujian; lulus Bahasa Inggeris; aktif dalam kegiatan
kokurikulum; keputusannya perlu memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan.
(Syarat kemasukan IPG daripada http://www.panduanmalaysia.com/2014/03/syarat-baru-
kemasukan -ke-kursus-maktab.html akses tarikh 17/3/2015).Secara ringkasnya,ia bertujuan
untuk memastikan hanya calon yang layak dan cemerlang mendapat tempat di IPG sahaja
bagi mengelakkan kualiti keguruan dirosakkan.Calon yang dipilih untuk menyertai kursus ini
akan mempunyai ciri-ciri seperti kerajinan, berhemah tinggi, amanah,kasih sayang dan
bukan hanya cemerlang dari segi akademik sahaja malahan perlu mempunyai minat
terhadap kanak-kanak.

Selain itu,kerajaan sedang merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia
menjelang 2020.Secara ringkasnya,kerajaan sedang berusaha untuk menukarkan IPG
kepada universiti latihan guru.Bagi memastikan tujuan ini dapat dilaksanakan,kurikulum
latihan praperkhidmatan semasa telah dinilaikan semula oleh kementerian bagi memastikan
guru berupaya mengajar murid tentang kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT).Kemahiran
berfikir aras tinggi amat penting bagi murid kerana ia dapat melatih murid sentiasa berfikir.
(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, daripada http://www.moe.gov.my/cms/
upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003113.pdf, akses tarikh 17/3/2015)Menurut
Zevin(1995),Pemikiran Aras Tinggi(Higher-Order Thinking) merupakan perluasan maklumat
yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli.Masalah-
masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada
Pemikiran Aras Tinggi.(Pendapat Tokoh, daripada http://www.scribd. com/doc/250223855/
PENDAPAT-TOKOH#scribd, akases tarikh 17/3/15).Pada pandangan saya, guru
seharusnya menguasai teknik pemikiran KBAT baru berupaya mengajar murid kerana
pemikiran KBAT akan membolehkan guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih kreatif dan inovatif sehingga dapat menarik perhatian pelajar dan memupuk
pelajar minat dalam pembelajaran.
Di samping itu,kerajaan telah meningkatkan kualiti Pembangunan Profesional
Berterusan (CPD) yang telah mulai sejak tahun 2013.Guru akan menerima lebih sokongan
untuk membantu mereka mencapai potensi penuh.Penyelia atau mentor mereka akan
memberi latihan CPD individu kepada guru pelatih apabila memulakan profesion.Guru akan
menerima Program CPD seperti latihan komponen teras dan komponen elektif.Komponen
elektif akan dimilih oleh guru bagi tujuan memajukan diri sendiri.Untuk memastikan program
ini dapat dijalankan dengan berjaya maka latihannya akan dijalakan di peringkat
sekolah.Guru yang kurang berpengalaman akan dibimbing oleh guru yang berpengalaman
seperti guru kanan, pembimbing gur, guru kanan, pengetua.Mereka akan memberi
cadangan dan nasihat semasa guru menghadapi masalah. Secara langsungnya, kemahiran
dan kecekapan seseorang guru dapat ditingkatkan dengan pesat.Hal ini kerana mempunyai
orang memimpin mereka bagi membentuk guru yang profesion.(Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, daripada
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003113.pdf, akses
tarikh 17/3/2015)

Seterusnya, cara untuk merealisasikan anjakan keempat iaitu memastikan guru


memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran.(Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia, daripada http://www.moe.gov.my/cms/uploadfiles/articlefile/2013/articlefilefile0031
13.pdf, akses tarikh 17/3/2015).Bagi memastikan guru dapat lebih berfokus dalam tugas
pengajaran murid-murid maka kerajaan membuat keputusan untuk mengurangkan beban
tugas pentadbiran terhadap guru. Hal ini demikian kerana kerajaan telah menyedari bahawa
tugas pentadbiran yang lebihan akan mempengaruhi tugas utama sebagai guru seperti
penyediaan bahan pengajaran.Bahan pengajaran yang pelbagai jenis dan sentiasa berubah
barulah boleh menarik perhatian pelajar-pelajar dalam kelas.Pembuatan satu bahan
pengajaran memerlukan banyak masa. Oleh itu, kerajaan telah mengambil tindakan seperti
memperkemaskan dan mempermudah proses pengumpulan dan pengurusan data sedia
ada.Bukan itu sahaja, sesetengah tugas pentadbiran yang tidak diperlukan oleh guru telah
diserahkan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran yang khusus
di peringkat sekolah.(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, daripada http://www.mo
e.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003113.pdf, akses tarikh
17/3/2015)

Sehubungan dengan ini,bagi memastikan guru sentiasa meningkatkan kualiti sendiri


maka kementerian akan melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan
prestasi.(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, daripada http://www.moe.
gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003113.pdf, akses tarikh 17/3/2015)
Setiap tahun, guru akan dinilai oleh guru besar dengan menggunakan input yang mungkin
diberikan oleh rakan sejawat.Guru akan dinilaikan berdasarkan kebolehannya untuk
menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar sama ada dalam atau di luar kelas.Guru
besar akan menjalankan penilaian dengan menggunakan instrumen penilaian baru.
Instrumen baharu ini memberikan gambaran yang lebih kelas bahawa tugas utama guru
adalah membantu pembelajaran murid.(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, daripada
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003113.pdf, akses
tarikh 17/3/2015) Kementerian sangat menggalakkan guru melanjutkan pengajian mereka
walaupun mereka sudah habis pengajian ijazah.Dengan ini,pengetahun seseorang guru
tidak akan terhad malah akan terbuka serta mereka dapat berfikir lebih baik seperti “Think
out of the box” agar bersedia mengajar untuk mengajar murid yang semakin lebih bijak
daripada guru.

Kerajaan juga telah memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan,pengajaran


dan pakar bidang khusus.Guru juga boleh memilih laluan kerjaya berdasarkan prestasi,
potensi dan minat mereka.Misalnya,mereka boleh memilih untuk menjalankan tugas
kepimpinan di peringkat sekolah,IPTA,IPGM atau Kementerian.Mereka juga boleh memilih
bagi menjadi pakar dalam bidang tertentu seperti pembangunan kurikulum,pentaksiran dan
program latihan untuk sistem yang lebih luas. (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
daripada http://www.moe.
gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003113.pdf, akses tarikh 17/3/2015)
Contohnya, mereka boleh menjadi guru pakar di sekolah.Apabila guru menjadi pakar di
sekolah, maka guru akan mengajar secara profesional dan proses pengajaran dan
pembelajaran akan berlangsung dengan sangat berkesan.Secara rumusnya, tindakan ini
telah membolehkan guru mendapat pelbagai pengalaman dalam bidang pendidikan serta
dapat memilih tugas yang sesuai berdasarkan keupayaan mereka.

Dengan ini, kerajaan telah membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan


rakan setugas dan proses pensijilan. Kementerian akan memberikan tumpuan kepada
usaha memastikan semua guru menggunakan sepenuhnya keluwesan yang diberikan
dalam isu profesional berkaitan penjadulalan kurikulum,penyusunan pengajaran,pendekatan
pedagogi dan pentaksiran berasaskan sekolah. (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
daripada http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articl
efile_file_003113.pdf, akses tarikh 17/3/2015) Bagi memastikan guru akan saling
membimbing antara satu sama lain dan membangunkan amalan terbaik dan memikul
tanggungjawab sebagai seseorang guru yang berprofesional maka kementerian telah
memudahcara aktiviti CPD. Justera, kementerian juga akan mempertimbangkan untuk
mewujudkan skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru.(Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, daripada
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articl efile_file_003113.pdf, akses
tarikh 17/3/2015)

Kesimpulannya,sistem pendidikan sentiasa mengalami perubahan mengikut zaman-


zaman bagi melahirkan generasi yang berupaya untuk mengharungi cabaran yang akan
datang dan memimpin negara ke arah pembangunan serta merealisasikan aspirasi
Wawasan 2020. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah berkata “Kita
perlu meningkatkan kualiti profesion penguruan supaya dapat menghasilkan guru-guru yang
cemerlang.Kita mahu jadikan profesion perguruan sebagai profesion yang diminati dan
menarik perhatian ramai pelajar.”Menurut pandangan beliau,kita dapat mengetahui betapa
peranan seseorang guru bagi pelajar dan betapa penting pemuda-pemudi kepada sesebuah
negara.Presiden Indonesia pernah menyatakan “Berilah saya 10 orang belia pastikan saya
akan gegarkan dunia.”Menurut pandangan beliau,kita mengetahui bahawa insan model
akan menentukan kegemilangan sesebuah negara.Bagi memastikan dapat melahirkan
pemuda-pemudi yang terbilang maka kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk
memastikan dapat melahirkan guru yang cemerlang.Oleh itu, guru sendiri juga perlu
sentiasa mempertingkatkan kemahiran sendiri dengan mengamalkan konsep pembelajaran
sepanjang hayat. Justeru itu semua pihak haruslah memainkan peranan mereka agar usaha
untuk memartabatkan profesion keguruan akan mencapai matlamatnya.

Anda mungkin juga menyukai