Anda di halaman 1dari 8

TUTORIAL 7

TAJUK: ASAS PERTOLONGAN CEMAS.


PETI PERTOLONGAN CEMAS.
Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang
yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri
dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua
orang dengan peralatan yang minimum. Antara peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan
cemas.
 Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya utk
mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.
BI PERKARA KEGUNAAN
L
1. Triangular bandage (kain anduh) Untul mengampu bahagian kecederaan/
kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang
didapati ada kepatahan tulang
2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena
bendasing

3. Non-sterile gauze Melakukan pencucian/pembebat luka‡


Sterile gauze Membuat balutan/memberi tekananpada
perdarahan dan menstabilkankepatahan

4. Elastic bandage/crepe bandage Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk


Roller bandage membalut luka dan jugakecederaan ringan
eg.
dislocation(terseliuh)

5. G l o v e - d i s p o s a b l e /nonsterile Melindungi diri dari sebarang


cecair badan/sumber jangkitan

6. Scissor Memotong gauze/bandage


7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat
8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze Melakukan pencucian/pembebatan luka

9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada


luka sebelum membalut.
10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar
11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic
12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka
Saline solution 0.9%) luar
13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot
Skil pertolongan cemas asas boleh menentukan nasib seseorang mangsa sebelum bantuan
profesional tiba. Jadi kita memang patut tahu apa yang perlu dilakukan apabila sesuatu
krisis membabitkan kesihatan seperti itu berlaku.

“Anda tidak semestinya perlu bertindak seperti seorang doktor atau paramedik,” kata
Tracey Taylor daripada persatuan British Red Cross, menurut The Sun.

“Anda hanya perlu belajar beberapa skil mudah supaya anda boleh bertindak di dalam
situasi cemas dan sedar bahawa anda sudah cuba sedaya mungkin untuk membantu.”

Beliau berkata lagi bahawa tiada siapa tahu bila kita akan perlukan skil ini. Kebanyakan
situasi cemas berlaku dalam sekelip mata dan secara mengejut. Kita sepatutnya boleh
berfikir secara waras dan bertindak dengan pantas serta tenang.

Di bawah ini adalah beberapa skil pertolongan cemas yang semua orang wajib tahu untuk
bertindak di saat-saat kecemasan.

8 Teknik Pertolongan Cemas Secara Asas.

1. Mangsa rebah dan tidak bernafas


Jika seseorang itu tidak responsif mahupun bernafas, hubungi 999 secepat mungkin dan
terus lakukan Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR).  
Besar kemungkinan ini ialah serangan jantung (cardiac arrest), iaitu apabila jantung
berhenti mengepam darah ke seluruh badan. Mangsa akan tidak sedarkan diri dan rebah.
Pernafasannya tidak teratur dan boleh berhenti.

Untuk lakukan CPR, baringkan mangsa dan berlutut di sisi rusuknya. Tindankan tapak
tangan anda dan letakkannya di tengah-tengah dadanya (pastikan jari anda menyelangi
satu sama lain). Luruskan lengan dan tegakkan badan supaya bahu anda berada betul-
betul di atas tangan.

Dengan menggunakan kekuatan berat badan, tekan dada mangsa sebanyak 2 ke 2.5 inci ke
dalam. Ulang dengan kadar 100 ke 120 kali setiap minit. Ulangi hingga bantuan
profesional tiba.

2. Mangsa berdarah dengan banyak

Jika seseorang itu kehilangan darah dengan banyak kerana tercedera, perkara pertama
anda perlu buat ialah untuk meletakkan tekanan pada luka supaya pendarahan berhenti.

Gunakan apa sahaja di sekeliling anda, seperti baju, selimut atau tuala dan tekankan pada
luka.

Langkah seterusnya ialah untuk menghubungi talian kecemasan 999. Terus kenakan
tekanan pada bahagian luka sehingga bantuan kecemasan tiba.

“Pendarahan yang banyak boleh membawa maut, jadi memang penting untuk kita
hentikannya sebaik mungkin,” kata Tracey.

3. Mangsa disyaki sakit jantung


Tidak seperti serangan jantung, sakit jantung (heart attack) berlaku apabila salah satu
arteri koronari tersumbat. Otot jantung kemudiannya kekurangan darah yang ada
mengandungi oksigen. Jika dibiarkan, otot ini boleh mati.

Tetapi seperti serangan jantung, sakit jantung boleh membawa maut jika tidak dirawat.
Sila hubungi 999 serta-merta. Sementara menunggu bantuan tiba, pastikan mangsa duduk
dan rasa selesa serta tenang.

“Jika seseorang mengalami heart attack, ia boleh menyebabkan cardiac arrest, tetapi di


fasa pertama, dia masih sedar dan boleh bercakap,” kata Tracey.

“Tetapi dia boleh rasa sakit di dada yang seolah-olah bergerak ke rahangnya dan ke perut.
Dia juga akan tampak pucat dan berpeluh.”

4. Mangsa tercekik
Orang yang tercekik akan memegang leher atau dadanya sambil tercungap-cungap. Dia
tidak akan boleh beritahu apa masalahnya, jadi anda perlu bertindak dengan segera.

Berdiri di belakang mangsa, bongkokkan badannya ke hadapan dan pukul di antara


tulang belikatnya dengan kuat sebanyak lima kali. Tujuannya ialah untuk melonggarkan
apa sahaja yang tersumbat dalam tekaknya.

Jika teknik berkenaan tidak mujarab, anda perlu gunakan kaedah Heimlich Manoeuvre.

Lingkarkan tangan di sekeliling badan mangsa dari belakang. Dengan kuat, tarik ke
dalam pada bahagian abdomennya, iaitu di bawah tulang rusuk. Tekanan daripada
perbuatan ini boleh menolak objek yang tersangkut di saluran udara mangsa. Nota:
perlahankan tekanan jika mangsa ialah kanak-kanak.

Hubungi 999 jika tiada perubahan yang berlaku. Sementara tunggu ambulans tiba, terus
lakukan dua teknik yang disebut tadi.

5. Mangsa tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas


Jika seseorang pengsan, periksa jika mereka masih bernafas atau tidak. Dongakkan
kepalanya dan rasa jika ada udara yang keluar daripada hidung.

Jika bernafas, gerakkan badannya supaya dia baring secara mengiring dan dongakkan
kepala untuk membuka saluran pernafasan. Pastikan juga tiada apa yang tersekat.
Hubungi 999.

“Memang penting untuk kita gerakkan badannya agar saluran pernafasannya tidak
tersumbat,” kata Tracey.
“Dalam posisi itu, terus periksa kualiti pernafasannya.”

6. Mangsa terjatuh
Jika seseorang itu jatuh terseliuh, sediakan pek ais dan letakkan pada bahagian yang
bengkak dan sakit. Guna sebuah pek sayuran yang disejukbekukan pun tidak mengapa,
tetapi pastikan pek ini dibalut dalam tuala.

“Untuk memastikan ada tulang yang patah, periksa jika mangsa rasa sakit di bahagian
badan seperti tangan atau kaki,” kata Tracey.

“Bentuknya mungkin lain macam, ataupun mangsa tidak mampu untuk menggerakkan
atau membengkokkannya. Simptom lain termasuklah bengkak dan lebam.”

Katanya lagi, tulang patah sukar untuk dikenal pasti tanpa pemeriksaan sinaran X. Jika
tidak pasti, anggap sahaja ia patah hingga tiba di hospital.

7. Kulit mangsa melecur


Letakkan bahagian kulit yang melecur di bawah aliran air sejuk selama sekurang-
kurangnya 10 minit. Jika anda tiada air putih, gunakan apa-apa cecair sejuk seperti jus
oren ataupun minuman bergas.

Kemudian balut (dengan longgar) dengan plastik bersih atau cling wrap. Tindakan ini
akan meredakan rasa sakit dan elakkan jangkitan kuman.
Jika anak kecil anda yang menjadi mangsa, rujuk bantuan profesional dengan segera.

8. Mangsa dipatuk ular


Hubungi 999 dengan segera jika ular itu mungkin berbisa atau jika mangsa sukar bernafas
mahupun hampir pengsan. Jika ular itu tidak berbisa, rawat kesan patukan seperti luka
biasa.

Pastikan anda ingat bagaimana rupa ular yang mematuk mangsa supaya anda boleh
terangkannya kepada pekerja kecemasan.

Sementara menunggu bantuan tiba, alihkan mangsa supaya jauh daripada ular.
Baringkan mangsa tetapi pastikan luka patukan berada di bawah paras jantung.

Tenangkan mangsa dan kurangkan pergerakkannya agar bisa tidak merebak. Tutup luka
dengan kain balutan yang longgar dan bersih.

Ingat! Jangan toreh bahagian kulit yang dipatuk. Jangan cuba sedut bisa. Jangan letakkan
air atau ais pada luka. Jangan berikan ubat, alkohol atau air bergas kepada mangsa.

Semoga bermanfaat! Anda mampu menyelamatkan nyawa individu lain dengan


pengetahuan ini!

Anda mungkin juga menyukai