Anda di halaman 1dari 7

Peti Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan
untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang
bertauliah. Ia biasanya terdir idari satu siriteknik yang boleh dilakukan, walaupun
tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.
Antara peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas.

Peti Pertolongan Cemas

BIL PERKARA KEGUNAAN


1. Triangular bandage (kain anduh) Untuk mengampu bahagian kecederaan/
kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang
didapati ada kepatahan tulang
2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing

3. Non-sterile gauze Melakukan pencucian/pembebat luka‡


Sterile gauze Membuat balutan/ memberi tekanan pada
perdarahan dan menstabilkan kepatahan

4. Elastic bandage/crepe bandage Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk


Roller bandage membalut luka dan juga kecederaan ringan
eg.
Dislocation (terseliuh)

5. G l o v e - d i s p o s a b l e /nonsterile Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber


jangkitan

6. Scissor Memotong gauze /bandage


7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat
8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze Melakukan pencucian/pembebatan luka

9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka


sebelum membalut.
10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar
11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic
12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar
Saline solution 0.9%)
13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot
ANDUH DAN BALUTAN

JENIS ANDUH
 Anduh Besar
 Anduh Kecil
 Anduh Pergelangan Tangan
 Anduh Menaik

ANDUH BESAR ANDUH MENAIK

PEMBALUT CINCIN
Terdapat 5 jenis balutan anduh:
 Anduh lengan
 Anduh kepala
 Anduh lutut atau siku
 Anduh pergelangan tangan
 Anduh tapak kaki

Kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila :


ANDUH LENGAN.
 Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera
 Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
 Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau
dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.

ANDUH KEPALA.
 Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa
dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala .
 Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala
kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila .
 Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .
ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI.
 Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian
tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti
gambarajah di bawah. 1 .)
 Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti
gambarajah di bawah)
 Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti
yang ditunjukkan di gambarajah di bawah.
 Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada
bahagian kaki yang mesti di balut .
BALUTAN
 Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan
 Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan

JENIS KAIN PEMBALUT


 Pembalut Tiga Segi
 Pembalut Lebar
 Pembalut Kecil
 Pembalut Gulung

Lipatan Tiga Segi


JENIS BALUTAN LUKA
 Luka Tangan

 Luka Dada

 Luka Bahu

 Luka Peha

 Luka Siku

 Luka Lengan

 Luka Lutut

 Luka Jari

Anduh dan balutan digunakan sekiranya:

LUKA TUSUKAN
Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan
lain-lain. Ia biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk.
Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian balut dengan
pembalut yang bersih dan bawa pesakit kehospital untuk rawatan lanjut.

TERKENA SELUMBAR
Cara merawat:
 Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk:
 Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki
 Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian
yang luka.Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-
ulangkan membasahkannya supaya sejuk.

MERAWAT LUKA
Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet.
Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.. Balut luka dengan
teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih.

MELECUR
Cuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air hangat. Kemudian
sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa amat pedih berilah
pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untuk mengurangkan sakit.

GIGITAN
Digigit Hama rumput
Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar.Gigitannya
menyebabkan gatal dan bintat.
Rawatan:

1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun


2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik
3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak.
4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu
keras atau minyak anti-histamine.

Anda mungkin juga menyukai