Anda di halaman 1dari 1

Aku sebidang tikar mengkuang yang diperbuat daripada daun mengkuang.

Selepas disiat duri,


aku direndam dengan pewarna. Kemudian, aku dianyam dengan pelbagai corak anyaman yang unik
dan cantik. Seni anyamannya begitu halus. Aku dibentangkan di ruang tamu ketika ada kunjungan
tetamu. Aku amat disukai oleh tuanku dan tetamunya kerana corakku yang menarik. Aku berasa
bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang menghargaiku dan aku juga dijaga dengan baik.
(66 patah perkataan)

Pada minggu lepas, saya menyertai gotong-royong bersama keluarga di taman perumahan kami.
Pada awal pagi, kami dan penduduk yang mengambil bahagian telah berkumpul di balai raya. Selepas
mendengar taklimat ringkas daripada pengerusi persatuan penduduk, kami dibahagikan kepada tiga
kumpulan mengikut tugas masing-masing. Kami memulakan tugas selepas mengambil peralatan yang
diperlukan seperti penyapu, parang, penyepit dan beg plastik.Semua penduduk bekerjasama bagai
aur dengan tebing menjalankan pelbagai kerja seperti mengutip sampah, membersihkan longkang
dan memotong rumput.Aktiviti gotong-royong tamat pada pukul 1 petang. Saya berharap aktiviti
gotong-royong kerap diadakan untuk menjamin kebersihan persekitaran taman perumahan.
(84 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai