Anda di halaman 1dari 2

REKA CIPTA

Proses reka cipta merupakan kerja yang perlu dilakukan untuk menghasilkan satu produk
baru atau pengubahsuaian ke atas sesuatu produk. Pengubahsuaian yang dibuat melibatkan
struktur dan bentuk dengan tujuan menjadikan sesuatu produk itu lebih berkualiti tanpa
mengubah fungsinya dipanggil inovasi. Setiap reka cipta yang dihasilkan perlu melalui proses
yang sistematik yang dikenali sebagai penyelesaian masalah.
Langkah-langkah penyelesaian masalah atau proses mereka cipta adalah seperti jadual di
bawah ini.

1. Pengenalpastian Masalah
Apabila manusia menghadapi sesuatu masalah atau sesuatu keperluan, manusia akan
bertindak untuk mengatasi keadaan ini.
Justeru itu, proses mereka cipta akan bermula dengan langkah mengenal pasti masalah.
Kemudian, masalah/keperluan yang telah dikenalpasti dinyatakan dengan tepat dan mudah
serta menjurus ke arah penyelesaian masalah.
a. Mengenal pasti masalah
Kita perlu mengenalpasti sesuatu masalah sebelum kita mencari kaedah penyelesaian.
CONTOH : Mengenalpasti masalah
Halaman rumah Halim berselerak dengan kasut-kasut yang tidak diatur dengan kemas.
Hal ini menyebabkan rumahnya kelihatan tidak kemas dan ahli keluarganya sukar untuk mencari
kasut yang hendak dipakai.
Pernyataan Masalah
Kasut berselerak dan sukar untuk mencari kasut.
Penyelesaian Masalah
Perlu ada tempat yang sesuai untuk menyimpan kasut.
b. Mengumpul maklumat dan idea
Pengumpulan maklumat dan data yang berkaitan perlu dilakukan sebelum sesuatu produk
dibina. Pengumpulan maklumat dan data boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut:
Pengalaman sendiri
Membuat kajian dan perbandingan berdasarkan produk yang pernah digunakan atau yang
terdapat di pasaran untuk mendapatkan maklumat seperti reka bentuk, susun atur, bahan, dan
saiz.
Pemerhatian
Memerhatikan penggunaan sesuatu produk seperti di rumah dan di sekolah bagi mendapatkan
maklumat tentang kesesuaiannya, saiz, dan warna.)

Lawatan
Mengadakan lawatan ke tempat seperti kedai, pasaraya, kilang, dan pameran. Lawatan dibuat
untuk nendapatkan maklumat dan idea tentang kedudukan, susun atur, keberkesanan, warna,
dan bahan.
Pembacaan dan Penyelidikan
Mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan teknologi, fungsi, dan teknik pembuatan dari
bahan bacaan seperti majalah, buku, jurnal, laporan, dan akhbar.
Melayari Internet
Internet merupakan sumber maklumat yang amat penting pada masa kini. Terdapat banyak
maklumat yang boleh diperoleh dengan cepat dan mudah melalui kaedah melayari Internet.
Bimbingan Guru
Guru merupakan sumber rujukan yang penting di dalam kelas. Guru perlu memberi bimbingan
dan penjelasan terhadap maklumat yang hendak dicari. Oleh itu, ini akan memudahkan proses
mendapatkan maklumat.
Soal selidik
Satu lagi sumber mendapatkan maklumat yang penting adalah melalui soal selidik. Soal selidik
melibatkan penggunaan setiap soalan untuk mendapatkan data untuk tujuan dianalisis secara
statistik. Beberapa soalan disediakan untuk mendapatkan maklumat seperti bahan, keperluan,
masalah, dan fungsi daripada orang ramai.
2. Pemilihan Idea
1. Pemilihan idea merujuk pada proses untuk memilih salah satu daripada pilihan-pilihan yang
ada.
2. Dalam proses pemilihan idea, kita perlu mengambil kira kelebihan dan kelemahan setiap
idea yang ada.
3. Idea yang dipilih haruslah sesuatu yang mampu dibina atau dicipta serta mempunyai ciriciri yang dapat menarik minat pengguna.
4. Selain itu,faktor-faktor yang berikut perlu diambil kira apabila membuat pemilihan idea.
(a) Keupayaan kendiri
Kemampuan dan keupayaan dari segi fizikal, kemudahan yang ada, dan masa
yang mencukupi.
(b) Pengetahuan dan kemahiran
Pengetahuan dan kemahiranyangmencukupi untuk membuat sesuatu projek.
(c) Bahan dan komponen
Bahan dan komponen hendaklah bersesuaian dengan projek yang dipilih serta mudah
didapati.
(d) Cara pembuatan
Pemilihan teknik pembuatan yang sesuai adalah penting. Di samping itu, teknik
pembuatan alternatif perlu difikirkan sekiranya timbul masalah dalam fungsi.
(e) Kepentingan produk
Pemilihan idea hendaklah berasaskan kepentingan produk yang dapat menyelesaikan
masalah atau keperluan.
(f) Mesra alam
Produk yang boleh mencemarkan alam sekitar, tidak selamat, dan tidak elesa
hendaklah dielakkan. 5 Berikut merupakan rumusan langkah-langkah pengumpulan
maklumat hingga pemilihan idea dalam proses penyelesaian masalah.

Anda mungkin juga menyukai