Anda di halaman 1dari 6

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 2

Rumusan
Pendahuluan:
P1 Petikan membincangkan sebab-sebab/faktor-faktor pengangguran siswazah di Malaysia
P2 Rumusan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor pengangguran siswazah di
Malaysia dan langkah-langkah mengatasinya.
Isi tersurat (Punca-punca pengangguran siswazah)
S1 Sikap sesetengah siswazah yang terlalu memilih pekerjaan
S2 hanya mahu pekerjaan yang bersesuaian dengan ilmu yang dipelajari di universiti sebagai
pekerjaan pertama
S3 permintaan gaji yang tidak munasabah dan terlalu tinggi
S4 kelemahan penguasaan bahasa Inggeris

S5 lemah dalam berkomunikasi dan berhujah


S6 tidak mempunyai karisma dan keterampilan diri yang tinggi
S7 tidak menguasai kemahiran teknologi maklumat
S8 kelayakan yang tidak diiktiraf atau tidak memenuhi standard
Isi tersirat (Langkah-langkah mengatasinya)
T1 Siswazah menerima pekerjaan yang ditawarkan
T2 Pihak majikan menetapkan gaji minimum untuk lulusan siswazah
T3 Pihak universiti mewajibkan siswazah mengikuti kelas bahasa Inggeris
T4 Pihak kerajaan menghebahkan institusi yang tidak berdaftar
T5 Pihak swasta menawarkan bengkel atau kursus kemahiran insaniah
Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama menangani pengangguran siswazah
agar/supaya membangunkan ekonomi negara
Jawapan Soalan 2 (a) – Petikan Umum

i) Maksud rangkai kata hangat diperkatakan ialah panas/ masih baru/ hebat
diperbincangkan/ dibicarakan
ii) Usaha yang perlu dijalankan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) untuk
melahirkan siswazah yang memenuhi kehendak majikan:
a. Menyediakan suasana pembelajaran yang menjana kreativiti dan inovasi
b. Menyusun strategi dan menyuburkan kemahiran abad ke-21
c. Membangunkan dan menggubal kurikulum yang holistic
d. Mengambil kira keperluan yang dikehendaki syarikat dan majikan
iii) Akibat-akibat yang ditanggung negara jika masalah pengangguran terus
berlarutan:
a. Membazirkan guna tenaga yang ada hingga terpaksa mengambil tenaga kerja
asing
b. Merencatkan pembangunan negara kerana banyak projek pembanguna
tergendala
c. Menjejaskan ekonomi negara kerana berlaku pengaliran wang ke luar negara
melalui pembiayaan gaji kepada pekerja asing
d. Mengurangkan keluaran negara kerana penggunaan tenaga buruh tidak
maksimum
e. Meningkatkan kadar kemiskinan dalam negara hingga menjejaskan imej
negara
Jawapan Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
i) .. berusaha menjejak alamat sahabat bonda dengan menggunakan peta yang diberikan
oleh bonda – bertanya kepada beberapa orang tentang alamat yang hendak ditujunya –
bertemu dengan Munsyi – menyampaikan salam bonda dan menyerahkan khazanah
lama..
ii) ….menyerahkan khazanah itu kepada pihak muzium – menyerahkan khazanah itu
kepada pihak arkib – menyimpannya dengan baik dan kemas – membalut khazanah
lama itu dengan cermat..
iii) Satu perwatakan daripada cerpen:
“saya” (Mel)
Seorang yang amanah. Contoh: “saya” menyampaikan amanah bondanya iaitu
buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi
Munsyi
Seorang yang cinta akan budaya Melayu. Contoh: Munsyi berpakaian tradisi
Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan “saya”
Bonda
Seorang yang berjiwa patriotik. Contohnya, Bonda menasihati “saya” agar
memelihara agama, bahasa ibunda dan negara

Satu perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen:


“Saya” (Mel)
Seorang yang gemar membaca. Contohnya, “saya” telah mengkaji teks Sejarah
Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku milik ibunya
Munsyi
Seorang yang menaglu-alukan tetamu. Contohnya, Munsyi tersenyum menjemput
“saya” masuk ke rumahnya
Bonda
Seorang yang berpengetahuan luas. Contohnya, Bonda berceritakan kepada
“saya” tentang sejarah pahit tanah air.
Jawapan Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

i) …tugas membunuh Ratu Melaka dan Laksamana amat mudah kerana Kertala Sari
pernah mengalahkan negeri Daha
ii) … singgah di luar kota pada kampung segala Jawa
… menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu.
…..berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan
saudagar.
iii) … baginda berunding dengan cara terbaik
…meminta bantuan angkatan tenteranya untuk menyerang Ratu Melaka dan
Laksamana..
….baginda boleh meminta bantuan dari negeri jiran..
Jawapan Soalan 2 (d) – Sajak

i) Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau
yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar
hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar
sebelum ini. Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup
dan mati kecuali Tuhan yang kekal.
ii) – menyimpang wang
- Memiliki insurans
- Memliki rumah sendiri
- Tinggal di rumah orang tua-tua
- Mengisi masa dengan aktiviti berfedah

iii) - Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan
kesejahteraan mereka dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua mereka.
- Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi
mematangkan diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.
- Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah
dari rumah ibu bapa, malah sentiasa menjenguk mereka.
- Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu
bergantung pada orang lain, walaupun sewaktu tua.
- Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita
agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.
-Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga
kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka.
Jawapan Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

a) i) bunga – tumbuhan/ wang imbuhan/


Contoh ayat:
- Ibu menanam pokok bunga di halaman rumah.
- Ceti mengenakan bunga yang sangat tinggi terhadap peminjam wang
yang lambat bayar hutang.

ii) gelap – tidak terang/ secara haram


Contoh ayat:
- Mereka berkemas dan pulang ke rumah dengan segera setelah
menyedari hari semakin gelap
- Pihak polis berjaya memberkas beberapa orang lelaki yang sedang
menjual barang tiruan secara gelap dalam pasaran.

iii)haus – tidak ada bunga tayar/ sangat ingin akan sesuatu/ dahaga
Contoh ayat:
- Pak Malau berasa hairan kerana tayar kereta yang baru ditukarnya
pada dua bulan lalu telah haus.
- Anak-anak remaja yang haus akan kasih sayang daripada ibu bapa
mudah terjebak dalam masalah sosial.
b)
i) Normah tidak datang ke sekolah kerana perutnya sakit.
Jawapan: Mengapakah Normah tidak datang ke sekolah?
ii) Pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak melalui kerjasama berpasukan.
Jawapan: Bagaimanakah pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak?
Pencuri itu telah ditangkap pada pukul 7 pagi tadi.
Jawapan: Bilakah pencuri itu telah ditangkap?
iii) Tujuan Kempen Tak Nak Merokok adalah untuk melahirkan masyarakat yang
sihat.
Jawapan: Apakah tujuan Kempen Tak Nak Merokok?
iv) Pengguna berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan dengan mengisi
boring penyertaan.
Jawapan: Bagaimanakah pengguna berpeluang memenangi hadiah yang
ditawarkan?

Ya, saya akan melakukan tugasan itu

Jawapan: Adakah kamu yang akan melakukan tugasan itu?


c)
(i) Kerugian yang ditanggung oleh pemilik kedai serbanika bersebelahan dengan
pasar raya itu dianggarkan lebih kurang seratus ribu ringgit akibat pembakaran.
Kesalahan ejaan: Serbanika – serbaneka
Kesalahan imbuhan: Pembakaran – terbakar
(ii) Pemaju perumahan dinasihatkan agar mempatuhi segala prosidur yang
ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan masalah penarikan lessen perniagaan.
Kesalahan ejaan: Prosidur – prosedur
Kesalahan imbuhan: Memaptuhi - mematuhi
(iii) Kita mesti bekerja dengan lebih efisyen supaya kita dapat meningkatkan kualiti
berkhidmat.
Kesalahan ejaan: Efisyen – efisien
Kesalahan imbuhan: Berkhidmat – perkhidmatan

d) Sambutan penonton terhadap rancangan kartun menyebabkan banyak stesen-stesen


televisyen berpusu-pusu untuk menayangkan program tersebut. Tanpa disedari ibu bapa,
rancangan kartus yang dieksport dari luar negara turut memaparkan tentang mesej yang
kurang sihat dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Jika perkara ini tidak diselidik
oleh pihak berkuasa, hal ini akan mempengaruhi minda, tingkah laku dan peribadi kanak-
kanak di masa depan.

Keslahan penggunaan kata atau istilah


- Berpusu-pusu – berlumba-lumba
- Dieskport – diimport
- Diselidik – dipantau
Keslahan tatabahasa

- Banyak stesen-stesen- banyak stesen/ stesen-stesen


- Memaparkan tentang – memaparkan
- Di- pada
e) (i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia
belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat
menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
Jawapan: belakang parang kalau diasah lagikan tajam

(ii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya
telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.
Jawapan: Sudah terhantuk baru tengadah

(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan
yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada kerja yang dijawat
sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu
dan kehilangan jawatan yang sedia ada.
Jawapan: yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh
di langit, air di tempayan dicurahkan

Anda mungkin juga menyukai