Anda di halaman 1dari 2

Cikgu Roslan Daud

LAPORAN AKIBAT BENCANA BANJIR

Standard Pembelajaran
3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.

JENIS-JENIS KESALAHAN BAHASA PETA POKOK

Ejaan Imbuhan Tanda Baca Kata/Istilah Tatabahasa

Huruf besar Awalan Tanda koma Kata Kata tugas


Huruf kecil Akhiran Tanda noktah (perkataan umum) Frasa nama
Dijarakkan Sisipan Tanda seru Istilah Frasa kerja
Dirapatkan Apitan Tanda petik (perkataan dalam Frasa adjektif
Kata pinjaman Tanda sempang bidang tertentu) Frasa sendi nama

Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan dan betulkan setiap kesalahan bahasa yang bergaris dalam petikan.

Banjir besar bukanlah asing di negara ini kerana monsun timur laut antara November dan (1)Febuari biasanya
membawa keamatan hujan yang lebat dan tidak berhenti-henti menyebabkan banjir di (2)berapa kawasan tertentu. Malaysia
mengalami fenomena alam itu hampir setiap tahun tetapi banjir (3)paling dahsyat sekali pada abad (4)ke 20 direkodkan
pada 1926, 1963, 1965, 1967, 1969, 1971, 1973, 1979, 1983, 1988 dan 1993. Baru-baru ini, bencana banjir berlaku di luar
jangka hingga memberikan kesan amat mendalam terutama kepada penduduk di kawasan tidak dijangka seperti Taman Sri
Muda, Shah Alam serta Jelebu. Media sosial memaparkan kemusnahan harta benda penduduk dan (5)kerosakkan kemudahan
awam. Masalah pembuangan sampah ke dalam sistem perparitan dan sungai antara faktor utama banjir kerana saliran ini
tidak mampu (6)menanggung jumlah isi padu air larian sepatutnya, sekali gus mengakibatkan limpahan air bah. Selain itu,
sistem perparitan yang tidak sistematik turut dikatakan menjadi punca kejadian banjir. Konsep pembangunan mampan sering
dilaungkan dan dipaparkan pada papan iklan perlu dilaksanakan secara (7)tulus dan tegas. Namun begitu, aktiviti pembangunan
yang tidak terkawal turut menyebabkan kejadian banjir. Kejadian banjir besar baru-baru ini ternyata menyebabkan
kecederaan serta kehilangan nyawa puluhan orang awam (8)sekaligus mendorong gangguan emosi mangsa. Sebagai langkah
pencegahan, kita sebagai rakyat yang sentiasa (9)inginkan kehidupan harmoni, sejahtera dan selamat perlu mengambil sikap
(10)pro-aktif dalam membantu kerajaan mengurangkan risiko kejadian bencana banjir.
Sumber : Berita Harian

(1) _______________________________________ (6) _______________________________________


(2) _______________________________________ (7) _______________________________________
(3) _______________________________________ (8) _______________________________________
(4) _______________________________________ (9) _______________________________________
(5) _______________________________________ (10) _______________________________________

Berdasarkan petikan di atas, tulis punca-punca bencana banjir dan akibat-akibat bencana banjir dengan mengisi peta
pelbagai alir di bawah. PETA PELBAGAI ALIR

__________________________ __________________________
__________________________ __________________________

__________________________ __________________________
BENCANA BANJIR
__________________________ __________________________

__________________________ __________________________
__________________________ __________________________

1
Cikgu Roslan Daud

LATIHAN
Baca laporan di bawah dengan teliti. Kemudian betulkan setiap kesalahan bahasa yang bergaris. Salin karangan di bawah dengan
membetulkan setiap kesalahan itu.

Laporan Kesan Kejadian Bencana Banjir di Bentong, Pahang

Pada 27 Disember 2021, saya dan 39 orang ahli Badan Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Tun
Mutakhir telah menghulurkan bantuan kesukarelawan kepada mangsa banjir di Bentong, Pahang. Kami pergi dengan menaiki bas
dengan diiringi oleh empat orang guru. Misi ini bertujuan untuk membantu mangsa bencana banjir di samping memupuk nilai
keprihatinan dan (1)tanggung jawab yang mendalam dalam kalangan peserta. Kami membawa beberapa (2)biji kotak makanan
untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir yang berkumpul di pusat (3)perpindahan sementara seperti dewan dan sekolah.
Kehadiran kami disambut baik (4)oleh kerana mereka berkata, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Satu daripada kesan yang terpaksa (5)mangsa banjir hadapi ialah kemusnahan harta benda. Hal ini dikatakan demikian
kerana hujan yang lebat dan tidak berhenti-henti telah menenggelamkan (6)banyak kawasan-kawasan rendah. Oleh itu,
kenaikan paras air yang cepat pada waktu malam menyebabkan penduduk tiada ada masa untuk mengalihkan barang-barang dan
kenderaan ke tempat yang lebih selamat. Contohnya, banyak (7)perabut serta peralatan elektrik seperti meja makan, sofa,
almari, katil dan televisyen di dalam rumah yang sudah rosak dan dipenuhi lumpur. Kesannya, mangsa banjir terpaksa
menanggung kerugian yang besar sekali gus terpaksa membeli peralatan yang baharu sekiranya (8)kerosakkan itu tidak dapat
dibaiki. Dalam pada itu, nasib malang bak kata peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga ini boleh mendorong masalah hutang
lebih-lebih lagi buat mangsa yang tidak mempunyai simpanan.

(9)Selain itu kejadian bencana banjir juga menyebabkan kerosakan kemudahan awam. Umum mengetahui bahawa selain
membawa sampah sarap, banjir juga telah membawa pokok yang besar bersama-samanya. Pokok yang tumbang ini boleh
merosakkan pelbagai infrastuktur awam. Sebagai contoh, banjir telah menghanyutkan jambatan yang digunakan oleh penduduk
untuk menyeberangi sungai, juga menyebabkan struktur jalan raya pecah dan rosak kerana aliran arus yang cukup (10)laju
hingga menghakis tanah. Impaknya, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos pembaikan yang tinggi (11)demi untuk memberikan
keselesaan kepada rakyat, sekali gus merugikan kerajaan kerana wang tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan
dan kebajikan negara. Bukan itu sahaja, kehidupan rakyat akan terganggu kerana kemudahan tidak boleh (12)digunapakai
sebelum dibaiki.

Di samping itu, bencana banjir juga telah menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa. Hal ini disebabkan oleh
ketika banjir, ada penduduk yang (13)merentasi air bah untuk menyelamatkan diri walaupun mereka tahu bahaya menanti, bak
kata peribahasa pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk,. Bagi yang (14)bukan pandai berenang,
mereka mungkin dihanyutkan arus hingga menyebabkan kematian kerana lemas. Umpamanya, menurut Jabatan Bomba dan
Penyelamat Bentong, terdapat mangsa yang ditemui mati sama ada di dalam rumah mahupun dihanyutkan arus. Implikasinya,
mangsa banjir akan dirundung (15)stress hingga mengganggu emosi mereka kerana kehilangan orang yang tersayang. Tambahan
pula, mangsa akan (16)merasa trauma dan bersedih mengenangkan pemergian mereka.

Sesungguhnya, akibat yang ditanggung daripada bencana banjir bukanlah sedikit. Oleh itu, masyarakat perlulah
(17)menggubah sikap suka membuang sampah merata-rata hingga menyekat aliran air dalam sistem saliran. Dalam nada yang
sama, pembangunan lestari dan sistematik perlulah (18)diperluaskan oleh kerajaan agar kesan bencana banjir yang berlaku
dapat dikurangkan. Bagi ibu bapa pula, anak-anak hendaklah (19)di ajar untuk mengambil langkah keselamatan ketika banjir
seperti tidak bermain air kerana boleh mendatangkan wabak penyakit seperti keracunan makanan dan kencing tikus. Moga-
moga kita tidak (20)saling tuding-menuding jari menyalahkan pihak lain atas bencana banjir yang berlaku.

Laporan disediakan oleh, 3 JANUARI 2022.


Siti Aisyah
(SITI AISYAH BINTI SAIDI)
Setiausaha Badan Bulan Sabit Merah Malaysia,
Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutakhir.

Anda mungkin juga menyukai