Anda di halaman 1dari 26

TOPIK 4A

TEORI BEHAVIORIS
TEORI TINGKAHLAKU

Teori ini merupakan suatu jenis terapi yang berorientasikan


tingkahlaku.

Ia bertujuan untuk membasmi tingkahlaku yang tidak betul dan


membantu klien menguasai kemahiran-kemahiran atau
tingkahlaku baru.

Psikologis behaviorisme mementingkan tingkahlaku luaran


seperti gerak balas kognitif, psikomotor dan emosi seseorang
yang dapat diperhatikan.

Tingkahlaku manusia biasanya ditentukan oleh matlamat-


matlamat yang dibentuk oleh diri sendiri atau kadang-kadang
oleh masyarakat.
TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL

IVAN PAVLOV
Pelaziman klasik bermula dengan beberapa amali. Ianya telah
dimulakan oleh Ivan Pavlov yang dilahirkan di Rusia pada
(1849) dan meninggal pada (1938).

Dalam pemerhatian semasa beliau mengkaji seekor anjing,


Pavlor telah mendapati bahawa SEEKOR ANJING
SERINGKALI MENGELUARKAN AIR LIURNYA APABILA
MAKANAN TIBA.

Bahkan air liurnya mengalir apabila anjing itu mendengar loceng


yang dibunyikan & tapak kaki orang yang membawa makanan.

Fenomena ini dinamakan sebagai PELAZIMAN KLASIK.


PELAZIMAN KLASTIK

(1) Pelaziman belum berlaku, jadi anjing mengeluar air liur adalah biasa
(2) Pelaziman belum berlaku, jadi kedengaran bunyi loceng pun tiada reaksi
(3) Pelaziman dimulakan dibunyi loceng + beri makanan, anjing keluar air
liur
(4) Selepas Pelaziman terbentuk, kedengaran bunyi loceng anjing keluar air liur
TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL

B.F. SKINNER
Skinner telah melakukan kajian untuk mengilustrasikan konsep ini

Kajian Skinner dilakukan ke atas tikus yang diletakkan di dalam


kotak.

Hasil kajian ini mendapati organisme yang menghadapi keadaan


yang aversif tentunya ingin mengelak diri dari kesakitan.

Para penyelidik mendapati lebih lama proses pelaziman ini


dilakukan, lebih cekap tikus dapat melepaskan diri dari
terkena arus elektrik.

Organisma akan dapat belajar untuk mengelak kesakitan


daripada mempelajari sesuatu dari peneguhan positif.
PELAZIMAN OPERAN

Situasi Pertama: Elak Daripada Kesakitan (Elak Daripada PENEGUHAN NEGATIF)


(1)Bila tekan LEVER, tikus terkena renjatan elektrik, rasa sakit
(2)Bila diulangi banyak kali, tikus sudah belajar elak drpd sakit, tidak tekan lagi

Situasi Kedua: Cuba Dapat Ganjaran (Dapat PENEGUHAN POSITIF)


(1)Bila tekan LEVER, tikus dapat makanan di DISPENSER TUBE
(2)Bila diulangi banyak kali, tikus sudah belajar tekan LEVER dpt MKNAN
Ringkasan Teori Behavioris

(1)RANGSANGAN cetus GERAK BALAS dalam


bentuk TINGKAH LAKU

(2) Jika PENEGUHAN POSITIF diberi, talian


RANGSANGAN-GERAK BALAS DIKUKUHKAN

(3) Jika PENEGUHAN NEGATIF/HUKUMAN diberi,


talian RANGSANGAN-GERAK BALAS
akan DIHAPUSKAN
Contoh Penerangan

(1)RANGSANGAN cetus GERAK BALAS dlm TINGKAH LAKU


ch: bila dipuji/dimarah (R) atas keputusan pep
kanak2 akan berasa gembira/sedih (GB)

(2) Jika PENEGUHAN POSITIF diberi, talian


RANGSANGAN-GERAK BALAS DIKUKUHKAN iaitu
TINGKAH LAKU AKAN DIULANGI
ch: setiap kali keputusan pep baik, gula2 diberi (R +ve),
maka kanak2 akan ulangi kerajinannya(GB)

(3) Jika PENEGUHAN NEGATIF diberi, talian


RANGSANGAN-GERAK BALAS DIKUKUHKAN iaitu
TINGKAH LAKU JUGA AKAN DIULANGI
ch: setiap kali keputusan pep teruk, masa bermain
komputer dikurangkan(R -ve) maka kanak2 akan ulangi
kerajinannya (GB)
Contoh Penerangan

(3) Jika HUKUMAN diberi,


talian RANGSANGAN-GERAK BALAS akan DIHAPUSKAN
iaitu TINGKAH LAKU TIDAK AKAN DIULANGI
ch: setiap kali keputusan pep teruk, rotan dikena (HKM)
maka kanak2 tidak akan ulangi kemalasannya (GB)
Aktiviti Perbincangan

Situasi Pelajar A
Seorang pelajar Tahun Enam yang suka
ponteng. Cuba huraikan bagaimana anda
mengaplikasikan strategi Peneguhan Positif
untuk mengubah tingkah laku Pelajar A
Aktiviti Perbincangan

Situasi Pelajar B
Seorang pelajar Tahun Empat yang suka
berbohong. Cuba huraikan bagaimana anda
mengaplikasikan strategi Peneguhan Negatif
untuk mengubah tingkah laku Pelajar B
Aktiviti Perbincangan

Situasi Pelajar C
Seorang pelajar Tahun Lima yang sentiasa
suka curi barang kawannya. Cuba huraikan
bagaimana anda mengaplikasikan strategi
HUKUMAN untuk mengubah tingkah laku
Pelajar C
RUMUSAN:

KALAU HENDAK T/L DIULANGI


Cara (1) Peneguhan Positif
ch: beri hadiah (beri keseronokan)

Cara (2) Peneguhan Negatif ch: tidak


boleh keluar bermain (tarik balik keseronokan)

KALAU TIDAK HENDAK T/L DIULANGI


Cara (1) Hukuman
ch: rotan (beri ketidakseronokan/ketidakselesaan)
TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL

JB. WATSON

Watson mengemukan proses pembelajaran emosi manusia juga


boleh dibentuk menerusi konsep pelaziman klasik dan
pelaziman operan
PELAZIMAN YG LIBATKAN EMOSI

Situasi (1) : tikus (Rangsangan Neutral) tidak beri kesan kpd emosi bayi (Tiada GB)
Situasi (2) : bunyi kuat (Rangsangan) menyebabkan bayi takut lalu menangis (GB
BUKAN TERLAZIM sebab GB BIASA)
Situasi (3) : tikus + bunyi kuat menyebabkan bayi takut lalu menangis
Situasi (4) : tikus (telah jadi RANGSANGAN TERLAZIM) wujud sahaja tikus bayi pun
sudah mula menangis (GB TERLAZIM)
PRINSIP SKINNER

1. Dalam membentuk teori personaliti behavioris, yang


amat penting ialah membuat ramalan dan
menguasai tingkahlaku.

2. Semua tingkahlaku boleh dibahagikan kepada


kategori operan (operasi/ransangan) dan respon
(gerakbalas).

3. Personaliti seseorang terbentuk disebabkan oleh


peneguhan-peneguhan.

4. Sesuatu tingkahlaku boleh diubah dengan cara


melemahkan atau menahan peneguhan-suatu proses
yang dinamakan pelupusan.
PRINSIP SKINNER

5.Modeling juga menambahkan pembentukan personaliti.

6.Selain peneguhan positif,personaliti juga boleh


dikuasai dengan rangsangan yang menyakitkan yang
membuat individu mengelak atau menjauhinya.

7.Personaliti dikekalkan oleh peneguhan terlazim yang


berterusan.

8.Sesuatu tingkahlaku boleh berterusan jika diberi


peneguhan selalu atau secara berkala.
BEREHAT …..
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
Bagi terapi tingkahlaku, manusia adalah :

TIDAK SEMATA-MATA DITENTUKAN OLEH


PERSEKITARANNYA, ATAUPUN OLEH-NALURI-NALURI
TERTENTU, malah ia juga mempunyai keupayaan-keupayaan
tertentu untuk mencorakkan persekitarannya

BUKANLAH model-model yang berbentuk MEKANISTIK DAN


DETERMINISTIK semata-mata

mempunyai KEUPAYAAN UNTUK MEMPERBAIKI KEHIDUPAN


mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor yang
mempengaruhi tingkahlaku mereka

boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan ARAHAN KENDIRI


(Amir Awang, 1986)
KONSEP-KONSEP UTAMA

PENEGUHAN
Peneguhan merupakan aspek penting dalam pembentukan
tingkahlaku:

Peneguhan Positif
Peneguhan positif ialah beri rangsangan yang diberi
kepada organisme selepas berlakunya sesuatu
tingkahlaku supaya kebarangkalian sesuatu
tingkahlaku yang DIKEHENDAKI DIULANGI

Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif bermakna dengan hapus
rangsangan yang aversif yang menyakitkan, ia
akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya sesuatu

tingkahlaku yang DIKEJENDAKI DIULANGI


KONSEP-KONSEP UTAMA

GENERALISASI

Kebolehan sesuatu rangsangan yang hampir sama dengan


rangsangan terlazim untuk menghasilkan gerakbalas yang
terlazim.

Organisme yang telah menjalani proses pembelajaran akan


dipengaruhi untuk memberi gerakbalas yang sama kepada
rangsangan lain yang seakan-akan sama dengan
rangsangan terlazim.

Dalam kajian Watson, di mana seorang kanak-kanak Albert


yang takut pada tikus putih merebak kepada arnab putih,
kucing putih, anjing putih, dan orang berjanggut putih.
KONSEP-KONSEP UTAMA

DISKRIMINASI

Merupakan keadaan sebalik generalisasi iaitu kebolehan


organisme mengesan serta membezakan rangsangan-
ransangan yang dikaitkan dengan sesuatu yang pelajari.

Sekiranya anjing Pavlov menjalani proses pelaziman klasik


tidak menggunakan bunyi loceng tetapi menggunakan
cahaya lampu merah. Ia akan mempelajari mengaitkan
cahaya merah dengan kehadiran makanan.

Oleh itu, ia akan memberi gerak balas terlazim kepada lampu


merah sahaja tidak kepada cahaya lampu berwarna lain.
KONSEP-KONSEP UTAMA

PENGEKALAN

Konsisten dalam membuat sesuatu yang diingini tanpa bantuan


orang lain.

Penekanan kepada pengawalan diri klien dan pengurusan diri.

Meningkatkan kesedaran pada diri klien untuk bila dan


bagaimana sesuatu tingkahlaku berlaku.
KONSEP-KONSEP UTAMA

PENGHAPUSAN
Proses untuk mengurangkan kekerapan sesuatu tingkahlaku
yang tidak dikehendaki.

Penghapusan melibatkan penahanan daripada apa-apa


peneguhan positif atau negatif.

Selalunya apabila cuba menghapuskan tingkahlaku, kaunselor


mendapati bahawa tingkahlaku klien itu bertambah semasa
dia menerima peneguhan, seperti perhatian yang biasa ia
terima kerana tingkahlaku itu.

Lama-kelamaan, jika peneguhan itu ditahan, tingkahlaku itu


akan berkurang atau akhirnya dapat dihapuskan.
KONSEP-KONSEP UTAMA

HUKUMAN
Dilakukan untuk mengubah tingkahlaku seseorang tetapi
mempunyai kesan sebaik kesan yang ditinggalkan oleh
proses peneguhan negatif.

Hukuman mengurangkan kebarangkalian berlakunya sesuatu


tindakbalas manakala peneguhan negatif meningkatkan
kebarangkalian berlakunya sesuatu tindakbalas.

Hukuman boleh didefinisikan sebagai kesan yang aversif


yang mengurangkan berlakunya sesuatu tindakbalas
apabila ia dikenakan sejurus selepas berlakunya sesuatu
tingkahlaku yang tidak diingini.

Kanak-kanak yang suka menconteng dinding apabila dipukul


tangannya akan memberhentikan tingkahlaku tersebut
buat seketika.
BEREHAT…..

Anda mungkin juga menyukai