Anda di halaman 1dari 24

Teknologi

Pemilihan Ikan
Hiasan

PENYEDIAAN AKUARIUM
DAN PERALATAN

1. PEMILIHAN LOKASI
Panduan untuk memilih lokasi peletakan akuarium:

Jangan meletakkan akuarium berdekatan jendela.

Cahaya matahari yang memasuki akuarium akan


menyebabkan suhu air dalam akuarium meningkat.

Jauhkan akuarium dari jangkauan anak-anak, agar tidak


diganggu oleh anak-anak.

Anak-anak mempunyai kecenderungan untuk mengganggu


ikan dalam akuarium dan memasukkan berbagai benda ke
dalamnya.

Keadaan ini membahayakan nyawa ikan.

KADAR CAHAYA

Pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan


tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium.

Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium


mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan
kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa
dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari
dalam hidupnya.

Ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang


dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan
dimakan.

KADAR CAHAYA

Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium


juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis.

Lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak


tumbuhan tidak akan tumbuh.

Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu


diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan
keterangan (brightness) cahaya.

SUHU

Bagi ikan hiasan tropika, suhu air mesti berada pada


julat 25C -35C .

Manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana


pada julat 4C hingga 25C.

mempengaruhi proses hidup ikan termasuk pernafasan,


penghadaman, selera makan, tumbesaran dan pembiakan
kerana proses-proses ini cuma boleh berlaku pada julatjulat suhu tertentu saja.

Misalnya, semakin suhu air meningkat semakin sukar bagi


oksigen larut dalam air, oleh itu suhu yang terlalu tinggi
menjadikan air kekurangan oksigen terlarut.

2. PEMBERSIHAN DAN
MEMBASMI KUMAN PERALATAN

Buatlah jadual rutin untuk membersihkan akuarium

Tetapkan jadual rutin untuk membersihkan filter atau


penyaring airnya

Bersihkan pula pompa airnya bersamaan dengan proses


pembersihan filter akuarium

Bersihkan bagian bawah akuarium

Keringkan akuarium di bawah sinar matahari

Isi kembali akuarium dengan air yang bersih

Menyediakan dan
Menghias
akuarium

1. Sediakan semua aksesori tambahan


akuarium.

2. Bersihkan akuarium sebelum


memasukkan aksesori ke dalamnya.

3.
Bersih
dan
bilaskan
bahan
hiasan
seperti
pasir, batu dan
kayu.
Kemudiannya,
tuskan
semua
bahan
tersebut
dengan
penapis
atau bekas yang
sesuai.

4. Masukkan pasir, batu dan kayu


buruk
ke dalam akuarium dengan berhatihati.

5. Masukkan pam air ke dalam


akuarium. Kemudian, pasangkan
penapis.

6. Titiskan larutan antiklorin ke


dalam akuarium.

7. Letakkan tumbuhan akuatik


atau tumbuhan tiruan ke dalam
akuarium.

8. Letakkan dan pasangkan


lampu
di
bahagian
bawah
penutup akuarium.

9. Hidupkan suis alat penapis dan


lampu.

10. Akuarium yang sedia untuk


dimasukkan ikan hiasan.

RAWATAN AIR

Tiga tahap kemasinan untuk kegunaan akuarium adalah air


tawar, air payau dan air laut.

Selain dari kadar kemasinan, terdapat juga beberapa ciri air lain
yang perlu diambil perhatian iaitu:

Ph Air

Ph air akan menentukan kadar keasidan dan kealkalian air.

Pada tahap neutral, ph = 7 .

Kurang daripada 7 adalah berasid dan lebih daripada 7 adalah


alkali. Untuk akuarium , ph yang dicadangkan adalah dari ph6
hingga ph9 tetapi sesetengah mencadangkan ph 6 hingga ph 8 .

Seandainya terlalu rendah (kurang dari 6) ikan-ikan boleh jatuh


sakit dan mati.

KLORIN
KHLORINASI:

Proses utama dalam proses penghilangan kuman


penyakit air bersih atau air minum yang akan kita
gunakan.

Sebenarnya proses khlorinasi tersebut sangat efektif


untuk menghilangkan kuman penyakit dalam air.
Khlorinasi merupakan salah satu bentuk pengolahan air
yang bertujuan untuk membunuh kuman dan
mengoksidasi bahan-bahan kimia dalam air.

PENGURUSAN DAN
PENJAGAAN

Penjagaan harian
- Beri makan 1 hingga 2 kali sehari
- Perhatikan perlakuan ikan
- Ikan yang mati perlu dibuang
- Pastikan peralatan berfungsi
- Ukur kualiti air

Penjagaan mingguan
- Ganti atau 1/3 air dari isipadu akuarium
- Cantas tumbuhan akuatik yang tidak diperlukan
- Bersihkan bahagian hadapan cermin
- Cuci kapas penapis (jika perlu tukar baru)
- Jangan beri makanan berlebihan

Penjagaan bulanan
- Menguji kualiti air
- Membersih penapis air

Anda mungkin juga menyukai