Anda di halaman 1dari 32

IKAN HIASAN

DISEDIAKAN OLEH :
KHAIRUL ANWAR ABDUL RAHMAN MOHAMAD RIZAL B. KAPANDI SONIA YUTELLIA BINTI MOHD YUSOB SUHAILA BINTI AHMAD SUHUD

PENGENALAN
Ikan hidup dalam air tawar dan air masin Sungai, kolam dan tasik merupakan habitat ikan yang hidup di dalam air tawar Ikan air masin pula hidup di dalam lautan Ikan merupakan sumber makanan utama manusia. Ikan juga dipelihara di dalam akuarium sebagai hiasan di dalam rumah Kegiatan memelihara ikan hiasan juga boleh dijadikan hobi.

BAHAGIAN-BAHAGIAN IKAN
Sirip atas Sisik Mata Ekor

Mulut

Penutup insang

Sirip pektoral
Sirip pelvik

Sirip bawah

MENGENAL PASTI JENIS-JENIS IKAN HIASAN TROPIKA


Ikan tropika merupakan ikan yang sesuai dipelihara di Negara kita yang beriklim panas. Antara jenis ikan tropika adalah :

Discus

Ikan mas (Oranda)

Gourami

Angelfish (Pterophyllum scalare)

Kelisa

Koi kap

Ikan pelaga (Beta splendens)

TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN


Boleh dijadikan binatang peliharaan

Mengindahkan tempat kediaman Menambah pengetahuan berkaitan alam akuatik Memberikan ketenangan perasaan

Menyemai perasaan sayangkan binatang peliharaan

CIRI-CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN


Antara ciri istimewa ikan hiasan adalah : warna Sisik Saiz Asal Jenis makanan Cara menjaga Jantina Cara pembiakan

Angelfish (Pterophyllum scalare)


Warna : Putih keperakan,kebiruan, dan berbelang hitam Saiz : 110 mm panjang Asal : Amerika Selatan Cara Menjaga : Mudah Makanan : Semua jenis makanan ikan Jantina : Ikan jantan mempunyai saluran pernafasan yang lebih besar daripada ikan betina Pembiakan : Bertelur (telur disimpan dicelah batu atau daun dalam akuarium)

Ikan Mas (Oranda)


Warna : Ada berwarna keputihan, hitam, kekuningan seperti emas dan kemerahan Saiz : 120 mm panjang Asal : China Cara menjaga : Mudah Makanan : Semua jenis makanan ikan Jantina : Ikan jantan mempunyai bonjol pernafasan di kepala dan di penutup insang. Pembiakan : Bertelur (telur ditabur di bahagian dasar akuarium)

Guppy (Poecilia reticulate) Warna : Putih keperakan,kemerahan, dan keemasan Saiz : 30 mm panjang Asal : Trinidad Cara menjaga : Mudah Makanan : Semua jenis makanan ikan Jantina : Ikan betina lebih besar daripada ikan jantan Pembiakan ; Bertelur (di dalam badan ikan betina)

PENYEDIAAN BEKAS IKAN HIASAN


MENGENALPASTI DAN MEMILIH BEKAS UNTUK MEMELIHARA IKAN HIASAN
Bekas yang paling sesuai untuk memelihara ikan di dalam rumah ialah akuarium 3 perlkara penting berkaitan akuarium seperti berikut :

JENIS AKUARIUM
Berbeza mengikut jenis bahan buatan dan bentuknya Antara yang biasa digunakan plastik dan kaca Biasanya berbentuk bulat dan segiempat Contoh :

SAIZ AKUARIUM
Terdapat dalam pelbagai saiz Untuk memilih saiz yang sesuai, tentukan : a) jenis ikan yang dipelihara b) saiz ikan yang dipelihara c) jumlah ikan yang dipelihara Saiz akuarium menentukan jumlah isipadu air yang dapat diisi Keluasan permukaan air yang terdedah kepada udara adalah penting. Lebih luas permukaan air semakin banyak oksigen diserap untuk kegunaan ikan

LOKASI AKUARIUM
Perlu ditempatkan di sudut rumah yang bersesuaian : a) terlindung daripada pancaran terus cahaya matahari b) berhampiran dengan punca elektrik c) yang mudah dilihat Elakkan meletak akuarium bersebelahan pintu. Bunyi dentaman pintu mengganggu ketenteraman ikan dan menyebabkan kaca akuarium retak

Contoh kedudukan akuarium yang sesuai di dalam rumah


Akuarium Pintu

Tingkap Ruang untuk memudahkan kerja mengurus akuarium

Soket elektrik

MENANAM TUMBUHAN AKUATIK DI DALAM AKUARIUM


Tumbuhan akuatik boleh didapati di dalam sungai, paya atau tasik Pilih tumbuhan yang sesuai dengan akuarium dan ikan peliharaan Tumbuhan perlu dibersihkan sebelum ditanam di dalam akuarium Menanam tumbuhan ini dibuat selepas semua bahan hiasan seperti batu atau kayu dan air dimasukkan ke dalam akuarium

Tumbuhan ini ditanam terus atas permukaan pasir atau dilekatkan di celah kayu dan batu
Pastikan tumbuhan memperoleh cahaya matahari, oksigen, nutrien dan air yang mencukupi

MEMILIH AKSESORI AKUARIUM


Hiasan bahagian dalam akuarium dilakukan dengan bertujuan yang berikut : Mencantikkan suasana dalam akuarium Mewujudkan suasana yang harmoni antara ikan dan alam sekelilingnya Mewujudkan suasana yang sesuai untuk ikan berenang atau bermain Mewujudkan tempat yang sesuai untuk ikan membiak (bertelur) AKSESEORI AKUARIUM Batu dan Kayu Pasir

Poster dan Model

Tumbuhan Akuatik

AKSESEORI AKUARIUM Pasir


Pasir adalah bahan yang digunakan sebagai tapak menghias akuarium Pasir boleh didapati dengan mencarinya di sungai atau dibeli di kedai Saiz pasir yang sesuai berukuran 3 mm (tidak terlalu halus atau kasar) Bersihkan pasir dengan air dan jemur sebelum memasukkan ke akuarium

Batu dan Kayu

Batu yang sesuai digunakan adalah batu asli dari sungai atau bukit Kayu mati juga dapat menghias akuarium Saiz batu dan akyu perlulah disesuaikan dengan saiz akuarium Sebelum digunakan, bersihkan kayu dan batu tersebut dan abrulah boleh dihias Poster adalah gambar berwarna digunakan sebagai latar belakang akuarium Anda boleh memilih poster bermotifkan batu karang, bunga-bungaan dan sebagainya untuk ditampalkan di bahagian belakang akuarium

Poster dan Model

Tumbuhan Akuatik

Tumbuhan akuatik ialah tumbuhan yang dapat hidup dalam air seperti rumpai air dan kiambang Terdapat beberapa fungsi tumbuhan akuatik : a) mencantikkan akuarium b) sumber utama pembekal gas oksigen c) sumber makanan sesetengah spesies ikan

MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM


Akuarium memerlukan beberapa peralatan aksesori khas, iaitu : a) Pam udara b) Penapis c) Lampu
PERALATAN 1) Pam Udara KETERANGAN Pam udara digerakkan oleh tenaga elektrik Berfungsi menggerakkan udara yang teradapat dalam akuarium Udara yang banyak oksigen dipam dari luar masuk ke dalam air di dalam akuarium Oksigen ini membantu pernafasan ikan Udara yang sentiasa banyak mengekalkan suhu air di dalam akuarium

MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM


PERALATAN 2) Penapis KETERANGAN Digunakan untuk menapis udara dan air daripada kekotoran dalam akuarium Penapis asas dibuat daripada span Kekotoran seperti habukd an mendapan dalam udara dan air akan terlekat dalam penapis Setelah beberapa lama digunakan, penapis menjadi kotor dan perlu dibersihkan sebelum digunakan semula

3) Lampu

Akuarium biasanya ditempatkan di sudut yang kurang pancaran cahaya matahari Suasana dalam akuarium kelihatan lebih terang dan ceria dengan bantuan lampu 2 jenis lampu yang digunakan ialah lampu tungsten atau lampu fluoresen

MEMASUKKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUM


Setelah proses menghias akuarium siap dilakukan, barulah ikan dimasukkan ke dalam akuarium Cara memasukkan bergantung kepada jenis ikan, samada ikan yang dibeli atau ditangkap sendiri

Ikan yang dibeli dari kedai akuatik


Biasanya ikan dibungkus dalam plastik Sebelum memasukkan ikan ini ke dlaam akuarium, anda perlu merendam bungkusan plastik ini di dalam air akuarium selama lebih kurnag 10 hingga 15 minit. Ini untuk menyamakan suhu air dalam bungkusan plastik dengan suhu air akuarium Jika anda terus melepaskan ikan ke dalam akuarium daripada bungkusan plastik, ikan akan mengalami renjatan akibat perbezaan suhu

Ikan yang ditangkap sendiri


Ikan boleh terus dilepaskan terus dari bekasnya dengan cermat menggunakan jaring

PENGURUSAN IKAN HIASAN


Ikan hiasan yang telah ditempatkan dalam akuarium perlu diurus dr semasa ke semasa

KERJA MENGURUS IKAN HIASAN


Memberi makan ikan hiasan Menjaga tumbuhan akuatik

Membersihkan akuarium, menukar air dna mencuci penapis

Mengenal, mencegah dan merawat penyakit ikan

MENGENAL DAN MEMILIH MAKANAN IKAN HIASAN


Makanan merupakan sumber nutrien utama untuk tenaga, pembesaran dan pencegahan penyakit bagi ikan Jenis makanan ikan dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu : MAKANAN BERPROSES Makanan semulajadi yang telah diproses untuk dijadikan makanan ikan Diperoleh dalam bentuk serbuk, butiran, kepingan, pellet dan kiub Dapat dibeli di kedai-kedai akuatik dan sesuai untuk semua jenis ikan Contoh : MAKANAN SEMULA JADI Jenis makanan ikan yang segar yang diperoleh dari alam Contoh makanan semulajadi : Rumpai air, plankton, larva, serangga, ulat, dan cacing Diperoleh dengan cara mencari sendiri di sungai, paya atau kebun Contoh :

MENGENALPASTI JENIS MAKANAN YANG SESUAI MENGIKUT SPESIES IKAN


BIL 1. 2. Ikan hiasan memerlukan makanan yang terdiri daripada sumber karbohidrat, protein, lemak, garam mineral, vitamin dan air Nutrien dalam kandungan makanan ikan tersebut haruslah seimbang Ikan yang mendapat makanan seimbang akan sentiasa sihat, cergas, aktif dan jauh dari serangan penyakit Jadual berikut menunjukkan kandungan beberapa jenis makanan ikan : JENIS MAKANAN Makanan berproses (tablet, pellet, serbuk) Makanan semulajadi a) Anak ikan atau udang b) Serangga c) Cacing d) Rumpai air KANDUNGAN Mengandungi semua sumber keperluan diet untuk ikan Protein Protein Protein Karbohidrat & Vitamin KESESUAIAN Mudah digunakan dan sesuai untuk kebanyakan ikan Sesuai untuk jenis ikan yang makan daging Sesuai untuk jenis ikan yang makan serangga (ikan bersaiz besar) Sesuai untuk ikan bersaiz kecil Sesuai untuk jenis ikan yang memakan daun

e) Jentik-jentik
f) Lumut dan plankton

Protein
Protein

Sesuai untuk jenis ikan yang bersaiz kecil


Sesuai untuk semua jenis ikan

CARA DAN KEKERAPAN MEMBERI MAKAN IKAN HIASAN


FAKTOR CARA MEMBERI MAKAN IKAN HIASAN

JENIS IKAN
Ikan yang dipelihara berbeza jenisnya Ada jenis yang suka berelgar di permukaan air, ada yang sentiasa berenang di bahagian tengah air dan ada yang tinggal bawah permukaan air. Tempat dimana ikan selalu berada dalam akuarium perlu diambil kira untuk memilih jenis makanan

JENIS MAKANAN
Makanan berbentuk serbuk atau kepingan lambat tenggelam dalam air esuai untuk semua jenis ikan Bekas pengisi cacing yang terapung atas air sesuai untuk ikan yang berada di zon permukaan atas air Makanan berbentuk pellet atau tablet sesuai untuk ikan yang tinggalnya di bahagian tengah dan dasar akuarium. Makanan ini cepat tenggelam.

CARA DAN KEKERAPAN MEMBERI MAKAN IKAN HIASAN


Beberapa perkara yang harus dipatuhi ketika memberi makan ikan :
Perkara
1. Kuantiti

Keterangan
Memberi ikan makan secukupnya. Ikan akan menunjukkan rasa kenyang apabila tidak mahu lagi memakan makanan yang diberikan Jangan beri ikan makan berlebihan Menetapkan masa memberi ikan makan iaitu waktu pagi, tengahari dan petang\ Patuhi masa memberi ikan makan Tidak membazirkan makanan ikan dengan memasukkan makanan secara berlebihan Hal ini akan mengotorkan akuarium Membuat pertukaran jenis makanan ikan dari semasa ke semasa untuk memberikan makanan yang seimbang Jika ikan tidak mahu jenis makanan yang disediakan, biarkan mereka alpar dahulu kemudian barulah memberikan makanan tersebut Memastikan semua jenis ikan dalam akuarium mendapat makanan yang secukupnya

2. Masa

3. Pembaziran

4. Pertukaran jenis makanan

5. Memantau

MENGENALPASTI KANDUNGAN MUTU AIR UNTUK AKUARIUM


Air adalah sumber utama yang membolehkan ikan hidup Oksigen yang terlarut dalam air membolehkan ikan bernafas Sumber yang sesuai untuk ikan air tawar adalah air dari sungai, tasik dan air hujan Air yang paling mudah diperolehi untuk diisi ke dalam akuarium ialah air paip Kandungan air untuk memelihara ikan : a) Kebersihan air b) Kandungan pH air c) Kandungan Oksigen dan karbon dioksida dalam air

Kandungan air untuk memelihara ikan


Perkara Ciri-ciri

1. Kebersihan air

Air mesti bebas daripada kekotoran, bahan kimia, bakteria yang membawa penyakit dan sebarang racun Air paip telah dirawat untuk membasmi kekotoran dan bakteria Klorin di dalam air paip perlu dinyahkan menggunakan bahan kimia penghapus klorin bagi mengelakkan ianya membunuh ikan hiasan.
Kadar kemasamam air ditunjukkan oleh kandungan pH. Air menjadi masam disebabkan kandungan asid didalamnya. Ianya diukur menggunakan meter pH Nilai pH 6.5-7.5 adalah julat yang sesuai untuk memelihara ikan. Air di dalam akuarium melarutkan oksigen disekelingnya Jumlah oksigen yang larut bergantung kepada keluasan permukaan air yang terdedah kepada udara Semakin luas permukaan air,semakin banyak oksigen yang dilarutkan. Ikan memerlukan oksigen yang mencukupi untuk pernafasan Ikan dan tumbuhan akuatik yang ditanam dalam akuarium saling bergantungan antara satu sama lain.

2. Kandungan pH air

3. Kandungan Oksigen dan karbon dioksida dalam air

MEMBERSIHKAN AKUARIUM, MENUKAR AIR & MENCUCI PENAPIS


Keadaan akuarium yang kotor akan menjejaskan kandungan oksigen dan kualiti air seterusnya menjejaskan kehidupan ikan.
Kekotoran terhasil daripada:a) Lebihan makanan b) Najis ikan c) Hidupan halus seperti bakteria dan kutu air d) Tumbuhan halus seperti lumut Akuarium perlu dibersihkan dari semasa ke semasa untuk mempastikan ikan mendapat tempat tinggal yang selesa.

LANGKAH MEMBERSIHKAN AKUARIUM


1. Mengeluarkan Ikan Selepas 3 hingga 4 minggu, air akuarium perlu diganti dengan air baru yang bersih. Sediakan bekas berisi air dari akuarium bagi menyimpan ikan yang dikeluarkan. Gunakan jaring keluarkan ikan dengan cermat. Air yang telah kotor di dalam akuarium dapat dikeluarkan dengan menggunakan hos

2.Membersihkan akuarium Cuci bahagian kaca dan bahan-bahan hiasan seperti batu dan kayu di dalam akuarium. Lumut dan kekotoran di dinding akuarium boleh dibersihkan dengan menggunakan berus lembut.

5. Masukkan semua ikan Ikan dimasukkan setelah akuarium siap diisi air baru.

3.Memcuci Penapis Remdamkan penapis di dalam air Keluarkan kotoran yang terlekat Penapis hendaklah dicuci dengan cermat kerana spannya lembut dan mudah terkoyak

4. Memasukkan Air Bersih ke Dalam Akuarium Akuarium dan aksesori yang telah dibersihkan perlu diisi semula dengan air yang bersih Anda boleh memasukkan air terus daripda hos atau menggunakan baldi. Pastikan air yang dimasukkan telah dicampurkan dengan bahan penghapus klorin

MENGENALPASTI SIMPTOM PENYAKIT BIASA PADA IKAN HIASAN


Beberapa simptom yang dapat dilihat untuk mengenalpasti ikan yang tidak sihat : a) Murung dan pasif b) Bentuk badan yang kurus dan pergerakkannya tidak mantap c) Warna badan pudar dan pucat d) Sirip-sirip ikan longlai e) Terdapat kesna luka, kesan penyakit pada kulit atau sirip terkoyak

PUNCA PENYAKIT PADA IKAN HIASAN :


a) Serangan bakteria atau parasit yang hidup di dalam air akuarium
b) Air dan bahan-bahan hiasan di dalam akuarium tidak bersih c) Terdapat ikan pembawa penyakit d) Kekurangan vitamin pencegah penyakit dalam makanan ikan

MENCEGAH DAN MERAWAT PENYAKIT IKAN HIASAN


LANGKAH PENCEGAHAN SERANGAN PENYAKIT PADA IKAN : a) Membersihkan akuarium apabila cukup tempoh masanya b) Sering menukarkan air apabila telah kotor c) Membekalkan makanan yang seimbang untuk ikan d) Tidak memberi makanan yang berlebihan kepada ikan

MERAWAT IKAN YANG BERPENYAKIT


Keluarkan ikan yang tidak sihat (kuarantinkan) daripada kumpulan ikan yang sihat. Masukkan ke dalam bekas air yang bersih Bekas kuarantin ialah akuarium kecil berciri seperti akuarium biasa Campurkan air dengan larutan formalin pada nisbah 1 liter air : 0.2 ml larutan formalin Ikan dimasukkan dalam bekas kuarantin selama sejam Setelah dirawat, masukkan semula ke dalam akuarium asal Jika penyakit ikan serius, asingkan terus ikan daripada kumpulan ikan lain

MENJAGA TUMBUHAN AKUATIK DI DALAM AKUARIUM


Tumbuhan akuatik dalam akuarium adalah sumber utama bekalan oksigen Ia memerlukan air yang bersih dan keadaan sekitar yang sempurna untuk hidup sihat Cara menjaga tumbuhan hiasan : a) membersihkannya dari semasa ke semasa b) memberikan bekalan cahaya matahari yang mencukupi c) membuang bahagian tumbuhan yang rosak atau mati d) membekalkan bekalan gas kebon dioksida

MEMBERI BEKALAN KARBON DIOKSIDA PADA TUMBUHAN AKUATIK DALAM AKUARIUM


Bekalan gas karbon dioksida boleh diperoleh dari tangki gas karbon dioksida Gas ini disalurkan dari tangki ke dalam air dengan menggunakan alat bantuan tambahan seperti : a) alat penyukat tekanan b) alat pengawal pengeluaran gas Elakkan membekalkan gas secara berlebihan. Ia akan menjejaskan kehidupan ikan di dalam akuarium

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai