Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Ikan hiasan air tawar merupakan salah satu industri penternakan yang sering
mendapat perhatian dan semakin berkembang pesat. Malah di Malaysia, industri ikan hiasan
telah dicatatkan sebagai industri yang paling pesat berkembang dalam sektor pertanian dan
merupakan industri berorientasikan eksport. Kenyataan ini disokong oleh Kementerian
Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (2000), dimana Malaysia merupakan pembekal
dunia ketiga penting selepas Singapura dan Indonesia dengan pegangan 7 peratus dari
eksport dunia pada tahun 2000.

Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara di dalam bekas atau kolam (Brunner, 2011).
Tujuan ikan hiasan dipelihara oleh kebanyakkan orang adalah sebagai hobi. Namun begitu,
ikan hiasan juga boleh memberi ketenangan minda atau memperindah ruangan yang
biasanya ditempatkan dalam akuarium. Terdapat empat jenis keluarga ikan hiasan air tawar
di Malaysia iaitu cyprinidae, anabantidae, poecilidae dan characidae.

Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai
pelindung daripada patogen-patogen yang terdapat di dalam air (Walter & Karen, 2007).
Selain itu, kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi
warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dapat dilihat pada warna
sisik, saiz, bentuk badan, cara dan tabiat makan, jantina dan gaya berenang.

TEMA LANDSKAP DALAM AKUARIUM

Di darat dan di lautan

Akuarium marin dipilih sebagai tema landskap dalam akuarium untuk ujian amali ini.
Marin merujuk kepada kawasan lautan. Dengan kata lain, akuarium marin adalah bekas
yang dihias atau direka berbentuk seperti di dasar lautan dengan hiasan-hiasan yang
menarik seakan-akan berada di dasar lautan. Tema ini dipilih kerana ia merupakan alternatif
yang menarik untuk melihat suasana lautan di dalam bekas akuarium.

Untuk amali kali ini, saya memilih untuk meletakkan habitat kawasan marin yang
dipenuhi dengan batu-batu karang dan tumbuhan di dalam akuarium ini. Namun, kawasan
dasar lautan yang ingin dijadikan adalah bersih dan kemas tersusun rapi serta saya akan
menampakkannya seolah-olah seperti lubuk dimana tersimpannya batu-batu permata.
Dengan bantuan pencahayaan yang baik, akuarium ini akan nampak bersilau-silau sama
seperti ketika kita berada di dalam atau laut.
JENIS-JENIS IKAN DIPELIHARA

Dalam amali ini, saya memelihara ikan di dalam akuarium ini dimana saya memilih
empat jenis ekor ikan yang berlainan untuk hidup secara berpasangan. Keputusan ini dibuat
supaya ikan-ikan ini hidup berteman dan tidak kesunyian. Berikut adalah jenis ikan dipilih:

Bil. Jenis Ikan Gambar


1.

Ikan Angelfish

Ikan Angelfish merupakan ikan


yang berasal dari keluarga
Cichlide

2.

Ikan Kap
Ikan Kap merupakan ikan
yang berasal dari keluarga
Cyprinidae

3.
Ikan Mas
Ikan Mas merupakan ikan yang
berasal dari keluarga
Cyprinidae
4.
Ikan Lampam
Ikan Lampam merupakan ikan
yang berasal dari keluarga
Cyprinidae

PENYEDIAAN ALATAN, BAHAN DAN TUMBUHAN AKUATIK


Dalam amali ini, semua bahan seperti batu dan kayu adalah dari sumber semulajadi
yang saya cari sendiri di lereng-lereng bukit dan anak sungai. Manakala, peralatan dan
tumbuhan akuatik adalah dibeli di kedai-kedai akuarium di sekitar Jerteh dan Besut. Berikut
adalah alatan, bahan dan tumbuhan akuatik yang digunakan:

Bil. Item Gambar


1. Tumbuhan cabomba

       Tumbuhan ini dipilih kerana rupanya yang cantik


dan sesuai dengan latar belakang tema
paludarium. Selain itu, tumbuhan ini boleh dimakan
oleh ikan dan mempunyai pertumbuhan yang
sederhana memudahkan penjagaannya.

2. Tumbuhan palsu  

       Tumbuhan palsu dipilih bagi menghiasi suasana di


dalam Kawasan akuarium. Hal ini demikian bagi
membolehkan ikan untuk berenang di sekitar bagi
menyembunyikan diri atau sebagai tempat untuk
proses mengawan.
3. Pasir

       Pasir dipilih adalah daripada jenis pasir sungai. Ini


kerana ingin membangkitkan suasana kawasan
berpaya dan bersungai seiring dengan tema yang
dipilih.
4. Batu

       Batu yang dipilih adalah bersaiz sederhana kecil


dan berupa batu bukit bertujuan sebagai perhiasan
semata-mata. Selain itu, batu ini berperanan untuk
menutup pandangan daripada melihat akar-akar
tumbuhan akuatik.

5. Batu kristal

       Batu kristal ini dipilih adalah sebagai perhiasan


untuk menampakkan seolah-olah kawasan
akuarium yang dibuat ini mempunyai lubuk
tersimpan batu permata. Dengan bantuan
pencahayaan, pantulan daripada batu kristal ini
akan menghasilkan silauan semulajadi sama sperti
ketika berada di dalam sungai atau laut.
6. Sistem Penapis Air

       Sistem penapis air digunakan untuk menapis air


daripada sebarang kekotoran dan juga sisa-sisa
makanan yang tidak habis. Ini akan mengelakkan
akuarium daripada cepat menjadi busuk dan keruh.

7. Sistem Pengudaraan

       Sistem pengudaraan digunakan untuk memberi


pengudaraan oksigen kepada ikan di dalam
akuarium.  Selain itu, ia membuat pengaliran udara
di dalam sentiasa berjalan dan air sentiasa
bergerak untuk menampakkan suasana hidup.
8. Lampu

       Lampu adalah untuk memberi pencahayaan di


dalam akuarium terutama kepada tumbuhan
akuatik. Selain itu, menjadikan suasana akurium
nampak terang dan bersilau apabila pantulan
terkena pada batu kristal.

  PENYEDIAAN AKUARIUM

Beberapa hari sebelum ujian amali ini bermula, batu dan kayu yang saya cari di
sekitar kawasan IPG dibasuh terlebih dahulu daripada kotoran yang ada supaya tidak
mengeruhkan akuarium apabila diletakkan di dalam akuarium nanti. Batu dan kayu tersebut
pula kemudiannya, direndam di dalam air bergaram semalaman sebelum dijemur agar
segala patogen-patogen yang terdapat padanya dihapuskan dan membiasakan batu-batu
tersebut apabila direndam di dalam akurium untuk mengelakkannya bertindakbalas terutama
seketul batu bukit yang saya cari mempunyai unsur kapur. Seketul batu kapur ini saya pilih
untuk diletakkan di dalam akuarium kerana dapat meneutralkan keadaan berasid di dalam
air.
Satu jam sebelum ujian amali ini dijalankan, saya telah menyenarai semak semula
alatan, bahan dan tumbuhan akuatik yang diperlukan cukup. Saya juga memastikan alatan
yang hendak digunakan berfungsi dengan baik dan tiada masalah. Semasa ujian amali
berlangsung pula, berikut merupakan langkah-langkah yang dijalankan:

Bil. Langkah Gambar


1. Membuat lakaran pelan landskap

 Membuat lakaran pelan landskap mengikut


tema yang dipilih.
 Mengandungi kesemua alatan, bahan dan
tumbuhan akuatik yang disenaraikan.
 Berlabel dan kemas.
2. Membersihkan alatan dan bahan

 Membersihkan alatan seperti bekas


akuarium menggunakan garam dan air.
 Semasa proses membersih, bekas akuarium
perlu dilapik dengan polisterin dibawahnya
supaya tidak tercalar atau bocor.
 Membilas kesemua bahan seperti batu, kayu
dan tumbuhan akuatik untuk membuang
kotoran dan mengelakkan air menjadi keruh 

3. Menyusun atur akuarium

 Menyusun alatan, bahan dan tumbuhan


akuatik mengikut pelan landskap yang telah
dilakar tadi.
o Memasukkan pasir dan
membentukkan secara landai pada
dasar akuarium seakan lantai. Mengelap akuarium sebelum
o Memasukkan batu, kayu dan bahan masuk.

tumbuhan dan tiruan di atas pasir


tersebut.
o Seterusnya saya menaburkan batu
kristal secara rawak di atas pasir dan
celah-celah batu dan hiasan .

4. Memasukkan air

 Menyediakan alatan seperti seperti baldi,


pam penyedut air (diambil dari pam yang
bersama sistem penapis air) dan paip air
bekalan air.
 Masukkan paip bekalan air dan buka paip.
Penuhkan air sehingga ¼ akuarium.
 Kemudian, masukkan pam penyedut air,
Antara peralatan digunakan
sedut air keluar daripada akuarium.
semasa proses memasukkan air.
 Ulang proses ini sehingga air menjadi jernih.
 Setelah air jernih, penuhkan air 3/4 akuarium.
Selepas itu, barulah tumbuhan akuatik
dimasukkan ke dalam akuarium dan disusun
mengelilingi tumbuhan keladi tikus.

Memasukkan tumbuhan akuatik.

5. Menyusun atur peralatan

 Memasang sistem penapis air di dalam


akuarium berdasarkan pelan landskap.
 Memasang memasangkan sistem
pengudaraan di dalam akuarium dengan
memasukkan tiub udara ke dalam lubang
yang terdapat pada kayu.
 Memasang lampu pada bahagian depan Memasang sistem penapis air
dan pengudaraan.
akuarium.
 Menghidupkan semua sistem peralatan di
dalam akuarium dan biarkan ia berjalan
selama beberapa tempoh.

6. Ujian kualiti air


      
Sementara membiarkan sistem akuarium
berjalan, ujian kualiti air dijalankan.
S
 Ujian pH air.
1. Ambil 5ml air akuarium
menggunakan syringe.
Memeriksa pH air
2. Masukkan ke dalam silinder penyukat.
3. Titiskan 4 titisan pH tester ke dalam air.
4. Goncangkan secara perlahan sehingga
air tersebut bertukar warna.
5. Bandingkan warna air dengan panduan
yang diberikan.
6. Hasil pH air adalah 8.

 Pemeriksaan klorin
1. Masukkan 5ml air akuarium ke dalam
silinder penyukat.
2. Titiskan 5 titisan larutan klorin tester ke Memeriksa klorin air.

dalam air tersebut.


3. Air tidak bertukar warna dan jernih. Ini
bermaksud air tidak mengandungi
klorin.
4. Jika air bertukar warna, itu tandanya
ada klorin di dalam akuarium. Untuk
menghilangkannya, serbuk anti klorin
digunakan.
Memeriksa suhu air

 Suhu air
1. Letakkan thermometer ke dalam akurium
selama 1-2 minit dan ambil bacaannya.
2. Hasil bacaan suhu akuarium ini adalah
29 darjah celcius.
3. Suhu sesuai untuk ikan hiasan adalan
antara 27 sehingga 32 darjah celcius.

MELEPASKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUM

Selepas selesai melakukan ujian kualiti air di dalam akuarium, ikan telah bersedia
untuk dilepaskan. Namun begitu, beberapa aspek harus dipatuhi dan kaedah melepaskan
ikan juga harus betul bagi mengelakkan ikan menjadi stress dan mati setelah dimasukkan ke
dalam akuarium.

Bil. Langkah Gambar


1. Menstabilkan suhu plastik dan akuarium
       Plastik yang mengandungi ikan direndam ke
dalam akuarium selama tempoh 15-30 minit.
       Ini untuk menstabilkan suhu dalam plastik sama
atau hampir sama seperti akuarium.

2. Melepaskan ikan
       Ikatan pada plastik perlu dibuka dahulu terbalikkan
separuh plastik sampai air dalam plastik bertemu
dengan air akuarium.
       Kemudian, biarkan ikan-ikan itu keluar dengan
sendirinya.
       Ikan tidak boleh dituang terus ke dalam akuarium
bagi mengelakkannya terkejut dan mati.
       Setelah selesai, buang plastik tersebut ke dalam   

tong sampah.

Perlu diambil perhatian, sistem pencahayaan yang terang perlu ditutup ketika proses
melepaskan ikan untuk mengelak ikan berasa terkejut dan stress (Sharpe, 2017).

MAKANAN IKAN HIASAN


Makanan ikan hiasan terbahagi kepada empat iaitu, makanan hidup, makanan kering,
makanan basah dan makanan rumusan (Walter & Karen, 2007). Pemilihan makanan ikan
hiasan haruslah betul bagi menjamin kesihatan ikan hiasan.

            Makanan yang dipilih untuk diberikan kepada ikan hiasan adalah makanan rumusan
daripada jenis pallet yang bersaiz kecil. Ini kerana bentuk makanan ini sesuai dengan ikan
yang dipelihara bersaiz kecil dan saiz mulutnya juga kecil. Makanan rumusan jenis pallet ini
juga dipilih kerana ikan dapat memakannya seterusnya menghadamnya dengan baik.

            Makanan rumusan ini dirumus sama seperti diet yang diperlukan oleh ikan hiasan
seperti mengadungi zat-zat seperti karbohidrat, lemak, protein dan vitamin untuk ikan
bergerak dengan aktif. Makanan rumusan juga tidak terlalu mencemarkan akuarium.  

            Makanan rumusan ini diberikan kepada ikan hiasan sebanyak 2 kali sehari mengikut
kadar yang bersesuaian dengan jumlah ikan. Berikut merupakan jadual harian pemberian

makanan ikan hiasan untuk 6 ekor ikan.


Bil. Waktu Jumlah
1. 8.00 pagi 1 sudu teh
2. 4.30 petang 1 sudu teh

Perlu diambil perhatian, kadar makanan yang berlebihan akan menyebabkan ikan
lebih kerap mengeluarkan najis dan menyebabkan kandungan ammonia di dalam akuarium
meningkat (Dawes, 2001). Di samping itu, ia juga akan menyebabkan ikan mengalami
obesiti.

KESIMPULAN

Secara global, perdagangan ikan hiasan air tawar sangat menjanjikan pulangan yang
baik dek permintaan yang konsisten daripada pembeli. Senario ini menyebabkan
pembenihan ikan hiasan air tawar berkembang dengan baik sehingga perkembangannya
lebih cepat daripada mana-mana industri asas tani yang lain.

Namun begitu, aspek penjagaan dan pengurusan ikan hiasan tidak harus dipandang
dengan sebelah mata. Akuarium atau kolam dimana terdapatnya ikan hiasan ini harus dijaga
dengan baik bagi memastikan ikan hiasan tersebut kekal hidup sihat dan mengelakkan
pembaziran. Penyediaan tempat untuk ikan juga harus sesuai dengan habitat asal ikan
tersebut supaya ikan dapat hidup dengan baik dan selesa tanpa gangguan (Dawes, 2001).

ANALISIS SWOT TEMA AKUARIUM

KEKUATAN (STRENGTH) KELEMAHAN (WEAKNESS)

 Terdapat pelbagai hiasan yang  Kekurangan tumbuhan akuatik yang


diletakkan di dalam akuarium bagi terdapat di dalam akuarium
mewujudkan suasana laut. menyebabkan suasana kurang hidup.
 Tumbuhan akuatik dan tiruan yang  Ikan yang besar mengganggu ikan yang
diletakkan mewujudkan suasana di kecil dengan menggigit ekor ikan lain
dalam laut dan menyeimbangkan yang lebih kecil.
ekosistem akuarium. 

PELUANG (OPPURTUNITY) ANCAMAN (THREAT)

 Meletakkan pewarna air bagi  Kekurangan kos dan peralatan nak


mewujudkan suasana seakan-akan air mewujudkan ekosistem seperti di
biru laut kawasan laut.
 Mengasingkan ikan yang besar dan
kecil berasingan bagi mengelakkan ikan
yang besar memakan yang kecil.

RUJUKAN

Walter, A., & Karen, L. (2007). Dynamic Aquaria: Building Living Ecosystem.London:
Elsevier.

Brunner, B. (2011). The Ocean at Home: An Illustrated History of the Aquarium.London:

Reakton Book Ltd.


Dawes, J. (2001).Complete Encyclopedia of the Freshwater Aquarium.Ontorio: Firefly Books.

Malaysia, K. P. (2000). Perikanan. Diperoleh dari

http://www.moa.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=bbf683d0-7506-4062-a50c-
4681c07c89f6&groupId=41803

Sharpe, S. (2017). Paludarium - Marsh Like Habitats for Aquarium. Diperoleh dari

https://www.thesprucepets.com/what-is-a-paludarium-1380691

Anda mungkin juga menyukai