Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan
Pelajar dikehendaki membela haiwan kesayangan iaitu ikan hiasan di dalam akuarium
sebagai tugasan kerja kursus bagi kursus Pengenalan Kepada Teknologi Pertanian. Pelajar
perlu menyediakan satu laporan amali secara individu berkaitan penyediakan bahan bukti
proses ‘setting up’ akuarium bermula dari proses mencuci hingga menempatkan ikan hiasan
di dalam akuarium serta memberi makanan kepadanya. Menurut Rashidah Mat Nor (2007),
haiwan kesayangan bermaksud  haiwan yang dipelihara sebagai peneman dan untuk
menggembirakan pemiliknya. Selain itu, Beberapa kajian menunjukkan bahawa haiwan
kesayangan adalah bentuk yang kuat dalam melegakan tekanan, bukan sahaja menurunkan
tekanan darah tetapi hormon tekanan berbahaya seperti kortisol, yang dikaitkan dengan
kemurungan dan keresahan, serta peningkatan yang berfaedah seperti oxytocin, yang
dikaitkan dengan kebahagiaan dan ketenangan[ CITATION Lai19 \l 1033 ].

2.0 Pemilihan Ikan

Saya telah membeli tiga jenis ikan hiasan iaitu dua ikan Ikan gurami kerdil (Dwarf Gurami),
tiga ikan ikan Pelambong Jaring (Tiger Barb) dan tiga ikan tikus. Kesemua ikan ini tahan
lasak dan mudah untuk dibela di dalam akuarium. Ikan-ikan tersebut boleh dikelaskan
sebagai omnivor. Jadi, pallet boleh diberikan sebagai makanan bagi ikan-ikan tersebut.
Jumlah ikan yang telah saya beli ialah lapan. Oleh itu, saya membeli sebuah akuarium yang
berukuran 38 cm x 30 cm x 25 cm yang saiz beragak besar. Apabila membeli sebuah
akuarium, kita perlulah memastikan bahawa akuarium tersebut memiliki ruang yang lebih
besar dan luas mengikut bilangan ikan yang ingin kita bela. Hal ini kerana akuarium yang
bersaiz besar akan memudahkan proses penyelenggaraan akuarium serta penjagaan ikan.
Jika memilih akuarium yang kecil, maka ikan-ikan tersebut tidak akan mempunyai ruang
yang secukupnya untuk berenang dan bergerak dengan bebas. Saya turut membeli pam air
dan penapis span yang merupakan dua benda yang penting dan perlu ada di dalam sebuah
akuarium. Lebih-lebih lagi, aksesori pula dibeli untuk menghiaskan akuarium tersebut.
Akhirnya, saya telah menempatkan ikan-ikan yang telah saya beli di dalam akuarium.

3.0 Bahan dan Alatan

Bi Bahan dan Alatan kegunaan


l
0 Akuarium plastik Akuarium ialah peti kaca dan sebagainya untuk tempat
1 memelihara binatang dan tumbuhan yang hidup di dalam
air.
0 Pam air dan Penapis span Pam air akan memasukkan udara ke dalam akuarium dan
2 juga membantu menstabilkan pH air.
Penapis span digunakkan untuk memastikan air dalam
akuarium sentiasa bersih.
0 Garam Garam boleh membunuh bakteria dan parasite yang ada
3 dalam akuarium
0 Batu Warna Warni Untuk hiasan akuarium
4
0 Pasir Hitan Untuk hiasan akuarium
5
0 Anti- Clorin Untuk meneutralkan air iaitu menghilangkan klorin yang
6 ada dalam air
0 Pallet ikan Makanan untuk ikan
7
0 Tumbuhan plastik Sebagai hiasan agar akuarium terlihat semakin cantik
8
0 Lampu Akuarium
9
1 Tumbuhan Akuarium Untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari
0 perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis
dimakan oleh ikan

4.0 Perbelanjaan Kos

5.0

LANGKAH 1 (Cari akuarium penempatan semula)

Apabila membersihkan akuarium, ikan perlu dipindahkan ke tangki, bekas atau baldi bersaiz
besar yang berfungsi sebagai akuarium sementara. Oleh itu, saya menggunakan sebuah
bekas yang bersih dan bebas daripada sisa sabun sebagai akuarium sementara. Pastikan
bahawa air di dalam bekas sementera berada pada suhu yang sama dengan yang ada di
akuarium kekal. Saya meletakkan tangki tersebut di lokasi yang jauh daripada kanak-kanak
dan haiwan peliharaan lain. Pada masa yang sama, saya memastikan bahawa bekas
tersebut tidak berada di bawah cahaya yang kuat agar mengelakkan peningkatan suhu air.

LANGKAH 2 (Pindahkan ikan)

Saya menggunakan mangkuk kecil yang bersih untuk memindahkan ikan-ikan tersebut.
Pastikan bahawa ia tidak mengandungi sebarang sisa sabun atau sabun di dalamnya dan
pilih yang mempunyai tepi halus. Semasa menggunakan kaedah ini, mangkuk kecil perlu
dicelupkn ke dalam akuarium dan ikan dibiarkan berenang ke dalamnya. Kita tidak
seharusnya mengejar ikan kerana perkara ini boleh membuat ikan tertekan.

LANGKAH 3 (Keluarkan air kotor)

Sebagai langkah ketiga, saya telah membuang air lama dari akuarium. Penapis telah
digunakan untuk mengelakkan kandungan pepejal jatuh dari tangki. Kita juga boleh
membuang air kotor di kebun atau tanaman pasu. Seterusnya, saya membersihkan kerikil
dan barang hiasan lain dari akuarium dengan menggunakan air suam dan sedikit garam.
Meletakkan barangan hiasan di dalam ayak dan membersihkannya dengan air paip suam
merupakan satu langkah yang paling efektif. Barang hiasan tersebut kemudiannya perlu
diasingkan dan dibiarkan sehingga menjadi sejuk.

LANGKAH 4 (Bersihkan akuarium)

Langkah yang seterusnya ialah mengosok dinding akuarium dengan air suam dan garam.
Semasa menggosok, kita perlu mengelakkan sabun dan pembersih dengan sisa kimia di
dalam tangki. Kemudian, akuarium tersebut harus dibilas dengan air suam. Sekiranya
terdapat penumpukan yang ketara di akuarium, bersihkan dengan cuka dan bilas dengan air
suam.

LANGKAH 5 (Biarkan akuarium berdiri)

Setelah mencuci dan membilas, biarkan akuarium selama 20 hingga 30 minit. Hal ini akan
menyebabkan akuarium yang dicuci dan dibilas dengan air suam menjadi sejuk. Langkah ini
turut membantu memastikan bahawa akuarium berada pada suhu yang ideal ketika
mengembalikan ikan.

LANGKAH 6 (Gantikan kandungan padat)

Letakkan kerikil dan benda hiasan lain di dalam akuarium sebelum memasukkan air bersih.
Semuanya mesti diatur seperti sebelumnya, agar tidak menimbulkan rasa tidak selesa pada
ikan kerana perubahan persekitaran.

LANGKAH 7 (Isi tangki lagi dengan air paip)

Selain itu, akuarium hendaklah diisi dengan air yang telah dirawat supaya tidak
membahayakan ikan. Hal ini kerana air paip biasa akan mengandungi klorin membahayakan
ikan. Walaupun air telah dirawat, ubat anti klorin perlu dimasukkan ke dalam air untuk
meneutralkan lebihan klorin dan logam berat. Setelah campur anti klorin, biarkan air di
dalam akuarium selama 10 minit. Pada waktu yang sama, air tersebut harus ditutup atau
dijauhkan daripada kanak-kanak atau binatang peliharaan lain agar tidak tercemar semasa
pematangan.

LANGKAH 8 (Masukkan ikan semula ke dalam akuarium)

Selepas 10 minit, tuang air yang berada dalam bekas sementara dan ikan sekali ke dalam
akuarium yang telah dibersihkan. Sebelum menuang air bekas sementara ke dalam
akuarium yang menganti air bersih, pastikan kedua-dua air berada dalam suhu yang sama
supaya ikan dapat menyesuikan diri dengan persekitaran. Kita harus melakukan aktiviti
masukkan ikan ke dalam akuarium dengan kadar yang perlahan.

 Jangan sekali-kali menukar 100% air akuarium. Ini menyingkirkan bakteria baik
dan ikan boleh terkejut apabila ditangkap oleh jaring. Ia juga dapat dikejutkan
dengan perubahan suhu air.

LANGKAH 9 (Pantau ikan)

Ikan lebih mudah mengalami tekanan atau mengalami kerosakan persekitaran atau haba
semasa dan segera setelah membersihkan tangki. Oleh itu, perhatikan ikan setelah
memasukkannya semula ke dalam akuarium, untuk memastikan mereka menyesuaikan diri
dengan persekitaran yang baru dibersihkan

LANGKAH 10 (memberi makanan kepada ikan)

Ikan perlu diberi makan 2 atau 3 kali sehari. Pemberian makanan yang terlalu kerap
menyebabkan ikan berkumuh dengan lebih kerap. Perkara ini akan menyebabkan air
kelihatan tidak jernih. Pada setiap pagi dan malam, saya akan memberi satu sudu the kecil
pallet untuk lapan ikan tersebut.

6.0 Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai