Anda di halaman 1dari 8

GPM 1083

PENDIDIKAN
MORAL
PRINSIP–PRISNIP ASAS KEMORALAN
Disediakan oleh:
Lee Jia En
Winny Ngieng Suk Chee
Arulvelan Thevar A/L Ulaganathan
Thurgashiini A/P Subramaniam
Kiirthana A/P Sathanrayaan
PRINSIP-PRINSIP ASAS
KEMORALAN

Prinsip Prinsip
autonomi keadilan

Prinsip
PRINSIP KEADILAN
 Istilah “keadilan ” (justice) berasal daripada perkataan Latin Justus yang bermaksud “law”
atau “right”. Kini disebut sebagai “Justice”.

 Menurut Kamus Dewan, “keadilan” bererti :


 Sifat (Orang, perbuatan, tindakan, keputusan, undang-undang, hukuman dll.)

 Yang wajar atau berpatutan

 Tidak memihak kepada mana-mana (apabila memutuskan sesuatu dan sebagainya)


PRINSIP KEADILAN
 Konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap:-
I. Diri sendiri dan orang lain
II. Tidak merugikan diri dan orang lain
III. Melayan semua orang dengan cara yang saksama

Contohnya , dalam aspek pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan.


PRINSIP KEADILAN
 Keadilan penting dalam penilaian moral kerana prinsip ini amat berkaitan dengan pemikiran
atau pentaakulan.

 Apabila konsep keadilan ini dipegang oleh seseorang individu, individu tersebut akan sentiasa
berfikiran secra rasional dalam apa jua keadaan pun.

 Ini secara langsung membawa individu tersebut untuk mengawal dirinya daripada unsur-unsur
yang buruk seperti perasaan tamak haloba, kemarahan dan sebagainya.
PRINSIP AUTONOMI
 Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan
sesuatu perbuatan atau sebaliknya.

 Maksudnya, seseorang individu tersebut bebas untuk membuat apa yang diingini atau
memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang
dirasakannya baik.

 Ia adalah berdasarkan kepada dua perkara, iaitu kemahuan (yang ingin dibuat), atau paksaan
(yang perlu diketepikan ).
PRINSIP AUTONOMI
 Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sebagai bermoral jika dia
melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan dari luaran atau kepatutan
kepada autoriti secara membuta tuli.

 Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional
dan adil.

 Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara-perkara yang boleh
meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain.
PRINSIP AUTONOMI
 Contoh penyalahgunaan konsep autonomi:-

Sekiranya tindakan seseorang tersebut memudaratkan orang lain ataupun melakukan sesuatu
yang berkepentingan kepada diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai