Anda di halaman 1dari 2

3.

0 Ciri-ciri Pembentukan Individu Bermoral dalam Kehidupan


Insan bermoral merupakan insan-insan yang mempunyai sifat-sifat moral. Insan
bermoral meupakan individu yang melakukan kebaikan dalam kehidupannya. Insan bermoral
juga merujuk kepada individu yang mempunyai tingkah laku baik berdasarkan peraturan atau
prinsip yang diterima secara rasional. Seseorang insan moral biasanya dapat dilihat melalui
perlakuan yang menggambarkan pemikiran dan jiwanya. Secara ringkasnya, insan yang
bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik kerana
perbuatan yang tidak bermoral bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam
sesebuah masyarakat.
Prinsip-prinsip asas kemoralan yang perlu ada pada seseorang yang bermoral
termasuklah Prinsip Alturisme, Prinsip Autonomi dan Prinsip Keadilan. Prinsip alturisme
merujud kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral akan melibatkan orang lain.
Menurut Nagel, Thomas (1970) dalam buku The possibility of altruism, altruisme telah
didefinisikan sebagai sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain,
memanfaatkan dan prihatian terhadap orang lain. Oleh itu, orang yang pemurah atau dermawan
boleh dikategorikan sebagai individu altruism. Prinsip altruisme akan menjauhkan individu
daripada sifat mementingkan diri sendiri. Nagel berpendapat bahawa seseorang individu
haruslah bersifat empati, bersifat terbuka dan percaya akan orang lain untuk memperoleh sifat
altruism dalam dirinya. Frankena (1973) menyatakan individu altruisme adalah individu yang
menuntut kepuasan bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk orang lain seperti sanggup
mengorbankan keentingan diri sendiri untuk orang lain.
Seterusnya, prinsip autonomi meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih.
Prinsip ini merujuk kepada sesuatu pertimbangan yang dilakukan secara bebas tanpa
dipengaruhi oleh unsur luaran. Hal ini bermaksud seseorang individu bebas untuk membuat apa
yang diingini dan memberikan sebab-sebab tertentu sekiranya seseorang itu dihalang daripada
melakukan apa yang dirasakannya baik. Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak dianggap
sebagai bermoral sekiranya seseorang itu membuat pertimbangan atau melakukan sesuatu
perkara kerana dipaksa oleh luaran atau kepatuhan kepada autoriti. Hal ini disebabkan
seseorang itu melakukan sesuatu bukannya dengan niat yang diingini dan secara sukarela.
Walau bagaimanapun, prinsip autonomi tidak merangkumi perkara-perkara yang boleh
meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain. Konsep autonomi dianggap disalahguna
sekiranya tindakan seseorang itu melakukan sesuatu yang berkepentingan kepada diri sendiri.
Prinsip keadilan merupakan tindakan yang saksama dan menghormati orang lain
apabila membaut sesuatu keputusan. Istilah keadilan (justice) berasal daripada perkataan Latin
‘Jutus’ yang bermaksud law atau right. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) mendefinisikan
keadilan sebagai sifat, perbuatan atau tindakan yang adil dan tidak memihak ke mana-mana.
Menurut agama Islam, konsep keadilan boleh dikatakan sebagai meletakkan sesuatu pada
tempatnya, iaitu tempat yang sesuai dan sepatutnya yang melibatkan kesaksamaan atau
keseimbangan. Konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil
terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain, serta melayan semua
orang dengan cara yang saksama. Keadilan melibatkan menghormati hak orang lain dan
kesaksamaan. Oleh itu, keadilan tidak akan membenarkan individu menyalahgunakan
kebebasannya untuk individu yang bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri.
Antara ciri-ciri yang dimiliki oleh insan bermoral termasuklah kesabaran. Sifat sabar
akan membawa kebaikan dan banyak manfaat dalam kehidupan kita. Kesabaran akan
menjadikan kita tidak mudah marah, awet muda, tidak mudah terserang penyakit hati, banyak
teman dan berbagai manfaat lain. Kesabaran adalah antara sikap paling penting bagi manusia
sekiranya mereka ingin menjadi orang yang disegani oleh kawan dan lawan. Kesabaran juga
merupakan asas pembentukan seorang insan yang bermoral. Seseorang yang tidak mampu
menahan sabar akan menyerahkan dirinya pada nafsu kemarahan dan akan menjadi golongan
yang mudah ditundukkan oleh hasuan syaitan. Kesabaran adalah cermin peribadi yang menjadi
tali pengukur sejauh mana ketinggian moral seseorang itu.
Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya
sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Malaysia memerlukan insan
yang mengamalkan sifat penerimaan yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat
persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk mencapai perpaduan bagi
membina sebuah negara bangsa. Penerimaan tidak bermakna menafikan atau mengabaikan
perasaan kita tentang keadaan. Sebagai manusia, kita akan mengalami pelbagai emosi
mengikut keadaan tertentu. Sakit hanyalah satu bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam
kehidupan seseorang. Oleh itu, insan yang bermoral haruslah sentiasa bersedia untuk
mengawal emosi kita dan menyesuaikan diri dengan keadaan di tangan. Emosi yang negatif
akan mempengaruhi orang di sekeliling kita. Maka, sikap penerimaan amat penting bagi
seseorang untuk mengawal emosi mereka.

Anda mungkin juga menyukai