Anda di halaman 1dari 10

Insan Bermoral

Hairul Faiezi Bin Lokman


Demensi Moral

Seorang insan yang berakhlak mulia yang sempurna


mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral, iaitu :

 Pemikiran Moral

 Perasaan Moral

 Tindakan Moral
Pemikiran Moral

Pemikiran Moral yang merupakan penaakulan dan


pertimbangan secara rasional dan bebas.

Ini bermaksud seserong individu yang mempunyai


pemikiran moral dapat memikirkan sesuatu dilema
moral dan membuat pertimbangan berasaskan
prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima
oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan
dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.
Perasaan Moral

Perasaan Moral merupakan kehalusan emosi


individu yang mengandungi sentimen, empati,
simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan
murah hati.

Perasaan yang bermoral ini membawa kepada


tindakan yang bermoral..
Tindakan Moral

Tindakan Moral merupakan tingkah laku dan


perlakuan individu terhadap semua keputusan yang
ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi
mengikut kemampuan dirinya.

Tindakan moral ini adalah hasil dariapada pemikiran


moral dan perasaan moral yang mendorong
seseorang bertindak secara bermoral.
Model Insan Moral
Prinsip-prinsip Asas Kemoralan

Sifat-sifat moral seseorang individu boleh dilihat melalui perlakuan


yang menggambarkan sifat pemikiran kejiwaaannya.

Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan


bermoral kerana masing-masing mempunyai fahaman yang
tersendiri. Walau bagaimanapun, tiga prinsip utama telah
dikemukakan sebagai panduan menentukan insan bermoral, iaitu:

 prinsip keadilan,

 prinsip alturisme dan

 prinsip autonomi.
Prinsip Keadilan

Prinsip Keadilan mementingkan saksama, seimbang,


sama rata dan sama rasa. Namun begitu tidak juga
menunjukkan keadilan bila seseorang yang bekerja
lebih tetapi masih mendapat layanan yang sama.

Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka dan


bukan hanya sama dengan orang lain.

Keadilan merupakan satu prinsip moral yang


mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan
keuntungan antara individu dan masyarakat.

Keadilan juga membawa makna tidak pilih kasih,


tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri.
Prinsip Altruisme

Prinsip Alturisme adalah perlakuan atau tindakan yang mempunyai


ciri-ciri bertujuan untuk kebaikan orang lain mengatasi kepentingan
diri sendiri.

Keputusan yang diambil dan tindakan yang dijelmakan bersifat moral


dan berkeperimanusiaan.

Alturisme melahirkan perasaan kasih sayang, simpati dan empati


yang seterusnya menghilangkan rasa pentingkan diri sendiri,
kebencian dan tamak.

Sebagai contoh, seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu


padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang
ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok
dan lain lain. Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang
ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang
kehilangan ibu bapa.
Prinsip Autonomi

Prinsip Autonomi menerangkan konsep pertimbangan bebas


dan kebebasan memilih.

Sekiranya pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh


seseorang akibat paksaan dari luar adalah tidak boleh
dikategorikan sebagai tindakan moral.

Ini disebabkan individu yang dipaksa membuat pertimbangan


adalah tidak berupaya bertingkah laku secara rasional dan adil.
Tingkah laku tersebut hanya mematuhi perintah dan kuasa luar.

Sebagai contoh, Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar


bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok
bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi kerana
kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi
oleh sesiapapun.

Anda mungkin juga menyukai