Anda di halaman 1dari 17

GPM 1083 PENDIDIKAN MORAL

Insan Moral
Nama Pensyarah: Amir Bin Hassan

Disediakan oleh:
Poh Zi Han
Cheah Phey Cheng
S8
Apakah insan moral??
O Orang yang mulia akhlaknya dan tinggi
keperibadiannya (dari segi rohani dan jasmani).
O Ciri-ciri insan moral:
 Menjaga kebersihan dari segi fizikal atau mental.
 Memahami perasaan dan dapat menilai
pandangan orang lain.
 Sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam
menjalankan sesuatu tugas agar menjamin hasil
yang baik dan bermutu tinggi.
 Sikap berterima kasih, hormat-menghormati,
menghargai jasa-jasa, sumbangan dan hasil
ketinggalan zaman.
 Berpengetahuan dan celik akal untuk
membuat keputusan sendiri yang rasional.
 Perasaan sayang akan nyawa dan diri
sendirinya.
Dimensi
Moral

Penaakulan Emosi Tingkah


Moral Moral Laku Moral
1. Penaakulan Moral
O Berupaya membuat pertimbangan atau fikiran
secara rasional dan berautonomi (bebas).
O Individu dapat:
• Memahami sesuatu isu moral.
• Mengenal pasti alternatif yang ada dan kesannya.
• Memberikan pertimbangan yang adil dan objektif
terhadap setiap pilihan.
• Memikirkan konsep nilai moral sejagat dengan
rasional.
• Dapat berfikiran secara kreatif, inovatif dan kritis.
2. Emosi Moral
O Mempunyai suara batin (hati) dan perasaan
ini membawa kepada perlakuan individu
secara moral.
O Penting untuk mengawal perlakuan dan
menghalang individu membuat sesuatu
yang bersifat antisosial.
O Contohnya, perasaan empati menyebabkan
seseorang individu membantu orang yang
miskin tanpa mengira kepentingan diri.
O Individu dapat:
• Mengetahui asal usul sesuatu isu atau
situasi.
• Memahami kesusahan, perasaan dan
pemikiran orang lain.
• Menyatakan perasaan diri sendiri terhadap
sesuatu perkara dengan jelas.
• Membuat keputusan yang adil dan rasional.
• Bersifat empati, simpati, murah hati, kasih
sayang, belas kasihan dan sentimen.
3. Tingkah Laku Moral
O Segala kelakuan yang dilakukan oleh
individu berdasarkan nilai dan norma
masyarakat.
O Dapat bertindak dengan penuh
tanggungjwab mengikut kemampuan diri
terhadap sesuatu keputusan yang dilakukan
berlandaskan penaakulan dan emosi moral.
O Bertanggungjawab, berdedikasi, prihatin,
bekerjasama.
Prinsip-prinsip
Asas Kemoralan

Prinsip Prinsip Prinsip


Autonomi Keadilan Altruisme
1. Prinsip Autonomi
O Pertimbangan serta kebebasan dalam
memilih untuk melakukan sesuatu
perbuatan atau sebaliknya.
O Seseorang individu tersebut bebas untuk
membuat apa yang diingini atau
memberikan sebab-sebab tertentu jika
seseorang itu dihalang daripada melakukan
apa yang dirasakannya baik. (kemahuan
atau paksaan)
O Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh
dikategorikan sebagai bermoral jika dia
melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh
paksaan dari luar atau kepatuhan kepada autoriti
secara membuta tuli.
O Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak
berupaya untuk bertingkah laku secara rasional dan
adil.
O Sekiranya tindakan seseorang tersebut
memudaratkan orang lain ataupun melakukan
sesuatu yang mementingkan diri sendiri, maka ia
boleh dikatakan sebagai menyalahgunakan konsep
tersebut.
2. Prinsip Keadilan
O Menurut Kamus Dewan, “keadilan” bermaksud sifat
(orang, perbuatan, tindakan, keputusan, undang-
undang, hukuman) yang wajar atau berpatutan, tidak
memihak kepada mana-mana (apabila memutuskan
sesuatu).
O Melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil
terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan
diri dan orang lain serta melayan semua orang dengan
cara yang saksama dalam pemikiran, percakapan,
perasaan serta perlakuan.
O Penting dalam penilaian moral dan amat berkaitan
dengan pemikiran atau penaakulan.
O Apabila konsep ini dipegang oleh seseorang
individu, individu tersebut akan sentiasa berfikiran
secara rasional dalam setiap keadaan.
O Ini secara langsung membawa individu tersebut
untuk mengawal dirinya daripada unsur-unsur yang
buruk seperti perasaan tamak haloba dan
kemarahan.
Prinsip Altruisme
O Nagel, Thomas (I970) menjelaskan perkataan
“altruisme” sebagai sesuatu sikap atau
perbuatan yang menyenangkan, memanfaatkan
dan prihatin terhadap orang lain.
O Altruis (altruist) ialah orang yang pemurah atau
dermawan.
O Nagel, T. berpendapat bahawa untuk memperoleh
sifat altruisme dalam diri sendiri, seseorang
individu mesti juga bersifat empati, bersifat
terbuka dan percaya akan orang Iain, bertoleransi
dan boleh menerima orang lain.
Perbezaan antara Prinsip
Altruisme & Keadilan
O Keadilan ialah sesuatu perkara (perbuatan,
kelakuan & tindakan) yang rasional.
O Altruisme adalah satu sifat yang bukan sahaja
amat mulia tetapi terlalu mulia.
Soalan
1. Apakah ciri-ciri insan moral?
2. Buat perkaitan antara nilai-nilai
murni dan konsep insan moral.
3. Apakah prinsip-prinsip asas
kemoralan?
Sekian, terima kasih…

Anda mungkin juga menyukai