Anda di halaman 1dari 20

Arowana Gold Malaysia

Ikan emas Ikan pelaga Ikan koi

Super Red Arowana (Indonesia)

Crossback Golden Head

Menceriakan kawasan sudut rumah, pejabat, dan kelas.


Menghayati kehidupan alam akuatik

Memberi ketenangan

PENJAGAAN IKAN HIASAN


Ikan hiasan biasanya dipelihara dalam kolam atau

akuarium. Penjagaan ikan hiasan dan akuarium adalah merupakan satu perkara yang mesti dilakukan oleh pemilik ikan hiasan. Ini adalah kerana penjagaan ikan hiasan dan akuarium adalah berkait rapat. Jika akuarium sentiasa bersih dan airnya sesuai untuk ikan, ikan pula diberi makan secukupnya maka ikan hiasan anda akan hidup sihat. Untuk itu di bawah ini diberikan sedikit tips untuk penjagaan ikan dan akuarium anda. Penjagaan ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

Penjagaan Harian
Makanan adalah dianggap mencukupi jika dapat

dihabiskan oleh ikan dalam masa 1 hingga 2 minit. Jangan memberi ikan makanan yang berlebihan kerana akan memudaratkan ikan hiasan anda. Makanan diberi tiga kali sehari, iaitu pagi, tengahari dan lewat petang mengikut saiz, jenis dan bilangan ikan.

Penjagaan Harian
Ikan yang telah mati hendaklah dibuang segera

agar bakteria atau penyakit berjangkit boleh berjangkit kepada ikan yang lain. Asingkan dan berikan rawatan kepada ikan yang mempunyai tanda-tanda sakit atau tidak normal. Umpamanya lemah, tidak mahu makan, sisik tertanggal, perut kembung, berubah warna dan sebagainya. Bahagian tangki akuarium dan aksesori hendaklah dibersihkan dari segala kotoran.

Ikan yang mati perlu dibuang dengan segera agar

tidak membahayakan ikan hiasan yang lain. Pastikan semua peralatan seperti sistem pengudaraan, penapis air, pam udara dan lampu (jika ada) berfungsi dengan baik. Pastikan juga tiada kebocoran elektrik. Kebocoran elektrik akibat peralatan elektrik di dalam akuarium boleh membunuh ikan hiasan dan juga membahayakan diri anda.

Sentiasa pastikan kualiti air seperti nilai pH (kadar

keasidan air) sesuai iaitu di antara 6.5 hingga 7.5 yang boleh diukur dengan kertas pH, kandungan oksigen dan karbon dioksida berada dalam keadaan yang sesuai untuk ikan hiasan hidup. Suhu air sesuai iaitu sekitar 26C hingga 27C. suhu ang terlalu rendah atau tinggi boleh menyebabkan ikan mati. Suhu bilik sesuai untuk ikan hidup dengan baik. Perhatikan keadaan air, air yang keruh mengandungi bahan buangan urin dan najis perlu ditukar kerana ia mengandungi bahan beracun iaitu ammonia dan nitrat.

Penjagaan Mingguan
Menggantikan air dalam akuarium . Air sebanyak

atau bahagian daripada isipadu tangki perlu diganti setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu. Jangan sekali-kali ganti keseluruhan air dalam akuarium. Keadaan ini akan menyebabkan ikan hiasan tertekan kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan air yang baru. Tekanan akibat penggantian air secara menyeluruh boleh menyebabkan ikan hiasan anda mati. Pastikan juga anda memasukkan air yang baru sehingga ke paras yang sesuai/asal.

Buang atau cantas dahan tumbuhan akuatik yang

tumbuh terlalu tinggi atau banyak hingga menyebabkan akuarium nampak sesak. Langkah-langkah membersihkan akuarium: Lap dinding akuarium dengan menggunakan span untuk buang kotoran. Keluarkan 2/3 air daripada akuarium dengan menggunakan salur getah.

Bersihkan alat penapis dan buang kotoran yang ada

dan keringkan. Masukkan alat penapis, kapas penapis air dan air yang telah dinyah klorin ke dalam klorin. Sekiranya kapas sudah terlalu kotor gantikan dengan kapas yang baru. Pastikan anda tidak membuka mesin penapis air untuk mengelakkan kerosakan dan memadai dengan hanya mencuci bahagian luarannya sahaja.

Penjagaan kesihatan penyakit dan rawatan

Jenis penyakit ikan hiasan


Penyakit Bintik Putih Penyakit ini dipanggil bintik putih kerana ia berwarna keputih-putihan. Penyakit ini adalah disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik ikan hiasan akibat suhu air yang terlalu sejuk. Penyakit jenis ini boleh dirawat dengan menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa.

Penyakit kulat
Kulat yang kelihatan seperti kapas biasanya tumbuh di bahagian sirip, mulut dan pada bahagian badan yang mengandungi luka. Ia boleh dirawat dengan menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan hiasan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

Jangkitan bakteria Jika warna ikan hiasan menjadi pudar, bintik putih seperti gula pada badan dan sisik, kulat pada luka, kulat sisik mengembang atau perut buncit maka ikan hiasan tersebut terkena jangkitan bakteria. Jangkitan bakteria boleh berlaku disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan tidak sesuai atau ikan hiasan mengalami tekanan. Ia boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik yang boleh didapati di kedai ikan hiasan.

Penyakit dan pencegahan


Penyakit Sirip berfungus Simptom Sirip koyak Hujung berjeli Punca Air dalam akuarium kotor Rawatan Ubat fungus

Sirip berdarah Fungus mulut


Bintik putih Columnaris Sirip busuk Flavo bacteria

Jalur merah pada sirip Kapas putih menyaluti mulut.


Bintik seperti gula pada badan sirip Kapas putih bercambah dari sirip atau badan Sirip rosak dan kembang Ikan berenang tnpa tujuan dan menggelupur

Gyrodactylus parasit Bakteria


Parasit protozoa Bakteria Flexobacter Fungus Saprolegnia Bakteria dalaman

Ubat parasit Ubat parasit


Ubat parasit Ubat fungus Ubat fungus Ubat parasit

Faktor penyebab penyakit


1. Suhu air dalam akuarium Suhu air yang di dalam akuarium yang terlalu sejuk membolehkan parasit ikan hidup dan membiak di dalam akuarium. Parasit ini akan melekat pada sisik (badan) ikan hiasan dan menyebabkan ikan hiasan sakit.

2. Air di dalam akuarium yang kotor Air akuarium yang tidak diganti atau dirawat akan menjadikannya kotor akibat daripada najis dan lebihan makanan ikan. Air yang kotor boleh menjadi racun kepada ikan hiasan. Selain itu air yang kotor dan berkeladak juga akan mengurangkan kadar oksigen di dalam akuarium sekaligus akan menyebabkan ikan lemas atau mati.

3. Luka atau kecederaan ikan yang tidak dirawat Ikan yang luka atau mengalami kecedaraan akibat proses pemindahan dari akuarium lain juga boleh mengundang penyakit kepada ikan hiasan. Sebaikbaiknya ketika memindahkan ikan terutama ikan yang agak agresif atau besar pemiliknya perlu memasukkan cecair pelali yang boleh didapati di kedai ikan hiasan. Anda juga perlu mendapatkan cara untuk menggunakan ubat pelali ini daripada pemilik kedai ikan hiasan untuk mengelakkan kesilapan yang boleh membunuh ikan hiasan anda.

Anda mungkin juga menyukai