Anda di halaman 1dari 5

3.

0 PEMELIHARAAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM

Pada era ini, pemeliharaan ikan hiasan merupakan suatu perkara yang amat diminati
oleh generasi sekarang. Pemeliharaan ikan hiasan ini menjadi hobi yang baik kepada generasi
sekarang yang mampu membina ilmu pengetahuan tentang pelbagai ikan hiasan dari semua
aspek. Sehubungan dengan itu, pemeliharaan ikan hiasan dapat meningkatkan kecerdasan
dan kesihatan pemelihara. Hal ini kerana, pemelihara ikan sentiasa melakukan tugasnya
dengan membersihkan akuarium, memberi makanan dan sebagainya. Dengan ini, pemelihara
sentiasa cergas membuat kerja tanpa duduk di satu tempat menggunakan telefon bimbit
sahaja. Kebanyakan orang menggunakan ikan sebagai makanan namun, ada yang menjadikan
ikan untuk menghias rumah. Ikan hiasan dapat mengindahkan sudut-sudut di dalam rumah dan
juga mencantikkan suasana persekitaran rumah. Dengan pemeliharaan ikan, ketenangan dan
kesabaran, tanggungjawab dapat ditingkatkan dalam diri seseorang pemelihara ikan.

Sehubungan dengan itu, akuarium sangat penting bagi memelihara ikan hiasan. Kita
perlu menyediakan alatan dan bahan yang sesuai untuk menghasilkan akuarium yang menarik
dan selesa untuk memelihara ikan hiasan. Jadual 1 menunjukkan alatan dan bahan
kelengkapan akuarium.

ALATAN DAN BAHAN


Akuarium

Pam air

9
Penapis air

Pasir sungai

Batu kecil dan batu


besar

Tumbuhan tiruan

Kayu buruk

Makanan ikan

10
Anti-Klorin

JADUAL 1: ALATAN DAN BAHAN KELENGKAPAN AKUARIUM

Dalam hal ini, terdapat beberapa perkara perlu diketahui sebelum memilih akuarium,
iaitu jenis ikan hiasan yang hendak dipelihara, saiz dan kuantiti ikan hiasan, dan lokasi untuk
meletakkan bekas atau akuarium tersebut. Pada masa yang sama, terdapat beberapa kaedah
pelaksanaan akuarium. Pemilihan bekas akuarium bergantung pada faktor-faktor tertentu.
Antaranya ialah, jenis ikan, bilangan ikan, dan jenis akuarium. Pemelihara boleh membeli
akuarium di pasaran mengikut citarasa dan keperluan mereka mengikut bilangan ikan yang
mereka ingin pelihara. Akuarium yang sesuai untuk memelihara ikan hiasan adalah diperbuat
daripada kaca. Oleh itu, saya telah membeli sebuah akuarium yang bersaiz sederhana,
berbentuk segi empat sama dan diperbuat daripada kaca.

Disamping itu, saya juga membersihkan akuarium dan aksesori dengan bersih sebanyak
2 kali dalam seminggu bagi mengelakkan menjangkit kuman. Aksesori akuarium merupakan
alatan yang penting untuk akuarium berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan berada dalam
keadaan sihat dan selesa dalam akuarium. Saya juga menyediakan pam air dan penapis air
dalam akuarium tersebut. Ia merupakan bahan yang sangat penting dalam sesebuah
akuarium. Hal ini kerana, pam air berfungsi untuk mengitar pergerakan air yang terdapat di
dalam akuarium. Udara yang sentiasa bergerak akan mengekalkan suhu air di dalam
akuarium. Seterusnya, penapis air juga sangat penting kerana ia mengeluarkan sisa makanan,
najis ikan dan habuk. Jika, kita tidak menggunakan penapis air kotoran tersebut yang menjadi
bakteria dan akan menjangkit ikan kerana ia mengurangkan kandungan oksigen dalam air dan
meningkatkan pH iaitu air akan menjadi lebih asid dan juga meningkatkan kandungan ammonia
dalam air. Kandungan ammonia yang berlebihan akan menjadi racun kepada kepada ikan.
Dengan ini, ikan akan mati. Jadi, pam air dan penapis air sangat penting untuk memelihara
ikan. Tambahan pula, bagi menceriahkan dan mengindahkan suasana akuarium saya telah

11
menaburkan batu-batu hiasan yang pelbagai warna, pasir, dan kayu buruk dalam akuarium.
Pastikan mempunyai ruang untuk ikan berenang dengan selesa semasa menghias akuarium.

Selepas menghias akuarium, saya telah menuang air ke dalam akuarium dan
menitiskan anti-klorin sebanyak 2 kali penutup botol anti-klorin tersebut. Anti-klorin sangat
penting kerana ia akan meneutralasikan air dengan menghilangkan klorin yang ada dalam air.
Hal ini kerana, klorin yang ada dalam air dapat membunuh ikan kerana ia akan meninggikan pH
air tersebut. Seterusnya, saya juga meletakkan tumbuhan tiruan dalam akuarium bagi ikan
berasa selesa dan dapat bermain dengan tumbuhan tersebut. Setelah menyiapkan semua
proses, saya telah menghidupkan suis alat penapis. Pemilihan ikan yang sesuai sangat penting
bagi memelihara di dalam akuarium. Jenis ikan liar tidak dapat dipelihara di dalam akuarium
kerana ia bahaya. Jadi, beli ikan hiasan yang sesuai yang jual di kedai ikan dan pelihara ikan
tersebut dalam akuarium. Pemilihan jenis ikan sangat penting untuk menghasilkan akuarium
yang cantik. Antara ikan-ikan hiasan ialah, ikan koi, ikan pelaga, ikan angel, ikan guppy, ikan
kelisa dan ikan emas. Semasa membeli ikan hiasan, kita perlu mengabil tahu bahawa ikan ini
dapat dipelihara dalam akuarium, suhu, serangan penyakit dan sebagainya. Dengan
mengambil tahu perkara ini, kita dapat membeli dan memelihara seekor ikan hiasan yang cantik
dan sihat dan memelihara di dalam akuarium yang disediakan.

Pada masa yang sama, penyediaan akuarium sahaja tidak mencukupi, malah kita harus
manjaga ikan dan akuarium dengan betul. Setiap hari harus memberi makanan kepada ikan
sebanyak 2 kali dalam kuantiti yang sepatutnya kerana makanan yang berlebihan akan
membahayakan ikan dan juga menjadikan air kotor. Tambahan pula, membersihkan akuarium
dengan menukar air dan mencuci akuarium dengan betul bagi mengelakkan ikan menjangkit
penyakit. Membersihkan akuarium sebanyak 2 kali dalam seminggu bagi mengelakkan air
menjadi kotor dan berbau. Semasa membersihkan akuarium, kita perlu mengambil tahu
bahawa aksesori dalam akuarium berfungsi dengan betul atau tidak dan juga mencuci dengan
air yang bersih. Cuci kapas penapis kerana ia serap sisa-sisa kotoran dalam air seperti
makanan dan najis. Pemelihara juga sentiasa mengambil tahu kualiti air iaitu nilai pH, oksigen,
karbon dioksida, dan ammonia bagi ikan sentiasa hidup sihat dan selesa. Dalam hal ini,
memelihara ikan hiasan bukan perkara yang senang kerana ia memerlukan perhatian yang
banyak, tanggungjawab dan juja kesabaran untuk melakukan segala tugas pemeliharaan ikan.

12
Akhirulkalam, dengan mempelajari kursus ini saya dapat mengetahui dan
menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang perikanan. Saya dapat mempelajari tentang cara
yang betul untuk memelihara dan menyediakan akuarium untuk ikan hiasan. Pemeliharaan
ikan hiasan merupakan hobi yang baik kepada generasi sekarang. Dengan ini, generasi
sekarang tidak ada masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak betul dengan
melibatkan diri mereka dalam aktiviti yang betul dan mengadakan hobi yang positif. Tambahan
pula, dengan pemeliharaan ikan kita juga dapat menerapkan dan juga meningkatkan nilai-nilai
murni dalam diri kita. Misalnya, nilai bertanggungjawab, kesabaran, kerajinan dan sebagainya
apabila melakukan tugas pemeliharaan ikan dengan betul.

13

Anda mungkin juga menyukai