Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan kemahiran komunikasi berkesan di dalam bilik darjah dapat dibahagikan kepada

beberapa elemen atau aspek. Yang pertama ialah pengajar. Sebagai seorang pengajar yang
tugasnya adalah untuk mengajarkan sesuatu ilmu atau pengetahuan, guru perlu mahir dalam
menyampaikan fakta dan menjelaskan fakta tersebut kepada murid-muridnya. Pencapaian hasil
pembelajarab yang telah ditetapkan adalah bergantung kepada kebolehan guru menyampaikan
dan menyebarkan ilmu kepada murid-murid. Hal ini demikian kerana komunikasi antara guru
dengan murid merupakan salah satu faktor terpenting yang mempengaruhi proses
pembelajaran. Keupayaan guru dalam berkomunikasi menentukan minat belajar dan prestasi
pencapaian akademik murid.

Dari segi aspek pendidik, guru berperanan sebagai pendidik selain menjadi pengajar.
Peranan pendidik penting dalam membentuk manusia menjadi insan yang sempurna seperti
yang dituntut oleh agama dan selari dengan kehendak keluarga, masyarakat dan negara.
Sehubungan dengan itu, peranan guru dalam melaksanakan tugas tersebut memerlukan
kehenatan guru berkomunikasi dengan golongan yang dididik. Sebagai pendidik, guru menjadi
contoh terbaik dan individu yang paling rapat dengan murid. Setiap tindakan dan perlakuan
guru diperhatikan oleh murid dan cara guru menjalinkan hubungan dengan pihak lain turut
diperhatikan dan hal ini menjadi ikutan murid.

Dari segi aspek ejen perubahan, sebagai ejen perubahan bukan mudah bagi guru
membuka minda murid yang telah sebati dengan sesuatu fahaman dan budaya kehidupan yang
tebal. Kehebatan komunikasi seseorang ejen perubahan dapat dikesan apabila pihak yang ingin
diubah mengalami perubahan tingkah laku. Dari segi aspek pemimpin, seorang guru sebagai
seorang pemimpin perlu menguasai kemahiran berkomunikasi dalam memastikan
kepimpinanya diterima. Sebagai contoh, guru boleh menghubungi ibu bapa murid melalui
panggilan telefon atau bersemuka untuk membincangkan perkembangan muridnya dan
kemahiran komunikasi guru sewaktu berbincang dengan ibu bapa mempengaruhi pandangan
ibu bapa terhadap peranan dan kepimpinan guru. Sekolah-sekolah yang hebat juga berjaya
mengadakan hubungan kolaborasi dengan ibu bapa apabila kepimpinan sekolah bijak
menjalankan peranan mereka sebagai pemimpin dengan menjalinkan hubungan dengan ibu
bapa dan komuniti.
Akhir sekali, guru juga berperanan penting sebagai ejen hubungan sosial terutamanya
dalam kalangan murid. Sebagai seorang penggerak hubungan sosial, guru perlu memainkan
peranannya dengan berkesan terutama dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti yang mendorong
hubungan sosial dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai aras, perbezaan latar
belakang sosiobuday dan etnik. Kemahiran komunikasi seseorang guru membolehkannya
mengendalikan aktiviti yang menjurus ke arah pemupukan kesedaran dan tanggungjawab
sosial dengan nilai-nilai negara Malaysia yang melayan setiap perbezaan dan menjadikan
sebagai satu nilai yang dikongsi bersama.

Anda mungkin juga menyukai