Tujuan ikan hiasan dipelihara oleh kebanyakkan orang adalah sebagai hobi. Namun begitu,
ikan hiasan juga boleh memberi ketenangan minda atau memperindah ruangan yang
biasanya ditempatkan dalam akuarium. Terdapat empat jenis keluarga ikan hiasan air tawar
di Malaysia iaitu cyprinidae, anabantidae, poecilidae dan characidae.
Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai
pelindung daripada patogen-patogen yang terdapat di dalam air (Walter & Karen, 2007).
Selain itu, kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi
warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dapat dilihat pada warna
sisik, saiz, bentuk badan, cara dan tabiat makan, jantina dan gaya berenang.
Akuarium marin dipilih sebagai tema landskap dalam akuarium untuk ujian amali ini.
Marin merujuk kepada kawasan lautan. Dengan kata lain, akuarium marin adalah bekas
yang dihias atau direka berbentuk seperti di dasar lautan dengan hiasan-hiasan yang
menarik seakan-akan berada di dasar lautan. Tema ini dipilih kerana ia merupakan alternatif
yang menarik untuk melihat suasana lautan di dalam bekas akuarium.
Untuk amali kali ini, saya memilih untuk meletakkan habitat kawasan marin yang
dipenuhi dengan batu-batu karang dan tumbuhan di dalam akuarium ini. Namun, kawasan
dasar lautan yang ingin dijadikan adalah bersih dan kemas tersusun rapi serta saya akan
menampakkannya seolah-olah seperti lubuk dimana tersimpannya batu-batu permata.
Dengan bantuan pencahayaan yang baik, akuarium ini akan nampak bersilau-silau sama
seperti ketika kita berada di dalam atau laut.
Dalam amali ini, saya memelihara ikan di dalam akuarium ini dimana saya memilih
empat jenis ekor ikan yang berlainan untuk hidup secara berpasangan. Keputusan ini dibuat
supaya ikan-ikan ini hidup berteman dan tidak kesunyian. Berikut adalah jenis ikan dipilih:
Ikan Angelfish
2.
Ikan Kap
Ikan Kap merupakan ikan
yang berasal dari keluarga
Cyprinidae
3.
Ikan Mas
Ikan Mas merupakan ikan yang
berasal dari keluarga
Cyprinidae
4.
Ikan Lampam
Ikan Lampam merupakan ikan
yang berasal dari keluarga
Cyprinidae
PENYEDIAAN ALATAN, BAHAN DAN TUMBUHAN AKUATIK
Dalam amali ini, semua bahan seperti batu dan kayu adalah dari sumber semulajadi
yang saya cari sendiri di lereng-lereng bukit dan anak sungai. Manakala, peralatan dan
tumbuhan akuatik adalah dibeli di kedai-kedai akuarium di sekitar Jerteh dan Besut. Berikut
adalah alatan, bahan dan tumbuhan akuatik yang digunakan:
2. Tumbuhan palsu
5. Batu kristal
7. Sistem Pengudaraan
PENYEDIAAN AKUARIUM
Beberapa hari sebelum ujian amali ini bermula, batu dan kayu yang saya cari di
sekitar kawasan IPG dibasuh terlebih dahulu daripada kotoran yang ada supaya tidak
mengeruhkan akuarium apabila diletakkan di dalam akuarium nanti. Batu dan kayu tersebut
pula kemudiannya, direndam di dalam air bergaram semalaman sebelum dijemur agar
segala patogen-patogen yang terdapat padanya dihapuskan dan membiasakan batu-batu
tersebut apabila direndam di dalam akurium untuk mengelakkannya bertindakbalas terutama
seketul batu bukit yang saya cari mempunyai unsur kapur. Seketul batu kapur ini saya pilih
untuk diletakkan di dalam akuarium kerana dapat meneutralkan keadaan berasid di dalam
air.
Satu jam sebelum ujian amali ini dijalankan, saya telah menyenarai semak semula
alatan, bahan dan tumbuhan akuatik yang diperlukan cukup. Saya juga memastikan alatan
yang hendak digunakan berfungsi dengan baik dan tiada masalah. Semasa ujian amali
berlangsung pula, berikut merupakan langkah-langkah yang dijalankan:
4. Memasukkan air
Pemeriksaan klorin
1. Masukkan 5ml air akuarium ke dalam
silinder penyukat.
2. Titiskan 5 titisan larutan klorin tester ke Memeriksa klorin air.
Suhu air
1. Letakkan thermometer ke dalam akurium
selama 1-2 minit dan ambil bacaannya.
2. Hasil bacaan suhu akuarium ini adalah
29 darjah celcius.
3. Suhu sesuai untuk ikan hiasan adalan
antara 27 sehingga 32 darjah celcius.
Selepas selesai melakukan ujian kualiti air di dalam akuarium, ikan telah bersedia
untuk dilepaskan. Namun begitu, beberapa aspek harus dipatuhi dan kaedah melepaskan
ikan juga harus betul bagi mengelakkan ikan menjadi stress dan mati setelah dimasukkan ke
dalam akuarium.
2. Melepaskan ikan
Ikatan pada plastik perlu dibuka dahulu terbalikkan
separuh plastik sampai air dalam plastik bertemu
dengan air akuarium.
Kemudian, biarkan ikan-ikan itu keluar dengan
sendirinya.
Ikan tidak boleh dituang terus ke dalam akuarium
bagi mengelakkannya terkejut dan mati.
Setelah selesai, buang plastik tersebut ke dalam
tong sampah.
Perlu diambil perhatian, sistem pencahayaan yang terang perlu ditutup ketika proses
melepaskan ikan untuk mengelak ikan berasa terkejut dan stress (Sharpe, 2017).
Makanan yang dipilih untuk diberikan kepada ikan hiasan adalah makanan rumusan
daripada jenis pallet yang bersaiz kecil. Ini kerana bentuk makanan ini sesuai dengan ikan
yang dipelihara bersaiz kecil dan saiz mulutnya juga kecil. Makanan rumusan jenis pallet ini
juga dipilih kerana ikan dapat memakannya seterusnya menghadamnya dengan baik.
Makanan rumusan ini dirumus sama seperti diet yang diperlukan oleh ikan hiasan
seperti mengadungi zat-zat seperti karbohidrat, lemak, protein dan vitamin untuk ikan
bergerak dengan aktif. Makanan rumusan juga tidak terlalu mencemarkan akuarium.
Makanan rumusan ini diberikan kepada ikan hiasan sebanyak 2 kali sehari mengikut
kadar yang bersesuaian dengan jumlah ikan. Berikut merupakan jadual harian pemberian
Perlu diambil perhatian, kadar makanan yang berlebihan akan menyebabkan ikan
lebih kerap mengeluarkan najis dan menyebabkan kandungan ammonia di dalam akuarium
meningkat (Dawes, 2001). Di samping itu, ia juga akan menyebabkan ikan mengalami
obesiti.
KESIMPULAN
Secara global, perdagangan ikan hiasan air tawar sangat menjanjikan pulangan yang
baik dek permintaan yang konsisten daripada pembeli. Senario ini menyebabkan
pembenihan ikan hiasan air tawar berkembang dengan baik sehingga perkembangannya
lebih cepat daripada mana-mana industri asas tani yang lain.
Namun begitu, aspek penjagaan dan pengurusan ikan hiasan tidak harus dipandang
dengan sebelah mata. Akuarium atau kolam dimana terdapatnya ikan hiasan ini harus dijaga
dengan baik bagi memastikan ikan hiasan tersebut kekal hidup sihat dan mengelakkan
pembaziran. Penyediaan tempat untuk ikan juga harus sesuai dengan habitat asal ikan
tersebut supaya ikan dapat hidup dengan baik dan selesa tanpa gangguan (Dawes, 2001).
RUJUKAN
Walter, A., & Karen, L. (2007). Dynamic Aquaria: Building Living Ecosystem.London:
Elsevier.
http://www.moa.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=bbf683d0-7506-4062-a50c-
4681c07c89f6&groupId=41803
Sharpe, S. (2017). Paludarium - Marsh Like Habitats for Aquarium. Diperoleh dari
https://www.thesprucepets.com/what-is-a-paludarium-1380691