Anda di halaman 1dari 9

Penyediaan Bekas

Memilih Akuarium dan Aksesori

1.Aspek-aspek yang dititikberatkan dalam pemilihan akuarium dan lokasi :-

a) Saiz akuarium cukup untuk tumbesaran ikan

b) Akuarium harus ditempatkan di sudut yang sunyi untuk tumbesaran


ikan,

c) Lokasi akuarium perlu berdekatan dengan sumber elektrik dan sumber


air untuk memudahkan pemasangan aksesori yang melibatkan penggunaan
air dan elektrik.
Jenis-jenis Akuarium :

1. Akuarium kaca
2. Akuarium plastik
3. Akuarium kaca bulat
4. Akuarium kaca berbadan kayu
5. Akuarium kaca berbingkai aluminium
6. Akuarium yang dijual pada hari ini terdiri
daripada yang berbentuk panjang
Maklumat Tambahan : Bersaiz 60cm, 90cm, dan 120cm

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa


faktor tertentu seperti:
jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)
jenis ikan hiasan
bilangan ikan hiasan
saiz ikan hiasan
saiz akuarium

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm


sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz
kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar
seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar.
embersihan Bekas,Menukar Air
dan Mencuci Penapis.

1. Penjagaan akuarium terbahagi kepada dua,iaitu:-


a. Penjagaan harian b.penjagaan mingguan

2. Penjagaan Harian.
a) Meliputi penjagaan makanan ikan,
b) Membuat pemerhatian tentang kelakuan ikan,
c) Membuang ikan yang telah mati,
d) Memastikan semua peralatan kelengkapan akuarium seperti
kelengkapan pengudaraan,penapis dan lampu berfungsi
dengan baik,
e) Mengukur kualiti air seperti nilai pH,ammonia,oksigen dan
karbon dioksida dengan menggunakan alat yang sesuai.
3. Penjagaan Mingguan

a) Menukar atau mengganti air setiap minggu atau sekurang-

kurangnya dua minggu sekali sebanyak atau 1/3

bahagian daripada isi padu tangki,

b) Mencantas tumbuhan akuatik yang terlalu tinggi,

c) Membersihkan bahagian hadapan cermin tangki,

d) Memadamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis

dan lampu buat sementara waktu,

e) Membersihkan semua kotoran yang terdapat di dalam tangki

dengan menggunakan sifon,

f) Mencuci kapas penapis dengan air bersih,

g) Menambah air di dalam tangki sehingga paras asal.


MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM

Langkah 1
Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan
ketebalan lebih kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan
tangki dengan air paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah
klorin air. Lapkan air yang tertumpah diatas lantai untuk
mengelakkan lantai menjadi licin.

Langkah 2
Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria
sp.Ikan akar tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan
akarnya ke dalam pasir.

Langkah 3
Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang
akuarium untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik.
Langkah 4
Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari
kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.
Langkah 5
Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu
boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul
kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam
akuarium.
Langkah 6
Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik
di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk
menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama
seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias
akuarium.

Anda mungkin juga menyukai