Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2019

SMK KELANA JAYA


ANJURAN
UNIT KO-KURIKULUM, UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING & BIDANG KEMANUSIAAN

1.0 PENDAHULUAN

Bulan patriotik ini dilaksanakan di peringkat sekolah untuk meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan kepada para murid terhadap Hari Kemerdekaan dan pengorbanan yang
dibuat oleh pejuang-pejuang kita dan juga penderitaan yang dialami oleh mereka semasa
perjuangan menuntut kemerdekaan. Bulan Kemerdekaan ini adalah anjuran Unit Ko-
Kurikulum, Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan Bidang Kemanusiaan.

Program yang dijalankan sempena Hari Kemerdekaan ini akan diteruskan dengan
memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk memberi kesedaran yang lebih
mendalam serta penglibatan yang luas daripada para murid. Para murid juga diharapkan
dapat menghayati erti kemerdekaan dan bersyukur dengan kemakmuran negara pada hari
ini. Ini adalah selaras dengan keinginan Perdana Menteri yang mahu negara kita bebas
daripada penjajahan semula oleh orang asing.

Sambutan Bulan Kemerdekaan adalah bertujuan untuk memupuk semangat kemerdekaan


serta cintakan negara dan merupakan salah satu langkah menghadapi pelbagai isu
perpaduan di kalangan generasi muda.

2.0 OBJEKTIF
i) Memupuk semangat jati diri dan cintakan negara kepada semua murid yang merupakan
pewaris negara pada masa akan datang.
ii) Menarik minat murid untuk menghayati erti kemerdekaan dan bersyukur dengan
kemakmuran negara pada hari ini.
iii) Melahirkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dengan menghayati lagu-lagu patriotik
dan lagu kebangsaan.
iv) Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan muridr dan warga SMKKJ
melalui aktiviti – aktiviti yang disediakan.
3.0 SASARAN
Semua warga SMK Kelana Jaya

4.0 TARIKH PERLAKSANAAN


29 Julai hingga 23 September 2019
Majlis Pelancaran dan Perasmian Bulan Kemerdekaan: 29 Julai 2019
Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan : 28 Ogos 2019
Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah : 23 September 2019

5.0 JAWATAN KUASA INDUK

Pengerusi : Tuan Hj Jamaluddin bin Haron - Pengetua


Naib Pengerusi : Pn. Hana Marlin bt Esa - PK Ko-Kurikulum
Pn. Tham Choong Yeeng - Penolong Kanan
En. Mohd Nasir bin Ayop - PK HEM
Pn. Jamilah bt Khalid - PK Pendidikan Khas

Penyelaras : Pn. Nor Azah bt Zulkapli - GKMP Kemanusiaan


Setiausaha : Pn. Siti Rohayu bt Ahmadan
Pen. Setiausaha : Pn. Teh Azriah bt Isahak
6.0 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

KUMPULAN TUGASAN

Kaunselor -Penyediaan Buku Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada


29 Julai 2019
-Penyediaan Buku Program untuk Penutup Bulan Kemerdekaan
pada 23 September 2019
Panitia Sejarah -Mengendalikan majlis untuk Pelancaran dan Penutup Bulan
Kemerdekaan
-Menempah Bunting untuk Pelancaran
-Menguruskan Kuiz Spontan Sejarah
-Memastikan Jalur Gemilang digantung di seluruh bangunan sekolah

Panitia P.S. Visual -Mengendalikan Aktiviti Mural


-Menyediakan hadiah dan sijil penyertaan

Panitia Sivik -Menguruskan aturcara untuk pelancaran iaitu Persembahan sketsa


Kewarganegaraan
Panitia P.Moral -Mengadakan Lawatan Sempena Bulan Kemerdekaan
-Menyediakan Teks Ucapan Perasmian dan Penutup
Panitia PJPK -Mengadakan pertandingan melukis poster terbuka untuk semua
murid
Panitia -Menguruskan Dokumentasi Sambutan Bulan Kemerdekaan
P.Islam/T.Islam
Panitia Geografi -Menguruskan Pertandingan mencipta model bentuk muka bumi
mempengaruhi strategi peperangan
Unit-Kokurikulum -Mengendalikan Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan dan
Lawatan daripada Jepun
-Penyediaan Buku Program untuk Sambutan Ambang Merdeka pada
28 Ogos 2019

7.0 AKTIVITI-AKTIVITI SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2019

1. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia (29 Julai 2019)


1.1 Perhimpunan Rasmi Sekolah
 Bacaan Doa
 Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor
 Bacaan Ikrar Rukunegara
 Ucapan dan Perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia
 Persembahan
 Bersurai
2. Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan (28 Ogos 2019)
2.1 Perhimpunan
 Simbolik Penyerahan Bendera
 Nyanyian Lagu Patriotik
- Jalur Gemilang
- Keranamu Malaysia
- Tanggal 31
 Laungan Merdeka 3 kali
 Bersurai

3. Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Malaysia (23 September 2019)


3.1 Perhimpunan Rasmi Sekolah
 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu sekolah
 Bacaan Doa
 Bacaan Ikrar Rukunegara
 Pemberian Hadiah dan Sijil kepada Pemenang
 Ucapan Pengetua
 Bersurai

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2019

BIL PERBELANJAAN RINGGIT


MALAYSIA
PCG PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 360.00
1. Bunting Pelancaran 30.00

2. Hadiah Pertandingan (Kuiz Spontan) 60.00


(RM2.00 x 30)
3. Hadiah Pertandingan Melukis Poster 110.00
Johan : RM50.00
Naib Johan : RM35.00
Ketiga : RM25.00
4. Pertandingan mencipta model bentuk muka bumi 110.00
Johan : RM50.00
Naib Johan : RM35.00
Ketiga : RM25.00
5. Sijil Penyertaan 50.00
JUMLAH PERBELANJAAN 360.00
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan pelaksanaan semua aktiviti sekolah melalui Sambutan Bulan
Kemerdekaan murid-murid dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran
tentang patriotisme dan pengorbanan yang dilakukan oleh penjuang. Tambahan pula, ia
menggalakkan penyertaan murid dalam proses pembelajaran dan pendidikan bersepadu
secara langsung dan tidak langsung berhubung dengan Bulan Kemerdekaan melalui
kegiatan dan aktiviti di luar bilik darjah. Justeru itu, program ini diharapkan dapat
melahirkan generasi warga Malaysia yang bersemangat patriotik dan bersemangat waja.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

(SITI ROHAYU BT AHMADAN) (HANA MARLIN BT ESA)


Setiausaha Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Disahkan Oleh:

(JAMALUDDIN BIN HARON)


Pengetua

Anda mungkin juga menyukai