Anda di halaman 1dari 5

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL 1.

Memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang diingini. Oleh itu,guru hendaklah menunjukkan tingkah laku yang positif. 2. Guru menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Intensif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi bagi menggalakkan berlakunya tingkah laku yang baik dalam kalangan murid-murid kita. 3. Perkembangan manusia . 4. Penyesuaian seimbang. TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME 1. Guru perlu sedar bahawa setiap murid mempunyai keperluan asas yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. 2. Guru perlu peruntukkan sedikit masa pada awal sesi pengajaran untuk mengenalpasti apakah kekurangan dari segi keperluan asas yang perlu diberi perhatian. 3. Perhatian perlu diberi terhadap pemilihan tugasan

pembelajaran yang dapat meransangkan minat dan naluri ingin tahu dalam kalangan murid-murid kita.

THURSDAY, JULY 30, 2009

TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGERS (HUMANIS)

Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum. Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama, antaranya: i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi. ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain. iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya. v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri. http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/teori-pembelajaran-carl-rogershumanis.html http://www.scribd.com/doc/24691096/10-TEORI-PEMBELAJARAN-SOSIAL

iii) Mazhab Humanis Mengikut ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya mulia dan baik. Individu akan membesar dengan baik sekiranya persekitaran dalam kehidupan mereka adalah sesuai dan baik. Mengikut mazhab ini, pembelajaran manusia bergantung pada emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan bahawa setiap individu mempunyai cara belajar yang berlainan dan berbeza. Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama, antaranya: i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi. ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain. iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya. v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri.
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/teori-pembelajaran.html

Hubungkait teori-teori pembelajaran dengan kepentingan penggunaan sumber-sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran
i. Gagne: Bahan bercetak. Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) memperkenalkan sebuah teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Bahan bercetak merupakan sumber pelajaran yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Bahan-bahan bercetak yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar. Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar. Bahan-bahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Hal ini sesuai dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek. Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya. Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan kepada penggunaan bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti membuat graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang sesuatu laporan. ii. Bruner: Penggunaan Peta Minda dan Bahan Eksperimen Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui murid itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Dalam mempelajari manusia, Bruner menganggap manusia sebagai pemproses, pemikir dan pencipta informasi. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran itu meliputi tiga proses kognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi pengetahuan, dan menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan. Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti sebagai sumber utama pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada teori beliau. Melalui sumber-sumber tersebut, murid akan memperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran kerana aktviti seperti eksperimen melibatkan penglibatan langsung murid-murid dan akan mendedahkan mereka kepada pengalaman-pengalaman yang baru. Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Oleh yang demikian, penggunaan peta minda diterapkan di dalam teori beliau. Pengetahuan perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. iii. Bandura: Relia dan Model Mengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia.Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara tidak langsung, mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif. Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh ditunjukkan kepada muridmurid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan pemikiran. Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas. Implikasinya, penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role model yang boleh dicontohi oelh murid. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam bilik darjah ii.

http://thenotejots.blogspot.com/2011/06/hubungkait-teori-teori-pembelajaran.html

WEDNESDAY, FEBRUARY 18, 2009

IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PENGAJARAN PEMBELAJARAN (P&P)


Pengajaran dan Pembelajaran: Dewasa ini, peranan pendidik dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada anak didiknya sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran yang menjadi asas pegangannya. Seseorang pendidik akan menggunakan kaedah pengajaran yang paling efisyen bagi menjamin berlakunya pembelajaran di kalangan murid- muridnya. Secara umunya, pengajaran ialah penyampaian maklumat dalam seting pendidikan misalnya sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Manakala pembelajaran pula adalah perbuatan atau pengalaman seorang pembelajar yang diperoleh melalui pendidikan[1]. Namun, dalam konteks pendidikan, pembelajaran membawa maksud perubahan tingkah laku seseorang akibat ilmu, kemahiran atau amalan yang diperoleh melalui proses pendidikan. Teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu teori pembelajaran pembelajaran behavioris, kognitif, konstruktivisme, sosial dan pendekatan humanis. Setiap jenis teori pembelajaran tersebut mempunyai prinsip dan pemfokusan yang berlainan. Malah, hujah yang dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor teori tersebut membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Contohnya, teori behavioris yang berpecah kepada tiga cabang iaitu, teori pelaziman klasik, teori pelaziman tingkah laku dan teori pelaziman operant. Jika kita mengkaji dan memahami teori-teori tersebut, sangat jelas dan nyata, idea yang dikemukakan bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan. http://thenotejots.blogspot.com/2011/06/hubungkait-teori-teori-pembelajaran.html

Anda mungkin juga menyukai