Anda di halaman 1dari 6

Kajian Tindakan Kajian tindakan melibatkan pengumpulan dan penterjemahan data untuk memudahkan pemahaman seseorang tentang sesuatu

fenomena atau permasalahan di tempat kerja. Perkara utama dalam prinsip pelaksanaan kajian tindakan ialah matlamat untuk memperbaiki amalan seseorang atau mengatasi masalah yang dihadapi dengan membuat tindakan terhadap penemuan yang didapati tentang sesuatu amalan itu. Kajian tindakan dalam pendidikan menjadi satu perkembangan penting yang memberi alternatif penyelidikan kepada pendidik. Pengamalan 'research thinking and orientation dan research-based decision-making' dalam tugas harian dalam kalangan guru merupakan satu daripada pendekatan terbaik untuk meningkatkan mutu kecemerlangan pendidikan, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan membantu guru-guru untuk bertindak secara sistematik berdasarkan tatacara yang digariskan untuk menjalankan kajian. Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta iaitu pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik dalam situasi sosial itu sendiri. Sebagai penyelidik, mereka melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati. Dalam Kemmis & McTaggart (1988),kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalanamalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Model Kemmis &Mc Taggart(1988) menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Merujuk kepada beberapa contoh kajian tindakan yang telah dibuat umumnya oleh pihak pendidik,kita dapat melihat bahawa kajian tindakan dibuat berdasarkan garis panduan yang sama. Contoh kajian tindakan 1 Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep fotosintesis. Mastura bt Ismail SK. Laneh,Lubok Merbau,K.Kangsar. Masalah yang dikaji: Pelajar masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas dalam konsep bagi topic Sains. Tindakan yang dibuat: 1. Pemerhatian 2. Ujian Diagnostik 3. Ujian Pos 4. Soal selidik untuk murid dan ibubapa 5. Analisis data 6. Refleksi

Contoh kajian tindakan 2 Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Gaya Bahasa dalam Puisi ( KOMSAS ) Murid Tingkatan 5. ( 2009 ) Sekolah Menengah Kebangsaan Air Kuning,Perak. Masalah dikaji: Meningkatkan penguasaan penggunaan gaya bahasa dalam pembelajaran KOMSAS khususnya puisi tradisional dan sajak dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tingkatan 5. Tindakan yang dibuat: 1. Penilaian bagi mengenalpasti masalah pelajar 2. Pemerhatian 3. Ujian penilaian 4. Analisis data ujian dan perbandingan 5. Refleksi Contoh kajian tindakan 3 Meningkatkan Penguasaan Pembelajaran Struktur Sastera dengan menggunakan Domain Nilai Murid Tingkatan 5. ( 2010 ) Sekolah Menengah Kebangsaan Air Kuning, Perak. Masalah yang dikaji: Meningkatkan penguasaan pembelajaran elemen struktur sastera dalam pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) khususnya cerpen, drama dan novel serta pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tingkatan 5. Tindakan yang dibuat: 1. Mengenalpasti masalah 2. Ujian Pra 3. Ujian Pos 4. Analisis data 5. Refleksi Contoh kajian tindakan 4 Meningkatkan Kemahiran Menulis Pendahuluan Karangan dalam Kalangan Murid Tingkatan 5. (2011). Sekolah Menengah Kebangsaan Air Kuning, Perak. Masalah yang di kaji: Meningkatkan kemahiran menulis pendahuluan sesebuah karangan dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tingkatan 5. Tindakan yang dibuat: 1. Pengenalpastian masalah 2. Ujian Pra 3. Ujian Pos 4. Temubual individu 5. Analisis data 6. Refleksi

Contoh kajian tindakan 5 Meningkatkan kemahiran Menulis Isi Karangan dalam kalangan Murid Tingkatan 5 (2011). Sekolah Menengah Kebangsaan Air Kuning, Perak. Masalah yang dikaji: Meningkatkan kemahiran menulis isi sesebuah karangan dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tingkatan 5. Tindakan yang dibuat: 1. Mengenal pasti masalah 2. Merancang pendekatan-deduktif, induktif dan eklektif 3. Ujian 4. Analisis data 5. Refleksi Contoh kajian tindakan 6 Meningkat Kemahiran Pelajar Memfaktorkan Persamaa Kuadratik Dengan Menggunakan Kalkulator(backward solution-kaedah kebelakang)Bagi Pelajar Tingkatan 5 Volta. (Mohd Nazan bin Kamarul Zaman) Masalah yang dikaji: Menyelesaikan masalah pelajar yang gagal memfaktorkan persamaan kuadratik dengan betul. Tindakan yang dibuat: 1. Pemerhatian 2. Ujian Pra 3. Ujian Pos 4. Analisis data 5. Refleksi Contoh kajian tindakan 7 BODMAS Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Pelbagai Jenis Soalan Melibatkan Gabungan Operasi Melalui Kepelbagaian Aktiviti.( Norhafizan binti Abdul Wahab,Sekolah Menengah Kebangsaan, Kulim,Kedah Darul Aman. Masalah yang dikaji: Kemahiran menjawab dengan tepat bagi pelbagai jenis soalan yang melibatkan gabungan operasi seperti penambahan, +, penolakan,-, pendaraban, , dan pembahagian, , serentak dalam setiap soalan. Tindakan yang dibuat: 1. Mengenalpasti masalah 2. Ujian Pra 3. Temubual dengan pelajar 4. Ujian pos 5. Analisis data 6. Refleksi

Contoh kajian tindakan 8 Bahasa Inggeris: PaMa ( Papa Mama Programme)Meningkatkan Peratus Lulus Kertas 2 Bahasa Inggeris UPSR dalam Membina Struktur Ayat yang Mudah dan Berkualiti (Jamaliah bt Md Salleh, SK Sungai Pasir) Masalah yang dikaji: Meningkatkan prestasi markah dalam setiap ujian dan peperiksaan Bahasa Inggeris. Tindakan yang dibuat: 1. Mengenalpasti masalah dengan menemubual murid dan guru. 2. Soal selidik ibubapa 3. Ujian Pra 4. Ujian Pos 5. Analisis data 6. Refleksi Contoh kajian tindakan 9 Key Hunt: Meningkatkan Kemahiran Penulisan Pembolehubah Dan Hipotesis Dalam Laporan Amali ( Salmiah bt Ismail, Smk Khir Johari, Sungai Petani) Masalah yang dikaji: Masalah menjawab soalan no 10 bahagian C kertas 2 Sains Teras SPM yang merupakan soalan wajib dijawab. Murid tidak memahami kehendak soalan dan takut untuk mencuba. Tindakan yang dibuat: 1. Pemerhatian 2. Mengenalpasti masalah pelajar 2. temubual dan soal selidik dengan pelajar dan guru 3. Ujian 4. analisis data 5. Refleksi Contoh kajian tindakan 9 Enhancing Pupils Interest In The Special Remedial Class (Mohd. Izham bin Kasim, SK Haji Abdullah Sadun Kuar Jawa, Alor Janggus, 06250 Alor Setar) Masalah yang dikaji: Murid tidak bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru dan tidak berminat untuk meneroka maklumat semasa pembelajaran dibuat. Tindakan yang dibuat: 1. Pemerhatian 2. Soal selidik 3. Merancang aktiviti yang lebih menarik 4. Ujian Pos 5. Analisis data 6. Refleksi

Contoh kajian tindakan 10 Black In White Out (BIWO) Concept of Linear Inequalities (Azizah binti Othman,SMK Jitra Kedah) Masalah yang dikaji: Meningkatkan kemahiran dan kefahaman konsep linear ketidaksamaan nombor. Tindakan yang dibuat: 1.Pemerhatian dan mengenalpasti masalah 2. Ujian Pra 3. Ujian Pos 4. Analisis data 5. Refleksi Dalam semua kajian tindakan yang telah dikaji diatas, guru melibatkan peninjauan tentang amalan guru dalam konteks bilik darjah di mana guru itu mengajar. Ia dijalankan sama ada melalui dirinya sendiri atau pun melibatkan rakan sejawat yang mengajar mata pelajaran yang sama (team-based inquiry) dengan memberi fokus terhadap perkembangan guru (teacher development) dan pembelajaran pelajar (student learning). Guru menjalankan kajian tindakan amalan dan melaksanakan satu pelan tindakan bagi mencapai matlamat beliau sebagai seorang guru penyelidik (teacher as researcher). Kajian tindakan penyertaan yang melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menghalang perkembangan pelajar juga dibuat. Untuk melihat isu seperti ini, guru perlu meninjau latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah. Guru mengadakan kajian tindakan dengan mengkaji mengkaji amalan setempat, melibatkan inkuiri berasaskan individu atau pasukan, mengkaji isu-isu sosial yang menghalang kehidupan individu dan menekankan kesaksamaan kolaborasi Guru-guru ini membuat kolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan bagi mencari sebab musabab kenapa seseorang pelajar itu tidak boleh menguasai ilmu. Apabila faktor-faktor yang menghalang pelajar itu telah dikenal pasti, maka guru boleh melaksanakan program untuk mengubah cara hidup pelajar (life-enhancing changes) dan dengan berbuat demikian, ia akan menjadikan guru sebagai emancipated researcher ataupun guru yang membebaskan pelajarnya daripada sesuatu belenggu yang mencegah perkembangan pelajar. Menurut Creswell (2005) kajian tindakan penyertaan has a social and community orientation and an emphasis on research that contributes to emancipation or change in our society. (h. 555). Kajian tindakan seperti ini juga digelar dengan berbagai-bagai nama seperti community-based inquiry (Stringer, 1999), collaborative action research or participatory research (Kemmis & McTaggart, 2000) atau critical action research (Mills, 2000). Guru-guru juga melaksanakan tinjauan awal dengan mengumpul data menggunakan beberapa instrumen kajian. Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang sesuatu masalah disamping membantu penyelidik memahami masalah yang telah dikenal pasti dengan lebih mendalam. Sebelum merancang, guru mengenal pasti masalah yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Dalam kajian tindakan di atas, guru mengutip data dengan menggunakan pelbagai kaedah iaitu menggunakan soal selidik, menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, menjalankan ujian pra dan membuat analisis dokumen (hasil kerja murid, jadual kedatangan, rekod keputusan ujian/peperiksaan, rekod latar belakang murid.

Guru juga merancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Selain daripada itu, guru-guru juga membuat refleksi bagi setiap kajian tindakan yang dibuat. Amalan refleksi terhadap pengajaran sendiri oleh guru adalah penting sebagai asas bagi menggerakkan guru untuk menyelidik amalan pengajaran mereka masing-masing. Guru yang melaksanakan refleksi yang sistematik terhadap amalan pengajarannya akan menjadi agen perubahan untuk tujuan penambahbaikan atau peningkatan. Knowles (1992) menegaskan bahawa: One way to think about the meaning of reflective is in terms of properties of mirrors and prisms. Mirrors and transparent prisms reflect and refract light, they change the direction that light rays travel, sometimes even bending them back on themselves, causing them to move in direction opposite to that in which they originally travelled. Semua guru perlu menjadi pemikir yang reflektif. Guru yang efektif adalah berkait rapat dengan guru yang reflektif. Guru yang reflektif adalah guru yang responsif terhadap perubahan emosi dan keperluan pendidikan setiap individu murid yang diajarnya, sentiasa memantau tindakan yang diambil dan matlamat yang hendak dicapai, seterusnya melihat kembali matlamat pengajaran, kaedah dan bahan pengajarannya.

Anda mungkin juga menyukai