Anda di halaman 1dari 5

BAGAIMANA MEMBANGUNKAN SEMULA ORGANISASI SETELAH

KRISIS COVID-19
26 JUNE 2020

Jumaat, 1 Mei 2020

FB Live MyHarapan

Sebuah sesi secara langsung diadakan bagi membincangkan tips dan perkara yang
perlu dilakukan untuk membangun semula organisasi NGO ataupun perniagaan sosial
(PS) setelah krisis Covid-19.
Ahli panel kali ini terdiri daripada empat orang berpengalaman luas ini:-

Dewi Hubarat, Pengarah Eksekutif Yayasan Sinergi Indonesia (Moderator)


Andhika Mahardika, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Agradaya
Firdaus Putra, Ketua Pegawai Eksekutif MyCOOP
Megawati Santoso, Pengurus Operasi PT Jakarta Land

Aktiviti yang dilakukan untuk menangani masalah setelah krisis Covid-19

1. Menganalisis kesan yang terjadi


pada syarikat terutamanya kesan kewangan tetapi target/sasaran keuntungan
ditolak ketepi buat seketika.
2. Membuat pelan operasi supaya kerja seharian masih tetap berjalan dan
mengurangkan risiko wabak Covid-19. Bagi yang bekerja di rumah mereka
mengikuti kursus di atas talian supaya tetap kekal produktif.
3. Bagi NGO, jangan berdiam diri tetapi terus bekerja supaya tidak
terkebelakang apabila krisis Covid-19 berakhir.
 Megawati Santoso, Pengurus Operasi PT Jakarta Land

1. Kesihatan dan bahan asas ketika


Covid-19 adalah lebih diperlukan oleh orang ramai. Dengan itu ramai
yang mengubah sedikit konsep perniagaan mereka untuk memenuhi
keperluan dan permintaan.
 Andhika Mahardika, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Agradaya
1. Menghasilkan proposal baharu
serta strategi lain untuk digunakan setelah Covid-19 reda kelak.
2. Kerana lebih banyak waktu yang ada, secara peribadi masa yang ada lebih
banyak dan boleh digunakan untuk merealisasikan cita-cita/nazar
sendiri dengan menulis buku sendiri contohnya.
-Firdaus Putra, Ketua Pegawai Eksekutif MyCOOP
 

Webinar dan perbincangan berkumpulan di atas talian boleh membuka minda dan ruang
berfikir untuk input sesebuah organisasi atau syarikat

Antara Cara Untuk Mendapatkan Idea Ketika Dalam Krisis

1. Cuba fikir dengan tenang dan waras serta jauhkan dari berita yang memberi tekanan
fikiran.
2. Berbincang (brainstorming) dengan organisasi atau orang lain untuk mendapatkan
idea yang tidak pernah terlintas di fikiran dan tak seharusnya bertemu tetapi boleh
sahaja dalam group WhatsApp ataupun video.
3. Cuba ikuti webinar untuk meningkatkan kemahiran dan mendapatkan idea lebih
lanjut.
 

Penggunaan kad kredit dikala pandemik adalah lebih baik kerana cash diperlukan untuk
kecemasan

Perkara Penting Yang Perlu Diutamakan Ketika Dalam Krisis

1. Kewangan dalam bentuk ‘cash‘ adalah penting tetapi penggunaannya harus berjaga-
jaga.
2. Utamakan aktiviti yang penting dahulu dan ketepikan aktiviti yang boleh ditinggalkan
untuk seketika.
3. Jika boleh menggunakan ‘kad kredit’ pada ketika ini adalah lebih baik kerana cash
adalah lebih penting untuk dipegang.
 

 
Mengutamakan produk tempatan secara berterusan dan menggantikan produk import untuk
kesan jangka masa panjang yang lebih baik dan memulihkan ekonomi rakyat tempatan.

Antara Perkara Yang Bakal Diteruskan Pasca Covid-19

1. Norma baharu seperti mesyuarat di atas talian, tanpa harus bertemu dan bekerja dari
rumah boleh diteruskan sesuai dengan keadaan.
2. Menggayakan pemakanan sihat dan secara tidak langsung pendidikan kesihatan
meningkat seperti pengambilan jamu tradisional lebih diterima oleh orang moden akibat
pandemik Covid-19
3. Kadar pergantungan terhadap barangan eksport perlu dikurangkan kerana memang
bekalan dari luar memang sukar dikala pandemik. Namun begitu, adalah lebih berkesan
untuk mengutamakan produk tempatan secara berterusan dan menggantikan produk
import untuk kesan jangka masa panjang yang lebih baik dan memulihkan ekonomi
rakyat tempatan.
4. Ilmu teknologi perlu dipertingkatkan tidak kira umur kerana kebanyakan perkara
setelah ini akan ke arah penggunaan teknologi.

Anda mungkin juga menyukai