Anda di halaman 1dari 15

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL


DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TAJUK KURSUS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN


KOD KURSUS GLUL3113
PENSYARAH MUHAMMAD FIRDAUS BIN BIDIN
NO. TELEFON 04-9288093
E-MAIL firdausbidin@gmail.com
NO. BILIK NO. 3022 COLGIS

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER JULAI SESI 2020/2021

1
No. Maklumat Kursus
1. Nama Kursus : UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
2. Kod Kursus : GLUL 3113
3. Nama Staf Akademik :
 MUHAMMAD FIRDAUS BIN BIDIN

4. Rasional penawaran kursus ini dalam program:


Kursus ini adalah kursus teras Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.

5. Semester/Tahun Ditawarkan : 3/3


6. Nilai Kredit : 3
7. Prasyarat: TIADA
8. Objektif :
Pelajar diharap dapat

 mengetahui bidang kuasa badan perundangan, eksekutif dan kehakiman yang


merangkumi konsep kedaulatan undang-undang, keadilan asasi dan kuasa budi
bicara yang diamalkan di Malaysia.
 memahami tentang saluran, hak dan remedi yang boleh dipohon jika pihak
pentadbiran tidak mematuhi had kuasa yang ada padanya.
 mengetahui tentang kewujudan tribunal pentadbiran dan ombudsman serta
fungsi-fungsinya dalam menyelesaikan isu – isu pentadbiran.

9. Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat


1. mengenal pasti bidang kuasa badan perundangan, eksekutif dan kehakiman
yang merangkumi konsep kedaulatan undang-undang, keadilan asasi dan
kuasa budibicara di Malaysia (C1, P2, A3)
2. menjelaskan saluran, hak dan remedi yang boleh dipohon oleh pihak yang
tidak berpuas hati atas tindakan pihak pentadbiran (C2, P3, A3)
3. mengaplikasikan prinsip undang-undang dengan isu semasa berkaitan
dengan pentadbiran (C4, P2, A5)

10. Kemahiran yang dapat dipindahkan:


Kemahiran kerja berkumpulan melalui projek berkumpulan
11. Strategi penilaian dan pengajaran-pembelajaran:
Campuran teacher-centered dan student-centered
12. Sinopsis

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendekatan dari aspek undang-undang


pentadbiran dengan merujuk kepada keadaan-keadaan yang wujud di Malaysia dan juga
di negara-negara luar. Jentera pentadbiran kini semakin luas kuasanya dan berkembang
pesat dari segi struktur dan fungsinya. Oleh itu kawalan dari segi kehakiman dan lain-

2
lainnya adalah amat perlu. Kepelbagaian fungsi–fungsi negara melalui perundangan dan
perwakilan kuasa meluaskan kuasa budibicara pihak eksekutif. Oleh itu kewujudan
undang-undang pentadbiran bertujuan untuk mengimbangi hak-hak dan tanggungan
rakyat dan kerajaan. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada kes undang-undang
yang menjadi asas serta pembuktian kepada sesuatu doktrin atau amalan yang
mempunyai kuatkuasa undang-undang di dalam aspek pentadbiran.

13. Mod Penyampaian:


Kuliah, pembelajaran atas talian (online learning), pembentangan pelajar dan
perbincangan

14. Jenis dan Metod Penilaian :


 Kerja kursus 60% :

 Ujian Pertengahan Semester - (20%),


 Tugasan – (20%)
 Kuiz I (ONLINE) dan Kuiz II (ONLINE) – (20%)

 Peperiksaan Akhir 40%


15. Nama Staf Akademik: Muhammad Firdaus Bin Bidin
Alamat Pejabat: Bilik 3022 Bangunan UUM COLGIS
Tel: 04-928 8093
E-mel: firdausbidin@uum.edu.my

BIL KANDUNGAN KURSUS PERTEMUAN

1.0 PENGENALAN

1.1. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan


1. 1
undang-undang pentadbiran.
1.2. Undang-undang Perlembagaan.
1.3. Definisi undang-undang Pentadbiran.

2.0 KUASA-KUASA PENTADBIRAN

2. 2.1 Kuasa Perundangan 1


2.2 Kuasa pentadbiran tulin
2.3 Kuasa separa kehakiman

3. 1
3.0 DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

3.1 Pengenalan - Definisi dan pengertian


3.2 Kepentingan
3.3 Perbandingan dan perkembangan amalan doktrin di

3
Amerika Syarikat dan di Britain
3.4 Pemakaian di Malaysia

4.0 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

4. 4.1. Pengenalan 2
4.2. Teori Dicey
4.3. Pengertian konsep

5.0 PERUNDANGAN KECIL / UNDANG-UNDANG


PERWAKILAN
5. 2
5.1. Faktor-faktor perkembangannya
5.2. Kritikan
5.3. Penjenisan

5.4. Kawalan
5.4.1.Kawalan Kehakiman
5.4.2.Kawalan Perundangan
6. 5.4.3.Kawalan Penerbitan 2
5.4.4.Kawalan Perundingan
5.5. Perwakilan semula kuasa

6.0 TRIBUNAL PENTADBIRAN

7. 6.1 Sebab-sebab kewujudan 2


6.2 Contoh-contoh Tribunal

7.0 KEADILAN ASASI

7.1. Perkembangan
7.1.1.Pandangan Liberal
7.1.2.Pandangan Sempit
7.1.3.Pandangan Kembali Liberal
8. 3
7.1.4.Legitimate Expectation
7.1.5.Prinsip Keadilan
7.1.6.Pemakaian di Malaysia

7.2. Prinsip-prinsip keadilan asasi


7.2.1.Hak Untuk Didengar

9. 3
7.3. Prinsip-prinsip keadilan asasi
7.3.1.Tidak Bias
7.3.1.1. Bias Kewangan

4
7.3.1.2. Bias Diri
7.3.1.3. Bias Polisi
7.4. Penggunaan dan kawalan

8.0 KUASA BUDIBICARA

10. 8.1. Pengenalan 3


8.2. Keperluan
8.3. Kawalan Mahkamah

8.4. Ultra Vires Prosedur dan Substatif


8.4.1. mala fide
8.4.2. tujuan yang tidak betul
8.4.3. perkara tidak berkaitan diambilkira & perkara berkaitan
11. 8.4.4.tidak diambilkira 3
8.4.5. ketidakadilan
8.4.6. tidak munasabah
8.4.7. tujuan yang samar-samar
8.4.8. kesilapan fakta & undang-undang

9.0 REMEDI-REMEDI PREROGATIF

9.1. Certiorari
12. 4
9.2. Halangan (Prohibition)
9.3. Mandamus

9.4. Injuksi
13. 9.5. Habeas Corpus 4
9.6. Perisytiharan (Declaration )

10.0 OMBUDSMAN

11.1 Pengenalan
14. 11.2 Fungsi dan tujuan 4
11.3 Sebab-sebab Ombudsman diperlukan
11.4 Biro Pengaduan Awam
11.5 Implikasi Ombudsman jika di amalkan di Malaysia

PEPERIKSAAN AKHIR

5
15.

5
RUJUKAN UTAMA :

Jain, M.P. (2011). Administrative law of Malaysia and Singapore edited by Dr Damien J. Cremean
(4th ed.). Kuala Lumpur: LexisNexis.

RUJUKAN TAMBAHAN :

Craig, P.P (2008). Administrative law (6th ed.) London: Sweet & Maxwell.

Garner, J.F. & Jones, B.L. (1996). Garner’s administrative law. (8th ed) London: Butterworth.

Hickling, R.H (1997). Malaysia Public Law. Malaysia: Pelanduk Publication.

Wan Azlan Ahmad & Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod. (2006). Administrative law in Malaysia.
Petaling Jaya: Thompson Sweet & Maxwell Asia.

Wade, E.C.S & Bradley, A.W. (1993). Constitutional & administrative law. London: Longman.

6
PENILAIAN KURSUS

Penilaian akan dilakukan berdasarkan tugasan, peperiksaan pertengahan semester,kuiz dan peperiksaan akhir.
Ketiga-tiga komponen ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya. Agihan markah
adalah seperti berikut:
Tugasan 20%
Peperiksaan pertengahan semester 20%
Kuiz (Online) 10%
Kuiz (Online) 10%
Peperiksaan akhir 40%
.........
Jumlah 100%
..........

TUGASAN
Tugasan membawa 20% daripada markah keseluruhan. Tugasan hendaklah mengikut format yang diedarkan
bersama dengan soalan tugasan. Tugasan mestilah diserahkan dengan serahan ONLINE LEARNING
kepada pensyarah pada tarikh pertemuan bersemuka kali keempat pada 17 November 2020.

Tugasan yang lewat dihantar dari tarikh yang ditetapkan AKAN DIPOTONG MARKAH.

Soalan Tugasan:
Pilih mana-mana SATU (1) organ penting ATAU sumber undang-undang di Malaysia yang
mengamalkan kerajaan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan daripada senarai berikut:

Badan Perundangan (Legislatif)


1. Dewan Rakyat
2. Dewan Negara
3. Dewan Undangan Negeri (Sila Pilih Negeri)
4. Yang DiPertuan Agong & Sultan dan Raja Melayu
5. Speaker Dewan Rakyat & Dewan Negara
Badan Pentadbiran dan Pelaksana (Eksekutif)
6. Pemilihan dan Pemecatan Perdana Menteri
7. Timbalan Perdana Menteri
8. Menteri

Badan Kehakiman (Judisiari)


9. Jabatan Kehakiman Malaysia
10. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
11. Jabatan Peguam Negara
12. Jabatan Bantuan Guaman
13. Ketua Hakim Negara
14. Peguam Negara dan Peguam Cara Negara

7
Suruhanjaya
15. Fungsi dan bidangkuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
16. Fungsi dan bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
17. Fungsi dan bidangkuasa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Sumber Undang-Undang
18. Perlembagaan Persekutuan
19. Perlembagaan Negeri atau Undang-Undang Tubuh Negeri (Sila Pilih Negeri)

Huraikan isu-isu dan penyelesaiannya. Sokong jawapan anda dengan merujuk kepada peruntukan
undang-undang dan kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah, buku teks dan keratan akhbar/majalah
(sekiranya ada).

Panduan:
i. Panjang esei tidak melebihi 15-20 muka surat.
ii. Format penulisan akademik (APA system) sangat dititikberatkan dan boleh menjejaskan markah
sekiranya diambil mudah oleh pelajar.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER


Peperiksaan Pertengahan Semester akan diadakan pada PERTEMUAN KETIGA (26 September 2020)
yang merangkumi Bab 1 hingga Bab 5. Masa yang diberi ialah 1 jam 30 minit. Soalan mengandungi dua
jenis kategori soalan iaitu soalan struktur (10 Markah) dan soalan permasalahan (10 Markah). Pelajar
dikehendaki menjawab semua soalan yang dikemukakan.

KUIZ SECARA ONLINE


Kuiz akan diadakan pada PERTEMUAN KEDUA (15 Ogos 2020) dan PERTEMUAN KEEMPAT (17
OKTOBER 2020). Ia menyumbang sebanyak 20% daripada markah keseluruhan. Masa yang diperuntukkan
ialah 30 minit. Skop soalan akan dimaklumkan oleh pensyarah di dalam kuliah.
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER
Peperiksaan akhir akan diadakan pada PERTEMUAN KELIMA. Tarikh, masa dan tempat peperiksaan
akan diberitahu kelak. Peperiksaan ini merangkumi dari Bab 6 hingga Bab 10. Masa yang diperuntukkan
ialah 3 jam. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan yang dikemukakan. Soalan dikemukakan dalam
bentuk Struktur (50 markah) dan Permasalahan (50 markah). Markah dinyatakan di akhir setiap soalan
untuk dijadikan panduan mengenai masa yang sewajarnya diperuntukkan untuk menjawab soalan tersebut dan
panjangnya huraian jawapan yang perlu diberikan oleh pelajar.

PENTING:

FORMAT MENJAWAB SOALAN BERBENTUK PERMASALAHAN/ESEI

1. Senaraikan semua isu yang wujud dalam soalan tersebut.


Isu adalah persoalan yang wujud dalam soalan atau permasalahan yang diberi. Justeru itu, isu
adalah persoalan yang akan bermula dengan perkataan seperti sama ada, adakah atau

8
bolehkah dan berbagai bentuk pertanyaan lagi. Isu juga mesti disenaraikan secara teratur
mengikut urutan persoalan yang timbul.

Contoh isu: Adakah wujud unsur mala fide semasa si ‘A’ membuat keputusan?

2. Huraian:-
(a) Isu pertama :
(i) Berikan penjelasan atau definisi/maksud tertentu bagi sesuatu perkataan, ayat dan
sebagainya seperti yang anda pelajari yang ada kaitan dengan isu pertama.
(ii) Huraikan jawapan anda dengan berpandukan peruntukan seksyen (sekiranya ada),
prinsip undang-undang dan kes sokongan yang sesuai.

Contoh: Nama kes:


Fakta kes:
Keputusan mahkamah:
(iii) Aplikasi atau penyelesaian bagi isu pertama.
Aplikasi adalah perkara paling penting yang perlu diterangkan
kerana ia merupakan penyelesaian kepada setiap isu di dalam soalan.
Sekiranya ia tidak dinyatakan, maka soalan akan tergantung tanpa
adanya jawapan.
(b) Isu kedua dan isu seterusnya:
* perlu dijawab mengikut contoh susunan yang diberi seperti di dalam huraian isu
pertama di atas.*

3. Kesimpulan
Akhir sekali, kesimpulan perlu dinyatakan di mana ke semua aplikasi bagi setiap isu yang
dibincangkan sebelumnya hendaklah dinyatakan sekali lagi.

9
Jadual Kuliah, Hantar Tugasan, Peperiksaan Pertengahan Semester, kuiz dan Peperiksaan
Akhir

Tarikh / Pusat Waktu Perkara / topik Jam


Pertemuan 1
 Pengenalan (pengenalan
25/7/2020 keseluruhan kursus) 30 minit
8.00 am – 12.00pm
UUM  Perbincangan tugasan 3 jam 30 minit
 Pelajaran 1, 2, dan 3

Pertemuan 2
 Pelajaran 4, 5, dan 6
15/8/2020
8.00 am – 12.00pm  Perbincangan tugasan 3 jam 30 minit
UUM
 Kuiz – (10 markah) 30 minit

Pertemuan 3
 Pelajaran 7 dan 8
26/9/2020
8.00 am – 12.00pm  Peperiksaan Pertengahan 2 jam 30 minit
UUM
Semester (Pelajaran 1-5 ) : 1 jam 30 minit
(25 markah)
Pertemuan 4

 Pelajaran 9 dan 10
17/10/2020 2 jam 30 minit
8.00 am – 12.00pm  Kuiz – (10 markah)
UUM 30 minit
 Perbincangan /ulangkaji untuk 1 jam
peperiksaan akhir
Penghantaran Tugasan

PEPERIKSAAN AKHIR
Meliputi Pelajaran 6 – 10
16/11/ - 23/11/2020 Format :
UUM Struktur ( 50 markah)
3 jam
Permasalahan (50 markah)

 TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.


 JADUAL ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN.

10
PANDUAN BELAJAR
Kursus GLUL3113 Undang-undang Pentadbiran merupakan satu bidang ilmu yang berkaitan
dengan undang-undang dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara. Ia memberi penjelasan
tentang aspek undang-undang Pentadbiran dengan merujuk kepada pengamalan konsep undang-
undang yang betul di Malaysia dan juga di negara-negara luar seperti di Barat . Kursus ini juga
diharap dapat memberi pendedahan tentang betapa pentingnya untuk kita mengetahui perlaksanaan
sistem pentadbiran dari aspek undang-undang dalam menjamin kelancaran pentadbiran serta
keadilan diamalkan dalam sesebuah negara.

Sistem pendidikan jarak jauh menagih usaha dan komitmen tinggi pelajar terhadap program yang
diikuti. Berbeza dengan pelajar sepenuh masa, anda hanya mendapat bimbingan yang minimum
daripada tenaga pengajar. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Sebagai panduan, buat
permulaan anda perlu meneliti objektif kursus ini agar anda mendapat gambaran secara kasar apa
yang bakal anda peroleh pada akhir semester nanti. Apabila memulakan sesuatu bab, pastikan anda
membaca objektif bab berkenaan dan setelah selesai bab tersebut, lihat semula objektif berkenaan
untuk menilai sendiri sama ada anda berjaya memenuhi objektif tersebut atau sebaliknya. Jika anda
belum berpuas hati, cuba lagi dengan lebih tekun sehingga anda merasa tahap kefahaman anda
meningkat.

Selain daripada modul ini, anda juga dinasihatkan supaya membaca rujukan tambahan dan
mengikuti perkembangan semasa bagi membolehkan anda membincangkan konsep-konsep
asas,prosedur dan doktrin-doktrin penting yang akan anda pelajari dari kursus ini. Walaupun anda
mungkin mengalami kesukaran pada permulaan, pendedahan sebegini berupaya membolehkan anda
mengaitkan konsep dan peruntukan yang sedia ada dalam Undang-undang Pentadbiran dengan
perkembangan semasa yang berlaku dalam sistem pentadbiran dan perundangan negara kita.

Modul ini juga mengandungi latihan dalam bentuk Soalan Dalam Teks (SDT) dan Soalan Penilaian
Kendiri (SPK). SDT merupakan soalan yang dikemukakan selepas bahagian tertentu dalam bab
bagi menguji kefahaman anda terhadap bahagian berkenaan. SPK pula terdapat di akhir setiap bab
untuk menilai kefahaman anda terhadap keseluruhan bab. Walaupun cadangan jawapan kepada
SDT dan SPK disediakan, anda dinasihatkan mencuba dahulu soalan-soalan yang dikemukakan
sebelum melihat cadangan jawapan ini.

Anda juga boleh mendapatkan latihan serta pendedahan yang lebih luas daripada buku teks rujukan
yang disenaraikan. Pembacaan yang banyak serta pendedahan kepada pelbagai soalan akan
meningkatkan lagi kemahiran anda untuk lebih memahami penggunaan dan aplikasi setiap pelajaran
dan doktrin-doktrin yang wujud dalam Undang-undang Pentadbiran. Bagaimanapun, semua ini
terpulang kepada pelajar sendiri. Pelajar yang mempunyai inisiatif dan berusaha dengan tekun
sudah pasti akan mendapat kejayaan yang lebih baik

11
PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN
GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
1. Anda akan diberi soalan tugasan pada pertemuan pertama. Tugasan ini mengandungi SATU
soalan sahaja dan hendaklah dijawab dengan format yang akan diterangkan di bawah.

2. Jawapan anda hendaklah bertaip menggunakan kertas berukuran A4. Tugasan anda perlu jelas
dan mudah dibaca oleh penilai.

3. Untuk keseragaman, lekatkan mukasurat hadapan tugasan (seperti Lampiran A) kepada jawapan
anda. Isikan ruang yang releven bagi muka surat hadapan.

4. Setiap helai kertas jawapan perlu mempunyai kod dan nama kursus sebagai header di sebelah
kanan dan nombor matrik anda sebagai footer di sebelah kanan. Ini adalah untuk menjamin
keselamatan andainya terdapat muka surat dari kertas jawapan anda yang tercerai.

5. Jawapan bagi soalan tugasan hendaklah ditaip antara 15 - 20 mukasurat. Pelajar perlu merujuk
kepada kes-kes sokongan, prinsip-prinsip undang-undang dan juga peruntukan dalam akta - akta
yang berkaitan yang menjadi rujukan dalam huraian yang dibuat.

6. Setiap tugasan perlu dikepilkan SATU (1) kes yang sebenar dan TIGA (3) buku rujukan sebagai
sisipan (apendiks) di belakang tugasan.

7. Tugasan mestilah diserahkan kepada pensyarah SECARA ONLINE pada pertemuan


KEEMPAT.

8. Tugasan yang lewat dihantar dari tarikh yang ditetapkan AKAN DIPOTONG MARKAH.

9. Setiap pelajar perlu menyempurnakan satu tugasan secara individu. Soalan tugasan akan
diberikan pada pertemuan pertama.

1. Tugasan yang disediakan perlu jelas dan mudah dibaca oleh pensyarah. Tugasan berunsur
PLAGIAT TIDAK DAPAT DITERIMA.

2. Penilaian dilakukan berdasarkan jawapan atau penerangan yang dikemukakan, gaya


persembahan, isi perbincangan dan format keseluruhan tugasan.

3. Diingatkan, bahawa kulit depan tugasan seperti di Lampiran A

4. Jenis huruf untuk kulit depan tugasan yang dibenarkan ialah Arial atau Times New Roman
dengan saiz huruf 16 point. Format kulit depan tugasan perlu mengandungi:

 PACE dan universiti,

 nama dan kod kursus,

 nama pensyarah,

12
 nama dan nombor matrik pelajar, dan

 tarikh serahan

5. Format penulisan adalah seperti berikut:

 Jenis huruf adalah Times New Roman.

 Saiz huruf ialah 12 point dengan 11/2 langkau baris.

 Nombor halaman diletakkan di sudut bawah dan di tengah.

 Tidak menggunakan header untuk menulis kod dan kursus atau topik kajian.

 Sumber yang dipetik mesti disebut atau dikodkan

Contoh

Micheal et al. (2000) membuktikan ......

Penulisan yang tiada citation dianggap sebagai esei plagiat.

Penulisan nama pengarang dalam rujukan dan bibliografi


Contoh
Ronald Brown jadi R. Brown ditulis Brown, R.
John Fitzgerald Kennedy jadi J.F. Kennedy ditulis Kennedy, J.F.
Gerald M. Cohen jadi G.M. Cohen ditulis Cohen, G.M.
K.Ramanathan ditulis Ramanathan, K.
Nama Melayu dan Cina ditulis lengkap termasuk contoh berikut:
Zakaria M.B. ditulis Zakaria M.B.
Cheah S.H. ditulis Cheah S.H.
Kecuali jika parap berada di depan contoh:
H.M. Dahlan ditulis Dahlan, H.M
S.K. Cheong ditulis Cheong, S.K.
 Penulisan nama pengarang yang dipetik dalam esei hanya dituliskan nama tanpa parap
serta tahun
Contoh
Brown (1980) betul jika ditulis Brown, R (1980) salah atau
(Brown 1980) betul jika ditulis (Brown,R 1980) salah
 Penggunaan et al. dalam esei dibenarkan bagi penulis melebihi 3 orang
Contoh
Brown, et al. (1980) menegaskan bahawa ..........
Walau bagaimanapun, dalam rujukan penulis seperti contoh di atas ditulis lengkap.
Contoh
Brown, R., Stephene, J.M., John, B.J. & Junior, L.G. (1980). Topology: a geometric
account of general topology, homotopy types and the fundamental groupoid. New York: The Free
Press.
 Rujukan perlu disusun mengikut abjad. Rujukan di bawah terdiri daripada pelbagai

13
sumber dan pelajar sangat digalakkan untuk merujuk contoh format di bawah.
Akta Acara Kewangan. (2004). Ed. Ke-24. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd.

Brown, R. (1980). Topology: a geometric account of general topology, homotopy types and the
fundamental groupoid. New York: The Free Press.

Corcoran, K., Cooper, F.L. & Fischer, J. (1987). Measures for clinical practice: a source book.
London: McMillan.

Dahlan Mohamad Zin. (2000). Pengenalan pelaburan korporat. Ed. ke-2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2002). Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Majid. (1992). Trend pertumbuhan penduduk: implikasi dan cabaran. Kertas Kerja
Persidangan Kependudukan Abad Ke-21. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 10-11 Disember.

Noraini Jidin, Shamsul Sani & Kamariah Majid. (1989). Aspek ekonomi masyarakat Cina. Jurnal
Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

Omar Kamarudin & Kaniappan, P. (1986). Duality in a convex vector optimization problem. Sains
Malaysiana 17 (4): 431-451.

Rahman Arof & Faesal Oteman. (1992). Kemeriahan perayaan di Malaysia. Utusan Malaysia, 30
Oktober: 5.

Utusan Malaysia. (2000). Masjid jadi medan latihan pelampau. 23 Januari: 11.

Zarif Hanafi. (2005). Pusat Zakat Alor Star, Kedah. Temu bual, 12 Februari.

14
Lampiran A

Contoh Format Kulit Hadapan Tugasan

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GLUL3113
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

DISEDIAKAN UNTUK
(nama pensyarah)

DISEDIAKAN OLEH
(nama pelajar)
(no matrik)

TARIKH
(tarikh hantar tugasan)

15

Anda mungkin juga menyukai