Anda di halaman 1dari 3

JAWAPAN KUIZ GMGM 3063

1. Kerja adalah satu jawatan yang dipegang oleh individu atau kumpulan dalam sesebuah
organisasi. Ianya juga adalah satu jawatan yang berbayar iaitu diberi gaji atas
khidmatnya. Contoh, guru, polis atau sebagainya. Dibayar atas hasil tugas, khidmat
ataupun task yang diberikan kepada individu atau kumpulan tersebut. Manakala, kerjaya
pula adalah sebuah kehidupan kerja profesionalisme yang meliputi pengembangan dan
kemajuan. Kerjaya bukanlah sesuatu yang berlaku hasil daripada sesuatu peristiwa atau
pilihan tetapi, ia adalah satu proses yang berlaku sepanjang hidup dan melibatkan
pertimbangan kos dan risiko.

Kerja lazimnya tidak melibatkan aspek-aspek pemilihan dan pembangunan yang


berterusan manakala kerjaya merangkumi ruang lingkup yang lebih luas kerana ia
berlaku secara berterusan dan melibatkan keseluruhan hidup individu. Ini bererti individu
boleh memilih, merancang dan menguruskan kerjayanya mengikut kehendak dan
keperluan diri sendiri.

2. FAKTOR SESEORANG BEKERJA :


a. Keperluan hidup
Bekerja dapat menghasilkan pendapatan untuk menyara kehidupan sekurang-
kurangnya sehingga memenuhi keperluan asas dan merupakan faktor yang
mendorong seseorang itu bekerja walaupun bukan di dalam bidang yang disukai.
Keperluan hidup dan kehendak semasa perlu dipenuhi untuk meneruskan kehidupan
seharian.

b. Interaksi dan hubungan dengan komuniti


Faktor ini juga mendorong seseorang individu untuk bekerja kerana interaksi dan
hubungan komuniti dianggap sangat penting dan saling bergantungan antara satu
sama lain. Menjadi lumrah manusia untuk hidup saling bergantungan antara satu
sama lain. Melalui alam pekerjaan, ianya sangat membantu seseorang individu
dalam perkembangan kerjayanya.
c. Kehendak kepada status
Dikaitkan dengan kehendak kepada status, pencapaian dan pengiktirafan. Jawatan
yang dipegang dan kerja yang dilakukan boleh mempengaruhi kedudukan dan status
seseorang. Contohnya, individu yang kerja yang jarang dilakukan oleh individu lain
dikategorikan sebagai professional seperti doktor, peguam, angkawasan dikatakan
mempunyai status yang lebih tinggi daripada daripada bidang kerja yang lazim
seperti guru atau sebagainya.

d. Membentuk dan Meningkatkan Self-Esteem


Kerja dikatakan akan menghasilkan satu bentuk produk psikologi seperti semangat
dan keyakinan diri yang akan membantu individu membangunkan dirinya. Ini kerana
individu yang bekerja melibatkan diri mereka dengan aktiviti-aktiviti tertentu untuk
menghasilkan sesuatu yang bernilai dan menjadi keperluan atau kegunaan individu
lain.

3. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBUATAN KEPUTUSAN KERJAYA

a. Faktor Genetik dan Kebolehan – ciri – ciri yang diwarisi seperti bangsa, jantina,
rupa bentuk fizikal dan bakat termasuk juga kecacatan.
b. Keadaan Persekitaran dan Peristiwa Berkaitan – berada di luar kawalan
seseorang sama ada dirancang atau tidak
c. Pengalaman-pengalaman Yang Dilalui/Dipelajari – pengalaman kerjaya ataupun
yang dipelajari mampu mempengaruhi keputusan kerjaya individu
d. Kemahiran-kemahiran Tugas - standard dan nilai prestasi, tabiat kerja, proses
kognitif serta maklumbalas emosional

4. BINCANGKAN ISU KERJAYA GENDER YANG BERLAKU DI MALAYSIA

a. Industri dalam sektor swasta, terdapat beberapa isu seperti upah diantara pekerja
lelaki dan wanita bagi nilai kerja yang sama. Misalnya, perbezaan upah di antara
operator pengeluaran lelaki dan wanita. Keadaan ini adalah manifestasi tanggapan
masyarakat yang melihat wanita sebagai pencari nafkah kedua dan sumbangan
wanita diberi penilaian yang lebih rendah berbanding dengan sumbangan pekerja
lelaki.
b. Pekerja wanita juga lebih sukar untuk meningkat dalam kerjaya mereka oleh kerana
beberapa faktor, antaranya ialah kurangnya peluang untuk mempertingkatkan
kemahiran melalui latihan. Kebanyakan pekerja wanita 'dalam sektor awam dan
swasta berada di tahap yang rendah serta hanya terlibat di dalam pengurusan
peringkat rendah dan pertengahan sahaja.

c. Isu kaum wanita tidak ramai yang bekerja sebagai buruh kerana dinilai lebih lemah
daripada lelaki. Jka ada sekalipun, gaji atau upah mereka mungkin kurang
berbanding lelaki kerana wanita dianggap melakukan kerja buruh secara perlahan
dan tidak mengikut piawaian walaupun beban kerja yang sama

d. Ramai kaum wanita atau isteri yang bekerjaya di zaman sekarang dan memiliki
jawatan tinggi. Isu yang terjadi adalah kaum lelaki menganggap kaum wanita tidak
layak mengarah dan menyuruh kaum lelaki di dalam kerja dan kerja utama mencari
rezeki adalah lelaki bukanlah wanita. Isu ini hangat diperkatakan kerana ianya
menjatuhkan maruah seorang lelaki sebagai ketua keluarga.

Anda mungkin juga menyukai