Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan.

Pengurusan sumber manusia ialah melibatkan proses melibatkan tenaga manusia secara
sebaik-baiknya dan melibatkan proses seperti perancangan organisasi,mendapatkan pekerja
dan membangunkan kumpulan.Perancangan organisasi ialah mengenalpasti,mendokumenkan
dan membahagikan peranan projek dan melapor hubungan.Output dan proses termasuk carta
organisasi projek,definisi kerja dan proses pembahagian,matriks pembahagian
tanggungjawab dan histgram sumber.Perancangan pengambilan kakitangan atau pekerja ialah
pengambilan kakitangan dan prosedur mengupah yang baik penting dalam mendapatkan
staf,sama seperti intensif untuk pengambilan dan pemantapan pekerja.Pembangunan
kumpulan ialah kerja kumpulan yang dilakukan secara bersama dan latihan dalam kerja
berkumpulan ialah mampu membantu pekerja memahami diri sendiri dan melihat bagaimana
kerja dalam kumpulan.Melalui kerja kumpulan pekerja dapat bekerjasama dan saling bantu-
membantu antara satu sama yang lain. Ia juga terdiri dari falsafah, polisi, prosedur dan
amalan-amalan yang berkaitan dengan pengurusan pekerja dalam sesebuah organisasi.
Organisasi secara mudah didefinisi sebagai ‘sekumpulan orang yang bekerja bersama-sama
untuk mencapai matlamat yang sama’. Oleh itu, wujud kaitan yang amat rapat antara
organisasi dan orang yakni sumber manusia. Pengurusan sumber manusia melibatkan aktiviti
merekrut, memilih, melatih dan membangunkan pekerja-pekerja organisasi tersebut. Tujuan
pengurusan sumber manusia adalah untuk memastikan bahawa orang yang diambil bekerja
digunakan secara cekap dan berkesan dalam menyumbang untuk mencapai objektif
organisasi.

Isu-isu pengurusan sumber manusia di dalam Malaysia.

1) Isu dalam pengurusan sumber manusia dikalangan orang kelainan upaya (OKU)

Diskriminasi sering berlaku berlaku di mana-mana termasuklah di tempat kerja. Golongan


OKU adalah golongan yang paling terkesan sekali dalam diskriminasi di tempat kerja. Punca
berlakunya diskriminasi dalam kalangan OKU di tempat kerja ini adalah persepsi majikan
atau rakan sekerja. Isu pengambilan pekerja, isu pampasan dan ganjaran, isu kemampuan
bekerja,dan isu pembangunan kerjaya adalah di antara isu yang kerap terjadi dikalangan
golongan OKU di Malaysia. Jika kita perhalusi berkenaan isu pengambilan kerja oleh
majikan di Malaysia. Mereka lebih cenderung untuk tidak mengambil golongan OKU untuk
bekerja di organisasi dan syarikat mereka. Mereka lebih mengutamakan pemohon dikalangan
orang yang sempurna fizikal walaupun dari segi pencapaian akademik setaraf dan
kemampuan mereka setaraf orang yang sempurna fizikal. Bagi isu pampasan dan ganjaran
pula.kebanyakan Golongan OKU akan mendapat upah lebih rendah daripada pekerja yang
lain. Hal ini kita terjadi kerana majikan beranggapan golongan OKU ini tidak dapat
melaksanakan tugasan dengan sempurna berbanding pekerja yang lain. Mereka tidak
mempunyai pilihan yang banyak sekiranya hendak meminta di bayar upah yang setimpal
dengan pekerja yang lain kerana keterbatasan majikan untuk mengupah golongan seperti
mereka. Bagi isu kemampuan bekerja, kecacatan yang mereka alami sedikit sebanyak telah
memberi impak terhadap kemampuan mereka dalam menjalankan tugasan mereka. Kita sedia
maklum kekerungan yang di hadapi golongan Oku ini sedikit sebanyak akan boleh
menghalang tugasan yang di beri dapat disiapkan dalam kadar segera tidak seperti pekerja
yang lain. Bagi Isu Pembangunan kerjaya golongan OKU. Pembangunan kerjaya bermaksud
satu proses berterusan seseorang pekerja melalui beberapa fasa atau peringkat dalam
peningkatan kerjaya mereka. Mereka akan bersaing dengan pekerja yang lain untuk
mendapatkan peluang kenaikan gaji dan pangkat. Kajian dibuat oleh yang pernah dilakukan
oleh CFDT dalam tahun 2000 yang membincangkan persepsi pekerja OKU terhadap
pekerjaan mereka. Majikan lebih cenderung memilih pekerja selaian golongan OKU untuk
dinaikkan pangkat dan gaji.

2) Isu dalam pengurusan sumber manusia dalam komitmen pekerja di organisasi


awam di Malaysia.

Komitmen menyatakan bahawa komitmen dijelmakan dengan merujuk kepada usaha dan
kerja keras yang ditunjukkan oleh seseorang pekerja itu. Ia juga boleh diertikan kerelaan
seseorang pekerja untuk menjadi sebahagian daripada organisasi dan memberikan khidmat
lebih lama lagi kepada organisasi tersebut. Penjawat awam adalah tulang belakang dan
penggerak yang penting dalam kerajaan. Mereka inilah yang membawa dan menterjemah
dasar-dasar kerjaan untuk direalisasikan kepada rakyat secara amnya. Masalah yang dihadapi
oleh sektor awam adalah kecenderungan pekerja atau sumber manusia yang berkualiti untuk
bekerja di sektor lain yang menawarkan ganjaran yang lebih baik. Kajian dilakukan untuk
mengenalpasti dan meningkatkan komitmen pekerja dalam organisasi awam harus
dipertingkatkan. Faktor yang dilihat mempengaruhi komitmen pekerja adalah faktor tarikan
dalaman organisasi atau kerjaya itu sendiri seperti ciri tugas, peluang peningkatan kerjaya,
keselamatan kerjaya, sistem ganjaran yang ditawarkan dan sebagainya. Kajian perlu
dilakukan untuk menilai sejauh mana komitmen pekerja terhadap organisasi tersebut.
Sekiranya kajian yang dilakukan mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan. Pihak
pengurusan di sesebuah organisasi perlu memainkan peranan yang penting untuk mengatasi
masalah ini daripada terus membarah sekaligus penyaksian penghijrahan beramai-ramai
penjawat awam ke sector swasta tidak berlaku sama sekali. Sekiranya hal ini berlaku ianya
akan merencatkan pembangunan yang telah dirancang oleh pihak kerajaan kepada rakyat
secara amnya. Antara kajian yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan kaedah
analisis dan dapatan kajian. Pihak pengurusan boleh menilai komitmen pekerja dibawah
penyeliaan mereka daripada jumlah skor yang diperolehi dari responder mengikut katagori
yang telah ditetapak. Selain itu kajian melalui kaedah analisis korelasi faktor demografik
dengan komitmen pekerja terhadap organisasi boleh dilakukan. Penilaian dibuat melalui
demografik seperti taraf Pendidikan, umur, jantina dan lain-lain. Akhir sekali kajian melalui
kaedah analisis korelasi faktor psikologi dengan komitmen pekerja terhadap organisasi. Ia
dikaji melalui hubungan factor psikologi dan factor organisasi dengan komitmen pekerja
terhadap jabatan.

Kesimpulan
Satu usaha yang kuat dan jitu perlu diambil oleh organisasi mahupun jabatan bagi
menangani isu-isu dalam pengurusan sumber manusia di dalam Malaysia. Isu-isu seperti ini
sekiranya tidak dapat diselesaikan, kemajuan di dalam Malaysia akan terencat. Malaysia
memerlukan tenaga pekerja yang produktif dan berdaya saing untuk membawa Malaysia
kearah yang lebih maju dan mampu berdepan dan standing negara-negara maju di luar sana.
Semua pihak baik pihak majikan, pengurus dan mahupun pekerja haruslah bekerjasama
didalam hal ini agar isu-isu dalam pengurusan sumber manusia ini dapat di selesaikan dengan
jayanya.

Anda mungkin juga menyukai