Anda di halaman 1dari 16

KURSUS:

GGGE 2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM


PENDIDIKAN SEMESTER 2 SESI 2022/2023

TAJUK:

PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN DALAM


KALANGAN PELAJAR

PENSYARAH:

LT. KOL. PROF. MADYA MOHD JASMY BIN ABD


RAHMAN

NAMA KUMPULAN:

KUMPULAN 19

NAMA AHLI KUMPULAN :


NAMA NO. MATRIK

MUHAMMAD IKMALHAKIM BIN OTHMAN A187782

HARITH REZA BIN SHUKRI SHEKHAR A188777

MOHAMMAD DANIEL BIN AMRI A187992

MUHAMMAD FAIZ HAIKAL BIN HARIS A189119

IBRAHIM BIN MOHAMAD RODZI A188161


PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN
PELAJAR

Muhammad Ikmalhakim Bin Othman, Harith Reza Bin Shukri Shekhar, Mohammad Daniel
Bin Amri, Muhammad Faiz Haikal Bin Haris & Ibrahim Bin Mohamad Rodzi

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Email : A187782@siswa.ukm.edu.my, A188777@siswa.ukm.edu.my,


A187992@siswa.ukm.edu.my, A189119@siswa.ukm.edu.my, A188161@siswa.ukm.edu.my,

ABSTRAK

Pada abad ke 21 seluruh negara dikejutkan dengan pandemik COVID-19 dan telah menjejaskan
kesemua sektor termasuklah sektor Pendidikan. Hal tersebut menyebabkan munculnya kaedah
pembelajaran secara atas talian. Makalah ini bertujuan untuk menerangkan kelebihan dan
kekurangan pembelajaran secara atas talian, keberkesanan pelaksanaanya kepada pelajar
terutamanya pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta membincangkan
tentang cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar-pelajar ini semasa proses pembelajaran secara
atas talian. Data diperolehi melalui kaedah kuantitatif dengan melibatkan borang soal selidik
sebagai intrumen kajian. Seramai 48 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
telah memberi maklum balas terhadap kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap
keberkesanan pelajar terhadap kaedah pembelajaran secara dalam talian adalah tinggi. Hasil
kajian juga mendapati pembelajaran secara atas talian telah timbul pelbagai cabaran yang mana
ia agak mengusarkan bagi dalam sektor Pendidikan. Namun begitu, dalam kajian ini terdapat
beberapa cadangan yang dikemukakan yang dapat digunakan pelajar untuk dijadikan panduan
bagi menangani cabaran pembelajaran secara atas talian. Malah Tindakan segera juga perlu
diambil agar keberkesanan pembelajaran secara atas talian dapat dipertingkatkan.

Kata Kunci: E-Pembelajaran; Kelebihan dan Kekurangan; Keberkesanan; Cabaran


PENGENALAN

Pembelajaran secara atas talian adalah proses pembelajaran yang menggunakan


teknologi digital dan internet untuk menyampaikan bahan pembelajaran kepada pelajar.
Kaedah pembelajaran ini semakin popular di kalangan pelajar pada masa kini, terutamanya
dengan kemajuan teknologi dan akses yang lebih luas kepada peranti digital dan internet.
Pembelajaran secara atas talian menawarkan pelbagai kelebihan dan kebaikan kepada pelajar.
Berikut adalah beberapa kelebihan penting yang perlu diberi perhatian antaranya aksesibiliti
pembelajaran atas talian membolehkan pelajar mengakses bahan pembelajaran dari mana-
mana sahaja dan pada bila-bila masa yang sesuai bagi mereka. Mereka tidak terhad kepada
kelas fizikal atau jadual waktu yang tetap. Ini memberi fleksibiliti kepada pelajar untuk belajar
mengikut keperluan dan gaya belajar masing-masing.

Pelbagai sumber pembelajaran dalam pembelajaran atas talian, pelajar mempunyai


akses kepada pelbagai sumber pembelajaran seperti video, rakaman kuliah, bahan bacaan, dan
aktiviti interaktif. Pelbagai sumber ini dapat membantu meningkatkan kefahaman dan
penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Pembelajaran interaktif, pembelajaran secara atas
talian sering kali melibatkan elemen interaktif seperti ujian atas talian, perbincangan dalam
talian, dan forum komuniti. Pelajar boleh berinteraksi dengan pensyarah dan rakan sekelas
untuk berbincang, berkongsi idea, dan mendapatkan maklum balas secara langsung.
Penggunaan teknologi, melalui pembelajaran atas talian, pelajar mempunyai peluang untuk
mengembangkan kemahiran teknologi yang diperlukan dalam dunia digital masa kini.
Pembelajaran bebas dari pelbagai tempat, dalam pembelajaran atas talian, pelajar dapat
berinteraksi dan bekerjasama dengan rakan sekelas dari pelbagai negara dan budaya. Ini
memperluas pandangan mereka, meningkatkan pemahaman antara budaya, dan meningkatkan
pengalaman pembelajaran.

Namun begitu, penting untuk diingat bahawa pembelajaran secara atas talian juga
mempunyai cabaran tersendiri. Pelajar perlu memiliki disiplin diri yang tinggi dan kemahiran
pengurusan masa yang baik untuk berjaya dalam pembelajaran atas talian. Mereka juga
mungkin menghadapi cabaran dalam mengekalkan motivasi sendiri dan mengatasi gangguan
dari persekitaran mereka. Secara keseluruhannya, pembelajaran atas talian telah membuka
pintu kepada peluang pembelajaran yang lebih luas dan inovatif. Ia memberikan aksesibiliti,
fleksibiliti, dan interaksi yang baik antara pelajar dan pensyarah.
OBJEKTIF

1) Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan pembelajaran dan pengajaran secara atas talian

2) Menjelaskan keberkesanan kaedah pembelajaran secara atas talian

3) Mengenal pasti cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar semasa pembelajaran atas talian.

METODOLOGI

Rekabentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kuantitatif yang berbentuk
sebuah tinjauan mengenai pengaplikasian pembelajaran secaradalam talian dalam kalangan
pelajar di ukm. Tijauan ini terdiri darpiada bahagain iaitu bahagian A, B, C dan D yang mana
bahagaian A mengandungi maklumat latar belakang responden, bahagian B pula mempunyai 5
soalan berkaitan dengan kelebihan dan kekurangan pembelajaran secara dalam talian dalam
kalangan pejalar Univesiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bahagian C juga mempunyai 5 buah
soalan yang berkaitan mengenai keberkesanan pembelajaran secara dalam talian dalam kangan
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dan bahagian terkahir iaitu bahahian D
datang dengan 5 buah soalan yang menyatakan terhadap cabaran yang dihadapi oleh pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan ini trelah memperolehi data berdasarkan
kepada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh responden. Kertas soal selidik
yang digunakan mengandungi beberapa bahagian seperti berikut:
Bahagian Pemboleh ubah kajian yang dikenal pasti Jumlah
Item
A Maklmat Responden 4
B kelebihan dan kekurangan pembelajaran secara dalam talian dalam
kalangan pejalar Univesiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
1. Bahan pembelajaran dapat diperolehi dengan lebih mudah tanpa 1
memiliki buku secara fizikal
2. Pembelajaran dalam talian dapat meningkatkan kemahiran 1
berdikari
3. Tidak kesemua bidang atau subjek boleh dilakukan proses 1
pembelajaran atas talian
4. Fokus pelajar semasa pembelajaran dalam talian mudah 1
terganggu
5. Kos internet membebankan para pelajar terutamanya bagi pelajar 1
kurang berkemampuan
C keberkesanan pembelajaran secara dalam talian dalam kangan pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
1. Saya berasa yakin menggunakan sistem pembelajaran dalam talian 1
2. Saya berasa yakin memuat naik tugasan dan memuat turun kandungan 1
pembelajara
3. Saya berasa yakin untuk berinteraksi semasa pembelajaran dalam talian 1
4. Tidak tercicir dalam setiap kelas PdP yang teah dijalankan 1
5. berkemahiran untuk menggunakan ciri dalam sistem pengurusan 1
pembelajaran untuk menguruskan masa yang lebih efektif
D Cabaran yang perlu dihadapi semasa mengikuti pembelajaran secara
atas talian
1. Ketiadaan peranti ketika pembelajaran atas talin 1
2. Masalah capaian kepada kemudahan internet menganggu proses 1
pembelajaran secara atas talian
3. Suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk fokus belajar 1
4. Pelajar tidak mahu bertanya apa yang tidak difahami kerana malu dan 1
tidak biasa menggunakan teknologi pembelajaran atas talian
5. Sukar untuk kekal fokus dalam tempoh waktu yang lama 1

Jumlah soalan 19

Soal selidik yang diedarkan adalah berkaitan dengan pengaplikasian keberkesanan


pembalajaran dan pengajaran dalam talian oleh pelajar Univesiti Kebangsaan Malaysia.
Daripada kajian rintis yang dilaksanakan telah mendapati bahawa berdasarkan 48 responden,
kita dapat lihat bahawa secara majoritinya data yang dilipih untuk setuju dengan pernyataan
dalam kajian adalah yang paling tinggi yang mana secara purata petak setuju mendapat
sekurang kurang 49% - 53% jika dibandingkan dengan pilihan lain yang disediakan.
PERKARA BERKAITAN OBJEKTIF
Kelebihan dan kekurangan pembelajaran secara atas talian
Pembelajaran atas talian merupakan salah satu cara baru untuk pelajar dan guru
mengadakan kelas. Perkara ini berlaku di tahap sekolah malah di tahap universiti. Pembelajaran
atas talian ini telah memainkan peranan yang besar dalam pembelajaran lebih lagi pada musim
covid-19.

Terdapat pelbagai kelebihan yang ada dengan adanya pembelajaran secara atas talian.
Antaranya adalah, bahan pembelajaran mudah diperolehi tanpa memiliki buku fizikal. Pelajar
boleh memuat turun fail mata pelajaran tersebut yang mengandungi bahan pembelajaran yang
disediakan oleh guru-guru. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan 80% daripada respoden
setuju atau sangat setuju terhadap perkara ini. Selain itu, pembelajaran atas talian dapat
meningkatkan kemahiran berdikari. Ini kerana, pelajar perlu mengambil inisiatif sendiri untuk
memasuki kelas dan focus akan pelajaran yang diberikan oleh guru. Berdasarkan kajian yang
dilakukan, 80% responden setuju atau sangat setuju dengan perkara ini.

Terdapat juga kekurangan dalam pembelajaran atas talian ini. Antaranya adalah, fokus
pelajar akan diganggu jika mengadakan kelas secara atas talian. Apabila kelas secara atas talian
sedang berlangsung, pelajar tidak mempunyai penyeliaan oleh guru-guru seperti di sekolah.
O;eh kerana ini pelajar boleh bermian-main atau tidur tanpa pengetahuan guru-guru mereka.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, majoriti responden setuju bahawa perkara ini
merupakan kekurangan yang besar. Seterusnya, kos internet yang membebaankan pelajar
terutamanya pelajar yang kurang berkemampuan. Keluarga yang kurang berkemampuan akan
menghadapi kesukaran untuk menyediakan internet di rumah. Ini akan menjejaskan pelajar
yang perlu melakukan pembelajaran atas talian. Ini juga akan memberi tekanan kepada ibubapa
yang tidak mampu untuk menyediakan internet untuk anak-anak mereka. Majoriti responden
daripada kajian kami menyokong bahawa perkara ini akan memberi kesan negatif kepada
pelajar yang perlu melakukan pembelajaran secara atas talian.

Secara ulasannya kita boleh lihat bahawa dengan adanya kebaikan aka nada juga
keburukkan yang dating kepada pembelajaran secara dalam talian ini. Pihak-pihak yang
berkenaan haruslah memperbetulkan keburukkan yang ada agar pelajar dapat melalukan
kaedah pembelajaran ini dengan sempurna.
Keberkesanan terhadap kaedah pembelajaran secara atas talian
Keberkesanan terhadap pembelajaran secara atas talian dating daripada pelbagai pihak.
Pihak guru, ibubapa dan pelajar sendiri memainkan peranan yang besar dalam memastikan
kaedah pembelajaran ini berkesan. Mereka perlu saling melakukan tanggungjawab mereka
agar kaedah pembelajaran ini berjaya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, kami menerima respon yang positif daripada
responden-responden. Antaranya, ialah majoriti daripada mereka setuju bahawa mereka berasa
yakin menggunakan system pembelajaran atas talian. Ini bermaksud sistem pembelajaran ini
menunjukkan kesan yang positif dalam kalangan pelajar. Pelajar-pelajar yang melakukan
pembelajaran ini dapat memahami pelajaran mereka. Selain itu, hampir 90% daripada kalangan
pelajar berasa yakin untuk memuat naik tugasan dan memuat turun bahan pembelajaran
mereka. Terbuktilah bahawa pelajar selesa dengan menghantar tugasan melalui laman web dan
mereka boleh memuat turun bahan pembelajaran dengan mudah.

Selain itu, pelajar berasa yakin untuk berinteraksi dengan guru melalui aplikasi
pembelanjaran ini. Mereka lebih selesa dan yakin untuk bercakap dan bertanya kerana ia
melalui alam maya. Mereka tidak perlu rasa segan kerana mereka tidak bersemuka dengan guru
atau pelajar-pelajar lain. Majoriti responden daripada kajian kami menyokong perkara ini.
Malah, pelajar-pelajar rasa mereka tidak tercicir dalam setiap kelas yang telah dijalankan.
Dalam kajian perkara ini juga mendapat majoriti tetapi hanya 60% majoriti yang menyokong
perkara ini. Ini adalah kerana sebahagian daripada pelajar rasa sukar untuk memahami
pelajaran daripada skrin peraanti. Ini adalah masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar
sendiri dengan menyesuaikan diri dengan situasi.

Kesimpulannya, keberkesanan terhadap pembelajaran atas talian ini adalah positif. Pelajar-
pelajar respon secara positif terhadap keberkesanan pembelajaran atas talian. Tetapi terdapat
beberapa perkara yang masih boleh diperbaiki agar kaedah pembelajaran atas talian ini lebih
berkesan.
Cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar atas talian

Pelajar-pelajar memainkan peranan yang utama dalam memastikan kaedah pembelajaran


ini dapat dijayakan. Pelbagai cabaran yang dating dengan adanya kaedah pembelajaran yang
baru ini. Cabaran-cabaran ini haruslah diharungi oleh semua pihak agar kaedah pembelajaran
baru ini dapat dijayakan.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, responden setuju antara cabaran utama yang
dating dengan pembelajaran baru ini ialah ketiadaan peranti untuk pembelajaran atas talian.
Ibubapa yang kurang berkemampuan tidak akan dapat menyediakan peranti untuk anak-anak
mereka yang perlu melakukan pembelajaran atas talian. Kerajaan perlulah mencari jalan untuk
membantu semua pelajar ini dengan memberi mereka peranti yang sesuai untuk digunakan
dalam pembelajaran. Selain itu cabaran seterusnya ialah masalah capaian kepada kemudahan
internet. Masalah ini sering dihadapi oleh penduduk dalaman. Mereka tidak dapat rangkaian
internet yang kuat dan pembelajaran tidak dapat dilakukan. Masalah ini perlu diselesaikan
dengan bantuan pelbagai pihak seperti ibubapa dan kerajaan. Kerajaan perlu meluaskan liputan
rangkaian internet untuk penduduk pendalaman.

Cabaran yang lain adalah suasana pembelajaran yang tidak kondusif. Ibubapa memainkan
peranan yang besar dalam memastikan anak-anak mereka mempunyai suasana yang kondusif
dan baik untuk melakukan pembelajaran mereka. Perseketiraan pembelajaran perlulah senyap
dan selesa untuk pelajar-pelajar. Berdasarkan kajian, hampir 90% daripada responden setuju
bahawa ini merupakan antara cabaran yang utama yang dilalui oleh pelajar. Seterusnya, sukar
untuk fokus dalam tempoh waktu yang lama. Ini adalah kerana pembelajaran atas talian tiada
interaksi yang fizikal antara pelajar dan guru. Perkara ini boleh membuat pelajar cepat bosan
dan tidak dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap pembelajaran. Ini adalah cabaran yang
besar kerana pelajar tidak akan mendapat ilmu sepenuhnya. Berdasarkan kajian yang telah
dijalankan lebih daripada 90% pelajar setuju bahawa ia sukar untuk memberikan fokus untuk
tempoh masa yang lama.

Secara kesimpulan, terdapat pelbagai cabaran yang agak sukar untuk ditempuhi dengan
adanya pembelajaran atas talian ini. Pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti ibubapa dan
kerajaan memainkan peranan yang besar dalam memastikan cabaran-cabaran ini dapat
diharungi agar pelajar-pelajar dapat melakukan pembelajaran atas talian ini dengan baik.
PERBICANGAN

ISU BERKAITAN

Pembelajaran atas talian (e-pembelajaran) menjadi sesuatu yang tidak asing lagi buat
kita semenjak wabak Covid-19 melanda dunia. Hal ini telah menyebabkan para guru dan murid
secara drastik perlu mengubah kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) dengan
melakukannya secara atas talian. Pembelajaran atas talian boleh didefinisikan sebagai proses
penyampaian ilmu yang dijalankan menerusi platform digital seperti Google Meet, Zoom,
WhatsApp, Telegram dan sebagainya.

Platform untuk menjalankan pembelajaran atas talian terlalu banyak, namun untuk
melaksanakannya tak semudah yang kita sangka kerana terdapat kekangan atau cabaran
pembelajaran atas talian yang perlu dihadapi. Antara isu yang ketara di Malaysia adalah
ketiadaan peranti untuk pembelajaran, persekitaran yang kurang kondusif, tahap kemahiran
penggunaan teknologi oleh guru dan sikap para pelajar ketika sesi e-pembelajaran.

Pelbagai isu yang dibangkitkan dalam menyelusuri arus pemodenan pada zaman kini,
dengan hal yang demikian kita perlu menitiberatkan isu-isu yang sering jadi buah mulut
masyarakat di negara kita mahupun dalam kalangan universiti bagi kaedah pembelajaran masa
kini agar pendidikan di negara kita agar tidak ketinggalan dan kekal pada prestasi yang
cemerlang dan setanding dengan negara maju yang lain. Justeru ikut, kami telah membuat
kajian mengenai adakah pembelajaran secara dalam talian memberi impak yang positif dan
memberi kemudahan kepada pelajar atau sebaliknya.

Sehubungan dengan itu, daripada dapatan kajian kami, ada yang memberi impak yang
positif dan ada juga yang memberi impak negatif kepada pembelajaran secara atas talian atas
isu-isu yang mereka bangkitkan. Justeru itu, kami akan bincangkan mengenai isu-isu yang
kami perolehi berdasarkan rujukan kami bagi menyelesaikan dan memperbicangkan isu yang
semakin hangat diperkatakan.
ISU- Tiada Peranti Untuk Pembelajaran

Isu pelajar tidak mempunyai peranti untuk pembelajaran juga sering diperkatakan pada
zaman kini. Peranti sangat penting pada zaman ini kerana memudahkan pelajar untuk
berhubung dengan tenaga pengajar mahupun melakukan pembelajaran secara atas talian dan
membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Namun hal yang demikian, dengan betapa
pentingnya peranti untuk pelajar tetapi masih ada lagi pelajar yang masih tidak mempunyai
peranti dan jumlah pelajar yang tidak mempunyai peranti juga sangat ramai. Hal ini atas sebab-
sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan pelajar untuk memiliknya.

Berdasarkan artikel yang bertajuk “Tiada peranti sukarkan pembelajaran dalam talian”
yang ditulis oleh Mohd Nasaruddin Parzi, Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati
sebahagian besar murid tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian dengan
berkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak memiliki peranti
bersesuaian. Dalam kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian (Online
Learning) membabitkan 670,118 responden merangkumi ibu bapa kepada 893,331 murid,
KPM mendapati 36.9 peratus murid tidak mempunyai peranti bagi membolehkan mereka
mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Hal ini juga bukan keinginan pelajar untuk tidak mempunyai peranti tetapi kerana
beberapa faktor. Antaranya, pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang susah atau
erti kata lain B40 yang tidak mampu untuk memberi anaknya peranti untuk pembelajaran. Hal
ini kerana harga sebuah peranti yang agak mahal membuatkan ibu bapa pelajar tidak mampu
menampung kos untuk membelinya. Tambahan pula, aksesibiliti geografi juga perlu diberi
perhatian. Di kawasan-kawasan terpencil atau wilayah yang terpencil, akses kepada teknologi
mungkin terhad. Infrastruktur seperti rangkaian internet mungkin tidak mencukupi atau
mungkin tidak wujud sama sekali.

Natijahnya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam mengatasi isu ini agar tidak
berlarutan semakin teruk pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan sudah
memberi pelbagai inisiatif dalam membantu pelajar yang tidak berkemampuan. Seperti artikel
“Peranti Siswa usaha kerajaan untuk golongan muda” yang ditulis oleh Tuan Buqhairah Tuan
Muhamad Adnan, ia memetik Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri
Annuar Musa menegaskan keperluan anak muda khususnya mahasiswa dalam pemberian
peranti menerusi Program PerantiSiswa adalah usaha kerajaan terhadap golongan itu. Pihak
memberi peranti tablet kepada pelajar yang tidak berkemampuan untuk memiliki peranti untuk
proses pembelajaran. Hal ini dapat mengurankan beban pelajar dan membantu pelajar untuk
belajar secara atas talian tanpa sebarang masalah atau kekurangan untuk mereka belajar.
Tuntasnya, banyak inisiatif yang telah diberikan kepada pelajar untuk belajar secara atas talian
dengan tidak membebankan mereka. Pelajar perlu peka agar tidak terlepas peluang bagi
kemudahan mereka sendiri.

ISU- Persekitaran yang kurang kondusif

Persekitaran ketika pelajar belajar secara dalam talian juga perlu dititikberatkan dalam
pengaplikasikan pembelajaran dalam talian. Persekitaran ketika belajar memainkan peranan
yang penting dalam pembelajaran secara atas talian agar tidak berlaku apa-apa sekatan
mahupun gangguan ketika waktu Pdp berlaku. Persekitaran yang tidak kondusif dalam
pembelajaran dalam talian dapat memberi kesan negatif kepada pengalaman pembelajaran dan
prestasi pelajar.

Berdasarkan artikel yang bertajuk “Wujud persekitaran selesa bantu anak fokus ketika
PdPR” yang ditulis oleh Dr Noradilah Md Nordin, ia mengatakan mendedahkan pelajar kepada
skrin komputer dalam tempoh yang lama sekali gus berupaya merosakkan keadaan mata secara
fizikal sekiranya tiada langkah pencegahan dilakukan. Malah, ia juga berpotensi menjejaskan
postur badan dan sakit belakang. Kajian menunjukkan tempoh berdepan dengan skrin yang
panjang bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal bahkan turut mempengaruhi corak tidur
dan seterusnya mengganggu emosi pelajar.

Gangguan emosi ini akan memberi kesan yang amat besar terhadap perkembangan
mereka terutama dari sudut perkembangan intelek, jasmani dan rohani. Dalam keadaan semasa,
ibu bapa perlu berlapang dada menggalas sebahagian tugas mengajar yang sebelum ini dipikul
guru. Ibu bapa adalah sistem sokongan paling dekat dengan pelajar, justeru berkomunikasilah
dengan anak setiap hari bagi mengetahui perkembangan mereka.

Tambahan pula, pembelajaran secara atas talian sangat bergantung pada internet yang
stabil. Namun, ada beberapa masalah yang dapat terjadi jika tidak ada atau terdapat kekurangan
internet dalam pembelajaran atas talian iaitu akses terbatas. Jika tiada rangkaian internet, siswa
dan guru tidak akan dapat mengakses bahan pembelajaran, sumber daya online, dan platform
pembelajaran. Hal ini dapat merencatkan kemajuan belajar siswa dan membuat mereka
tertinggal. Selain itu, ketidakstabilan Platform. Platform pembelajaran atas talian memerlukan
rangkaian internet yang stabil untuk berfungsi dengan baik. Jika rangkaian internet tidak
konsisten, siswa dan guru mungkin mengalami masalah teknikal seperti putusnya sambungan,
lambatnya waktu muat naik bahan, atau kesalahan saat mengakses platform.

Hal ini kerana kos untuk membeli data internet atau membuat wifi di rumah sangat
mahal dan tidak berpatutan. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, tidak mampu
menampung kos tersebut. Sehubungan dengan itu, mereka terpaksa pergi tempat atau ruang
yang mempunyai rangkaian internet yang stabil dalam meneruskan pembelajaran secara atas
talian walaupun jauh daripada lokasi rumah mereka. Hal ini sangat merumitkan dan membazir
waktu pelajar dalam memastikan pembelajaran mereka tidak tertinggal.

Tuntasnya, pelbagai cara dapat mengatasi isu tersebut termasuklah semua pihak
termasuk pelajar perlu berusaha dalam memastikan persekitaran dan rangkaian internet mereka
stabil untuk hadir kelas dalam talian mahupun melakukan kerja yang diberikan. Berdasarkan
artikel yang bertajuk “Internet laju tanpa had RM10 sebulan untuk pelajar” yang ditulis oleh
Mohd Ridzauddin Roslan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
mengumumkan dua pakej baharu bagi membantu pelajar memperoleh akses internet selain
membolehkan golongan kurang berkemampuan memiliki peranti pintar. Menterinya, Tan Sri
Annuar Musa berkata, dua pakej baharu itu melibatkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia
menawarkan kemudahan internet serta Pakej Peranti Keluarga Malaysia bagi memiliki peranti
mampu milik. Pengguna boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari
internet, pembelajaran dalam talian serta aktiviti hiburan.

Oleh hal yang demikian, pelajar perlu rebut inisiatif tersebut agar dapat memberi
kemudahan kepada mereka sendiri seperti pepatah melayu berkata “hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih”. Pada tingkat yang lebih luas, usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan
infrastruktur internet agar lebih terjangkau dan dapat diakses secara luas. Kesimpulannya,
pelajar dan semua pihak perlu berganding bahu agar segala masalah dapat diselesaikan bagi
memastikan pendidikan di negara kita semakin maju seiiring dengan pembangunan yang
semakin pesat di negara kita. Pelajar merupakan orang yang penting bagi memastikan negara
kita semakin maju pada masa hadapan.
KESIMPULAN

Pembelajaran dan pengajaran dalam talian merupakan satu alternatif yang dapat
membantu para pendidik untuk melaksanakan proses pembelajaran dalam pandemik COVID-
19. Hasil kajian mendapati tahap keberkesanan yang tinggi menunjukkan bahawa
pembelajaran dan pengajaran dalam talian menyediakan peluang kepada generasi baharu
dengan aktiviti pembelajaran dan komunikasi yang lebih baik tanpa mengambil kira faktor
masa dan tempat.

Kajian menyeluruh setiap aspek tentang pembelajaran dalam talian adalah perlu kerana
pembelajaran dalam talian di kolej komuniti masih dalam peringkat awal terutamanya
pelaksanaan pentaksiran secara holistik. Dengan menggunakan pelbagai kaedah serta skop
penyelidikan membolehkan kita dapat mengetahui keberkesanan, kebolehlaksanaan,
keperluan, halangan dan masalah yang dihadapi bagi melaksanakan pembelajaran dan
pengajaran dalam talian.

Komitmen semua pihak termasuk pihak pengurusan organisasi, pensyarah mahupun


pelajar amat diperlukan bagi menjamin keberkesanan pembelajarandan pengajaran dalam
talian. Kemudahan komputer dan teknologi internet telah memberi peluang kepada semua
pihak untuk meneruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran tanpa perlu bersemuka. Menurut
So & Bonk (2010) bagi memastikan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran, pendidik
harus melihat rekabentuk atau pedagogi pembelajaran, kaedah belajar seseorang individu,
potensi teknologi dan media serta kebolehan pendidik melibatkan pelajar terlibat dalam proses
pembelajaran. Oleh itu rekabentuk pembelajaran dan pengajaran dalam talian menyumbang
kepada salah satu faktor yang menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran.

Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan bagi
mengambil kira keperluan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi baharu yang diperlukan untuk melaksanakan transformasi terhadap sistem
pendidikan terutamanya di Institut Pengajian Tinggi.
RUJUKAN

1. Parzi, M. N. (2020, Juai 16). Tiada peranti sukarkan pembelajaran dalam talian. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/711421/tiada-peranti-sukarkan-
pembelajaran-dalam-talian

2. Hanafi, N. H. (2020, Disember 5). 4 CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DI


MALAYSIA - Web Pendidikan. Web Pendidikan. https://webpendidikan.my/4-cabaran-
pembelajaran-atas-talian-di-malaysia/

3. Adnan, T. B. T. M. (2022, September 5). Peranti Siswa usaha kerajaan untuk golongan muda.
Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/219975/berita/nasional/peranti-siswa-
usaha-kerajaan-untuk-golongan-muda

4. Nordin, N. M. (2021, Jun 15). Wujud persekitaran selesa bantu anak fokus ketika PdPR.
Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/06/827995/wujud-
persekitaran-selesa-bantu-anak-fokus-ketika-pdpr

5. Roslan, M. R. (2021). Internet laju tanpa had RM10 sebulan untuk pelajar. Kosmo Digital.
https://www.kosmo.com.my/2021/09/15/internet-laju-tanpa-had-rm10-sebulan-untuk-pelajar/

6. So, H.-J., & Bonk, C. J. (2010). Examining the Roles of Blended Learning Approaches in
Computer-Supported Collaborative Learning (CSCL) Environments: A Delphi Study.
Educational Technology & Society, 13 (3), 189–200.

7. Razak, R. a. A., & Rusli, N. F. M. (2022). Pembelajaran Secara dalam Talian: Tahap

Kesediaan dan Keberkesanan Pelaksanaannya kepada Pelajar. LSP International

Journal, 9(1), 31–43. https://doi.org/10.11113/lspi.v9.18174

8. Hassan, S. H. A. (2021). KEBERKESANAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

DALAM TALIAN (EPEMBELAJARAN) TERHADAP PEMBELAJARAN

PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT. International Journal of

Humanities Technology and Civilization, 1–14.

https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/download/6241/1232
9. Mahalingam, N. a. /. P., & Jamaludin, K. (2022). Impak Dan Cabaran Pelaksanaan

Pengajaran. ResearchGate.

https://www.researchgate.net/publication/357528031_Impak_Dan_Cabaran_Pelaksan

aan_Pengajaran

10. Nicuesa, M. (2018, June 29). Kelebihan dan kekurangan belajar dalam talian. Formación

Y Estudios. https://www.formacionyestudios.com/ms/kelebihan-dan-kekurangan-

belajar-dalam-talian.html

11. Muda, A. R. I. D. D. S. (2021, July 30). PdP dalam talian tuntut komitmen penuh. Berita

Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/07/845119/pdp-dalam-

talian-tuntut-komitmen-penuh

12. Bersama-sama atasi cabaran pembelajaran dalam talian. (2021, August 10). Bersama-

sama Atasi Cabaran Pembelajaran Dalam Talian.

https://mediapermata.com.bn/bersama-sama-atasi-cabaran-pembelajaran-dalam-talian/

13. Norshahida. (2021, February 2). Mendepani cabaran pembelajaran secara dalam talian,

pendidik perlu bersifat kreatif. Buletin Mutiara.

https://www.buletinmutiara.com/mendepani-cabaran-pembelajaran-secara-dalam-

talian-pendidik-perlu-bersifat-kreatif/

14. Salleh, N. H. M. (2023, June 8). Cabaran memiliki nilai tambah. Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/rencana/2023/06/975670/cabaran-memiliki-nilai-tambah

15. Jamal, N., & Jamal, N. (2021). Cabaran PdPR Atas Talian. The Patriots.

https://www.thepatriots.asia/cabaran-pdpr-atas-talian/

16. Kamal, F. (2020, November 24). Kekangan belajar secara dalam talian akan diatasi

dengan kaedah lebih berkesan, kata menteri. MalaysiaNow.

https://www.malaysianow.com/my/news/2020/11/24/kekangan-belajar-secara-dalam-

talian-akan-diatasi-dengan-kaedah-lebih-berkesan-kata-menteri

Anda mungkin juga menyukai