Anda di halaman 1dari 7

1

TUGASAN INDIVIDU
Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Sains dan Teknologi.
Pilih mana-mana tajuk untuk merancang aktiviti berasakan penggunaan
berkomunikasi.
Matapelajaran : Dunia Sains dan Teknologi
Kelas : Tahun 2
Tajuk : Unit 3 : Tumbuhan
Standard Kandungan : Sains Hayat
3.1 Memahami Tumbesaran Tumbuhan.
Standard Pembelajaran :
3.3.1 Merekod perubahan yang berlaku pada tumbuhan semasa membesar dari
segi pertambahan tinggi atau bilangan daun dengan menjalankan
penyiasatan ke atas tumbuhan sebenar.
3.3.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
KPS : Berkomunikasi

Aktiviti :
1. Murid diperkenalkan dengan tajuk tentang pertumbuhan tumbuhan.
2. Murid melakukan aktiviti secara berkumpulan.
3. Murid diberikan bahan dan alat yang telah ditetapkan.
4. Aktiviti dijalankan selama seminggu.
5. Hasil pemerhatian dicatatkan.

Bahan dan Alat ; Biji benih kacang hijau, kapas, piring pateri, benang dan air.









2


Langkah-langkah :
1. Guru menunjukkan anak pokok kacang hijau dan bersoaljawad dengan murid.
Contoh soalan :
a. Adakah pokok ini hidup dan terus besar seperti yang kamu lihat
sekarang?
b. Kalau tidak, bagaimana saiz asal pokok ini?
c. Apa yang sebenarnya berlaku pada pokok ini?
d. Apakah proses tersebut?

2. Guru membuat persediaan awal.
Semai biji benih kacang hijau di atas kapas yang lembab di dalam bikar
sehingga biji benih bercambah.

3. Guru membentuk beberapa kumpulan murid untuk menjalankan penyiasatan.
4. Setiap kumpulan dibekalkan dengan bikar yang berisi anak benih kacang hijau
tersebut.
5. Murid meletakan bikar yang berisi anak benih di tepi tingkap dan disiram setiap
hari selama seminggu.
6. Murid memerhatikan tumbesaran anak benih selama seminggu dan mengukur
ketinggian menggunakan jalur kertas pada hari peertama, ketiga, kelima dan
ketujuh.
7. Murid merekod ketinggian dengan menampal jalur kertas yang digunakan.
8. Murid berbincang mengenai tumbesaran tumbuhan.
Contoh soalan;
a. Adakah tumbuhan kamu mengalami tumbesaran?
b. Bagaimana tumbuhan kamu mengalami tumbesaran?
9. Guru mengakhiri pengajaran dengan satu permainan.
a. Secara berkumpulan murid menjalankan permainan ini.
b. Setiap kumpulan dikehendaki menutup mata mansing-mansing.
c. Guru memberikan kepada setiap ahli kumpulan sekeping gambar yang
berlainan mengenai proses tumbesaran tumbuhan.
3

d. Apabila guru meminta murid membuka mata, ahli kumpulan dikehendaki
menyusun tumbesaran tumbuhan mengikut susunan yang betul
e. Kumpulan yang mengambil masa yang paling singkat akan memenangi
permaian tersebut.

LIHATLAH TUMBESARANKU
Semua tumbuhan mengalami tumbesaran. Apakah perubahan yang berlaku semasa
tumbesaran tumbuhan ini?
Semasa tumbesaran, tumbuhan mengalami pertambahan tinggi dan pertambahan
bilangan daun.







4

LIHATLAH TUMBESARANKU
AKTIVITI 1 PENGUKUHAN
Rajah yang berikut menunjukkan tumbesaran sejenis tumbuhan.

Jawab soalan yang berikut.
1. Rekodkan perubahan yang berlaku ke dalam jadual yang berikut.

HARI

4

8

12

16
BILANGAN
DAUN

TINGGI (cm)

2. Berdasarkan jadual di atas, apakah yang dapat diperhatikan tentang..
a) Ketinggian :_____________________________________
b) Bilangan daun :_____________________________________


5



AKTIVITI 2 ; PEMULIHAN
Gambar yang berikut menunjukkan tumbesaran biji kacang.


Susun gambar di atas mengikut urutan tumbesaran biji kacang tersebut dan nyatakan
proses perkembangan proses tersebut.






Kesimpulan :
Tumbuhan mengalami proses tumbesaran dari segi pertambahan ketinggian dan
bilangan daun.
6

AKTIVITI 3 : PENGAYAAN
Jadual yang berikut menunjukkan perubahan ketinggian anak benih bagi tiga tumbuhan
yang berbeza hari. ( Jagung, daun setawar dan biji kacang hijau) Bahan dan Alat ; Biji
benih kacang hijau, biji benih jagung, daun setawar, kapas, piring pateri dan air.


HARI

KETINGGIAN TUMBUHAN (CM)

A

B

C

5


10


15


1. Tumbuhan manakah yang paling tinggi pada hari ke-5?



2. Tumbuhan manakah yang paling rendah pada hari ke-10?




7

3. Susun ketinggian tumbuhan secara menaik pada hari ke-15 dalam bentuk graf.
Skala ; ( 1 cm : 5)












4. Kesimpulan :
________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai