Anda di halaman 1dari 25

INSTITUT PERTANIAN TITI GANTONG

SEMESTER II
SESI 2022/ 2024

PENGURUSAN TANAMAN BUAH-BUAHAN (AGR 222)

LAPORAN PENGURUSAN TANAMAN TEMBIKAI

Pensyarah kemahiran:
 Puan Azuana Binti Mat Tarmizi

 Puan Norshatul Najwa Binti Baharom

 Puan Nur Amirah Binti Abu Hassan

NAMA NO I/C NO MATRIK


Siti Fatimah Binti
Mat Nanyan 030324-01-0756 113161
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1 Pengenalan 3
2 Tujuan penyediaan laporan 4
3 1.0 Laporan penanaman
1.1 Nama biasa
1.2 Nama botani 5
1.3 Keluarga
1.4 Kultivar tanaman

4 2.0 Penyediaan tanaman 6


5 3.0 Sistem tanaman
3.1 Penyediaan abats 6
3.2 Jarak tanaman dan bilangan
pokok/batas

6 4.0 Pembajaan
4.1 Jenis baja 7
4.2 Masa membaja
4.3 Kadar baja
4.4 Kaedah membaja
7 5.0 Penyiraman 8
8 6.0 Merumpai
6.1 Jenis-jenis rumpai yang didapati di batas
jagung 9-10
6.2 Kaedah-kaedah kawalan
6.2.1 Amalan kultura
6.2.2 Kawalan mekanikal
6.2.3 Kawalan kimia
9 7.0 Kawalan penyakit dan perosak
7.1 Contoh penyakit dan cara kawalan 11-13
7.2 Contoh perosak dan cara kawalan
10 8.0 Memungut hasil
8.1 Tanda kematangan 14-17
8.2 Memungut hasil
8.3 Amalan pascatuai
11 Kesimpulan 18

Page 2 of 25
Pengenalan

Tembikai ( Citrullus lunatus ) adalah sejenis buah tropika tergolong dalam keluarga labu,
petola, timun dan peria. Ia dipercayai berasal dari kawasan tropika di Benua Afrika dan
kemudian diperkenalkan ke kawasan Mediterrabean dan Asia. Antara negara-negara
pengeluar tembikai yang utama ialah Itali,Turki,Amerika Syarikat, Cina dan Rusia.

Penanaman tembikai telah dimulakan di Negeri Kelantan dalam tahun 40-an tetapi mula
berkembang sekitar tahun 70-an selepas pengenalan jenis kacukan daripada Taiwan dan
Jepun.

Page 3 of 25
OBJEKTIF

Dapat mengenal pasti tanaman yang perlu ditanam untuk dijual kepada pembeli.
Dapat menghasilkan buah-buahan yang berkualiti.
Mengetahui teknik penanaman bagi setiap tanaman yang ditanam.
Mengetahui teknik pembajaan yang sesuai dan umur pokok untuk membaja.
Mengetahui waktu pengutipan hasil bagi tanaman tembikai.

Page 4 of 25
1.0 BOTANI TANAMAN

1.1 NAMA BIASA


Tembikai

1.2 NAMA BOTANI


Citrullus lunatus

1.3 KELUARGA
Cucurbitaceae

1.4 KULTIVAR YANG DITANAM


New Black Beauty

Page 5 of 25
Antara variety yang di tanam:

 New Dragon

 Super Dragon

Page 6 of 25
 Flower Dragon

 Fengshan No. 1

Page 7 of 25
DAUN

Pokok tembikai daun yang berbentuk bujur, ada yang lebih lebar di mercu daun,
panjangnya 10 - 20 cm dan bercuping dalam.

Buah

Buah tembikai berbentuk bulat, bujur bulat atau bujur. Ia mempunyai kulit yang licin.
Berat buah berbeza mengikut jenis. Biasanya buah tembikai mempunyai kulit luar yang
kuat, lapisan di bawah kulit íalah setebal 0,5 cm dan juga bahagian isi yang boleh
dimakan. Biji di dapati terbenam di datam bahagian isi buah.

Page 8 of 25
Bunga

Pokok tembikai adalah monosieus iaitu mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada
pokok yang sama. Bunganya berwarna kuning belerang dan lebar bunga ialah 1.5 - 2.0
cm. Terdapat juga jenis yang mempunyai bunga hermafrodit. Bunganya terdapat di celah
daun dan pendebungaan biasannya dilakukan oleh serangga. Waktu bunga mula
berkembang jam 7.30 pagi dan jam 10.00 pagi. Jenis-jenis serangga utama
pendebunggaan tembilai ialah labah madu, lebih tualang dan semut. Rumpai kelulut juga
menolong pendebungaan.

Page 9 of 25
2.0 Penyediaan biji benih

Biji benih yang digunakan:

- New Black Beauty

Biji benih yang bermutu hendaklah digunakan untuk penanaman tembikai dimana
percambahannya hendaklah melebihi 70%. Biji benih yang rosak, dijangkiti penyakit,
kecil atau nipis hendaklah dibuang.

Sebelum menanam biji benih perlulah dirawat perosak. Racun kulat seperti thiram (80%
w/w) atau captan (50% w/w) pada kadar 3g/kg. Seterusnya, biji benih dan racun serangga
seperti carbaryl pada kadar 2.5gkg digunakan. Untuk mendapatkan kesan rawatan yang
lebih baik, rawatan bancuhan pekat hendaklah digunakan. Sebagai contoh, untuk rawatan
10 kg biji benih tembikai, bancuhkan 30 gm thiram dan 25 gm carbaryl di dalam 150 ml
air. Kemudian, bancuhan pekat yang diperolehi ini digaulkan dengan 10 kg biji benih
tersebut sehingga semua biji benih disaluti dengan bancuhan racun. Biji benih yang telah
dirawat hendaklah ditanam dalam tempoh 2 hari.

Page 10 of 25
3.0 Sistem tanaman

3.1 Penyediaan batas

- Pemilihan tapak hendaklah dilakukan terlebih dahulu untuk mengoptimumkan hasil


pengeluaran tanaman.
- Kemudian, aktiviti pembersihan hendaklah dilakukan dikawasan yang telah dipilih
menggunakan cangkul dan parang.
- Aktiviti menterbalikkan tanah bawah ke permukaan atas dengan menggunakan
jentera.
- Seterusnya, aktiviti mengukur plot tanaman bagi menyediakan satu batas
menggunakan tali rafia dan kayu pancang.
- Batas tanaman diukur mengikut ukuran yang ditetapkan iaitu 1m lebar x 15cm tinggi
x 60 meter panjang.
- Aktiviti penggemburan tanah dilakukan dengan menggunakan cangkul.
- Setelah siap, aktiviti membuat parit atau lorong antara batas dilakukan dengan
berukuran 2 meter.
- Pacakkan kayu pancang disetiap penjuru batas tanaman yang telah siap dibina.

Page 11 of 25
3.2 Jarak tanaman dan bilangan pokok/batas
Panjang batas: 60 meter
Lebar batas: 1 meter
Tinggi batas: 15 cm
Jarak antara parit: 2 meter
Satu lubang tanaman: 2 biji benih
Satu batas: mempunyai 1 baris tanaman
Jarak antara lubang tanaman: 0.75 meter
Bilangan pokok : 80 pokok

Penanaman boleh menggunakan jentera bagi kawasan yang kecil. Masukkan 1 atau 2
biji bagi setiap lubang pada kedalaman 3-5cm dan akan bercambah antara empat atau
tujuh hari selepas tanam. Biasanya biji benih ditanam lebih cetek di tanah yang
lembap dan pada musim hujan.

Page 12 of 25
4.0 Kalendar pengeluaran tembikai

HAR TARIKH AKTIVITI


I
0 7/3/2023  Pembersihan kawasan tapak tembikai

0 14/3/2023  Penyediaan batas tanaman ( menggunakan traktor)


 Mengukur batas
Panjang : 60 meter
Lebar : 1 meter
Jarak tanaman : 0.75 meter
 Membaja ( organic, NPK Green)

1 21/3/2023  Memasang paip ( paip titis)


 Memasang slivershine
 Tebuk slivershine menggunakan penebuk
 Tanam biji benih.

Page 13 of 25
8 28/3/2023  Merumpai
 Kira bilangan anak pokok yang hidup sekiranya tidak
hidup tanam biji benih baru.
22 4/4/2023  Merumpai rumput.
 Sembur baja foliar mengunakan Penyembur Galas
(Knapsack Sprayer).
 Tabur baja NPK 15:15:15
29 11/4/2023  Meracun dengan menggunakan racun serangga ( regent
50 SE) mengunakan Penyembur Galas (Knapsack
Sprayer).
 Merumpai rumput pada sekeliling kawasan.
 Mesin rumput pada kawasan antara batas dan keliling
tapak tanaman tembikai.
 Mendidik sulur tembikai.

 Merumpai rumput
57 9/5/2023  Mendidik sulur tembikai

Page 14 of 25
 Meracun dengan menggunakan racun serangga ( regent
50 SE) mengunakan Penyembur Galas (Knapsack
Sprayer).
 Tabur baja NPK 12:12:15:2
Melapik buah ( untuk mengelakkan dari buah rosak demi
menjaga kualiti buah)
 Mesin rumput.
64
16/5/2023  Penuaian hasil buah yang telah matang.
 Penuaian hasil sepenuhnya
 Jual hasil tuaian.

71 23/5/2022

 Pembersihan kawasan ( buang slivershine,cabut drip tape,


92 13/6/2023
buang sisa pokok tembikai)

5.0 Pembajaan

Page 15 of 25
o Baja ditabur dalam bulatan lebih kurang 15 – 30 cm pangkal pokok sebelum
tanaman menjalar
o Apabila pokok mulai menjalar baja diberi dalam 3 – 4 poket yang dibuat lebih
kurang 50 – 70 cm dari pangkal pokok

Program Pembajaan Tembikai

Masa Baja Jenis Baja Kadar Kaedah


Baja Asas NPK Green 50 g / pokok Tabur dan gaulkan
0 – 2 HST 15:15:15 dalam lubang
tanaman
Baja Organik 1 kg
(Tahi Ayam)
Baja Pertama NPK Blue 50 – 100 g / pokok Baja foliar disembur
(Tumbesaran) 12:12:17:2 bersama racun
10 HLT Foliar + Tonik perosak dan tonik
pertumbuhan
Baja Kedua NPK Blue 200 g / pokok Taburkan di dalam
(Berbunga) 12:12:17:2 lubang poket yang
30 HLT telah dibuat
Baja Ketiga NPK Blue 200 g / pokok Taburkan di dalam
(Berbuah) 12:12:17:2 lubang poket yang
40 – 45 HLT telah di buat

HST : Hari Sebelum Tanam


HLT : Hari Lepas Tanam

6.0 Pengairan

Page 16 of 25
Tanaman tembikai memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan pokok yang baik dan
pembesaran buah yang berkualiti
Keperluan air adalah kritikal di awal penanaman (10 hari pertama) di peringkat
pengeluaran bunga ( 30 – 40 HLT ) dan semasa pembesaran buah ( 40 – 45 HLT )
Sistem pengairan yang digunakan bergantung kepada jenis tanah
Pengairan titis amat popular dalam pengeluaran buah tembikai kerana air dialirkan
bersama baja yang dilarutkan dan memberi kesan positif kepada pertumbuhan tembikai

7.0 Merumpai

Page 17 of 25
Penggunaan hamparan plastik silver-shine pada batas tanaman tembikai dapat
memberi kesan yang positif kerana dengan cara ini rumpai dalam barisan tanaman
dapat dikawal sepenuhnya manakala rumpai di atara barisan boleh dikawal secara
manual atau mekanikal.
Selain itu, merumpai menggunakan cangkul dan tangan.

Page 18 of 25
8.0 Kawalan penyakit dan perosak

Perosak dan Penyakit yang menyerang tanaman tembikai :

 Lalat Buah

 Kutu Thrip

 Kutu Daun

Page 19 of 25
 Kulapok Berdebu

 Kulapok Downy

Tanda serangan :

 Menunjukkan daun kuning


 Berkerekot
 Pucuk terbantut
 Buah tidak menjadi atau reput

Kaedah kawalan :

 Kaedah Kultura
 Mekanikal
 Kawalan Racun

Page 20 of 25
Contoh semburan racun lain :

 Metalaxy

 Deltamethrin

Penggunaan silvershine dapat pada batas dapat mengurangkan serangan kutu daun
Penggunaan racun dikurangkan semasa pokok berbunga supaya tidak akan
mengurangkan serangga pendebungaan

Page 21 of 25
9.0 Penuaian hasil

Tembikai mula berbuah 60 – 70 hari selepas menanam dan dapat dituai 20 –


25 hari selepas itu
Penuaian dilakukan dalam masa beberapa minggu dengan 3 – 4 kali menuai
pada selang 3 – 5 hari
Kematangan tembikai boleh dikenalpasti melalui :

1) Sulur paut bertukar warna dari hijau muda kepada perang


2) Kulit buah sebelum matang bertukar kekuningan
3) Kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat
4) Buah berbunga seperti berongga apabila di jentik atau di tepuk. Buah
belum matang bunyinya padat

Buah – buah yang telah dipetik, dikumpulkan di tempat yang teduh dan
diasingkan mengikut saiz, bentuk dan variety
Buah disusun pada bahagian sisi ( bukan ditegakkan ) dalam bakul untuk
mengurangkan risiko keretakan
Buah tembikai tidak elok disimpan bersama-sama dengan buah-buahan yang
lain seperti pisang yang membebaskan etilena
Apabila terdedah kepada etilena, isi buah tembikai menjadi terlalu masak,
lembik, dan kehilangan rasa
Suhu menyimpan yang optimum bagi buah tembikai ialah 10 – 15 *C dengan
kelembapan relatif 85 – 90%
Tembikai yang disimpan pada suhu ini boleh tahan selama 2 – 3 minggu
Gangguan fisiologi buah :

1. Buah tidak bulat bentuknya disebabkan :


 Pendebungaan tidak sempurna
 Tanah terlalu kering
 Kurang baja
 Buah terlalu dekat atau terlalu jauh dari pangkal pokok

2. Buah menjadi retak, tidak manis, isi pucat dan berongga disebabkan :
 Kelembapan tanah berubah secara mendadak
 Suhu rendah ketika buah masak
 Buah masak ketika musim hujan
 Penyiraman yang terlalu banyak semasa buah hampir masak

Page 22 of 25
KESIMPULAN

Kesimpulannya, saya dapat belajar cara untuk menanam pokok tembikai


dengan betul. Selain itu, saya juga dapat belajar cara semaian biji benih dan
penanaman anak pokok tembikai mengikut kaedah yang betul mengikut turutan. Akhir
sekali, saya dapat belajar untuk mengutip hasil dengan cara yang betul agar tidak
merosakkan hasil tembikai dan mengenalpasti gred-gred yang berkualiti untuk
dipasarkan kepada pembekal. Penanaman tembikai sama ada secara kecilan atau
komersil memberi pulangan yang lumayan dan satu pelaburan yang menguntungkan.
Oleh iłu penanaman tembikai adalah digalakkan.

Page 23 of 25
LAMPIRAN
http://www.doa.gov.my/index/resources/aktiviti_sumber/sumber_awam/penerbitan/
pakej_teknologi/buah/pt_tembikai_2004.pdf

Page 24 of 25
Page 25 of 25

Anda mungkin juga menyukai